Thursday, April 16, 2009

Jodoh atau Cinta 26

Rumah mewah Dato Arif dan Datin Hajar meriah dengan tetamu di majlis akad nikah Arrisya dan Hakim. Tuan rumah sibuk melayan tetamu. Danish dan Iman tak menang tangan di buatnya. Masing masing sibuk melayan tetamu.

“Hai. Sibuk je nampaknya?” Iman berpaling. Terpampang wajah Iskandar. Iskandar yang penah tersalah anggap yang dia tunang lelaki itu dulu. Rupanya Iskandar ini adalah projek manager dia yang baru di Cameron Highland. Menggantikan Johan yang sambung belajar bersama Isterinya.

“Hai, Hmm sibuk sikit. Dah lama sampai? Dah makan?” Iman berbasa basi dengan tetamunya. Sebagai tuan rumah dia perlu berbaik dengan tetamu.

“Dah lama dah. Dah siap makan pun. Dari tadi tengok you ke hulu ke hilir. You je tak sedar I kat sini.” Ini yang membuatkan Iman tidak selesa dengan Iskandar. Lelaki itu selalu cuba menyampaikan maksud di sebalik kata-kata. Dia tidak mahu prejudis tapi dia tak boleh mengelak dari perasaan itu.

“Oh ye ke. Sorry I tak perasan. Sibuk sangat.” Iman cuba berbaik sangka.

“Hai sayang.” Danish yang datang tiba-tiba memeluk lembut pinggang isterinya. Dari tadi dia melihat Iman bercakap-cakap dengan lelaki itu. Dia seperti pernah lihat lelaki itu, hanya Danish terlupa kat mana.

“Hai. Danish kenalkan ini Iskandar, projek manager untuk projek kat Cameron. Iskandar, kenalkan suami saya Danish.” Iman memperkenalkan kedua-duanya. Dia lega Danish datang.

“Danish, I macam pernah jumpa you.” Danish menghulurkan salam perkenalan. Iskandar menyambut dengan senyuman penuh makna.

“Well, kita memang pernah jumpa. I yang tersalah anggap Iman tunang I masa kat restoren selera Borneo dulu.” Tanpa bersembunyi Iskandar memperkenalkan dirinya. Senyumannya menghantar getar yang tersendiri dan nyata Danish tak menyukai lelaki di hadapannya itu.

“Oh. I lupa. Sayang, jom teman abang makan.” Iman hanya mengangguk sambil menuruti langkah Danish. Mereka makan bersama namun Iman perasan Danish lebih banyak berdiam diri. Seolah-olah Iman langsung tiada di sisi lelaki itu.



Danish naik ke biliknya yang kini di kongsikan bersama Iman. Entah kenapa hatinya rasa tak sedap sejak dari berjumpa dengan Iskandar tadi. Danish bagai dapat merasakan yang Iskandar itu menyimpan sesuatu perasaan terhadap Iman dan dia sebagai suami tidak suka perihal itu.

Bunyi lagu My Baby You mengejutkan Danish. Danish mencari-cari dari mana bunyi itu datang. Akhirnya dia terjumpa dengan handset Iman yang menyala di atas meja cermin. Ada message masuk... Danish tanpa teragak-agak membuka message itu.

Abg 2ggu kat tpt biasa.

Saat membaca sms itu hati Danish dah bagai di bakar. Abang? Siapa ini? Berabang-abang dengan isterinya? Danish membuka detail. SMS itu datangnya dari Farhan. Sakit hati Danish membaca nama Farhan yang tertulis di dalam handphone Iman... “ABG FARHAN”.

Tak kisah dikata penceroboh atau tak. Danish membuka setiap SMS yang ada dalam inbox itu. Kebanyakkannya SMS dia dan Farhan. CEMBURU... Danish cemburu. Siapa Farhan ini? Apa hubungan mereka? Danish tak boleh nak menerima jika Iman berlaku curang padanya. Dengan sengaja Danish menekan butang delete terhadap SMS yang baru masuk tadi. Sakit hatinya...



JANJI TINGGAL JANJI. Janji Danish menemani Iman ke Cameron hanya tinggal janji apabila Danish tiba-tiba menyatakan dia terlalu sibuk dan tak boleh menemani Iman ke Cameron. Saat itu Iman rasa kecewa. Namun dia cuba memahami Danish.

Iman perasan sejak hari penikahan Kak Risya. Danish seperti menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi kemanjaan dalam hubungan mereka. Tiada lagi bisikkan rindu dari Danish buat Iman. Tiada lagi kemesraan yang di tunjukkan. Dua minggu Iman di Cameron. Tak ada satupun panggilan telefon dari Danish bertanya khabar. Kini Iman seolah-olah kembali kepada kehidupan dulu. Hanya Danish masih megabil berat kebajikannya. Masih menjemputnya dan menghantarnya pulang. Masih mengambil berat makan minumnya. Tapi cukupkah itu semua?

“Cik Iman? Cik Iman?” Zila terpaksa menguatkan suaranya apabila Iman seakan tak mendengar bila dia memanggil. Iman tersentak lalu tersedar.

“Sorry Zila. Ada apa ye?” Iman bertanya lembut pada Zila. Malu di tangkap anak buah ketika termenung di dalam pejabat.

“Cik Iman okay ke ni?” Zila sekadar mengambil berat pada ketuanya.

“Saya okay. Awak cari saya kenapa ni?” Iman cuba mengukir senyuman buat Zila biarpun hambar.

“Saya nak tanya pasal kontrak dengan Sufiah Holding. Saya cari failnya tak ada. Mungkin pada Encik Aiman. Kami perlukan fail tu untuk lunch meeting kejap lagi.” Zila menyatakan hasratnya. Iman mengerling ke arah jam. Dah puluk 12.30 ni. Kejap lagi lunch hour.

“Tak apa. Jom saya ambikkan untuk awak.” Iman membawa Zila melagkah ke bilik Danish di sebelah biliknya.

Tak perlu dia menyelak sangat. Fail itu ada pada tray keluar di kabinet belakang tempat duduk Danish. Iman menyerahkan fail berwarna biru itu pada Danish. Namun saat dia ingin melangkah keluar ada satu sampul coklat diatas meja Danish yang menarik perhatiannya. Entah kenapa tergerak hati Iman untuk membuka sampul surat itu.

“HAH...” Iman hampir menjerit melihat isi sampul surat itu. Semua gambar-gambarnya. Gambarnya bersama Iskandar di Cameron ketika di site. Gambar dia keluar dengan Farhan. Memang setiap satu itu gambarnya dengan lelaki.

Hati Iman mendidih. Patutlah Danish dingin dengannya. Rupanya Danish memasang pengintip untuk mengekorinya? Untuk apa semua gambar-gambar ini? Supaya Danish boleh meceraikannya dan meletakkannya sebagai isteri yang curang? Danish sudah dapat apa yang dia mahukan. Iman tak percaya semua ini berlaku. Lagi-lagi saat dia leka dengan kasih Danish. Air mata sudah mula bertakung.


“Iman? Buat apa?” Suara Danish membuatkan Iman berpaling. Wajah Danish di pandang kabur dengan air mata. Soalan Danish di biarkan sahaja.

“ Kenapa ni?” Danish menghampiri Iman. Terkejut melihat gadis itu menangis. Tanpa suara Iman menyerahkan gambar-gambar itu pada Danish.

“Kalau awak nak lepaskan saya. Tak perlu bayar pengintip untuk cari bukti yang saya curang. Awak boleh cakap je. Saya boleh tolong cakap dengan papa, dengan mama yang saya ni bukan isteri yang baik buat awak. Tak perlu buang duit.” Sayu sungguh suara Iman. Danish tersentak dengan apa yang Iman katakan. Dia melihat gambar di tangannya satu persatu. Darahnya berderau naik.

“Mana Iman dapat ni?” Tengking Danish.

“Sepatutnya awak lebih tahu kan? Dah lah Danish. Saya tunggu surat peguam dari awak. Lagipun memang saya dah lama menunggu.” Sinis suara Iman. Iman tanpa dapat di tahan melangkah pergi. Iman masuk ke biliknya mengambil beg tangan lalu melangkah keluar dari pejabat yang terasa sesak itu.


Lama Danish terkedu di tempatnya. Saat dia tersedar dia melangkah keluar. Saat itu dia melihat Iman sudah menuju ke arah lift. Danish mengejar Iman. Dia tahu Iman salah sangka. Danish juga tahu yang Iskandar memang menyimpan perasaan terhadap Iman dan Iman tak pernah melayan Iskandar. Itu cukup meyakinkan dia yang Iman setiap padanya. Hnaya sekarang dia keliru hubungan Iman dan lelaki bernama Farhan.

“Iman please.” Danish cuba menerangkan sesuatu pada Iman. Namun keadaan menyukarkan mereka. Dengan lift yang semakin ramai penduduknya itu.

Iman keluar di aras paling bawah. Di tempat pakir. Iman tahu Danish tak akan melepaskannya dengan mudah. Jadi kalau tercetusnya perang pun nanti biarlah di kawasan orang yang tak nampak.

“Iman please. Dengar dulu apa yang abang nak cakap?” Danish menarik tangan Iman. Membawa tubuh Iman berhadapan dengannya.

“Nak dengar apa lagi? Tak cukup ke dengan apa yang awak dah buat?” Iman membuat nada bosan.

“Iman tolonglah. Abang tak tahu pun pasal gambar-gambar tu.” Danish memang tak tahu pasal gambar-gambar yang tiba tiba muncul itu.

“Tak tahu? Saya jumpa atas meja awak.”

“Serius abang tak tahu macam mana gambar tu boleh ada.”

“Tolonglah Danish. Tak perlu nak berselindung. Awak memang tak percayakan saya kan? Awak memang ada motif nak tuduh saya curang.”

“Kenapa Iman ni?. Kenapa degil sangat ni? Main tuduh-tuduh.” Ego Danish dan memuncak mendengar tuduhan itu.

“Saya tak tuduh tapi benda nyata.” Iman pun tak mahu mengalah.

“Hmm Okay... Tapi betulkan Iman keluar dengan lelaki lain. Keluar dengan Farhan?” memang cari penyakit.

“Kalau ya kenapa? Awak kan suka kalau saya curang. Sekurang-kurangnya saya tak pernah bawa balik lelaki. Macam awak dan Maya.” Iman pula datang egonya.

“Iman!!! Antara abang dengan Maya tak pernah melampau batas tau. Jangan nak tuduh sebarangan.”

“Saya tak tuduh. Dua kali saya nampak. Masa saya nak bagitahu awak kak Risya ada dengan saya lat Liverpool. Masa saya kat kondo awak kat London dulu. Dengan mata kepala ini saya nampak Maya keluar dari bilik awak.” Danish terkedu dengan apa yang Iman katakan. Sungguh dia tak ingat bila masa dia bawa Maya ke kondonya. Danish ingin membela diri tapi terganggu dengan suara lelaki yang memanggil nama Iman.

“Iman...” Iman kenal suara yang memanggilnya. Farhan. Iman menoleh ke kanan. Betul Farhan.

“Abang.” Secepat kilat Iman belari ke arah Farhan menyembam muka ke dada abangnya. Menangis.

“Kenapa ini?” Hanya soalan itu keluar sebelum Farhan terasa tubuh Iman di tarik ke menjauhi tubuhnya dan satu tumbukan padu mengenai pipinya.

Iman terkedu. Danish menumbuk abangnya. Iman melihat Danish ingi bertindak lagi. Iman menahan tubuh Danish dari menghampiri abangnya yang sudah tersungkur.

“Awak ini kenapa?” Iman menjerit pada Danish. Dia menghampiri Farhan. Membantu abangnya berdiri.

“Iman tanya kenapa? Iman sedar tak Iman berpeluk dengan lelaki lain depan Danish? Iman sedar tak yang Danish ni suami Iman? Iman sedar tak?” Tengking Danish.

“Kenapa salah ke Iman peluk abang Iman sendiri. Salah ke Iman peluk abang kandung Iman. Darah daging Iman sendiri? Salah ke?” Danish terkedu. Farhan dan Iman adik beradik? Ya Allah apa yang aku lakukan.

“Iman... Danish tak tahu yang...” Danish tak tahu nak kata apa lagi.

“ Awak kata awak sayang saya. Tapi awak tak tahupun yang saya ini ada abang. Awak tak kisah pun siapa saya. Siapa keluarga saya? Entahlah. Saya tak tahu nak percaya atau tak pada awak lagi. Saya tak tahu nak fikir apa. Hanya saya minta jangan ganggu saya buat masa ini.” Iman memimpin tangan abangnya pergi dari situ. Tak percaya Danish cemburu pada abangnya sendiri. Danish hanya mampu melihat Iman berlalu pergi.

“Baru nak ajak Iman makan dengan abang dan Kak Intan tak sangka dapat makan penumbuk.” Seloroh Farhan. Dia tahu adiknya terluka. Tapi dia tak salahkan Danish. Ini semua hanya salah faham.

“I’m Sorry.” Hanya kata maaf mampu keluar dari bibir Iman.

“It’s okay. Ini semua salah faham. Adik jangan marah sangat. Danish tak salah. Cuma dia salah faham je. Abangpun akan naik angin kalau tengok kak Intan peluk lelaki lain. Silap-silap patah leher lelaki tu abang kerjakan. Cemburu itu tandanya sayang.” Nasihat Farhan. Dia tak mahu hanya kerana salah faham adiknya melepaskan bahagia di hadapan mata. Iman tak bertindak balas sebaliknya hanya berdiam diri.

P/S my lovely reader. please drop your comments for me to create better storyline in this novel-suggestion maybe- thanks to all your help...thsnks to all my reader

23 comments:

LeaQistina said...

best.. makin menariks.. nk lg plz..

Anonymous said...

mcm mana sampul tu boleh ada kat danish? musykil betul
haha cepat je danish tumbuk farhan
kelakar la :)

Anonymous said...

hehehe...kita tahu sapa yang ambil picture2 tu semua......mesti keje maklong n maya........confirm nih...sbb maklong kan nak rebut harta.......

apa2 pun.....cepat sambung ekkk.....citer ni best sangatttttt...

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeee..
lgi 1 konflik da muncul...
iskandar lak..
hadoyy..
npe la byk sgt halangan dorang tok bhgie..
huhu..
spe ek yg letk gamba uh..
maya??mklong??iskandar???
agagaaa,,,
besh2..smbung2...

ceritaku MEMORIKU said...

warghhhhh!!!!!!!!
timbul konflik baru lak.
xsuke2
psl farhan dh selesai.tp iskandar nie rase cum nk kena sekeh je.
tah2 yg die ngaku tunang die tu sje je wat.huh
smbung2
kak iman!
smbung2.ngee
-na'dz

iman said...

siapa? kita wait and see.. dah sampai ke kemuncak cerita... konflik akan lebih banyak dan penyelesaian di hujung novel... (hehehehe suspen yag tak suspen-poyo je kan iman ni)

Anonymous said...

haha...dah tau..siapa dia nak matikan dalam novel ni..huha,,~am i withdrawn the secret?

Miss Kira said...

cian danish n farhan..
sapa yg letak smpul srt tu..
i hate iskandar..
ntah la napa..
kak iman..
cepat smbg ye..
cita ni brapa episod lg..
akak punya layouts gelap n it's hard 4 me to read the story..
sorry..

::cHeeSeCaKe:: said...

aduhai..sape lak yg anta gmbr tu kt danish?saje je nk porak perandakn kebahagian org lain..sabo je la..danish2..cmburu je keje nye..isk3..

Anonymous said...

berapa usia danish & iman?
Cara tindakan mereka tu tidak mature.....terburu-buru buat tindakan.... mudah melenting and emo.....
mcn perumpamaan org kita "tidak ada iman"....

jit said...

iman deary.. message not massage..
storyline da cantekk..
keep it up!

kar_lienn said...

konflik dah start dah...
apala yg danish akn buat lps ni ek..

iman said...

Jit-thanks... itulah dah terpengaruh dgn saiful apek..hehehe

dOUblEH said...

tahniah....pastikan n3 ni terus bergaduh..........hehehehhehehe

pastikan panas xsmpai ke petang....

Anonymous said...

~~besh3~~
nk ag...
xsbr r.....huhu

misz nana said...

gaduh lagik.. adoii..
abang farhan, tolong la pulihkan hubungan dorang balik..
erkk.. tetiba mintak tolong abang farhan.. hehe..

homosapiens said...

makin menarik cite ni
ntah2 gmbar tu iskandar
yg hantar x?
die komplot ngan maya nk bg
danish ngn iman bercerai..
maya nk dptkan danish..
iskandar nk dptkan iman..
so, dorang make a deal.
just suke2 je buat assumption,
xtau betul ke x?
terpulang pd penulis.

danish ni panas baran ek..
kuat betol cemburu tnpa usul periksa..rimas gak kalo dpt laki cam gini..

Anonymous said...

makin menarik citer ni.. suka sgt... jgn la buat sad ending... x best... hopefully danish kekal dgn iman... bila la parents danish nak tau yg mak long & maya tu jahat sebenarnya... skg ada lak iskandar... mmg mencabar betul kisah perkahwinan diaorg...

pas ni sure danish pujuk iman dgn lebih romantik sbb salah sangka dgn abg ipar sendiri... suka2 sgt... iman lak akan tersedar bahawa danish dah berubah & amat menyayanginya... ihiks... tetiba bg idea lak... sukahati jer..

Unknown said...

salam...
cter nie smakin tragis n suspen..
xsbr rasa'y nak tggu cik iman smbung cerita'y...
smbung lah cpt skit....

clasagi said...

salam...
emm..makin menarik citer nie
nie yg buat sy tertunggu the next episod nie

Anonymous said...

salam...
cite yg mnrik n makin suspen ni...
xsbr nk tau episod akan dtg ni...
penulisan yg menarik....

from yatie...

inkdakwat said...

salam..cepat sambung iman..dah tak sabar ni..huhu...

amal ismail said...

best2....
sambung lagi...
cepat2!!!!