Tuesday, February 3, 2009

Jodoh atau Cinta 9.

Usai solat sunat taubat, Iman menadahkan tangannya meminta diampunkan segala dosanya. Setitis air matanya jatuh ke tapak tangan. Bukan dia tak tahu betapa berdosanya dirinya sebagai isteri melawan Danish. Dia sendiri tak ingin melakukan semua itu. Siapa ingin menjadi isteri yang derhaka? Tak siapa yang mahu. Namun Iman merasakan itu sahaja yang boleh melindungi dirinya. Hanya dengan cara mengeraskan hatinya dia akan mampu menunaikan janjinya dan melindungi dirinya. Dia tidak lupa dalam lebih kurang lima bulan lagi dia terpaksa tinggalkan keluarga Danish seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Hatinya sedih memikirkan itu. Hanya tuhan yang tahu setiap kali terpandang wajah Danish, akan mengingatkan Iman tentang janjinya itu. Hatinya terluka dan semakin terluka apabila Danish mula cuba merapatkan jarak antara mereka. Apa yang Danish mahukan? Tidakkah cukup penderitaannya setakat ini? Perlukah Danish cuba merapatkan jurang antara mereka agar nanti dia akan lebih terluka apabila terpaksa meninggalkan hidup lelaki itu? YA Allah... Berikan kekuatan pada diri ini Ya Allah...

Kenapalah ini semua berlaku di dalam hidupnya? Bukan niat menyesali namun dirinya kadang kala rasa benar-benar teruji. Apatah lagi bila jauh di sudut hatinya itu masih menyayangi Danish. Iman sendiri tidak tahu. Sejak dari saat dia menjadi milik Danish, hatinya memang terikat dengan Danish. Mungkin niat dan doanya untuk menjadi seorang isteri yang terbaik buat Danish satu ketika dulu dimakbulkan Allah. Betapa jauh di sudut hatinya mencintai lelaki yang selama ini sering menyakitinya. Iman sedar hakikat itu namun pada masa yang sama dia juga tahu hakikat dirinya mencintai Danish akan memakan dirinya sendiri. Setakat inipun dia sudah cukup maka hati.

Terkenang kembali sejarah di hari perkahwinannya dulu. Saat hancur hatinya di lumat surat perjanjian Danish. Sehingga kini dia masih ingat setiap syarat perjanjian dan dia masih berpegang teguh dengan janji-janji itu.

“Pertama perkahwinan ini adalah atas kehendak keluarga dan Iman tidak berhak ke atas harta Danish walau sesen pun. Kedua, masing-masing tidak berhak mencampuri urusan peribadi diri pasangannya. Ketiga, Danish membenarkan Iman bebas melakukan apa sahaja yang dia inginkan tanpa perlu memberitahu kepada Danish dahulu dan bergitu juga Danish bebas melakukan apa saja tanpa sebarang rasa terikat. Keempat, mereka hanya akan berpisah apabila Danish melafaskan talak, atas erti kata lain Iman tidak berhak meminta cerai.”

Jiwanya cukup hancur bila Danish meninggalkannya seorang terkontang-kanting di Kota London saat kali pertama dia tiba di tanah penjajah itu. Saat itu dia cuba mengembirakan hatinya dengan kononnya dia bebas kini namun hakikatnya hatinya umpama di kisar berkali-kali hingga menjadi jus. Siapa yang mampu bertahan melihat suami sendiri pergi dengan gadis lain? Cuba letakkan diri di tempatnya. SAKIT.

Kekuatannya teruji apabila terpaksa berhadapan sendirian ‘bencana’ yang melanda keluarga mereka. Ketika itu hampir setahun dia hidup sendirian seprti orang bujang. Tanpa keluarga dan suami. Berbagai dugaan di tanggung sendiri. Itu yang menjadi kekuatannya menghadapi musibah di dalam keluarga mertuanya dulu. Bukan dia tabah sangat. Hanya doa dan iman menguatkan hatinya. Sedangkan adakala saatnya dia juga hampir rebah. Dia juga seorang perempuan. Dia juga lemah. Dia juga memerlukan bahu untuk bersandar. Perlukkan untuk menenangkan. Tapi Danish meninggalkannya sendirian.

Pedih hatinya saat kembali dari Malaysia melihat Maya keluar dari bilik Danish dengan keadaan yang mengghairahkan. Sedangkan beberapa bulan sebelumnya itu dia sendirian merempuh cabaran kala atuk tersayang pergi. Kala keluarga mertuanya hampir hilang tempat bergantung. Kala syarikat mereka hampir jatuh ke tangan orang lain. Waktu itu dia merasakan 24 jam itu tidak cukup baginya. Apatah lagi untuknya berkejar ke sana ke mari. Setiap hari memohon doa di kuatkan hati menempuh dugaan terbesar dalam hidupnya dan Danish pula boleh bersuka ria dengan kekasih hati. Terasa rendahnya martabat dia sebagai isteri di sisi Danish. Mula saat itu dia tekad. Tak mengizinkan hatinya menangis kerana Danish.

Namun hatinya tetap menangis apabila melihat kejadian yang sama berulang waktu dia memujuk Danish pulang ke Malaysia. Baru malam sebelumnya dia berjanji akan keluar dari hidup Danish setelah enam bulan Danish kembali kepada keluarganya dan pagi esoknya dia melihat sekali lagi Maya keluar dari bilik Danish. Danish seolah-olah meraikan kemenangannya. Langsung tak menghormati dirinya yang masih lagi ada di dalam kondo mewah itu. Sekali lagi maruahnya di pijak-pijak oleh seorang suami.

Sekali lagi harapannya musnah apabila mengharap Danish kembali ke Malaysia ketika dia kemalangan. Danish kejam. Saat begitu dia perlukan Danish, lelaki itu tetap tiada disisinya. Saban hari dia mendengar sindiran dari Mak Long Danish. Emak kepada Maya itu tak pernah membuatkannya lupa bahawa dia seorang isteri ‘pungutan’ yang langsung tak dihargai suami sendiri. Itu juga dugaan.

Setelah perit liku dugaan itu. Kini Danish kembali menuntut dia menjadi isteri yang taat. Cuba menyemai kemesraan sedangkan lima bulan lagi lelaki itu akan menghalau dia dari hidup lelaki itu sendiri. Masalah sekarang perlukah dia berbaik dengan lelaki itu? Salahkah dia mengadakan benteng agar dia tak terluka di titik akhir seperti mana lelaki itu sering melukakannya dulu? Salahkah dia menjauhkan diri dari lelaki yang pernah melukakannya dan lelaki yang akan melukakannya?

Angan Iman terhenti apabila telefon laptopnya mengeluarkan nada menunjukkan ada email masuk.
Re: Reply : I accept your offer.
From: suhana@yahoo.co. uk
To : iman_umairah@yahoo.com.my
Assalamualaikum Sayang.

Mama Sue dah dapat email dari Iman. Mama Sue gembira Iman akhirnya terima tawaran mama Sue untuk tolong Mama Sue di Cosy Design. Tapi kenapa lima bulan lagi baru adik boleh join Cosy Design? Tapi tak ape nanti mama Sue akan sediakan segalanya. Bilik adik kat sini pun mama Sue jaga dengan baik tau. See you in five month. Bila Iman dah tempah tiket ke London nanti cakap dengan mama Sue ye. Mama Sue jemput kat airport..
Love:
Mama Sue
London

Re : I accept your offer
From :
iman_umairah@yahoo.com.my.
To :
suhana@yahoo.co. uk.
Assalamualaikum Mama Sue,
Iman ada berita baik utuk mama Sue. Iman dah fikir masak-masak. Iman dah buat keputusan untuk menerima tawaran mama Sue. I accept your offer to be One of Cosy Design Manager. Iman akan ke London dalam masa lima bulan lagi untuk memulakan tugas as one of your manager. See you within another five month.
love:
Iman Umairah
Malaysia.



Iman tersenyum hambar. Sememangnya selepas kejadian di cium oleh Danish siang tadi dia terus menghantar email kepada Mama Sue, kawan baik arwah ibunya dulu untuk menerima tawaran berkerja sebagai pengurus Cosy Design di London. Iman akan kembali ke sana sebaik tempoh dia bersama Danish tamat. Dia berharap negara asing itu nanti boleh merawat dukanya. Untuk sementara ini dia akan cuba menjauhkan diri dari Danish. Biarlah dia Danish menyatakan dia seribu kali ego sekalipun, asalkan nanti hatinya tidak terlalu parah.

4 comments:

Anonymous said...

ala..xnak la fly jejauh..
danish!!!cepatla..

diella said...

alaa...mne part danish dgn iman ni..nk tau yg 2..huhu

bulan bintang capricorn said...

ala..
citer flashback je ke..
igt de cite sal iman ngan danish perang lg..huhu..
cpt2 arr smbg ek..
tp xyah arr flashback blik sume nie..kn sume da tw so xyah arr ulg2 balik..
cm x syok je..
tats my opinion arr..

atiQah said...

best..best,,
jgn laa g jauh2...
bila laa danish nak bek ngn iman...
cpt2 upload eh...
tahniah writer!!