Friday, April 6, 2012

DAH JODOH 26

BAB 26


            NUQMAN membisu saja sepanjang perjalanan itu. Nasira sedikitpun tak berani bersuara. Lagipun dia tak tahu nak berkata apa. Tahu kemarahan yang bertapak di hati lelaki itu. Perjalanan yang menyeronokkan ketika menghantar Mak Su nya kembali ke Muar semalam tidak berulang lagi pada perjalanan balik ini. Semalam bukan main seronok mereka bercerita hingga terasa sungguh singkat perjalanan yang panjang itu. Malah perasaan romantis melingkari hati kedua-duanya saat gurau tawa manja mereka menghiasi perjalanan.
            Namun sebaik perjalanan itu berakhir di destinasinya, keseronokkan itu pudar apabila di sambut dengan kesinisan sindiran Zahir abangnya. Malah perjalanan pulangnya ke Kuala Lumpur waktu ini juga langsung tak indah dan seronok seperti semalam. Ini semua kerana kehadiran Hasni dan abangnya di kampung ketika mereka sampai semalam. Kalaulah Nasira tahu mereka berdua itu ada disana, sumpah Nasira tak mahu bertentang empat mata dengan dua manusia itu walaupun salah seorangnya darah dagingnya sendiri.
Sakit hatinya melihat cara abangnya, Zahir melayan Nuqman begitu. Langsung tiada simpati, malah setiap kali membuka mulut, abangnya bagai ingin mencari gaduh saja dengan Nuqman. Nasib baiklah, Nuqman dilihatnya dapat bersabar saja dengan abangnya itu. Tapi yang hairannya juga kesabaran Nuqman itu bagaikan tiada tatkala Hasni cuba merapati Nasira. Selama sehari semalam Nuqman bagaikan pengawal peribadi Nasira, Nuqman sentiasa mengawal keberadaan Nasira dari terus didekati Hasni. Kalau kelihatan je Hasni ingin merapati Nasira, cepat-cepat saja suaminya itu menghalang. Langsung tak beri peluang.
 Cuma tadi sebelum mereka pulang dan ketika Nuqman sedang sibuk mengatur barang, Hasni berjaya menarik Nasira untuk bersendirian seketika dengannya. Nasira hendak je pergi dari situ tapi tak mampu bila dengan biadapnya Hasni mengenggam tangannya. Jadi hendak tak hendak, dalam meronta di lepaskan Nasira dengar jelah rasa tidak puas hati Hasni pada dirinya dan Nuqman. Waktu yang di gunakan Hasni dengan ‘bijaknya’ untuk mempersoalkan kemesraan dia dan Nuqman. Meroyan betul Hasni ni. Apa kes juga Hasni nak mempersoalkan dia mesra dengan suaminya sendiri? Sah-sah Nuqman tu suami dia, bukan suami orang. Nasira buat tak tahu je. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
 Nasib baik hanya beberapa minit lepas tu Nuqman datang menyelamatnya. Gaya macam orang cari gaduh je Nuqman datang menengking kebiadapan Hasni mengenggam tangan Nasira. Malah satu dua amaran supaya jangan dekati Nasira di layangkan pada Hasni. Pelukan pada tubuh comel Nasira, cukup menyatakan pada Hasni, siapa pemilik gadis itu dan siapa lebih berhak ke atas gadis yang bernama Nasira. Sangka Nasira ketegangan Nuqman hanya pada Hasni seorang rupanya sisanya turut terpalit sama padanya. Sepatah Nuqman tak bercakap dengan dirinya sejak kejadian itu walaupun tangan Nuqman sentiasa melingkari dan sesekali membelai tubuhnya di hadapan Hasni.
Gegaran telefon bimbit Nasira menyedarkan dia dari terus melayan perasaan merenung pada Nuqman yang memandung dengan wajah penuh ketegangan. Cepat tangannya mengeledah beg mencari telefon yang menggegarkan dunianya itu. Saat tangannya sudah ketemu pada alatan kecil yang adakalanya menyemakkan hidup, gegaran terhenti. Betul tak kata dia, bila dah jumpa tak ada pula telefon tu nak bergegar. Bila dia sibuk berangan, masa itulah benda ni nak bergegar. Belum sempat Nasira hendak menyemak siapalah gerangan yang menganggu hidupnya. Telefon tadi kembali bergegar semula.
“Hasni.” Tak sengaja Nasira menyebut nama pemanggilnya itu dengan kuat. Tapi elok juga, sekurang-kurangnya nama itu dapat menarik perhatian lelaki di sebelahnya ini. Pantas telefonnya di tangan di rampas oleh Nuqman.
“Hello. Kau ni tak faham bahasa ke apa. Dia tu isteri aku. Jangan cuba telefon dia lagi. Faham!” Melengking suara Nuqman di iringi bunyi dentingan telefon yang di lemparkan ke tempat duduk berlakang.
“Awak.” Hanya itu yang bisa Nasira luahkan. Terkejut besar dia melihat perubahan Nuqman yang terlalu hangin. Belum pernah rasanya dia melihat Nuqman semarah ini padanya. Belum pernah juga rasanya dia  melihat Nuqman semarah itu.
“Apa lagi yang bangang tu hendak? You dengar sini. Jangan sesekali you berani sambut telefon dia. Jangan sesekali you memandai hendak melayan dia. Kalau I tahu, siap you.” Ujar Nuqman dengan penuh rasa kemarahan yang membara. Cemburunya naik ke kepala. Mengacau bilau setiap fikirannya hingga tiada sedikit pun rasional itu tertinggal.
“Awak…” Ingin Nasira terangkan isi hatinya yang langsung tidak terlintas pun hendak melayan bicara Hasni. Tak terlintas pun di jiwanya untuk kembali menjalin apa-apa pun jenis perhubungan dengan lelaki yang terlalu banyak melakar kisah hitam di dalam hatinya itu.
“Sira. Stop please. Just stop. Don’t say anything else.” Tegas suara Nuqman menghentikan bicara Nasira. Belum mampu rasanya dia untuk mendengar apa-apa pengakuan dari Nasira. Bimbang pengakuan itu lebih menyakitkan hatinya.


NASIRA sudah tidak tahu hendak berkata apa lagi. Akhirnya dia membiarkan kesepian membalut mereka berdua. Sepanjang jalan Nasira memandang keluar. Tak mampu memandang Nuqman. Tak ingin kalau kesedihan itu lebih bermaharaja di dalam hati. Sayu apabila Nuqman tak ingin mendengar penjelasannya.
 Hampir menangis Nasira dibuatnya. Bertakung airmata di bibir mata yang sayu itu. Sedih dirinya, apabila Nuqman nampak sangat meminggirkan dia. Sebaik sampai di garaj rumah, Nuqman terus saja melangkah tanpa sepatah kata pun padanya. Nuqman bagai menghukum dirinya pada kesalahan yang bukan pada pundaknya.


            NUQMAN menyandar di balkoni biliknya. Dari balik itu dia dapat memandang Nasira yang masih mengeluarkan barangnya dari dalam kereta. Lama Nasira berteleku di dalam keretanya sebelum gadis itu mula menjalankan misi mengeluarkan barangan dari bonet keretanya. Mungkin Nasira ingin meredakan perasaan sedih kerana perbuatannya.  Sememangnya Nuqman mahu cepat-cepat berlalu tadi. Dia tak mahu lebih lama dia tunggu akan menyebaban dia bertidak di luar kawalan diri pula nanti.
Bukan Nuqman tidak perasan kesedihan Nasira saat dia pergi begitu saja. Dia sedar kepiluan, kesedihan dimata Nasira dan itu semua kerananya. Hanya tuhan tahu betapa inginya dia memerluk Nasira dan berkata semuanya akan baik-baik saja tapi marahnya, cemburunya, sakitnya sudah mula menjalar keseluruhan hatinya. Takut dia jika terusan berada di situ bersama Nasira, dia akan lebih menyakiti Nasira nanti sedangkan rasanya cukup puas sudah dia menyakitkan hati itu sedari dalam perjalanan tadi. Nuqman cukup sedar, tanpa keinginan dirinya pun, tanpa niat dia telah melukai hati Nasira. Tapi sejujurnya Nuqman tidak mampu sekali untuk menahan rasa kemarahan itu terus hadir.
 Lagipun bagai satu potongan iklan yang sentiasa di ulang-ulang kejadian Hasni memegang tangan isterinya tadi. Di tambah pula dengan pangilan telefon yang tak sepatutnya. Menambahkan maraknya cemburu di hati. Itu punca dia tidak mampu meredakan rasa hati yang semakin pedih dan menyakitkan. Makin di ingati makin sakit rasanya. Pedih. Terlalu pedih hingga menjadi kemarahan yang tidak dapat di bendung.
            Dia tidak marah pada Nasira. Tak sekelumit pun rasa marah itu pada isterinya ada di hatinya. Nuqman bukan lelaki yang tega menyalahkan kaum hawa. Lebih-lebih lagi dia sedar Nasira langsung tidak bersalah padanya. Yang Nuqman marahkan adalah pada Hasni yang begitu bersahaja menyentuh Nasira. Nasira itu isterinya, dia tidak dapat bertahan apabila melihat Nasira disentuh lelaki lain, lagi-lagi lelaki itu pernah hadir di dalam hidup isterinya. Selebihnya Nuqman marah pada dirinya yang tidak mampu menahan perasaan hingga sisa kemarahannya membawa kesedihan di wajah comel itu.

13 comments:

Anonymous said...

Alaa nuqman ni.. Sian sira!! Sira xmo la kat laki tu.. Nuqman ni cerr berterus terang kt sira.. Ni memasing pendamm jer.. Last2 sorang cmburu sorang sedeyy.. :(
~mizz acu~

miss L said...

garang nye nuqman...x pasal je sira kne marah...
luahkan la prasaan, kan senang...
hasni ni jahat la...huhu...

kak nora said...

susah betul kalo ada jantan kabaret tak reti bahasa mcm hasni neh..dulu elok2 dah tunang..gi menggatal ngan pompuan lain...la ni dah gila meroyan plak...budusss nye hasni..

Aida Sherry said...

kenapalah si Hasni tu tak sedar2 diri lagi yg Sira tu hak milik mutlak Nuqman.... pergi kacau lagi nak buat apa.... sian Sira...jadi mangsa kemarahan Nuqman yg cemburu... moga mereka dpt berterus terang tentang perasaan masing2 selepas ini.... dan kasih mereka kembali bertaut...

idA said...

pi la pujuk bini ko tu..dah tahu minah tu tak salah..kalo ko geramkan pada Hasni ..jgnlah salahkan minah tu..kesian dia..dahlah marah tu..cemburu mmg bagus ..tapi jgn terlalu sgt mengikut emosi..nanti takut pulak sira lari..

jijah said...

senget la hasni nie...x tau malu..
x cerdik...
nuqman nie pon stu, marah kt hasni dh la, nie mrhkn sira skali..cian dia..pi pujok pi...

PELANGI PETANG said...

lepas ne tade sambongannya ye iman....kena tunggu keujudan novelnya ye...hmmmm rinduuu ngn dah jodoh

Anor said...

Kesian pula dgn Sira org lain yg
nk dimarah lain pula yg kena tempiasnya. Lepas ni akan ke versi
cetak ye... kalau ia tahniah diucapkan agar novel ni cpt berada
dipasaran kerna tak sabar betul
nk baca... hendaknya jgnlh lama
sgt barulah nk di pasarkan...

nursya said...

ala cedehnyer..
cian kat sira...
nie suma pasal hasni la nie..
nyebuk ker...
da xpasal2 nuqman ngn sira gado...

iman nti sblm hantar kat editor check balik ejaan yek..
dlm n3 nie pn ade lg salah ejaan..
nti xbest lak bc dlm versi cetak...
hope blh ar kuar dlm thn nie gak...
xsbr da nie nk beli novel nie...

Tie Tinie said...

kak Iman... nak lagi..
jgn la berhnati sapai bab 26..
bagi la sampai bab 30..
aduhai... kesian Nuqman & sira...
Nuqman pujuk la SIra.. kesian kat sira.. sira x salah pun... kata nuqman dah sayang sira.. jgn la buat sira cam tu.. nnt sira pindah bilik.. nuqman jugak yg susah hati...
kak Iman...kesian kat tie...
kak... bg sampai bab 30 ye kak...
cayang akak..

Anonymous said...

homaiiigodd!! sweet giler doe citer.. tak puas ak bce.. sambung laa lg.. pretty please.... :D

Anonymous said...

Novel nie 2013 ade lgy ke ???

Hazatul Syamimi said...

Novel nie ad lg x kt pasaran?