Wednesday, March 21, 2012

DAH JODOH 17

BAB 17


NASIRA mendapat cuti selama tiga hari. Hypertension dan demam panas, itu konklusi yang Amran berikan padanya dan Nuqman. Memandangkan suhu badan Nasira yang agak tinggi, Amran menasihatkan dia untuk ke hospital dan ada kemungkinan Nasira akan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut. Mendengar akan dimasukkan ke dalam wad, awal-awal lagi Nasira menolak. Puas Nuqman memujuk, dia tetap tidak mahu. Hanya dia berjanji akan berehat secukupnya dan minum banyak air.
Dari pertemuan tadi Nasira tahu rupanya Amran bertugas sebagai doktor. Malah klinik yang mereka pergi tadi juga milik Amran dan isterinya. Sempat Nasira berkenalan dengan Wati isteri Amran. Wanita itu sangat cantik walaupun bergelar ibu kepada dua orang anak. Dari gambar yang terpamer di atas meja Amran, Nasira tahu kedua-dua orang anak pasangan itu comel-comel belaka. Berpeluangkah dia nanti mempunyai pemata hati secomel itu suatu hari nanti? Adakah peluangnya bersama mengecapi bahagia yang sama bersama Nuqman? Nuqman lagi. Sukar sungguh hatinya untuk melupakan. Kalau setiap detik setiap saat, setiap hal dia sentiasa mengingati suaminya itu.
“Balik nanti, you makan dulu lepas tu ambik ubat kemudian baru tidur. Rehatlah tenangkan fikiran you. Jangan banyak sangat fikir. I kena balik pejabat sekejap. Esok I janji I akan cuti temankan you.”  Suara Nuqman akhirnya menyedarkan Nasira bahawa dia tak sendiri didalam kereta yang bergerak laju ini. Masih ada Nuqman yang sedang memandu menemaninya.
“Kereta saya? Barang saya?” Nasira tiba-tiba ingat tentang keretanya yang masih tersadai di pekarangan syarikatnya. Barang-barangnya juga masih di sana. Yang berada dengannya hanyalah beg duit dan telefon bimbitnya saja. Beg tangannya juga tertinggal di pejabatnya.
“Petang nanti you berikan I kunci kereta you. I ajak Adif pergi ambil kereta you.” Ujar Nuqman selamba. Mudahnya dia menyelesaikan masalah. Tapi masalahnya sekarang kunci kereta dia pun tertinggal di pejabat.
“Kunci saya tertinggal kat perjabat. Tak apelah awak hantar je saya ke pejabat. Nanti saya balik sendiri.” Nasira tak mahu menyusahkan sesiapa. Biarlah dia uruskan sendiri. Lagipun perhatian yang Nuqman berikan ini menyentuh hatinya. Takut hatinya tak mampu bertahan nanti.
“Tak ada. You nak berdiri pun tak larat. Inikan you nak balik sendiri. You nak drive sendiri. Jangan nak mengada. I hantar you balik. Nanti you call kawan you, minta dia berikan kunci kereta you kat I. You balik rehat je.” Nuqman berkata tegas. Pertama kali ketegasannya nampak untuk Nasira. Tegas untuk kebaikkan diri Nasira bersama. Tegasnya kerana dia benar-benar risaukan Nasira.
Terdiam Nasira dibuatnya. Menyusup rasa kasih sayang Nuqman di hatinya. Saat ini, melalui segala perhatian yang Nuqman berikan padanya terasa segala kasih sayang lelaki itu tumpah pada dirinya. Buat seketika dia merasakan kasihnya pada Nuqman berbalas. Nuqman turut menyayanginya. Tapi dia takut hatinya berharap. Berharap bermakna memperjudikan hatinya sekali lagi. Baru semalam hatinya tergores, tidak kan hari ni dia nak letakkan hatinya di atas pinggang untuk di jamah oleh kedukaan? Tak boleh. Tak mungkin boleh.


NUQMAN melangkah masuk ke bilik Nasira dengan perlahan-lahan. Seminima bunyi cuba di hasilkan agar tubuh yang ketiduran itu tidak sedar. Di hampirinya tubuh yang terbaring itu. Perlahan-lahan dia duduk di atas katil bercadar ungu itu bersebelahan dengan tubuh Nasira yang masih tidak sedar. Dengan berhati-hati juga dia mengangkat kakinya untuk berlunjur sambil tubuhnya di sandarkan di kepala katil. Di jamahnya dahi mulus itu. Masih panas.
Hari ini dia pulang awal dari pejabat. Perginya ke pejabat tadi pun sekadar untuk mengisi borang cuti saja, kemudiannya dia terus pulang. Nuqman ingin menjaga Nasira. Jika dia di pejabat pun belum tentu dia mampu melakukan apa-apa tugas jika minda dan hatinya risaukan Nasira di rumah. Tubuh di pejabat tapi hati di rumah, itu bukan ciri-ciri pekerja yang baik sesungguhnya.
Tengah hari tadi pun saat dia balik menghantar Nasira dirumah, hatinya sudah cukup berbelah bagi untuk meninggalkan Nasira walaupun ada ibunya yang boleh memantau Nasira. Berkali-kali dia meninggalkan pesan pada ibunya agar sentiasa memantau keadaan isterinya itu. Bukan kerana dia tak percaya tapi kerana rasa risaunya yang tak mampu dibendung.
Nuqman benar-benar risaukan melihat Nasira terbaring sebegini. Kenapalah isterinya ini boleh tiba-tiba demam? Semalam sihat saja. Tak ada pula Nasira kelihatan seperti orang yang ingin sakit. Adakah kerana Hasni? Bagai kata Amran tadi, mungkin Nasira demam kerana tekanan. Agaknya benarlah yang Nasira ini sakit kerana tertekan setelah berjumpa Hasni. Tertekan kerana tak mampu kembali pada Hasni? Tertekan kerana terikat dengannya? Tiba-tiba Nuqman merasakan jiwanya sesak. Jika itulah benar-benar terjadi dan menjadi penyebab gadis ini terlantar sakit.
Walaupun dengan berat hati sekalipun mungkin Nuqman akan melepaskan tekadnya semalam. Dia tahu dia akan cukup menderita jika melepaskan Nasira pergi dari sisinya tapi dia juga tak boleh hidup dengan melihat kesakitan gadis ini berpanjangan. Dia perlu bercakap dari hati ke hati dengan Nasira selepas ini. Jika Nasira benar-benar mahu kembali pada Hasni, Nuqman akan berusaha melepaskan dia pergi. Jika Nasira mahu melupakan Hasni, dia akan berusaha membantu gadis itu melupakan Hasni dan dia akan beri waktu sebelum meluahkan rasa hatinya. Dia tak mahu Nasira bertambah tertekan nanti. Entah mampu atau tidak Nuqman menerima kenyataan yang satu itu. Dia boleh terima kalau Zura berpaling darinya. Tapi bukan Nasira. Nasira miliknya dan hanya miliknya. Dia tak mahu Nasira berpaling pada sesiapa pun.


            NASIRA tersedar saat dia merasakan ada jari jemari mengusap anak rambutnya yang berjuntaian di dahi. Puas bermain dengan rambutnya jari itu beralih pula mengusap pipinya. Nasira terasa tenang di belai begitu. Dengan perlahan dia membuka matanya, seumpama kejadian pagi tadi berulang kembali, wajah Nuqman terpamer di matanya. Satu senyuman nipis Nuqman hadiahkan padanya.
            “Dah bangun?” Suara lembut Nuqman menyapa halwa telinga Nasira. Tiba-tiba dia merasa malu apabila mengenangkan Nuqman memandang dirinya sedang tidur. Wajahnya terasa membahang menahan malu.
            “Kenapa muka you tiba-tiba merah ni? You sakit ke?” Nasira nampak Nuqman kembali menggelabah sambil mengusap wajahnya. Serata mukanya di jamah lelaki itu sehinggakan Nasira rimas dibuatnya. Tiada pilihan lain Nasira menggenggam tangan Nuqmang untuk menghalang tangan itu terus menjamah setiap pelusuk wajahnya.
            “Tak adalah. Saya dah sihat sikit dah.” Nasira menjawab perlahan. Dia cuba bangun dan dengan bantuan Nuqman akhirnya dia mampu bersandar di kepala katil bersebelahan dengan Nuqman.
“Betul ke you dah sihat ni?” Nuqman bertanya lagi keadaan Nasira.
“Ya. Saya dah okay sikit. Pukul berapa sekarang?” Tanya Nasira. Kepalanya terasa sedikit ringan.
“Dah hampir pukul tujuh, sekejap lagi mahgrib. Kenapa you boleh demam macam ni? You tertekan pasal soal Hasni ke? You nak kembali pada dia?” Pertanyaan Nuqman membuatkan kepala Nasira berpaling memandangnya. Bulat mata itu melihat lelaki itu. Apa maksud Nuqman?
“Mana ada saya nak balik pada dia. Saya tak mahu balik pada dia. Cukuplah apa yang saya dah pernah lalui bersama dia dulu. Daripada bersama dia, saya lebih rela berada di sini bersama awak.” Tegas Nasira. Dia marah apabila Nuqman berani bertanyakan soalan itu padanya. Bertambah marah jadinya apabila melihat Nuqman menarik senyuman padanya. Apakah Nuqman mempersenda keputusannya.
“Kenapa awak tanya? Awak nak lepaskan saya dan kembali pada Zura ke? Kalau awak lepaskan saya pun saya tak akan baliklah pada dia.” Nasira mulalah bersangka yang tidak-tidak ni. Dah soalan Nuqman macam ada udang di sebalik mee udang mana tak nya.
“Mana ada. Ada I cakap nak lepaskan you ke? Tak ada kan. I cuma tak nak kalau you rasa terikat dengan ikatan kita macam ni. I tahu you pernah terluka, dan you jangan lupa I pun pernah terluka sama. Apa yang you rasa tentang Hasni macam tulah perasaan I pada Zura. I rasa baik kita berdua berusaha untuk melupakan mereka sama-sama. You tolong I lupa kan Zura dan I akan buat you lupakan Hasni. Boleh?” Sejujurnya Nasira sedikit terkejut dengan saranan Nuqman itu. Namun cepat saja diaa mengangguk setuju dengan saranan Nuqman.
Tak perlu berfikir dua mahupun tiga kali, Nasira pasti setuju. Siapa tak setuju kalau buah hati cuba melupakan kisah lamanya. Manalah tahu dalam mereka sama-sama ‘berusaha’ ini mereka boleh jatuh cinta. Nampaknya peluangnya bersama Nuqman kembali cerah. Terasa sihat kembali tubuh badannya. Inilah kuasa cinta agaknya boleh menyembuhkan segala jenis penyakit.
“Hmm You siaplah. Sekejap lagi dah nak mahgrib. Kali ni kita solat sama ya. Tunggu I. Sekejap lagi I datang balik sini.” Ujar Nuqman dengan nada gembiranya. Kalau keceriaan wajahnya mampu disembunyikan tidak pula suaranya.
 Nuqman lega mendengar jawapan Nasira yang tak ingin kembali pada Hasni tadi. Tapi bila dengan mudahnya Nasira mengusulkan dia di lepaskan bagaikan membritahunya Nasira langsung tiada hati padanya. Untuk itu Nuqman tahu dia kena bijak menarik perhatian gadis itu agar dia menyelusup masuk ke dalam hidup gadis itu dan dengan berpura-pura berusaha untuk mengubat hati mereka adalah satu peluang yang baik buat Nuqman rasanya dan Nasira pula bersetuju.  
Moga-moga dengan cara itu Nasira akan menerimanya satu hari nanti. Di kepala Nuqman sudah membayangkan kebahagiaan dirinya dan Nasira. Membayangkan kalau rancangannya ini berjaya, dia dan Nasira akan menjadi suami isteri sebenarnya lalu di anugerahkan dengan anak yang comel-comel. Pada masa itu pasti hidupnya berwarna-warni dengan gelak tawa. Mana tidak dia makin rasa gembira yang teramat dengan bayangan yang sudah melangkah maj berberapa tahun ke hadapan itu.

9 comments:

zm said...

baguslh dorg ni, bkomunikasi, ni boleh elak dri msalah. tq iman

angkut said...

bagus gitu... setju ngan zm, jgn pendam dan buat andaian sendiri... komunikasi penting... tanya jgn tak tanya... tahniah kak iman...

Anonymous said...

likeyyy

Anonymous said...

i liked!!!berkomunikasi dan berterus terang adalah amalan yang baik....

Anonymous said...

Bagus begitu...berterus terang paling baik drpd memendam rasa akan
menimbulkan salah faham.
Sambung lagi iman...

~kak min~

mizz acu said...

bagus.. xade la gado2..xmatang dowh.. :))

laskarpelangi.stesen said...

nak lagi tau citer ni sok..hehehe

lieyna said...

wahhhh..bagus ye cara nuqman luah perasaan direct j..heheheeh

Anonymous said...

direct ea nuqman, xda belok2..
tp bgus la diorg nie..