Monday, March 19, 2012

DAH JODOH 16

BAB 16


            NASIRA memandang skrin komputernya. Pandangan itu jauh bagai menembusi nipisnya skrin LCD jenama Samsung itu. Kepalanya masih berat. Malah tubuhnya sedikit hangat dirasakan. Semalaman dia tak mampu lelapkan mata kerana memikirkan hatinya yang sakit dan kecewa kerana Nuqman. api elok juga begitu kerana tak mampu tidurlah, dia dapat siapkan kerjanya untuk mesyuarat pagi ini.
Semalaman dia melekakan diri dengan timbunan dokumen untuk disemak bagi pembentangan kualiti pagi tadi. Leka hinggakan dia terlelap sekejap selepas subuh dan hanya sedar selepas Nuqman membangunkan dirinya untuk pergi kerja. Lembut sentuhan Nuqman membangunkan dirinya yang ketiduran diatas meja. Dengan usapan lembut di rambut dan kepalanya, Nuqman menyeru namanya untuk sedar. Bila dia membuka mata, senyuman kacak itu menjadi pembuka harinya.
Walau dah terubat sedikit apabila mengenangkan kelembutan Nuqman mengejutkan dirinya dari terus terlena pagi tadi, namun rasa sakit semalam itu masih pun terasa hingga ke saat ini. Malah tekanan itu pula bertambah apabila dia memikirkan bagaimana untuk dia menghindari rasa sayang sedangkan setiap perhatian yang Nuqman berikan itu menyuburkan lagi benih kasihnya buat lelaki itu.


SIRA, jom pergi lunch.” Ajakan temannya Aida teman sejawat dan sejabatan itu menyedarkan dirinya. Aida ini kira geng keras Nasira. Kalau ke mana-mana mesti Nasira bersama dengan Aida dan Suraya. Suraya juga teman sama kerja dengannya. Cuma Suraya ini bertugas di jabatan lain.
“Sue ?” Nasira tanya tentang Sue bila dia belum lagi muncul.
“Dia tak dapat nak ikut. Dia kena bertugas kat luar hari ni. Tapi Johan dengan Fahmi join kita sekali hari ni. " Ujar Aida memaklumkan pada Nasira. Nasira mengangguk faham. Tahu sangat tugas Suraya yang selalu bergerak ke luar.
“Sibuk je dua ekor tu nak mengekor.” Omel Nasira. Nasira memang malas kalau dua lelaki itu mengekor. Bukan sebab dia tak sukakan budak dua orang tu tapi kerana mulut dua lelaki tu meriah dengan sound sistem. Bercakap boleh dengar satu kilang.
“Dah dia orang nak join. Kau ni macam tak biasa. Kau okay tak ni? Muka kau pucat sangat.” Sempat Aida menegur keadaan Nasira yang nampak tidak berapa sihat itu.
“Aku okay lah.” Balas Nasira perlahan. Dia pantas bangun. Mungkin kerana kepalanya yang pening ditambah dengan bangun secara tba-tiba itu membuatkan dia hampir longlai kerana kepeningan. Nasiblah Aida cepat menahannya dari terus terjatuh.
“Kau biar betul ni Sira. Aku tengok berdiri pun kau dah tak mampu ni. Kita pergi klinik lah kalau macam ni.” Aida seperti tak yakin yang Nasira benar-benar sihat seperti yang di dakwanya.
“Kau ni. Aku tak ada apa-apalah. Aku pening sikit sebab berdiri cepat sangat tadi. Jomlah.” Dengan senyuman nipis Nasira meyakinkan lagi temannya itu. Pantas dia bergerak kehadapan sebelum Aida bisa melangkah seiringannya. Tak mahu mendengar bebelan gadis tinggi lampai itu.


AKHIRNYA Nasira tak mampu nak melawan lagi. Kini dia ikutkan saja kata kawan-kawannya yang memaksa dia ke klinik. Dia tak mahu merisaukan kawan-kawannya itu. Cukuplah dia menyusahkan teman-temannya apabila dia hampir pengsan di hadapan kedai makan usai menjamu selera tadi. Dia tak makan sangat pun sebenarnya. Hanya sesudu dua sebelum tekaknya mula menolak. Malah minum pun tidak sampai separuh gelas. Itu baru dikatakan saja membasah tekak.
Akibatnya dia terhuyung hayang memaksa dirinya melawan sakit di kepala. Tak mampu bertahan lama, di hadapan kedai makan dia hampir pengsan, nasiblah Johan sempat menahan tubuhnya dari longlai di tepi jalan. Malah dia amat memerlukan bantuan Aida untuk sampai ke kereta yang hanya beberapa langkah itu. Tanpa pimpinan Aida, entah mampu atau tidak dia berjalan ke kereta. Dengan keadaan yang mermilukan itu, dia kehabisan modal untuk membantah teman-temannya mengejarkan dia ke klinik berhampiran.
“Itu lah kau Sira. Dari tadi aku dah kata kat kau, pergi jumpa doktor. Kau tak nak. Tak apa-apalah. Okay lah. Tengok ni. Nasib baik Johan ada. Kalau tak dah terlentang kau kat tepi jalan tadi tau tak. Risau sangat aku kat kau ni.” Mulut Aida belum berhenti membebel. Mulutnya membebel naik sama sibuk dengan tangannya yang menulis. Keras nadanya. Di dalam klinik itu terdapat tiga orang pesakit lain yang menunggu rawatan.
“Dahlah Aida. Makin sakit Sira dengar kau ni membebel. Cepatlah sikit isi borang tu, dapat Nasira cepat jumpa doktor.” Johan menegur Aida yang sibuk membebel.
“Entah kau ni Aida.” Fahmi turut menyokong. Seperti Johan, dia juga perasan wajah Nasira sedikit berubah mendengar leteran Aida. Aida hanya mencebikkan mulutnya mendengar teguran kedua lelaki itu. itu.
“Maaflah semua. Aku susahkan korang. Korang balik jelah pejabat. Nanti aku balik naik teksi je.” Nasira terasa semakin bersalah memandang kawan-kawannya bertekak.
“Tak ada menyusahkan lah Sira. Kami tunggu kau. Aku hantar borang kau ni dulu.” Aida cuba meredakan perasaan kawannya itu. Dia pula rasa serba salah apabila Nasira meminta maaf. Tersedar mulutnya yang celupar itu telah menyakitkan hati kawannya yang sedang sakit. Sepatutnya dia lebih sabar dengan Nasira memandangkan gadis itu sedang sakit.
Baru saja Aida ingin bangun menghantar borang daftar pesakit milik Nasira, dua orang lelaki masuk ke klinik itu. Kekacakkan salah seorangnya membuatkan Aida terpaku. Kaku memandang lelaki itu. Karismanya cukup memukau. Berdebar jantungnya apabila lelaki itu turut memandang ke tempat duduk mereka. Dengan wajah sedikit berubah, lelaki yang dia perhatikan tadi menghampiri tempat mereka. Kenapakah? Lelaki itu hendak marahkan dirinya kerana memandang dia ke?
“Nasira.” Aida terkejut apabila lelaki tadi yang dia usha menegur kawannya. Terlopong mulutnya apabila mendengar suara lelaki itu menyebut nama Nasira. Bagaimana lelaki tu mengenal kawannya.
“Nuqman.” Nama itu terus terpancul dari bibir Nasira yang pucat sebaik mengangkat mukanya. Keadaan dirinya yang sedari tadi tunduk menyebabkan dia tak perasan kehadiran Nuqman disitu, jadi apabila namanya di seru dan wajah Nuqman terpampang dimatanya membuatkan dia sedikit terkejut.
“Sira buat apa kat sini? Demam makin teruk ke?” Spontan Nuqman bertanya sambil tanganya merasa dahi gadis yang sedang mendongak memandangnya itu. Bukan Nuqman tak perasan badan comel itu sedikit hangat pagi tadi namun bila tuan punya badan meyakinkan dirinya sihat, jadi dia diamkan sajalah.
“Panas sangat ni.” Risau Nuqman bila merasakan panasnya tubuh itu. Lantas dirinya mencangkung di hadapan Nasira. Kedua-dua tanganya meraba pipi Nasira dan kemudiannya mengenggam jari yang sejuk itu.
Aida, Johan dan Fahmi yang melihat drama sebabak itu ternganga dibuatnya. Makin tertanya-tanya diri mereka apabila Nasira hanya membiarkan saja. Tanpa salam seorang lelaki asing yang mereka tahu bukan juga abang mahupun kekasih Nasira datang menyentuh Nasira bagaikan dia itu suami Nasira saja lagaknya.
“Maaf ya kalau saya bertanya. Encik ni siapa? Macam mana encik kenal kawan saya ni?” Aida mencelah aksi romantis tadi. Perasaan ingin tahunya membuak-buak hinggakan dia tak sabar nak tahu siapa lelaki kacak di hadapannya ini. Lagilah dia ingin tahu apa perhubungan lelaki itu dengan kawannya. Sangatlah dia ingin tahu siapa lelaki dihadapannya ini.
“ You kawan Nasira ya. Terima kasih sebab hantar dia ke sini. I, Nuqman suami Nasira.” Nuqman memperkenalkan dirinya pada gadis yang mengakui teman kepada isterinya itu. Nasira hanya berdiam diri dengan dakwaan Nuqman itu. Malas nak masuk campur.
Jatuh rahang Aida mendengar perkenalan yang dihulurkan lelaki yang bernama Nuqman itu tadi. Johan dan Fahmi yang mendengar hal yang sama terus berdiri kerana terkejut. Suami? Tak sangka pula dia yang Nasira temannya ini telah bersuami. Rasanya baru lagi mereka mendengar Nasira tak jadi bertunang. Sekarang dah bersuami. Di wajah mereka masing-masing tertanda dengan tanda soal yang besar.
“Awak suami Nasira?” Sekali lagi Aida bertanya untuk kepastian.
“Yelah. Mungkin you tak tahu lagi. Masa kami nikah hari tu, kami jamput keluarga kedua-dua belah pihak je. Ingatkan masa resepsi nanti baru kami raikan bersama kawan-kawan. Nama you ni?” Nuqman dengan senyuman meyakinkan teman Nasira yang nampak sangat terkejut badak tadi.
“Oh. Saya Aida, kawan sepejabat Nasira.” Aida memperkenalkan dirinya. Otaknya masih cuba memproseskan apa yang dikahbarkan Nuqman itu padanya.
“ Hai. I Johan dan ini Fahmi. Kami pun kawan sepejabat Nasira. Tadi balik dari makan tadi Nasira hampir pengsan, itu yang kami bawa dia ke mari.” Johan juga memperkenalkan dirinya dan juga Fahmi. Terpaksa memperkenalkan diri sendiri apabila melihat Aida masih agak keliru itu.
“Nuqman. Terima kasih sebab hantarkan dia. Pagi tadi I dah tahu dia demam. I ada tanya dia tapi dia kata sikit je. Itu yang I diamkan saja, tak sangka pula boleh teruk macam ni sekali. Thanks ya sebab hantarkan dia.” Nuqman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kedua-duanya. Salam perkenalan dan salam terima kasih.
“Tak ada hal lah. Aida, yang kau termenung lagi kat situ kenapa? Pergilah hantar borang tu.” Balas Johan sopan. Segan pula dia dengan suami Nasira ini. Lagi-lagi dengan gayanya yang nampak sangat bukan orang sebarangan.
Lagipun Johan tak kisahpun nak membantu dan dia tahu kawan-kawannya juga bergitu. Dengan pada itu sempat juga dia menegur Aida yang masih berdiri dengan borang di tangan dengan wajah tak percayanya. Aida yang bagai baru tersedar dari tidur itu, ingin melangkah menghantar borang di tangannya tapi pantas di tahan Nuqman.
“Tak apa Aida. Biar I yang uruskan. You all tengah kerjakan hari ni. Ini dah lewat ni. Biar I je yang tengokkan dia.” Dalam lembut Nuqman meminta teman-teman isterinya itu untuk membiarkan dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.
Faham pada provokasi Nuqman, teman-teman Nasira meminta diri. Saat Aida menyerahkan borang itu pada Nuqman sempat matanya memandang Nasira. Dari isyarat mata Nasira menyatakan pada Aida tak apa dan Aida membalasnya dengan isyarat mata telefon dia kalau ada apa-apa. Faham dengan isyarat diberikan Nasira mengangguk perlahan.
“Masuk bilik aku lah Man.” Amran yang sedari tadi melepak di kaunter pendaftaran itu akhirnya bersuara sambil menghampiri mereka setelah teman-teman Nasira berlalu pergi. Malas rasanya dia nak masuk campur tadi.

8 comments:

Anonymous said...

apsal pendek sangat n3 setiap kali iman post? tak sedaplah macam tu. tak dapat menghayati ....

pulak tu ada word prove kat bawah nun, malas nak identify menatang tu. leceh..

aiRiNa_aiNuN said...

hai sampai demam2 si sira tu yea. penangan nuqman pnye pasal..

tp kak pendek sngt la. baru nak menghayati dah hbs. hehe. nanti smbg cte kita kahwin ye..

mizz acu said...

Erks.. Agak pendek n3 ni.. Tp pape pon.. Huihh penangan bercinta nii.. Smpaii demam! Adei laa.. Bila nak wat sesi luahan hati ni nuqman oii.. Pujuk la sira tuu..

Anonymous said...

adoiii..nak lagi..macam tak puas lah..

kak ida said...

salam dik..
alahai..so sweet Nuqman..
akak berharap padamkan sahaja perasaan marah yg tak bertempat tu kat Nuqman ..tgklah cara mamat tu..layan Nasira..sudah cukupmembuktikan..bahwa Nuqman cuba menjadi suami yg baik..forget d pass..dan mula ngan langkah pertama iatu trust..

ain79 said...

cian nasira dok pk sgt psl nuqman smpai skit2..xpew nti abg nuqman tlg ubatkn..heheeheheheh..caring la abg nuqman nie

Anonymous said...

pendek sangat.. bru nk menghayati citer... next n3 cepat2..

Anonymous said...

best gila bca cita nie... x sabq nk bca next story