Wednesday, March 28, 2012

DAH JODOH 20

BAB 20


            MALAM ini genap enam bulan usia pernikahan Nuqman dan Nasira. Malam yang sepatutnya di habiskan berdua ini terasa jauh apabila di pisahkan jaraknya kawasan atas tuntutan kerja. Malam yang Nasira habiskan dengan duduk menyelesaikan segala kerjanya yang tertangguh di dalam biliknya sedangkan Nuqman nun jauh di Johor Bahru juga atas tuntutan yang sama. Kerja. Sepatutnya malam ini mereka raikan berdua. Bukan berpisah bergini. Setelah tiga hari tak bersua muka kerana jarak yang jauh, malam ini adalah kemuncak penderitaan Nasira. Sudahlah dia rindu kerana kejauhan, malam ulang tahun pula tu. Mahu tak menderita hati dibuatnya.
 Penat menghitung helaian kertas yang masih banyak belum diusaikan. Nasira bangkit lalu duduk di pinggir tingkap besar didalam biliknya. Pandangannya terhala ke balkoni bilik Nuqman yang gelap. Cuba meleraikan rasa rindu terpendam. Membuatkan dia terkenang pula kenangan seminggu lepas di mana dirinya melepak makan maggie dengan Nuqman. Malam yang mana Nasira hampir-hampir membunuh Nuqman konon-kononnya la.
Sungguhlah lawak kalau teringat semula kejadian malam itu. Mana tak lawak bila malam itu buat pertama kalinya Nasira memecah rekod dunia dengan membuat CPR kat orang yang nyenyak tidur. Nasib baik tuan badan tu tak sedar apa yang dia lakukan. Kalaulah Nuqman tu tahu dan sedar tentang CPR yang dia jalankan ke atas suaminya itu, nak je Nasira flush kepala diri sendiri dalam mangkuk tandas kerana memalukan diri sendiri. Nuqman pun satu. Teruk benar perangainya kalau tidur sampai tak sedar dunia. Tidur macam mayat. Kalau apa-apa jadi kat rumah ni. Terbakar ke kena rompak ke, sah-sah Nuqman lah orang terakhir akan Nasira selamatkan. Buang masa je.
Tapi yang seronoknya selepas kecoh satu malam tu boleh pula mereka melepak makan maggir. Habis juga semangkuk maggie dikongsikan berdua. Rasa romantis pula bila berebut-rebut nak habiskan maggie yang hanya sejemput tu. Lagipun malam itu Nasira sedikit berbangga kerana dia mampu membuatkan Nuqman mencemar duli apabila buat kali pertama lelaki bernama Nuqman makan maggie dalam seumur hidup lelaki yang dah memang terlebih baligh itu.
Macam tak percaya Nasira bila dia akhirnya mengenali seseorang yang tak makan maggie. Sangatlah terasa culture shock Nasira mendengar luahan hati Nuqman yang mengakui selama dia hidup, dia tak pernah makan maggie. Kalau adapun perkataan maggie itu adalah maggie goreng yang langsung tak boleh di kelaskan sebagai maggie. Dah tak original, maggie saintetik. Bagaikan rusa masuk kampong, itulah reaksi pertama Nuqman merasa maggie yang disediakan oleh pakai maggie macam Nasira. Sambil berebut-rebut menanda jajahan didalam mangkuk maggie, mereka rancak bercerita. Rasanya macam kawan baik pula bukan suami isteri. Bila pulak Nasira ni jadi pernah merasakan dia isteri Nuqman pun??? Bukan kah mereka teman tapi mesra???
Kalau benar hati Nasira tak merasakan dirinya isteri Nuqman tapi kenapa malam ini dia tak mampu lelapkan mata kerana memikirkan lelaki itu. Masuk malam ini dah tiga hari tiga malam dia tak bersua muka dengan  Nuqman kerana pemuda itu ke Johor Bahru atas urusan kerja. Walaupun Nasira tak mahu mengaku tapi sememangnya dia rindu. Rindu serindu-rindunya. Agaknya inilah makna lagu-lagu jiwang yang selalu menyapa telinga tapi tak tererti oleh akal. Kini barulah semua lagu itu memberi makna dan kefahaman.
 Hari pertama Nuqman tak ada, tiga kali dia balik ke rumah sebab tertinggal barang. Terasa kehilangan Nuqman saat itu. Nampak sangat selama ini Nuqman member impak yang besar dalam hidupnya. Hari kedua perkara yang sama berlaku. Malah dia hampir kemalangan dalam perjalanan balik kerana terkhayalkan tentang Nuqman ketika memandu. Pagi tadi nasib baik ibu menjadi check list gantian untuknya so dia tak adalah nak ulang balik. Bererti sungguh Nuqman dalam hidup Nasira rupanya.
Nasira sangat berharap esok Nuqman akan balik. Dia dah tak tahan nak tengok merenung wajah Nuqman tu. Lagipun Nuqman sendiri cakap siap je kerja dia, dia akan terus balik. Nasira tidak tahu banyak mana kerja yang Nuqman perlu siapkan disana tapi dia rasa jangka masa dua hari ini cukup untuk dia menyiapkan kerjanya. Kalau Nuqman tak balik juga esok, Nasira dah merancang hendak mengambil cuti. Hendak di jejaknya langkah Nuqman di sana. Rindu.
Nasira menggenggam rantai yang tergantung di lehernya. Rantai pemberian Nuqman bersama hantarannya dulu. Sejak hatinya terpaut ini, semua pemberian Nuqman sewaktu nikah dulu di gunakan olehnya. Beg tangan ke, rantai ke, gelang ke. Sebut jelah semua menghiasi tubuhnya dan di gunakan dalam rutin sehariannya. Tanda dia sangat menghargai pemberian Nuqman. Lagipun dengan menggunakan barangan tersebut Nasira merasakan dirinya dekat dengan Nuqman. Dan dalam banyak-banyak perhiasan itu, Nasira paling gemarkan rantai yang sentiasa di lehernya.
 Rantai yang berloket batu opal berwarna unggu berbentuk air mata itu memang menarik. Sesuai sangat dengan kulitnya. Nasira memakai bukan untuk cantik sebenarnya tapi rantai yang dia gunakan itu bagaikan sudah menjadi penguat semangatnya ketika Nuqman tidak ada di sampingnya seperti sekarang. Kalau dia rindu atau teringatkan Nuqman rantai itu akan di sentuh perlahan dan loket itu akan di genggam lembut maka rindunya akan tersusut sendiri. Cehwah... rindu di bawa pergilah ye ye ye r je kan.  Tersenyum sendirian Nasira mengenangkan tahap kejiwangan yang tiba-tiba melanda ini. Ala sesekali dia melayan rasa jiwang ini apa salahnya kan. Alang-alang dah jiwang ni baik jiwang terus. Lalu dia pejamkan matanya dan diserunya nama Nuqman di dalam hatinya.


TUK!!! TUK!!!... Mata Nasira terbuka dengan sendiri apabila mendengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Hilang suasana kejiwangan tahap gunung Fiji tadi. Nama Nuqman pun terhenti untuk terus di seru. Siapa pulak yang mengetuk malam-malam ni? Dia melihat jam di atas meja kerjanya. Dah pukul 2 pagi. Manusia mana pula yang mengetuk pintu bilik dia pagi-pagi macam ni? Manusia ke? atau.... Ini yang buat kaki dan tangan dia menggigil ini. Di renung saja pintu bilik yang masih di ketuk itu sehinggalah ketukan itu berhenti. Di dalam akalnya sudah menyimpulkan yang agaknya hantu tu give up nak terus mengacau dia kot.
" Ohh Mak kau." Melatah sendirian Nasira bila mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Kalau dah berkhayal sampai tak ingat dunia mana tak terkejut. Kalau seratus kali macam ni boleh sakit jantung dia dibuatnya. Masalah-masalah.
Di ambilnya telefon kecil itu. Nampaknya masalah tadi kini menjadi satu kegembiraan pada dia apabila melihat nama di skrin kecil itu. Nuqman, Nuqman yang menghubungi dia. Banggalah pula. Terasa berkesan sungguh seruannya tadi hingga mampu membuatkan Nuqman menghubunginya. Kalau tahu seruannya sudah sampai pada Nuqman. Lepas ni tak perlu lah dia nak guna celcom, digi ataupun hotlink... Seru saja.


"HELLO." Sikit punya ayu Nasira menjawab panggilan di dinihari itu. Suaranya di lembutkan selembut-lembutya. Control ayu lah sikit kan.
" Nasira, I ada kat luar pintu you ni. Bukalah. Tidur mati ke? I ketuk-ketuk tak dengar." Nada suara Nuqman memenuhi talian. Ayat Nuqman di hujung talian langsung tak macho. Sedih betul Nasira mendengarnya. Baru nak beromantik dah terbantut hajat. Kalau orang yang nak membuang air besar agaknya boleh sembelit mendengar ayat Nuqman yang langsung tak romantik tu. Apalah nasib dapat laki yang tak romantik langsung ni.
"Ok."Lemah Nasira menjawab. Suara lembut tadi menjadi mendatar bagai di gelek oleh roller. Dengan longlai kakinya melangkah ke pintu. Kalau tak sebab dia rindu sangat nak tengok muka Nuqman. Wajib-wajib dia tak nak buka pintu tu punya. Baik dia masuk tidur. Tapi nak buat macam mana kalau dah diri sendiri rindu.
" Hai" Lemah suara Nasira menegur Nuqman sambil membuka pintu bilik lebih luas lagi. Hanya sekejap saja Nasira dapat memandang wajah Nuqman sebelum lelaki itu melontarkan tubuh dan memerluk dirinya erat. Perlukan yang kini akan sentiasa mengalirkan rasa di hati Nasira. Membuai setiap reseptor-reseptor cinta.
"I miss you. I dont know why but I really miss you." Bisikan Nuqman di telinga Nasira membuatkan gadis mengukir senyuman manis tak ingat dunia. Boleh dapat diabetes dengan sekali suapan pun. Konon-kononnya malu Nasira membalas pelukkan itu. Sedangkan hatinya dah menari shuffle keseronoklah. Inilah di katakana malu tapi mahu.
" I lapar. Jom makan maggie." Ajakkan Nuqman sambil merenggangkan pelukan mereka berdua membuatkan wajah Nasira cemberut tak senang. Potong betullah. Baru saja nak seronok membuai rasa dah ada kena pancung.
"Maggie? Semalam saya dan Adif dah habiskan. Sorry, tadi saya nak beli tapi terlupa pulak." Nasira memberitahu dengan nada sedih.
Sedih pula Nasira mengenangkan kerana tak dia tak boleh nak duduk berdua dengan Nuqman lebih lama. Maggie dah habis, dah tak ada alasan dia nak tengok muka Nuqman lama-lama. Lepas ini wajib dia untuk mengurangkan darjah kelupaan yang ada didalam otak dia ini. Tapi jangan kurang sangat nanti Nuqman tak boleh nak jadi senarai semak dia pula. Dah tak boleh nak bermanja-manja pula nanti. Cukuplah kurang sikit je asalkan dia ingat nak beli maggie dan ingat cara-cara bagaimana hendak menghabiskan masa dengan Nuqman. Dia sebenarnya tak nak kalau kejadian malam ni tak berulang lagi.  Tengoklah sekarang, kalau dia tak lupa beli maggie, mesti dia dah boleh makan berdua-duaan dengan  Nuqman. Ada alasan dia nak tengok muka Nuqman lama-lama.
"Kalau macam tu tak apelah. Kita keluar beli burger je. You tukar baju dulu. I tunggu kat bawah." Bagai nak daftar masuk jadi pasukan sorak je rasa Nasira apabila Nuqman memberikan arahan begitu.
 Pantas Nasira masuk ke biliknya dan menutup pintu. Saat dia memilih pakaian untuk dia gunakan barulah Nasira perasan dia hanya memakai singlet hitam dengan seluar tidur saja Itupun seluar tidurnya hanya paras paha. Patutlah Nuqman langsung tidak memandang ke arah lain selain wajahnya tadi. Serta merta wajahnya menjadi merah di buatnya. Malunya. Tapi kuat juga iman si Nuqman tu dapat menahan godaan tanpa sengaja dia malam ini.

8 comments:

miss L said...

sira sexy...hehehe
untung nuqman kuat iman...

mizz acu said...

Uikss.. Hehe chumell!

Anonymous said...

alahai pendeknye... best...

Anonymous said...

alahai romantiknya couple ni...
pendek pulak n3 ni...tak puas baca.

~kak min~

Anonymous said...

Auw...seksinya nasira..tak tau la camne nuqman tahan mata dia drp pandang nasira...tapi cik writer...knapa ke pendek sangat?..

Anor said...

hai bestlh tak taulah mcm mana
Njuqman menahan mata dari melihat
isteri yg sedikit seksi. tak
tergoda ke Nugman dgn penampilan
Sira yg sebegitu dhlah lama tak
jumpa ye... cepat sambung.

sue said...

kuat ke iman x ...tu belakang cerita yang penting lepas rindu dulu...hahaha

idA said...

suka..suka...ni nak tanya soalan cepumas ..lebih krg soalan maut..bila ni nak ada..adegan romantik suami isteri ni..sehingga mereka disatukan dalam ikatan yg sebenarnya..teruja nak tahu..bila..