Thursday, March 15, 2012

DAH JODOH 15

BAB 15


NASIRA menunggu Nuqman di tempat pakir kereta. Usai membayar pesanan mereka tadi, Nuqman meminta diri ke tandas. Tak tahan sangat nampaknya. Untuk terus menunggu di dalam Bistro itu, Nasira tak betah memandang wajah manusia-manusia yang pernah menyakiti hatinya dulu. Lagi-lagi bila melihat ralitnya mata Zura mengusha Nuqman. Mendidih darahnya hingga ke kepala. Takut meletup pula dia di situ kalau dia menunggu lebih lama.
“Sira.” Panggilan itu membawa tubuh Nasira berpaling. Kelihatan Hasni tegak berdiri di hadapannya. Hanya Hasni seorang. Entah ke mana perginya Zura yang tadi kelihatan bahagia dengan bekas bakal tunangnya seorang ini.
“Sira apa khabar? Lama kita tak jumpa. Sira nampak cantik malam ni.” Hasni bertanya khabar  dengan pandangan mata kurang sopan.
Matanya ralit memandang wajah yang seringkali dia rindui sejak akhir-akhir ini. Kerana rindulah dia mengikut langkah gadis ini keluar ke sini. Di tinggalnya saja Zura yang sedari tadi merajuk dengannya itu keseorangan. Tak puas rasanya memandang wajah Nasira kalau hanya dari jauh seperti tadi. Wajah itu nampak berseri walaupun kelihatannya Nasira sedikit berisi dari sebelum ini. Namun dia akui gadis di hadapannya ni semakin cantik dan menarik.
“ Baik.” Balas Nasira malas. Mahu saja dia menempelak Hasni saat ini. Untuk apa lelaki itu nak bertanya keadaannya pula. Masa mereka sudah berlalu jadi tak perlu nak ambil berat sangat dengannya.
“Sira bahagia?” Hasni sengaja bertanya soalan cepu berlian walaupun baru sebentar tadi dia nampak kemesraan pasangan suami isteri itu. Tersirap juga darahnya saat melihat Nuqman memerluk bahu Nasira. Mahu juga dia menjerit marah tadi ketika gatalnya lelaki bergelar suami itu selamba mengusap dan mengusik rambut dan tengkuk gadis yang pernah dia puja dulu.
“Very much.” Balas Nasira ceria. Saja dibakarnya hati yang bertanya. Biar Hasni tahu dia masih bahagia tanpa lelaki yang bernama Hasni di sisinya. Sejak bila pula Nasira ni pandai berdendam? Entahlah mungkin sikap agresifnya ini di sumbangkan juga oleh rasa sakit hati dan kecewa pada Nuqman tadi agaknya.
“Cepatnya awak lupa cinta kita ya? Mudah je awak berpaling pada dia.” Tiba-tiba Hasni marah. Marah tanpa di tahan hingga suaranya turut naik sama.
Seperti sebelum ini, setiap kali nada itu naik, Nasira akan mengecut. Dia takut pada baran Hasni kerana perangai panas baran Hasni sama seperti abangnya. Malah lebih teruk lagi apabila lelaki itu sering kali juga mengangkat tangan padanya waktu mereka masih berteman dulu. Adakah kali ini begitu juga?
“Hoi, kenapa tu?” Dari jauh suara Nuqman menjerit menghalang segala kemungkinan yang berlaku apabila terdengar suara Hasni yang meninggi itu.
“Kau buat apa dengan isteri aku?” Nuqman menolak tubuh Hasni menjauhi Nasira. Melihat gadisnya tertunduk takut, selamba tangannya menarik tubuh molek itu rapat ke tubuhnya di perluknya gadis itu untuk mengurangkan rasa takut Nasira.
Sesungguhnya Nuqman menyesal pergi ke tandas tadi. Malah lagi dia kesali apabila dia dia membiarkan Nasira menunggu sendirian di luar ini. Bukan sengaja untuk Nuqman berlama di tandas tadi. Malah dia cuba menyelesaikan urusannya secepat mungkin kerana tak mahu Nasira menunggu lama namun yang membuat dia kelamaan kerana Zura tiba-tiba menahannya.
Merayu padanya dan dia pula hanya membiarkan saja Zura mengganggu perjalanannya. Sepatutnya dia tahu apabila Zura menghampirinya tadi secara tidak langsung Hasni juga mengejar Nasira. Bukankah pasangan itu tidak pernah membiarkan hidup mereka tenang. Sekarang dia juga yang kesal apabila melihat Hasni dengan selamba meninggi suara pada isterinya itu hingga Nasira ketakutan. Ini semua kerana kelalaianya.
“Isteri kau? Sebelum dia bergelar isteri kau. Dia tu tunang aku. Kau rampas dia dari aku.” Jelas nada Hasni itu menahan marah. Namun kemarahan yang hanya sia-sia. Ianya tak mampu untuk menggugat Nuqman. Malah senyuman sinis Nuqman berikan padanya.
“Rampas? Betul ke aku rampas dia dari kau? Siapa kau yang berhak sangat pada dia? Berbanding kau, aku lebih berhak pada diri Sira. Dia bukan bekas tunang kau. Dia bekas bakal tunang je. Mula dari hari ni aku tak nak tengok kau ganggu dia lagi. Dia hak aku dan sampai bila-bila dia akan jadi hak aku. Kau jangan pernah mimpi untuk dekat dengan dia lagi. Kau pernah ada peluang dan kau sendiri lepaskan, sekarang ini waktu aku. Aku boleh jamin kau, kau tak akan mampu miliki dia.” Tegas, sinis dan keras amaran yang Nuqman berikan. Bukan saja dia ingin memberitahu Hasni yang Nasira telah jadi miliknya. Tapi dia juga ingin membunuh segala harapan dan angan lelaki itu untuk terus memburu Nasira.
“Jom kita balik.” Nuqman masih tegap memerluk bahu Nasira hingga ke pintu kereta. Di bukanya pintu untuk gadis itu dan setelah Nasira selesa ditempatnya barulah pintu ditutup. Satu senyuman sinis dan jelingan amaran diberikan pada Hasni yang masih lagi berdiri memerhatikan mereka. Harapannya amaran yang dia berikan tadi cukup jelas untuk di fahami oleh Hasni.


SUNYI menghimpit mereka. Masing-masing melayan gelodak perasaan yang mulai ragu dengan perasaan masing-masing. Bukan kerana hati mereka berubah setelah menemui bekas buah hati mereka dulu cuma belum ada kepercayaan di hati mereka terhadap perasaan masing-masing. Mereka masih ragu yang hati pasangan mereka itu telah bersedia untuk bercinta semula. Siapa tidak ragu kalau permulaan cerita mereka seperti kisah ini. Kalau mereka sama tahu yang dahulunya masing-masing pernah berkorban apa saja untuk bekas kekasih mereka itu.
Nuqman ragu yang perasaan Nasira bersedia untuk melangkah ke peringkat selanjutnya dalam perhubungan ini bersamanya. Walaupun dia tahu hatinya sudah menjadi milik gadis itu. Manakan dia tidak yakin jika saat matanya sendiri melihat cara Hasni merenung Nasira ketika mereka tiba di Bistro itu tadi mahu rasa hatinya memberi satu dua pengajaran pada Hasni agar lebih tertib jika merenung isteri orang.
 Marahnya Nuqman sehingga dia tak sedar dia melepaskan genggaman tangan antara dia dan Nasira. Hanya mungkin kerana tangan Nasira yang masih mengenggam tangannya saja secara tidak langsung memberi dia sedikit rasa tenteram yang menghalangnya dari menyerang Hasni. Kalau di ikutkan hatinya yang marahkan Hasni merenung Nasira mula-mula mereka masuk tadi, mahu dia kerjakan Hasni hingga masuk hospital. Dia tak hairan kalau Nasira tidak menggengam tangannya tadi, dia sudah di dakwa kerana menyerang Hasni hingga mendatangkan kecederaan. Siapa yang rela kalau bekas kekasih isteri merenung isterinya bagaikan isterinya itu bogel di tengah-tengah keramai. Naiklah darah ke kepala.
Namun hatinya berbelah-bagi setelah memandang pasif reaksinya Nasira pada setiap sentuhanya setelah bertentang mata dengan Hasni. Sengaja dia mengusap rambut Nasira, untuk menjeleskan Hasni. Selain daripada itu, dia mahu Nasira sentiasa sedar dia sentiasa ada di samping gadis itu. Tapi segalanya di terima pasif. Jujur dia katakan hatinya sedikit terluka saat dia mengajar dirinya untuk menerima reaksi Nasira itu sebagai tanda hati gadis itu masih ada pada Hasni. Reaksi Nasira itu sebagai tanda yang dia masih belum bersedia untuk menyambut kasih yang baru.
Nuqman berjanji pada dirinya akan menanti. Menanti sehingga pintu hati itu terbuka buatnya. Menanti sehingga hati itu bersedia untuk bercinta kembali. Namun dia akan pastikan juga kunci hati itu hanya miliknya. Walau apa cara sekalipun, Nuqman tak akan beri laluan pada sesiapa pun. Cara lembut ataupun kasar seperti amaran dia pada Hasni tadi akan di lakukan untuk memastikan Nasira menjadi miliknya. Dia benar-benar maksudkan kata-katanya pada Hasni tadi. Nasira hanya akan menjadi miliknya. Tak perlu sesiapa bermimpi untuk memiliki gadis itu kerana tak akan dia lepaskan Nasira buat selamanya. Tekadnya kini, kerana dia yakin dia tak akan mampu mencintai gadis lain seperti rasanya pada Nasira kini.


SEPANJANG jalan tiada satu suara pun yang keluar dari mulut Nasira. Seperti Nuqman hatinya juga merasai kesakitan yang sama. Merasa tangannya dia lepaskan sebaik lelaki itu bertentang mata dengan Zura tadi membuatkan hati Nasira tidak yakin yang Nuqman mengasihinya seperti dirinya mula mengasihi lelaki itu. Mungkinkah Nuqman masih mencintai Zura dan masih mengharapkan Zura. Rasa ragu itu melukakan hatinya.
Aduh sakitnya rasa ini. Sangat sakit apabila kasih yang kita letakkan berada di tempat yang tak berbalas. Lebih sakit dari saat tahu kecurangan Hasni. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa kesakitan ini teramat sangat? Sedangkan baru sebentar cuma Nuqman hadir dalam hidupnya. Tapi kenapa hatinya mudah sangat jatuh sayang pada lelaki itu? Kenapa mudah sangat kasihnya terpaut?
Ya, hatinya sudah kasih. Rasa nya sudah sayang. Jiwanya sudah berharap. Cintanya telah jatuh pada Nuqman. Nuqman lelaki yang mudah menarik rasa sayang itu. Nuqman yang dia perhatikan, seorang yang lembut, seorang yang tegas tapi ada gurau sendanya. Nuqman penuh kasih sayang, baik pada keluarganya dan pada dia sendiri. Nuqman ada karisma yang membuatkan setiap hati bergetar memandangnya. Lalu siapa yang tidak mudah jatuh sayang? Tapi berbalaskah sayang nya ini? Kata-kata Nuqman pada Hasni tadi, benarkah ia? Ataupun sekadar menegakkan ego dan membela dirinya? Ah pusing. Terlalu banyak keraguan. Terlampau banyak persoalan. Wajib-wajib malam dia tak akan mampu lelapkan mata. Sukarnya bila hati dah mula jatuh sayang.

10 comments:

Lieynaim mohd noor said...

aduhai kacau la zura n hasni nie...biar la nuqman n nasira..
hilang romantik nuqman..baru nak pikat nasira...kak iman mcm mana nie..hhehehe

iman said...

tak tahu macam mana... lieyna rasa macam mana? thanks for comment dear

Anonymous said...

Hasni tu kenapa...macam gila talak je...itulah masa ada peluang dipersiakan...kawin jelah dgn Zura... tak nak pulak...mudah dapatkan...bila kawin nak yang baik.
Sambung lagi Iman...menarik citer ni.

~kak min~

Kak Sue said...

Harap sangat Nuqman dan Sira sama-sama berbincang dari hati ke hati... berterus terang tentang perasaan hati ... dan yang x puas hati... jangan makan hati sudah ...ok

aiRiNa_aiNuN said...

hei geram betol la ngn si hasni n zura nie. time dpt dlu xnak jaga. nie bile dah lepas terhegeh-hegeh plak...
alamak teremo plak kt sini. sorry excited sngt. smbg lagi kak iman..

mizz acu said...

laaaaaaaaaaaaa... miscommunication la depa dua org ni.. haishh

Anonymous said...

sokong mizz acu.. nuqman ngn sira mstilah lbey trbuka utk brtrus-trang spaya x tmbul salah paham di kmudian arie..

Anonymous said...

adoi...msg2 misunderstood. huhuuuu..

Anonymous said...

msg2 kena confess baik2

Unknown said...

Wowww gila Bestnyaaa🥺🥺