Friday, May 5, 2017

My Princess: Bab 1


BAB 1


Menyumpah-nyumpah Hanna. Baru saja dia meletak beg diatas katil, dia mendapat pesanan whatapp daripada Jim. Adik sepupunya ada di kelab milik Jim. Hanna mencapai semula kunci kereta yang diatas kabinet. Nampaknya dia belum boleh melayan penat akibat baru balik penang. Dia perlu lekas ke Blue Ocean sebelum Laila membuat masalah kepadanya. Kenapalah adik sepupunya itu tidak pernah penat menyusahkannya.
Meredah lautan orang di lantai menari kelab itu. Mata Hanna liar mencari kelibat Laila. Anak matanya terhenti pada tubuh genit gadis yang berbaju merah hati dan memakai bot tinggi berwarna hitam. Seksi. Itulah adik sepupunya Laila. Hanna merapati gadis itu.
“That’s enough bro.” Hanna menahan tangan lelaki yang sibuk meraba punggung adik sepupunya. Tak faham dia dengan Laila. Jelas adik sepupunya tidak selesa diperlakukan begitu. Tapi masih boleh dibiarkan tubuhnya di raba. Pelik.
“Kak Hanz.” Laila nampak terkejut. Suara itu nyaring dicelah-celah muzik yang kuat.
“Cukup, bro. Dia tak suka. Dia bukannya patung, yang sesuka hati kau nak raba-raba.” Hanna melepaskan tangan lelaki itu dan meletakkan dirinya diantara lelaki berbaju hitam itu dengan Laila.
“Kau siapa nak masuk campur?” Jerit Lelaki berbaju hitam itu menolak bahu Hanna.
Malas Hanna hendak melayan perangai gila lelaki itu. Dia penat. Dia berpaling pada Laila dan memberi isyarat supaya adik sepupunya supaya balik. Agaknya tak puas hati apabila pertanyaannya di biar sepi, lelaki tadi menarik lengan Hanna. Satu tumbukan dilepaskan. Namun gagal mengenai muka Hanna apabila Hanna cepat saja mengelak.
Tidak puas hati, lelaki itu mencuba lagi beberapa kali. Namun gerak geri Hanna lebih pantas. Dia mengelak. Setakat gerak gaya lelaki itu yang lagak je lebih memang tak akan mampu melawan dia. Penat mengelak. Hanna menahan tumbukkan lelaki tadi. Sekelip mata dia mengilas tangan lelaki itu ke belakang. Mudah.
Muzik kuat tadi terhenti akibat daripada pergaduhan mereka. Sekarang mata-mata tertumpu pada mereka. Mereka menjadi tarikan utama. Hanna terus melepaskan lelaki tadi. Malas hendak memanjangkan cerita. Namun mungkin merasakan egonya tercabar. Lelaki itu masih mahu menyerang Hanni. Tumbukan dan tendangan di lepaskan. Ada Hanna tahan serangan itu tapi kebanyakkannya dia mengelak. Ya Allah, penat betul dia nak melayan manusia yang tak reti nak putus asa ni.
Hanna tahu jika dia terus mengelak dan menahan serangan demi serangan, segala ini tak akan tamat. Dia perlu lakukan sesuatu untuk hentikan. Dengan pantas dia menangkap tangan lelaki itu dan dipulas. Dan pastinya lelaki itu terus lemah kerana kesakitan. Walaupun beberapa kali cuba melepaskan diri, lelaki tadi tetap gagal. Makin kuat lagi Hanna memulaskan tangan lekaki itu. Memang silaplah dia berhadapan dengan Hanna. Kalau tak cukup ilmu di dada, tak perlu nak tunjuk hebat atau ego pada Hanna.
“That’s enough.” Ujar seseorang. Ada tangan lain yang menggenggam lengan Hanna. Menghalangnya daripada terus memulas tangan lelaki kurang ajar itu.
Hanna berpaling pada pemilik tangan. Matanya bertentangan mata dengan pemilik suara. Perlahan-lahan Hanna melepaskan tangan lelaki berbaju hitam itu. Kemudian dia merentap tangannya dari pegangan lelaki asing tadi. Hanna mengatur topi dikepalanya agar lebih ke hadapan dan melindungi wajahnya. Tanpa menghiraukan hero yang menahan dia tadi, Hanna mengangkat tangan pada Jim sebelum menarik adik sepupunya keluar daripada situ.


Zafril hanya mampu melihat gadis tadi berlalu dihadapannya. Entah kenapa saat mata mereka bertentangan dalam kelamnya cahaya lampu tadi, dia seakan pernah melihat mata bundar itu. Tapi dia lupa dimana. Sayangnya hanya sebentar dia dapat melihat wajah itu tadi. Tapi tak apa, dia pasti ingat wajah bujur itu.
“Wow bro. Jom.” Arif menepuk bahu Zafril yang kaku di lantai menari. Muzik yang bingit mula kedengaran lagi.
Zafril mengikut langkah Arif. Malam ini mereka ada perjumpaan teman lama. Menyambut dia yang baru balik daripada luar negara. Tak sangka pula dia disambut dengan aksi yang menarik malam ini. Melihat gadis itu menahan dan mengelak serangan demi serangan, Zafril yakin gadis tadi bukan orang sebarangan. Cuma mata itu...
“Wah... Hero kita. Tengku Zafril. Apa khabar bro?” Johan menegurnya sebaik dia masuk ke ruangan yang terasing di tingkat atas itu.
“Aku okay.” Zafril menjawab ringkas.
“Hebat kau bro. Datang-datang je terus jadi hero.” Adam bersalaman dengan Zafril.
“Well... Hero melaya.” Usik Arif.
“Dah benda jadi depan mata.” Zafril menghentikan usikan tadi.
“Siapa perempuan tadi? Kau kenal ke Dam?” Soal Arif bertanya. Dia kagum melihat ketangkasan perempuan yang memakai jaket hitam dan topi hitam itu berlawan.
“Entah. Yang aku tahu dia kawan Jim. Aku pernah try tanya pada Jim, tapi mulut mamat tu langsung tak terbuka. Cuba kau tanya Johan.” Adam pun tidak pasti dengan gadis yang telah menarik tumpuan seluruh kelab tadi.
“ Aku pun tak tahu siapa dia. Tapi aku pernah nampak dia kat sini beberapa kali. Itupun sekejap je. Tapi dia memang hebat berlawan. Sebelum ini aku dah pernah nampak dia lawan dengan geng Wandi. Sekejap je dia satelkan diaorang.” Cerita Johan.
“Geng Wandi?” Zafril berminat mendengar cerita Johan.
“Wandi tu anak Tan Sri Harun. Pemilik H group tu. Kat KL ni dia terkenallah juga. Tapi berlahak nak mampu. Macam KL ni dia yang punya.  Aku dengar malam tu budak Wandi tu ganggu adik perempuan tadi tu. Itu yang kena.” Johan meneruskan cerita.
Pelik. Zafril berminat dengan ceritanya. Arif dan Adam, dia tak kisah. Kerana kedua-duanya memang jenis pantang tengok perempuan. Pastilah perempuan yang menarik macam gadis lain cepat saja menangkap perhatian keduanya. Tapi Zafril? Tengku Zafril bukan jenis lelaki yang ambil kisah apa terjadi disekelilingnya.
“Teruk ke Wandi tu kena?” Arif tak sabar hendak tahu. Dia memang dah lama tak sukakan Wandi. Lelaki yang hidup dengan duit mak bapak je tu. Tapi berlagak nak mampus.
“Teruk juga. Aku dengar hidung dia patah.” Ujar Johan.
“Padan muka dia.” Ucap Adam dan Arif serentak. Kemudian mereka tergelak suka.
Zafril hanya tersenyum nipis melayan gelagat kawan-kawannya. Masih tak berubah. Daripada zaman sekolah dulu. Masih juga macam ni. Memang jenis otak masuk air.




1 comment:

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

menarik.. terus kan lg update bab yg seteruasnye.. Iman ade watpadd x?