Saturday, May 6, 2017

Aku Akan Datang : Bab 5

BAB 5


“Assalamualaikum.” Kedengaran suara Anis memberi salam. Hanni keluar sebentar dari dapur untuk membuka pintu grill sebaik menjawab salam Anis. Badannya sedikit kepanasan kerana menghabiskan masa dari tadi memasak di dapur. Hari ini dia sengaja mengajak kawan-kawannya mengadakan gathering. Saja saja buat makan-makan.
“Masuklah. Macam tak biasa. Aku tengah masak tu sekejap lagi siaplah.”Hanni mempelawa Anis. Belumpun sempat masuk Anis dan Imran kelihatan Sara pulang bersama Iskandar. Hanni menjeling tajam pada Iskandar. Hatinya terdetik geram. ‘Hish siapa pula yang mengajak mamat ni datang.’
Iskandar perasaan Hanni yang mukanya merah itu menjeling pada dirinya. Entah merah kerana panas atau merah kerana sakit hati dia datang untuk majlis ini. Sememangnya dia tahu dia tak di undang namun bila Sara mengkhabarkan soal majlis ini, Iskandar dengan rela hati menawarkan diri untuk ikut serta kerana dia tahu hadirnya dia di majlis makan makan yang tak di undang ini dapat menyakiti hati Hanni.
“Hai tuan rumah lagi lambat dari tetamu.” Anis mengusik Sara. Yelah hari cuti macam ni mestilah minah sorang ni asyik bekepit dengan buah hatinya. Anis faham perasaan itu kerana dulupun dia begitu ketika memadu kasih dengan Imran suaminya sekarang.
“Alah sesekali. Lagipun aku tahu Hanni mesti boleh handle punya bab masak memasak ni.” Sara memberi alasan. Anis cuma mampu tersenyum dan menggelengkan kepadanya dengan gelagat Sara itu sebelum bertukar pandangan dengan Hanni yang hanya mencebik.
“Yelah kau tu. Dah lah. Jom masuk Anis, Imran. Sara, kau layan lah mereka dulu. Aku nak siapkan masak jap.” Hanni mengajak tetamunya masuk. Sengaja tak di sebut nama Iskandar. Biar lelaki itu tahu dia tak di jemput.
 Sara mengajak Iskandar masuk sebelum beriringan dengan Anis melangkah ke dalam rumah itu. Iskandar masuk bersama dengan Imran selepas Sara dan Anis. Memberi ruang dua sahabat itu bertukar cerita. Selepas kejadian di kelab dulu, Iskandar lebih peka dengan perasaan Imran dan kehormatan Anis sebagai seorang isteri. Nasib baik Imran mahu memaafkannya. Dan hubungan mereka makin rapat.
Hanni terus menghilang ke dapur, Anis pula tidak duduk bersama-sama suaminya di ruang tamu tetapi turut mengikuti langkah Hanni ke dapur. Dia menyiapkan minuman untuk mereka sambil menunggu Hanni siap masak. Mungkin ada yang perlu dia bantu. Kesian pula Hanni seorang buat kerja untuk menjamu mereka.
“Ada yang perlu aku tolong ke?” Tanya Anis yang sudah bersama Hanni di dapur. Dia menyiapkan minuman sementara Hanni sibuk mengacau tom yam di dalam periuk.
“Dah siap dah. Ala bukannya apa pun. Aku masak yang simple-simple je. Kalau kau nak tolong. Tolong hidang je lah. Aku nak mandi jap. Panas ni. Melekit badan aku,” Hanni serasa tidak selesa. Dia menutup api dapur.
“Hmm kau pergilah. Nanti aku hidang.” Anis yang sudah siap kerjanya menantang dulang berisi air ke ruang tamu. Hanni mengikutnya dari belakang. Kelihatan Iskandar tengah berbual dengan Imran. Mana Sara? Hanni menggagak mungkin Sara tengah menukar pakaian dalam bilik.
“Tunggu kejap ye. Aku nak mandi dulu.” Hanni memohon diri. Dia menarik getah rambutnya melepaskan ikatan. Nampak beralun rambutnya yang terlepas ketika itu.
Iskandar yang pertama kali melihat rambut Hanni yang terlepas bergitu agak terpaku. Yelah selalunya rambut itu sentiasa di ikat satu. Pertama kali terlepas begini kelihatan sungguh menawan pula. Ala-ala iklan rambut pula dimatanya. Cantik. Itu yang dia dapat tarifkan pada Hanni ketika ini.
Entah kenapa dalam keadaan sekarang. Dalam keadaan  Hanni yang hanya berseluar track, berbaju T-shirt  putih longgar. Dengan wajah yang merah kepanasan. Gadis itu nampak sungguh menawan. Seteru sepanjang zamannya itu amat memukau matanya pada saat ini. Ini agaknya yang di tarifkan sebagai kecantikan semula jadi.
“She’s beautiful” Tanpa sedar perlahan pujian itu keluar dari mulut Iskandar namun masih boleh di dengari oleh Imran di sebelahnya.
 Imran hanya tersenyum. Iskandar sudah mula nampak apa yang lelaki lain tidak nampak pada Hanni. Hanni memang gadis yang cukup cantik jika di perhatikan. Hanya kerana gadis itu tak suka berhias dan seorang yang cukup simple maka dia selalu sahaja hilang dari radar lelaki seperti Iskandar. Nampaknya Iskandar ini boleh tahan orangnya. Masih dapat melihat kecantikan Hanni dalam keselekehan gadis itu sekarang.


“Memang sedaplah. Ini yang buat aku selalu rindu masakan kau ni Hanni.” Puji Anis. Memang semua mengakui masakan Hanni memang sedap. Gadis itu sungguh pandai memasak. Mungkin bakat semula jadi agaknya.
“Ala. Kau macam tak biasa. Kalau kau rindu. Datang lah sini. Aku boleh masakkan kalau tak sibuk. Janji kau beli barang mentah. Cukup bahan. Cukuplah rasa.” Hanni tidak lokek kalau di suruh masak. Sesibuk manapun dia dan sepenat mana pun dia jika keinginannya untuk masak datang. Hanni akan memasak. Anis hanya tersengih.
“Wei cakap-cakap juga. Kau orang pergi tak majlis Adila minggu depan?” Sara membuka cerita tentang majlis kahwin sepupunya. Adila, adik sepupu Sara itu memang agak rapat dengan kami. Dulu pernah tinggal di rumah ini sementara waktu menghabiskan praktikalnya di syarikat tempat Sara berkerja.
“Nak tu naklah pergi tapi Pulau Pinang tu jauh sangat. Penatlah nak drive. Nanti Kesian pula kat cik abang aku ni.” Anis merungut.
“Kalau macam tu kita bawa satu kereta je lah. I dan Imran boleh gilir-gilir drive. Okay tak? You all boleh duduk kat apartment I kat sana.” Iskandar menawarkan khidmatnya.
“Kalau macam tu okay juga. Kita pergi sayang.” Imran telah memberi persetujuan. Maknanya Imran dan Anis tentu-tentu pergi. Kini hanya tinggal Hanni yang belum ada suara kata pemutus lagi.
“Kau macam mana pula Hanni? Pergi tak?” Sara bertanya pada Hanni pula. Semua mata automatiknya bertumpu pada gadis itu.
“Aku tak janji. Kalau tak banyak kerja, aku ikut. Lagipun aku malaslah nak drive. Kau Shila?” Hanni bertanya pada Shila. Pastinya Sara tak akan bertanyakan Shila. Sara dan Shila tu lebih banyak waktu bergaduh dari berbaik.
“Aku dengan Zack mestilah pergi. Kita orang dah rancang nak bercuti kat sana. Kan sayang?” Shila terus memeluk lengan Zack yang berada di sampingnya. Sara nak mencebikkan mukanya. Benci melihat perangai gedik Shila. Kalau tak kerana Hanni, Sara tak sudi nak melihat wajah perasan bagus itu.
“Hanni. Kau ikut kita orang jelah. Kita berlima gerak dengan satu kereta. Naik kereta aku jer. Senang.” Iskandar cuba memberi jalan supaya Hanni mengikut mereka.
Sekali lagi wajah gadis yang kelihatan segar itu menarik perhatiannya. Rambut Hanni yang terlepas cantik masih kelihatan lembap. Dia suka melihat Hanni melepaskan rambutnya. Gadis itu nampak sangat cantik dimatanya. Ayu.
“Apa-apa pun aku memang tak janji.” Itu kata putus dari Hanni. Dia pergi atau tidak nanti hanya terpulang pada waktu yang menentukan.
“Hai kenapalah susah sangat ke nak pergi kenduri kawan sendiri. Bukan suruh buat apa pun. Suruh makan angin pun susah.” Kata-kata yang terucap di bibir Iskandar itu bagai satu perlian. Iskandar memang tidak sah kalau tak mencari pasal dengan Hanni. Pertemuan yang tadi nampak tenteram mula berkocak.
“Aku bukannya jenis orang yang banyak masa nak berfoya-foya kat luar tu. Banyak benda lain lagi aku kena buat dari usung anak-anak dara orang ke hulu ke hilir.” Balas Hanni pedas. Sengaja dia menekan perkataan ‘anak-anak dara’ orang itu.
“Betullah sedap tomyam Hanni ni. Sayang kena belajar tau dari Hanni.” Suara Imran memecahkan bara api yang baru nak menyala. Sengaja dia memesongkan topik agar persoalan yang mula panas itu cepat reda.
“ Kan Anis dah kata kalau Hanni masak memang sedap.” Anis yang perasan apa yang cuba di lakukan oleh suaminya itu turut membantu.
Cubaan menyelamat yang dilakukan oleh mereka nyata berjaya apabila Hanni mahupun Iskandar tidak lagi bersuara. Pelik sungguh mereka dengan gelagat Hanni dan Iskandar. Macam anjing dan kucing. Tak boleh nak berjumpa ada saja yang tak kena di mata mereka berdua.
Mungkin sebab mereka ini banyak persamaan sebab itu jadi macam ini. Iskandar ego, Hanni pula keras kepala. Mana boleh nak masuk. Dua-dua kunci, dua-dua juga mangga. Terlalu banyak persamaan ini memang payah. Jadi kutub selatan dan kutub selatanlah saling menolak.

No comments: