Thursday, April 5, 2012

DAH JODOH 24

BAB 24


SUASANA tenang yang hanya diceriakan oleh suara peti televisyen melatari bilik yang perabotnya serba putih itu. Sesekali Encik Nasir mengerling tingkah isterinya yang sibuk menyusun botol-botol penjagaan kulit dan minyak wangi di atas almari cermin itu. Isterinya itu memang gemarkan barangan kecantikan daripada dulu lagi. Dia sendiri suka menghadiahkan minyak wangi untuk isterinya. Sebenarnya ada yang ingin dia tanyakan pada isterinya itu tapi belum lepas dari mulutnya.
“Yah, kenapa dengan Man tu? Abang tengok dia masam je. Dengan Yah pun macam layan tak layan je. Yah bergaduh dengan dia ke? Tak pernah-pernah abang tengok dia macam tu.” Tanpa memandang ke arah isterinya, Encik Nasir bertanya. Membuka langkah dulu dengan salam, walaupun dia tahu anaknya itu terasa hati dengan isterinya.
“Adalah bang. Dia tengah merajuk dengan saya tu.” Ujar Puan Hadiyah pada suaminya itu sambil menghampiri suaminya yang menonton dan duduk di sisi lelaki yang menemaninya berpuluh tahun lama. Hidup bersamanya. Menjadi teman baik, kekasih dan suaminya.
            “Apa yang awak buat kat dia sampai dia merajuk dengan awak tu Yah?” Kali ini tumpuan Encik Nasir tidak lagi pada skrin flat yang bersegi empat itu. Malah siaran pun dia matikan untuk menumpu sepenuh perhatiannya pada isteri tersayang.
            Puan Hadiyah tersenyum dengan perhatian yang diberikan oleh suaminya itu. Faham benar dia, keperihatinan suaminya pada keluarga mereka yang kecil itu. Suami nya pantang kalau ada masalah kecil atau besar yang menjadi duri dalam daging pada ikatan kekeluargaan ini. Kalau perasan saja ada yang tak boleh bertemu muka, pasti akan di selidiknya sedalam-dalam yang mungkin sebab musabab konflik itu terjadi. Tidak mahu suaminya terus menanti jawapan, Puan Hadiyah menjelaskan apa terjadi. Setiap baris kata, tak satupun yang tinggal buat suaminya. Menggeleng kepala Encik Nasir ketika mendengar penjelasan dia.
            “Kenapalah Yah buat macam tu kat dia? Patut marah benar abang tengok dia tadi. Tak cukup ke dengan plan awak bersama Bibah, Mak Su si Nasira tu sampai awak provok  budak tu macam tu sekali.” Keluh Encik Nasir tak faham.
Bukan dia tak tahu rancangan isterinya bersama Habibah, Mak Su kepada menantunya Nasira tu. Sudah lali sangat dia dengan perangai isterinya. Bukan dia tak tahu Habibah tu datang bertamu di rumah mereka ini pun kerana rancang bersekutu isterinya dan mak saudara Nasira tu semata-mata hendak melihat anak menantunya tidur sebilik. 
“Alah bang, Yah saja je nak duga hati anak abang tu. Tengok sebab tu Yah tahu dia sayangkan Nasira. Kalau tak Man tu tak akan cemburu lah bang bila dengar Yah cakap macam tu. Pertama kali dia tinggikan suara kat Yah, bang bila dia dengar Yah kata macam tu. Tapi Yah tak kecil hatilah. Yah tahu Yah salah. Soal Bibah tu, memang Yah mengaku Yah merancang dengan Bibah. Itu semua untuk kebaikan mereka juga. Yah penatlah nak tunggu dia orang tu bertindak sendiri. Sabar punya sabar tengok dah lebih setengah tahun dah mereka kahwin, tapi masih macam tu juga. Itu yang Yah dan Bibah tu rasa kami kena masuk campur.
Lagipun abang tengoklah sendiri perangai anak menantu abang tu. Man tu keluar masuk bilik Sira tu buat apa. Subuh dia di bilik Sira, mahgrib dan isyak jangan cerita lah pun sama. Kadang-kadang saya perasan kalau sempat ke hujung minggu macam ni ke, asar pun di bilik Sira. Tidur je tak sama tempat lagi. Kalau di hitung dari 24 jam ni berapa lama je dia dalam bilik dia sendiri tu. Daripada dia ulang-alik macam tu baik mereka duduk sebilik. Sama je.” Ujar Puan Hadiyah sambil menarik nafas. Penat pula bercerita ni. Encik Nasir menangguk faham dengan niat baik isterinya itu.
“Yah ni cemburu sebenarnya bang, abang tak dengar ke tadi Bibah beritahu hal anak dia mengandung cucu ketiga tu? Bibah tu muda dari Yah pun dah nak masuk tiga orang cucu. Yah ni seorang cucu pun belum ada. Jangankan cucu bayang cucupun tak ada bang. Abang tak teringin ke nak ada cucu macam orang lain tu?” Panjang lebar Puan Hadiyah menerangkan niatnya. Maksudnya yang suci itu.
Agar suaminya bisa memahami apa yang tersurat di hatinya. Dia seorang perempuan, dia ingin juga merasakan anak kecil memangilnya nenek. Kawan-kawannya yang lain dah pun mendapat gelaran itu, tinggal hanya dia saja yang belum merasainya. Kata tak bermenantu, dia mempunyai menantu yang sangat baik tapi masalahnya  anaknya itu lembab sangat hendak bertidak. Mengikut perangai siapa entah?
“Suka hati Yah lah. Tapi berpada-pada sikit nanti Yah, takut membinasakan keluarga kita pula nanti.” Pesan Encik Nasir lembut. Dia faham perasaan isterinya. Apa yang di katakan oleh isterinya itu benar belaka, tapi dia tetap tak mahu hal-hal macam ini menggugat keharmonian dan kemesraan keluarga kecilnya itu.


AWAK, tak baik tau awak buat ibu macam tu? Kesian ibu, awak layan tak layan je dia. Dia tu ibu awak tau tak.” Nasira meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Nuqman yang membaca di atas katil sambil dia sibuk menyapukan losyen malam di lehernya dan menyikat rambut di hadapan meja solek. Meja solek yang khas Nuqman belikan untuknya siang tadi. Sampai sejam sebelum kedatangan Mak Su. Cantik meja solek ni sesuai dengan padanan susun atur bilik  Nuqman yang akan menjadi biliknya sementara Mak Su ada di rumah mertuanya ini.
“I tahulah dia ibu I. Cuma hati I ni masih terasa lagi. You pun macam suka je ibu ada niat macam tu.” Terselit nada sindiran di bibir Nuqman itu. Geram dia pula dimarahi oleh Nasira. Tak tahu kah Nasira yang dia sedang merajuk sekarang.
“Apa pula? Mana ada saya suka pun. Ibu dah terangkan pada sayalah, dia kata dia saja je cakap macam tu kat awak. Dia nak uji awak sebenarnya. Nak tengok reaksi awak macam mana? Awak janganlah marah kat ibu. Dia bukannya saja-saja je nak menyakitkan hati awak. Tak adalah seorang pun ibu kat dunia ni nak buat jahat kat anak kandung dia sendiri.” Lancar bibir Nasira menasihati Nuqman walaupun buat kali pertamanya.
Nasira menghampiri katil tempat Nuqman berbaring itu lalu menyelak gebar yang menutupi kawasan yang masih kosong di sebelah Nuqman. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung diatas katil sebelum mengangkat kakinya dan mengatur kedudukkannya agar selesa berbaring di samping Nuqman yang masih duduk bersandar membaca. Tidak kisah untuk tidur disebelah Nuqman, kerana ini bukan kali pertama dia tidur disamping Nuqman. Di awal pernikahan mereka dulu, Nasira sudah pernah berkongsi hangatnya tubuh Nuqman ketika mengikut mertuanya bercuti di tanah tinggi.
Kali pertama dia melangkah masuk ke bilik ini tadi hampir terjatuh rahangnya ke lantai. Kebesaran dan susun atur bilik itu memukau pandangannya.  Bilik itu sendiri bagaikan satu rumah lain di dalam rumah ini cuma tinggal tiada dapur saja. Ada ruangan berkerja, ada ruangan berehat dan ada ruangan menonton yang dipisahkan dengan seni tersendiri. Malah tempat tidur mereka pun bagaikan satu kawasan yang lain di dalam bilik yang mereka duduki sekarang. Nampaknya Nuqman memang berkerja keras menyusun atur biliknya ini. Nasira sebagai pendatang dan pemilik bersama bilik ini walaupun secara sementara amat suka akan bilik ini. Kan bagus kalau biliknya juga seperti ini. Sudahlah mulalah dia hendak menjadi Mat jenin.
“Ibu beritahu you macam tu ke?” Nuqman kembali bertanya apabila Nasira sudah selesa berbaring di sisinya. Matanya masih menatap buku di tangan.
Sedaya upaya Nuqman cuba sembunyikan kegembiraan di wajahnya apabila Nasira sudi tidur disisinya tanpa perlu dia yang dipinta. Sedangkan dari siang tadi puas dia mengatur ayat di dalam kepalanya untuk mencari ayat yang sesuai agar aturan tidur mereka begini mesra. Alhamdulillah tak perlu dia bersuara keinginan sudah di makbulkan.
“Yelah. Ibu yang beritahu saya masa awak dah pergi. Esok awak minta maaf kat ibu tau. Tadi selepas makan malam saya ada minta maaf bagi pihak awak tapi saya tahu ibu pasti nak awak sendiri yang minta maaf kat dia. Boleh?” Pinta Nasira lembut.
“Hmm…” Balas Nuqman perlahan. Akur dengan permintaan isterinya itu. Langsung tak terasa hati di tegur begitu malah dia lagi berbesar hati apabila Nasira menegurnya. Tak ralit pun dia ditegur isteri sendiri tapi malah bangga isterinya menghormati orang tuanya dengan begitu tinggi sekali. Adakala dia merasakan Nasira menghormati dan menjaga perasaan orang tuanya lebih dari dia sendiri. Mungkin kerana itu Nasira menjadi kesayangan orang tuanya.
“Jangan lupa tau.” Saja Nasira mengingatkan lagi. Sedangkan apa yang ingin dia dengari adalah Nuqman untuk berkata ‘ya’.
“Yelah. I tahu. You dah nak tidur ke ni?” Nuqman memberi jawapan yang ingin Nasira dengari. Ingin dia berbual lebih lama dengan Nasira tapi melihat gadis itu sudah layu matanya membuatkan Nuqman bertanya keinginan Nasira.
“Hmmm… Saya nak tidur. Esok kena bangun awal. Awak, saya gementarlah, esok nak ke court. Takut pun ada. Saya takut hendak berhadapan dengan hari esok. Risau kalau saya tak mampu buat yang terbaik.” Dengan mata layu dan wajah menghadap Nuqman, Nasira meluahkan apa yang dia rasa. Gementarnya. Takutnya dia untuk menghadapi hari esok.
“Janganlah takut. I kan ada. Lagipun tak ada yang perlu kita bimbangkan, kita tak salah. Insya Allah kebenarannya akan terbongkar nanti.” Nuqman memujuk hati yang kerisauan itu.
Anak rambut Nasira di usap perlahan. Dia juga gementar tapi dia tak mahu perasaannya turut mempengaruhi Nasira kerana esok hari yang besar untuk mereka berdua. Esok hari maruah mereka di perbicarakan. Permulaan untuk membuktikan mereka tidak bersalah dan mengembalikan maruah mereka yang dulunya tercalar.
 Apabila si comel itu mengangguk faham, barulah Nuqman berasa lega. Dengan senyuman dia merapatkan jurang tubuh mereka. Semakin melebar senyumannya apabila Nasira juga bertindak merapatkan jurang antara mereka. Rapat tubuh Nasira di sisi tubuhnya sehinggakan kalau sedikit lagi Nasira mengangkatkan kepalanya, pasti kepala gadis itu sudah berada di atas tubuhnya. Nuqman terusan merenung wajah itu sehingga mata yang layu tadi tertutup sendiri. Sambil menyambung bacaannya dia terus membelai rambut panjang itu. Membiarkan malam berlalu dengan kemesraan mereka.

14 comments:

Anonymous said...

salam...yeah org 1st komen...hepy sgt tdk sira n nuqman ni...hope hubungan mereka semakin rapat n mesra..

Anonymous said...

Sukaaaaaaa!! Mintak2 laa.. Cinta berbunga2 pasni.. ;)
~mizz acu~

MzaMuhd said...

salam... sy suka entry ni. x sabar tunggu untuk cetakan... :) tahniah dari saya.

me said...

harap2 keputusan mahkamah berpihak pada diorang...

Aida Sherry said...

akhirnya mereka tidur sebilik.... semoga hubungan mereka semakin mesra dan mampu menerima diri masing2 dan meluahkan rasa cinta dihati....

Lieynaim mohd noor said...

hehehehehe...cemburu ye nuqman

kak ida said...

salam dik..E3 yg mmg dinanti nantikah..yes..mereka mesra bersama walaupun dalam keadaan keterpaksaan..harap akan kekal begitu..dan mengharap agar perhubungan mereka akan pergi jauh lagi ..bukan hanya diatas kertas..
best juga dapat mak mertua dan besan yg giler giler macam ni kan..

blinkalltheday said...

cepat2 lah dapat baby...kikikisweet je kapel ni.

Anonymous said...

tak sabar nyer nak tunggu ...
hubungan mereka bersama sebagai suami isteri yang sebenar dan dapat baby..
apa jadi eak ..semasa kes perbicaraan mereka....

Anor said...

best nak lagi... tak sabar nk tunggu
n3 baru...

Anonymous said...

best tak sabar nak tunggu versi cetak...cik writer..lambat lagi ke nak diterbitkan?...

almuzni said...

iman..semput baca entry ni sukerrr ngn abg nuqman nih...

PELANGI PETANG said...

yessssss...besttttlah iman..nak lagi dan lagiii..tq

ain79 said...

x sbar la plak nk tggu kdtangan mak su 2 mst mak nuqman n mak su da plan bek pnya tok mreka nie