Monday, May 8, 2017

My Princess : Bab 2


BAB 2


Takdir atau kebetulan? Zafril melihat gadis yang berkasut tinggi berwarna hitam lalu dihadapnnya. Sekilas wajah itu dia kenali siapa perempuan yang baru saja melintasinya. Itu adalah gadis malam itu. Gadis yang lincah berlawan. Tapi penampilan gadis itu nampak berbeza. Namun tak membatas dia daripada mengecam gadis itu. Bundar mata yang menjeling seketika padanya tadi yang membuat dia cam kehadiran si gadis.
Kalau malam itu si gadis santai dengan jeans dan jaket hitam membalut tubuhnya. Kepala itu di tutupi topi dengan rambut di tocang satu. Hari ini si gadis nampak berkarisma dengan tubuhnya di balut kemeja putih dan skirt hitam paras lutut. Rambut yang malam itu di tocang satu kini di sanggul kemas. Nampak sangat elegance.
“So macam mana Zaf? Kondo tu?” Adam bertanya pendapat Zafril.
Sebelum ini, Zafril ada meminta dia untuk mencari rumah. Dia sudah mendapatkan beberapa rumah untuk Zafril lihat. Kawannya sangat memilih. Sampai sekarang Zafril berkenan dengan rumah yang dia cadangkan. Harapnya kali ini Zafril bersetuju dengan Kondo yang dia cadangkan.
“Okay. Yang ni aku suka. Bila kita boleh finalise semuanya?” Zafril bersetuju dengan kondo yang dicadangkan Adam kali ini.
Dia tidak perlukan rumah yang besar. Dia tak perlukan kawasan yang luas. Dia cuma mahu tempat tidur yang selesa. Tempat berehat saja. Kebanyakkan masanya akan habis di pejabat. Jadi dia tak mahu tempat tinggal yang membuatkan dia rasa rimas kerana terlalu besar. Dia juga yang penat hendak menguruskan nanti.
“Nanti aku call agent tu.” Ujar Adam.
“Hurmm...” Balas Zafril. Sekali sekala matanya lari ke meja tempat gadis itu. Nampak tegang gadis itu berbincang dengan seorang perempuan dan dua orang lelaki.
“Kau nak cepat ke?” Soal Adam. Dia perasan fokus Zafril sudah tidak pada perbincangan mereka lagi. Dia menoleh ke kanan. Mencari apa yang ditenung oleh Zafril.
“Secepat yang mungkin.” Jawab Zafril. Dia tidak selesa apabila Adam bagaikan sudah mula mengesyaki sesuatu.
“Okay. Aku beritahu agent tu nanti. Kau tengok siapa tadi?” Adam ingin tahu.
“Tak ada siapa.” Elak Zafril.
“Kau tengok Adel? Kau kenal dia ke?” Adam cuba mengorek rahsia.
“Adel?” Dahi Zafril berkerut tak faham.
“Perempuan yang pakai kemeja putih tu. Adelia. Antara peguam terbaik kat KL ni.” Beritahu Adam.
“Adelia...” Nama itu meniti di bibir Zafril. Jadi gadis malam itu bernama Adelia.
“Ya Adelia. Tapi semua orang panggil dia Adel. Nampak je cantik dan lembut macam tu. Tapi kau tak kenal lagi mulut dia dan cara dia berkerja. Ramai orang ternama guna khidmat dia. Termasuklah kalau bab perempuan ni. Pendek kata dia tu dalam list antara perempuan paling bahaya untuk di dekati kat sini.” Cerita Adam.
Zafril hanya tergelak dengan cerita Adam. Perempuan paling bahaya? Tak sangka ada juga senarai itu. Agaknya memang perempuan itu bahaya untuk di dekati...


Hanna hanya tersenyum sinis pada perempuan di hadapannya. Dia kesian dengan perempuan macam ini. Bergantung kesenangan pada teman lelaki. Hanya tahu menggunakan kecantikan untuk memerangkap lelaki. Terlalu terikut-ikut sangat dengan plot drama televisyen. Akhirnya hiduplah dalam drama. Dah lelaki tu muak, si gadis kena tinggal. Masa tu nak meroyan menuntut macam maca. Buat pertuduhan.
“I tak sangka you pilih tempat ini berbincang Hairul. My office just few block away. I boleh sediakan coffee yang lebih sedap untuk you. FOC lagi.” Ujar Hanna sinis. Dia paling tidak suka berbincang hal kerja di tempat awam begini.
“I rasa you kena tanya client you Hanna. I just follow your client request.” Hairul menjawab. Dia dan Hanna memang kawan. Tapi dalam bidang kerja adakalanya mereka juga musuh. Bergantung pada kes yang mereka kendalikan.
Hanna menjeling Nazul disebelahnya. Anak orang kaya yang tak habis membawa masalah padanya. Pasang perempuan keliling pingang. Sekarang kena tuduh merogol. Dia juga yang perlu selesaikan. Dasar anak orang kaya yang tak ada otak.
“Ini syarat kami, kalau client you nak selesaikan pekara ini di luar.” Hairul menghulurkan beberapa keping kertas pada Hanna.
Hanna menerima huluran Hairul. Dia hanya memandang sekilas lalu sebelum meletakkan di atas meja. Wajahnya tidak berperasaan . Matanya kosong tanpa emosi. Hairul sudah gentar. Dia tahu Hanna ada sesuatu yang dia tidak ada. Sesuatu yang pasti membawa kemenangan pada pihak gadis itu. Ekspresi itu memang terkenal pada Hanna.
“Unfortunately, kami tak berminat dengan syarat you tawarkan Hairul. Macam inilah client I setuju bayar pampasan sebanyak 50 ribu pada client you. Dan dia akan tanggung semua kos guaman. Dengan syarat client you tak akan ganggu dia lagi.” Ujar Hanna. Tegas.
“Mana boleh. Dia dah cederakan I. Rogol I. Lepas tu dia nak lepas tangan macam tu je. Kalau I mengandungkan anak dia macam mana?” Gadis dihadapannya berbunyi.
“I really think you need to accept the offer cik Jasmine. Sementara offer I masih terbuka untuk you.” Tegas Hanna.
“No. You all takut kalah sebab tu you all buat macam ni kan.” Gadis tu berkata-kata. Tak di hiraunya Hairul yang melarang.
“Than that your loss. Frankly speaking cik Jasmine. I pun tak suka nak uruskan kes budak-budak macam. So let we end this as soon as possible. This is for you.” Hanna mengambil beberapa keping gambar, sekeping CD dan satu sampul surat bersaiz A4 dari fail yang dia bawa. Segalanya itu diletakkan di hadapan Jasmine dan Hairul.
Wajah Jasmine menjadi pucat. Hairul kelihatan keliru. Kawannya mengambil gambar yang dia letakkan diatas meja. Jelas dimatanya yang ada yang Hairul tidak tahu tentang anak guamnya itu. Sekilas senyuman hadir di bibir Hanna. Dia sudah tahu kemenangan itu di pihaknya.
“Lebih banyak gambar menarik you dalam sampul tu Hanni. Wow.... body you memang amaizing and I totally suprise what your body can do.” Sinis Hanna berkata-kata.
Hanna tidak jadi peguam terbaik jika dia bukan seorang yang berani. Kalau kes-kes begini, Hanna sangat memilih. Tidak senang untuk dia terima. Kali ini pun kerana dia terhutang budi dengan ayah kepada anak guamnya. Jika tidak kerana mengenang budi, dia memang tidak akan layan kes-kes begini.
“Kau...” Jasmine membentak marah.
“I siasat siapa you Jasmine. Anak guaman I bukan satu-satunya kekasih you. Nampaknya you sangat busy menabur cinta. Mesti penat kan.” Provok Hanna.
“You should tell me about this Jasmine.” Hairul mengguman. Malu dia dihadapan Hanna.
“I...” Jasmine cuba mempertahankan diri.
“For you. My offer earlier still open. Anggaplah pampasan pada masa yang you gunakan untuk anak guaman I.” Hanna memintas.
“I think better you just accept the offer Jasmine.” Nasihat Hairul.
“I tak nak...” Bantah Jasmine.
“Then that your loss. You tak akan menang.” Hanna sudah tersenyum sinis.
“Kau.... bitch...” Jasmine sudah berdiri. Marah benar dia. Jari runcingnya mencapai gelas air kosong diatas meja dan terus menyimbah ke wajah Hanna.
“Hanna...” Hairul turut berdiri. Terkejut dia ada seseorang yang berani memperlakukan Hanna begitu.
“Rasakanlah... Itu baru air kosong.” Jasmine tergelak sinis sambil beredar.
“Hanna... I minta maaf.” Ujar Hairul. Dia baru berhasrat membuka kotnya untuk diberikan kepada Hanna. Namun cepat gadis itu menolak.
“It’s okay Hairul. I’m fine. Ko kejar dia. Takut apa-apa jadi nanti.” Tolak Hanna.
“Kesian you. Nah...” Alan menghulurkan kot dia.

Namun Hanna cuma menggeleng pada anak gumanannya itu dan meminta diri ke bilik air. Dia tidak perlu bantuan daripada sesiapa. Apalah nasib dia hari ini. Tak pasal-pasal mandi ditengah-tengah cafe house itu. Damn...

No comments: