Friday, May 5, 2017

My Princess : Prolog

PROLOG

Berayun tocang Hanna mengikut rentak lariannya. Aktiviti paginya setiap hujung minggu. Larian yang tadi kencang menjadi semakin perlahan apabila dia perasaan ada kereta asing yang menjalar di ruang halaman rumah agam nendanya. Siapa pula yang datang pagi hujung minggu macam ini? Hanna cuba menginggatkan jikalau dia terlupa kalau nendanya ada membuat majlis atau pertemuan keluarga pada hari ini. Tapi rasanya tidak.
Sambil mengelap wajah dengan tuala biru tersangkut di bahu, Hanna melangkah masuk ke dalam rumah. Tidak lengkap senamannya hari ini. Selalunya selepas berjogging dia akan membuat senaman ringan untuk menyejukkan badan. Memandangkan ada tamu hari ini, masakan dia masih hendak meneruskan aktivitinya.
“Assalamualaikum.” Hanna memberi salam kepada tetamu nendanya. Rupanya keluarga Tengku Zana yang berkunjung. Tengku Zana merupakan anak buah kepada nendanya.
“Waalaikumsalam. Hanna. Baru balik jogging ke?” Tengku Zana menegur ramah.
“Ya, Mak Engku. Sihat Mak Engku?” Hanna bersalaman dengan Tengku Zana dan  Tengku Zaira yang merupakan anak perempuan Tengku Zana. Sopan Tengku Zaira mengucup tangannya. Memandangkan dia tujuh tahun lebih tua daripada Tengku Ziara.
“Sihat Alhamdulillah. Ini Zafril anak Mak Engku. Hanna ingat tak lagi?” Tengku Zana memperkenalkan anak lelakinya yang duduk di hujung ruang tamu itu.

Mata bertentang mata. Hanna sedaya upaya mengukir senyuman. Biarpun sangat jelas senyumannya itu hambar dan tidak ikhlas. Hanna tak sangka hari ini akan datang secepat ini. Akhirnya dia bertemu semula dengan the famous Tengku Zafril.

No comments: