Friday, April 6, 2012

DAH JODOH 25

BAB 25


SEBUTAN kes tangkap khalwat Nuqman dan Nasira berjalan dengan lancar isnin lepas. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah ketika sebutan itu dilakukan. Menurut peguam yang mewakili mereka, peluang mereka menang amat cerah melalui bukti-bukti keadaan mereka di tangkap dan garis masa aktiviti mereka malam itu. Lega Nuqman mahupun Nasira mendengarnya, sekurang-kurangnya mereka boleh buktikan pada keluarga Nasira yang mereka memang tidak bersalah.
Walau sudah empat hari sebutan kes itu berlalu, Mak Su Habibah masih menjadi tetamu di rumah milik keluarga Nuqman ini. Nasiblah ada Mak Su Habibah yang datang menemani mereka ketika sebutan kes tersebut. Tidaklah nampak sangat yang Nasira ini di buang keluarga. Masih juga ada yang sudi menemaninya melalui saat-saat Nasira sangat memerlukan sokongan dari keluarganya. Walaupun hanya dengan kehadiran Mak Su Habibah dan Kak Rina, rasa terkilan itu sedikit terubat.
“Mak Su ingat, petang nanti Mak Su nak balik Muar lah. Dah lama sangat dah Mak Su kat sini.” Ujar Mak Su Habibah yang mampu menarik perhatian semua yang sedang bersarapan pagi itu.
“Kenapa awal sangat Bibah. Tunggulah sehari dua lagi.” Puan Hadiyah cuba menghalang, seronok dia bertemankan wanita itu. Banyak yang dia dapat belajar dari Mak Su kepada menantunya ini.
“Dah lama sangat ni Kak Yah. Lagipun risau Bibah dengan yang tinggal kat rumah tu. Entah macam mana lah rupanya Bang Saad tu.” Mak Su Habibah meluahkan rasa risaunya terhadap suami yang tinggal sendirian.
“Macam nilah Mak Su. Mak Su tunggulah sampai sabtu ni. Insya Allah, sabtu ni Hafiz dan Sira sendiri hantar Mak Su balik Muar. Lagipun naik bas ni bukannya selesa sangat.” Nuqman menghulurkan tawaran. Tawaran yang cukup baik untuk dilepaskan apa agakkannya.
Nuqman belum mahu melepaskan Mak Su Habibah balik lagi kerana dia selesa sebenarnya. Dengan adanya Mak Su Habibah di rumah ini, adalah alasan Nasira untuk tidur dibiliknya bersama dia. Selama Mak Su Habibah ada di sini, Nuqman cukup serasi dengan adanya Nasira sebilik dengannya. Memandang Nasira setiap kali sebelum dia ditidur. Di kejutkan oleh Nasira setiap kali subuh menjelma. Suasana yang cukup membahagiakan.
“Betul tu Mak Su. Mak Su balik hari jumaat nanti. Sira hantarkan ya.” Nasira pula yang memujuk. Masih ingin bermanja dengan Mak Sunya.
“Kamu berdua ni ada-ada saja. Baiklah, mak su balik hari jumaat nanti je. Paling akhirpun jumaat tau.” Mak Su Habibah tegas mengingatkan.
“Ya Mak Su. Menurut perintah.” Ujar Nasira nakal sambil tabik hormat. Kenakalan yang semakin lama semakin nampak comel di mata Nuqman. Tersenyum Nuqman menerima kenakalan yang semakin menarik hatinya.


NASIRA setia berbual dengan Nuqman yang khusyuk memandu. Selepas mereka hanya sempat menunaikan solat asar balik dari perjabat tadi mereka terus bergerak ke Muar untuk menghantar Mak Su Habibah balik ke sana. Takut kalau lambat bergerak nanti, lewat pula sampai. Ini pun dah sekerat pun waktu masuk mahgrib mereka baru hendak menghampiri perhentian rehat Ayer Keroh Melaka. Masih ada lagi lebih kurang sejam pejalanan mereka sebelum mereka sampai ke destinasi.
            “Kita singgah di sini dululah ya Mak Su. Kita mahgrib dulu baru kita gerak.” Ujar Nuqman sambil tersenyum pada Nasira. Daro sinar mata mereka berdua kelihatan mereka sangat bahagia sekarang.
            Nasira mengangguk perlahan. Bersetuju sahaja pada keinginan suaminya itu. Hampir sejam setengah di dalam perjalanan ini, perhubungan mereka terasa semakin dekat. Bergelak ketawa, bertukar cerita sepertinya baru pertama kali mereka membuka pintu hati untuk saling mengenali. Mungkin kerana perasaan kasih itu semakin utuh dari hari ke hari membuatkan hati semakin berbunga tatkala mereka bersama.
            “Suka hati kamulah Man. Mak Su ni mengikut saja.” Ujar Mak Su Habibah ceria.
Gembira sekali dia apabila melihat anak buahnya itu bahagia disamping pemuda yang dia sendiritahu sememangnya boleh di harap. Kalau orang yang bercakap mungkin dua tiga juga hendak percaya. Ini mata dan hatinya sendiri yakin suami anak buahnya itu memang boleh di percayai.
            “Kalau macam tu, lepas kita solat ni. Kita masuk tol nak ke Melaka lah Mak Su. Kita makan dulu kat Umbai baru gerak balik ke Muar. Tuan puteri seorang ni, semalam dah menyebut nak makan kat situ. Kesian pula nanti.” Nuqman pantas memberi cadangan lagi.
Nuqman teringat malam semalam Nasira ada menyuara keinginan untuk makan ikan bakar di Umbai. Kata isterinya dah lama sangat tak merasa makanan itu. Alang-alang mereka sudah sampai di sebelah selatan ini, melalui pula tempat yang dimaksudkan Nasira, baik emreka singgah terus ke sana.
            “Boleh jugalah. Takut kat rumah nanti tak ada yang hendak di jamu. Pak Su kamu tu, kalau Mak Su tak ada merantaulah dapur dia.” Mak Su Habibah terus saja bersetuju dengan racangan Nuqman. Selepas itu hanya kedengaran dua suara itu mengatur rancangan.
Suara Nasira tenggelam kerana terharu, Nuqman sanggup memanjangkan perjalanan mereka semata-mata kerana ingin menunaikan kehendaknya malam tadi. Saja dia suarakan keinganan nya itu yang sememangnya tiba-tiba membuak untuk makan di tempat yang terkenal dengan makanan lautnya. Bukan dia hendak sungguh-sungguh pun tapi tiba-tiba keinginannya datang lalu dia suarakan. Tak sangka pula keinginannya menjadi salah satu keutamaan Nuqman di perjalanan ini. Nuqman memang melayannya dengan cukup baik. Tak tahulah dia akan berjumpa kah atau tidak lagi dengan lelaki sebaik ini di masa akan datang. Ini lelaki jenis edisi terhad, dan dia salah seorang pemiliknya. Macam rasa menang duit sejuta saja sekarang ini.
NASIRA masih berfikir hendak memilih ikan mana untuk menjadi santapan mereka. Sesekali dia menyentuh ikan-ikan yang di pamerkan sambil mulutnya ramah melayan si penjual. Baru sebentar tadi mereka sampai di sini terus dari R & R Ayer keroh. Sampai saja dia matanya kelabu memandang pilihan makanan laut yang segar. Tanpa dia sedar, sedang dia yang ralit memilih santapan untuk malam ini, tubuhnya yang semakin comel dan terbentuk cantik itu berjaya menarik perhatian beberapa pengunjung di situ. Tegap mata mereka memandang tubuh yang di baluti kemeja T yang berwarna hitam. Taklah seksi mana pakaiannya, mungkin kerana sesekali angin membawa bentuk tubuhnya di pandangan orang, membuatkan mata-mata nakal itu terus menembak bentuk tubuh milik Nasira.
Nuqman cukup perasan pada pekara itu. Ikutkan hati yang mula membara, ingin Nuqman berhadapan dengan pemilik mata yang dirasakan terlalu biadap merenung tubuh Nasira. Gadis itu hak dia, hanya dia yang berhak memiliki pandangan nakal pada gadis yang menjadi isterinya. Tak mampu Nuqman memberi tumpuan pada setiap perbualan dan persoalan yang di tanyakan oleh Mak Su. Sesekali Nuqman hilang dalam dunianya yang kini hangat dengan rasa tak puas hati. Terasa begitu sukar untuk dia terus memberi tumpuan pada perbualan dia dan Mak Su. Tapi tak juga Nuqman sampai hati untuk bangun meninggalkan Mak Su nya bersendirian. Kurang ajar namanya kalau dia berbuat begitu.
“Kamu pergilah temankan dia Hafiz. Mak Su tengok makin galak budak-budak tu memandang nya hah. Jangan kamu sampai bertumbuk pula nanti. Ini tepat orang ni Hafiz.” Peringatan Mak Su berikan di akhir kebenaran itu.
 Pantas Nuqman menoleh pada Mak Su sebaik ayat itu terlepas dari bibir tua Mak Su nya. Rupanya bukan hanya dia yang perasan begitu. Memandang Mak Su mengangguk tanda memberi kebenaran membuatkan Nuqman pantas bangkit dan berjalan megah ke arah Nasira. Berkali-kali dia ingatkan dirinya agar bersabar kerana ini tempat orang.
“ Lamanya. Dah pilih ke nak makan ikan yang mana?” Ujar Nuqman. Sengaja tangannya melingkari pinggang milik Nasira. Sinis senyumannya bila perasan wajah penjual itu sedikit berubah bila memandang kelakuannya itu.
‘Ada hati nak ngorat bini aku. Cermin dulu muka tu.’ Kutuk Nuqman dalam hatinya. Wajahnya nampak sangat tidak semesra Nasira.
“Dah. Saya pilih ikan sebelah ni. Okay kan?” Lembut dan manja suara Nasira memberitahu pilihannya tanpa mengesyaki apa-apa pun.
“Okay. Kalau dah. Jom, Mak Su dah tunggu tu.” Pantas saja Nuqman mengajak Nasira kembali ke meja mereka semula.
Di pejalanan yang singkat itu, Nuqman masih utuh memerluk pinggang Nasira. Malah bila mereka sampai di meja, Nuqman sengaja menyusun kedudukan kerusinya dan Nasira rapat hingga bertemu bahu. Memudahkan sesekali tangannya memerluk bahu Nasira. Mengumumkan secara tidak langsung pada pengunjung yang terlalu gatal memandang Nasira tadi bahawa ikan yang ingin mereka pancing ini sudah ada yang punya. Juga salah satu bentuk amaran halus bahawa jangan ada yang ingin mencuba nasib bila dirinya terlalu menyanyangi dan sangat melindungi gadis ini. Takut kerana kasihnya ini membuatkan Nuqman sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan haknya dan melindungi Nasira.

5 comments:

miss L said...

perghhh...protective gila...untung sira..hehe

kak ida said...

salam dik..kasih yg semakin menebal didalam hati Nuqman terhadap sira kini tidak dapat dibendung lagi oleh Nuqman pada mata kasar maksu dan keluarga Nuqman..mengharap agar ia berkekalan..sehingga hujung nyawa..

Lieynaim mohd noor said...

sis uman..dah nak stop ke..tapi xpe xsabar nak tgu versi cetak

Anonymous said...

giler protective. haha..

mizz acu said...

Cayalah bro!