Tuesday, April 3, 2012

DAH JODOH 22

BAB 22


NASIRA masuk ke pejabat itu beriringan dengan Nuqman. Mulanya dia hendak menunggu dalam kereta saja tapi Nuqman pula risau nak tinggalkan dia sendiri. Macam lah dia ni tak boleh jaga dirikan. Nak tak nak terpaksa juga Nasira mengikut Nuqman naik ke pejabatnya walaupun dia sedikit segan. Bagus juga dia hendak mengikut Nuqman hari ini boleh dia hendak menghabiskan masa bersama suami tersayang. Nak melepaskan rindu katakan.
Hendak melepaskan rindulah Nasira sanggup mengambil cuti semata-mata hendak menghabiskan masa dengan Nuqman yang baru balik dari Johor Bahru awal pagi tadi. Apabila Nuqman menyuarakan keinginan menghabiskan waktu bersama dengannya hari ini, Nasira bagaiakan orang mengantuk di sorongkan bantal. Terus bersetuju dan kerana persetujuannya hari ini menyebabkan Nasira baru tahu si Nuqman ni bekerja sebagai pengurus projek. Patutlah loaded je semacam dan patut la asyik buka plan je kat rumah.
Tapi itu bukan persoalannya sekarang. Ini nak di jadikan cerita disini adalah sampai je Nasira di pejabat Nuqman, manusia pertama Nasira nampak adalah Zura bekas tunang si Nuqman ni dok tersadai kat meja penyambut tetamu. Aduh pedihnya hati dia melihat si gadis itu. Nasira nak kata sakit hati sangat taklah juga. Cuma perasaan Nasira lebih sesuai di ketegorikan sebagai geram yang sikit lagi mencapai tahap hati bernanah.  Tahap rasa nak bunuh orang pun ada juga. Hangin betul dia nampak perempuan gedik tu.   
Entah kenapa bila Nasira nampak je minah tu dan mengenangkan kehadiran Zura di sini sebumbung dengan dirinya dan Nuqman, hati Nasira rasa nak kena tikam tubuh tinggi lampai tu berkali-kali. Lepas tu kerat enam belas. Biar masuk muka depan metro, jadi protégé Mona Affendi. Tapi kerana mengenangkan maruah Nuqman yang ketika ini turut di junjung dia junjung di samping namanya iaitu sebagai Mrs Nuqman, Nasira terpaksa menyabarkan dirinya. Apa ke halnya perempuan ni ada kat ofis Nuqman? Nak menggedik dengan Nuqman kah?
 Setahu Nasira, Zura ni sepejabat dengan Hasni dan Hasni sah-sahlah tak kerja kat sini. Kan sebab konon-kononnya ‘serasi’ berkerja bersama manusia dua orang ni boleh mengkhianati mereka yang setia mengharap. Sekarang ni tersadai kat sini kenapa pula? Automatik bila otak Nasira mencernakan jawapan pada soalannya sendiri dan sedemikian terus kaki tu terhenti bergerak. Nasira kaku sambil menggelengkan kepala nya. Hendak membuang fikiran yang tidak tentu itu. Di otaknya sudah terbayang macam mana si Zura menggedik itik dengan suaminya. Cemburunya.
"Kenapa berhenti? Tergeleng-geleng pulak tu?" Nasira dengar Nuqman bertanya. Nampak sangat Nuqman sentiasa memerhatikan dirinya.
Walaupun begitu Nasira tetap tak tahu nak menjawab soalan Nuqman itu bagaimana. Kang dia berterus terang nampak sangat dia cemburu pulak kan. Kalau tak jawab dia pula tertanya-tanya, jadi lidahnya terus terkelu sebentar. Tak tahu nak meletakkan letak perkataan itu bagaimana. Mungkin tak boleh berbicara melalui bibir, Nasira berbicara melalui pandangan matanya. Matanya meleret kea rah Zura.
"Ohhh!!!" Kemudiannya Nuqman berkata begitu pada dia.
Mudahnya lelaki itu tahu persoalan diminda Nasira hanya dari pandangan mata Nasira , dia sudah dapat membaca. Ada kuasa magis kah suaminya ini. Alamatnya lepas ni tak ada peluanglah Nasira nak menipu kalau macam ni.
"Dont worry. Jom." Bisikan Nuqman di bibir telinga Nasira seperti ingin meyakinkan Nasira meninggalkan kerisauan tak berasasnya.
Erat saja jari jemari kasar itu menggenggam jari jemari halusnya membuntuti bisikan tadi membuatkan keraguan itu rasa terus saja berlalu pergi. Genggaman erat Nuqman itu dibalas dan dengan selamba mereka berpimpinan tangan ke meja penyambut tetamu itu.
Hilang malu Nasira. Kalau difikirpun tak perlu dia nak malu pun, bukannya dia biat salah. Hubungan dia dan Nuqman pun hubungan yang di ikat dengan janji yang tertinggi. Lagipun hari ini mereka datang cuma kerana Nuqman ingin selesaikan beberapa email penting saja yang Nasira doakan hanya sebentar saja.


"MORNING Encik Nuqman." Bila gadis cantik, penyambut tetamu itu menegur Nuqman, Nasira dengan sendirinya turut menghulurkan senyuman. Pautan tangan mereka masih tersisip erat.
"Morning Belle. Belle, I kenalkan you dengan wife I Sira. Sira, ini Anabelle. Lepas ni kalau mem besar I ni datang, you suruh dia masuk je ye Belle." Nuqman segera memperkenalkan Nasira pada gadis comel itu. Wajah itu nyata terkejut bila Nasira di kenalkan sebagai wife oleh Nuqman tapi dia tetap mengangguk faham pada arahan Nuqman. Nasira terasa dirinya lebih berharga apabila Nuqman dengan tulusnya memperkenalkan dia sebegitu.
"Sira." Nasira hulurkan tangan dan senyuman ramah. Anabelle juga menyambut huluran tangannya dengan ramah. Sesuai dengan peranannya di sini.
"Hmm… Encik Nuqman, Cik Zura..." Anabelle memanggil Nuqman apabila Nuqman sudah menarik tangan Nasira untuk beredar masuk. Nampak kepayahan gadis itu untuk meneruskan kata-kata. Agaknya sebab Nasira ada di situ jadi dia serba salah setelah tahu siapa Nasira di sisi Nuqman dan pastinya telah lama tahu hubungan Nuqman dan Zura. Kesian melihat Anabelle yang serba salah, Nasira memerluk lengan Nuqman. Bila Nuqman memandangnya, Nasira meyakinkan dia tidak kisah kalau Nuqman menegur Zura melalui renungan balasnya.
"Yes Zura. Apa yang perlu I bantu you?" Akhirnya terdengar suara Nuqman menegur Zura penuh professional. Ada nada malas juga di situ. Malas melayan agaknya.
Mendengar suara Nuqman yang sungguh berkarisma itu membuatkan hati Nasira di lambung ombak gembira. Itu nada professional yang Nuqman gunakan bukan nada lembut pernuh menggoda seperti ketika bersama Nasira. Nampak sangat bezanya. Nampak sangat jauh kedudukan kedua-duanya di hidup lelaki itu.
"Zura ingat nak ajak Nuqman keluar lunch, tapi macam ada je yang mengganggu." Ujar Zura dengan suaranya penuh manja. Hish hampir termuntah hijau Nasira dengan suara tu. ' Zura ' dan ' Nuqman ' konon. Nasira yang sah-sah isteri Nuqman pun sekadar 'saya' 'awak' je. Mengada betul perempuan ni.
"Sorry Zura, kalau you nak kluar saja-saja lunch dengan I, I memang tak ada masa. If anything important berkaitan kerja, you boleh buat appointment dengan Siti. Excuse me. Jom baby." Selamba Nuqman memanggilnya dengan pangilan barunya yang penuh manja itu.
Alamak malunya Nasira apabila dia di panggil ‘baby’ oleh Nuqman. Rasa macam pasangan remaja yang bercinta pula. Huhu manjanya bila telinga mendengar. Suka sangat. Padan muka Zura yang masam bila mendengar panggilan itu. Kau ‘Zura’ dan ‘Nuqman’ ya. Kisah apa, dia lagi best dapat manja-manja jadi baby.  Kejap, Nasira hendak membalas panggilan itu khas untuk Cik Zura ni. Jahatnya Nasira.
"Sayang, baby nak pergi toilet sekejap." Suara manja Nasira itu tahap lentok dewa 19. Gedik tak gedik, biar Zura tu tahu Nasira pun manja juga dengan Nuqman. Biar perempuan tu sedar diri sikit.
“Okay baby.  Sayang tunggu baby kat dalam. Nanti kalau tak jumpa jalan tanya Belle ye.” Nuqman dengan senang hati mengikut skrip sendiri. Sempat dia mengusap lembut pipi Nasira. Nasira mengangguk riang sambil menuju ke arah yang menunjukan tanya washroom itu.


 NASIRA saja je nak masuk tandas, sebab Nasira tahu lepas ni mesti si Zura ni ikut bontot dia masuk tandas punya. Jadi sengaja dia memasang umpan untuk berbicara empat mata dengan Zura. Tahu sangatlah Nasira muka tak puas hati Zura tu. Nasira pun tak puas hati ni. Tak puas hati pada Zura tut ak tahu malu mengacau lakinya. Sekarang dua-dua tak puas hatikan. Jadi baik selesaikan cepat.
"Jangan nak berlagak la. I dulu yang kenal Nuqman. Dia tu kekasih I sebelum you rampas dia dari I." Suara Zura melenting sebaik dia melangkah masuk ke dalam tandas.
 Macam Nasira agak dah. Sebaik Nasira masuk tandas, Zura akan dating menyerangnya punya. Bukan kisah ada orang ke tak ada dalam tandas ni tahu-tahu je dah bising. Amboi banyak cantik muka minah tepung gomak ni. Dia yang dok mengedik kat laki orang. Dia pula nak serang orang. Memang tak ada sivil langsung.
" I rampas dia ke you curang dengan dia? You lupa ke apa terjadi sebenarnya? Jangan belagak you ni mangsa keadaan la. You tu yang sepatutnya sedar diri, Nuqman tu dah kahwin dengan I. Jangan nak ganggu kami lagi." Ujar Nasira dengan nada yang sedikit disombongkan.
Mulutnya berkata-kata tangannya dia angkat denagn lemah gemalai sehingga setara dengan padangan mata Zura. Nasira saja tayangkan cincinnya di hadapan Zura siap diayun-ayun lagi tanagnnya itu menayangkan. Puas menyakitkan hati Zura dengan selamba Nasira mengatur rambutnya di cermin dengan wajah yang tampak langsung tak terganggu dengan kata-kata Zura tadi.
" Kalau dulu I mampu rampas Hasni dari you...." Mendengar ayat yang hampir sempurna dari bibir Zura itu membuatkan hati Nasira berdebar-debar. Nasira macam tahu je apa yang Zura ni nak katakan. Pasti si gedik ni nak kata kalau dulu dia boleh merampas Hasni pasti sekarang pun dia boleh rampas Nuqman dari Nasira. Dan Nasira tak akan sanggup mendengarnya.
"Kalau dulu you boleh bersama Hasni di belakang I, sekarang I pun boleh bersama Nuqman di hadapan you. Kami tak mainlah belakang-belakang macam orang terdesak." Segera Nasira memotong kata-kata Zura.
 Di sindirnya si gedik itu biar Zura ingat sedikit sejarah mereka dulu. Sejarah bukan untuk dilupakan tapi untuk di pelajari. Sejak bila la Nasira sejahat ini. Namun hatinya gembira walaupun jahat macam ni. Seronok pula tengok muka tapai basi Zura.
" I tak sebodoh dulu dan I percaya pada Nuqman seperti I. Kami dah banyak belajar dari kesilapan. I juga percaya pada dia, seperti mana dia percayakan I. I harap you dan Hasni tahu kedudukan you all kat mana." Tegas Nasira mengucapkannya sebelum berlalu pergi. Setegas dan setekadnya ketika ini. Nasira tak akan ulangi kesilapan lalu. Selamat tinggal pada Zura yang terkulat-kulat di situ.

BABY, kenapa lama sangat? Risau sayang.” Muncul je muka Nasira di hadapan pintu  tandas itu, suara Nuqman yang penuh kerisauan menyapanya. Nampak garis-garis kebimbangan di wajah itu. Senyuman manis Nasira berikan pada dia yang menanti.
“Ala. Baby atur rambut tadi. Sorrylah buat sayang risau. Sayang risau sangat kenapa ni?” Nasira menyambut mesra teguran Nuqman. Kata panggilan itu belum lekang dari bibir mereka. Segaja di pukulnya hati yang sedia tahu tengah curi-curi mendengar bicara mereka.
“Sayang takut baby sesat. Come.” Lembut suara Nuqman mengajak Nasira beredar. Di tariknya tubuh comel itu mendekati dirinya.
Nasira hanya menurut tingkah Nuqman itu. Sudah tidak kisah untuk beromantis sekalipun. Malah apabila tangan kekar itu melingkari pinggangnya. Nasira turut membalas pekara yang sama, tangannya juga memerluk pinggang lelaki itu lembut.
Zura yang mendengar perbualan singkat itu dari dalam terasa meluat yang tak sudah. Berbeza benar suara Nuqman ketika bersama dia dan ketika melayan Nasira. Terlalu berbeza hinggakan siapa mendengar pasti perasaan dan tahu siapa lebih istimewa pada Nuqman. Kenapa berbeza sangat Nuqman melayannya? Kenapa cepat sangat Nuqman berubah hati?
Bukan sikit rasa sakit hatinya  melihat kemesaraan pasangan itu. Melihat tangan Nuqman melingkari pinggang Nasira membuatkan jiwanya terluka. Nuqman tak pernah memperlakukan dia sebegitu. Jangan kata hendak memerluk pinggangnya malah menggengam jari-jemarinya pun tak pernah. Saat mereka bercinta dulu pun bagaikan dua orang kawan saja kalau keluar berjalan bersama. Tak ada makna nak romantis-romantis. Oleh sebab itu dia beralih pada Hasni yang lebih pandai memanjakan dia.
Melihat Nasira turut membalas sentuhan mesra itu dengan turut melingkari tangannya di pinggang Nuqman membuatkan Zura terasa marah. Marah kerana gadis itu di lihatnya sengaja hendak menggatal dengan bekas tunangnya itu. Sengaja hendak menyakitkan hatinya.  Tekadnya satu hari nanti dia akan mengantikan tempat gadis itu dan masa itu biar Nasira tahu tinggi rendah langit yang mereka junjung.

16 comments:

lieyna said...

wowww 1st cmmt...
tq kak iman hidang pagi yang melazatkan.heheheh
padam muka zura xsedar diri lagi 2..masih ada hati dgn nuqman,very22222 like la sira n nuqman..sayang n baby..ehhehhe sweet

Anonymous said...

Eh eh xsedar diri punya zura ni.. Haishhh.. Hrp2 nuqman xtermasuk perangkap zura niii..
Chumell sgt dedua ni.. Baby sayang bagaii.. So romantik!!
~mizz acu~

aiRiNa_aiNuN said...

gelak sorg2 bace n3 nie. suke sngt bile sira dpt balas balek kat zura. xsedar diri nye pompuan. hai xsbrnye nk bace dlm versi cetak. =)

zm said...

kelakar la crita ni, cumel jer nasira ni.....

Anonymous said...

Akak suka citer ni...harap rumah tangga Nuqman dan Nasira akan berbahagia dan kekal hingga ke akhirnya... harap deorang dapat mengatasi apa jua rintangan yg mendatang dgn bijak dan tak mudah melatah.
Tq Iman kerana selalu update.

~kak min~

Anonymous said...

Jangan la jeles zura..dah tentu nuqman tu husband sira..hahaha..
Zura yg kurang bijak lpaskan nuqman, tak saba sgt..hehe..

Anor said...

ape yg si gedik Zura tu nk jeles
pula ye... sudah tentulh Nuqman dn
Sira suami isteri nk buat ape
pun tak ape halal... bestnya n3
kali ni sweet sgt.. nak lagi...
nak lagi... biarlah kali ni kedua
mereka bahagia hidup bersama setelah
kedua mereka dicurangi kekasih
masing-masing. cepatlah sambung
n3 baru ye...

almuzni said...

iman bila nk kuar versi cetak ni amboi teruja sakan dgn abg nuqman ni...

melia said...

ishhhhhhh...kurang cerdik seyh si zura 2...memang la nuqman 2 xkan manjakan ko...dh tentu mse 2 die lum kawen dgn ko...berdosa la taw tak. padan muka kalo ko x curang ko dpt la manje dgn nuqman 2...but sorry 2 say nuqman syg baby jek...hehe. emoooooooo.

Anonymous said...

Aduh..sayang...Baby...tolong nak tercabut dah jantung den ni..romantiknya...diorang ni..mintak2 biar lah panggilan tu kekal tuk selam-lamanya..tapi yg x bestnye...sibuk je perempuan ahli sihir a.k.a zura...tak malu punya pompuan...Nasira kena berhati2 sebab ahli sihir tu nak rampas Nuqman dia...Cik Writer tak sabar saya nk tunggu versi cetak..hihihi...

Tie Tinie said...

aduhai... baby...sayang..
sweet nya NUQMAN...
padan muka zura.. curang lagi..
dah curang tu masih x sedar2 diri lagi tu.. eee... kategori apa la zura nie...
hope SIRA & NUQMAN bisa mengatasi masalah2 yg bakal menjelma dari zura & hasni...

Aida Sherry said...

alahai sweetnya couple ni.....
hopefully sweet sampai bila2 bukan hanya sekadar lakonan....
padan dgn muka awak Zura.....

idA said...

wah jahat giler zura..tak sedar diri betui la minah sengal ni..rasa macam nak suruh si sira hempuk kat kepala dia..
Love Nuqman..tak sangka dia seorg yg sgt romantis..pergh bertuah si sira kan..hopefully Hasni dan Zura tak kacau kehidupan mereka..

ezzaleya said...

alahai sweetnya pasangan ni... his zura pengacau ni menyemak je!!

Cik Miza said...

Bukan dl cite ni tajuk lain ke?? Kalau xsilap saya, episod smp nuqmam kiss sira & kantoi ngn adik n mak ayah diorg.. Tp mmg best... Xsabar nk baca part tu lg... Hehehe

nursya said...

ish...
geram lak ngn si zura nie..
rs mcm nk je kerat2 18...
sibuk kacau si sira ngn nuqman...