Wednesday, February 18, 2009

Jodoh atau Cinta14

“Kat sini pun kamu berdua. Puas mama cari dalam bilik tak ada.” Datin Hajar menjenguk ke halaman. Bahagia hatinya melihat Iman dan Danish duduk di buaian sambil melayan Jehan. Seolah lengkap keluarga itu.
“Mama cari kami ke? Ada apa ma? Mama duduklah.” Tanya Iman sambil bangkit. Niat di hati untuk memberi ruang agar Datin Hajar boleh duduk di situ.
“Tak apa. Mama tak nak duduk. Banyak kerja lagi mama kat dalam. Mama nak minta tolong Iman dengan Danish beli barang dapur sikit. Mama ingat nak masak sedap-sedap malam ni.” Datin Hajar melancarkan rancagannya. Bukan tak cukup barang di dapur tu malah lebih dari cukup. Saja dia nak anak menantunya itu berdua-duaan.
“Hmm... okay mama. Mama senaraikanlah barang apa. Kejap lagi Danish dan Iman pergi.” Danish memberi kata putus menyebabkan Iman tak berkesempatan menyoal lagi. Setahu Iman barang di dalam rumah agam ini tidak pernah tidak cukup. Mak Timah pembantu rumah ini sentiasa memastikan barangannya cukup.
“Iman pergilah tukar baju. Kejap lagi mama senaraikan. Danish?” Arah Datin Hajar.
“Danish dah siap ma.” Baru Iman sedar yang Danish sudah siap memakai t-shirt polo berwarna hitam dan jeans. Nampak santai.
“Iman pergi bersiap dulu ma.”Iman meminta diri.
“Hmm... mama pun nak masuk ni.”
“Iman, tolong ambilkan dompet dan telefon I dalam bilik. “ Sempat Danish berpesan pada Iman yang melangkah seiring dengan Datin hajar ke dalam rumah. Datin Hajar tersenyum makna. Nampak mudahlah kerjanya. Iman sedikit tergamam. Malu dia melihat wajah Datin Hajar di sebelah. Mahu taknya. Cara Danish memberi pesanan seolah-olah mereka tersangat bahagia dan rapat.

Danish berjalan seiringan dengan Iman di dalam hypermarket tesco sambil menyorong troli. Keadaan hypermarket yang besar itu memang amat memenatkan apabila terpaksa berjalan dari hujung ke hujung. Sakit kaki di buatnya.
Walaupun sakit tapi gembira. Itu yang di rasakan oleh kedua-duannya. Iman terasa selamat pula bila bersama Danish dalam keadaan sebegini. Memilih barangan bersama. Rasanya dirinya lebih memahami Danish. Di sini dia tahu Danish agak cerewet dalam memelih makanan. Danish agak mementingkan kebersihan. Bungkusan yang agak berdebu pun boleh membuat Danish berfikir sejuta kali untuk membeli. Danish pun di lihat suka memilih barangan segar. Tengoklah cara Danish memilih buah tadi. Mengalahkan diri Iman kalau mengomel.
“Ada apa-apa lagi tak nak beli ni?” Danish bertanya lembut pada Iman. Iman tersentak dari lamunannya. Troli yang di sorongnya sudah hampir penuh.
“Kalau ikut list mama ni. Dah tak ada. You nak makan apa? Boleh I masakkan.” Iman terasa murah hati menawarkan.
Danish bahagia apabila Iman berkata bergitu padanya. Aduh terasa indah duniannya apabila mengenangkan Iman seakan sudi masak untuknya. Walaupun di London dulu Iman memang masak untuknya namun Iman tak pernah bertanya selembut begini padanya. Lagipun waktu di London dulu Danish tahu Iman memasak kerana gadis itu memang jenis tak suka makan di luar. Sekarang untuk apa Iman masak buat dirinya sedangkan mak Timah kan ada? Hehehehe...Tahulah Danish. Iman akan berlembut dengannya apabila dia sendiri berlembut dengan gadis itu. Sekarang Iman sendiri sudi masak untuknya. Satu hari nanti akan di pastikan yang Iman sendiri akan sudi untuk menjadi isterinya hingga ke akhir hayat.
“Danish?” Iman memanggil Danish yang kelihatan mengelamun. Entah kenapa tangannya masa itu seakan ringan menepuk lembut lengan Danish. Danish tersedar dari khayalan indahnya agak terkejut melihat tangan Iman masih di lengannya. Ini satu lagi perkembangan terbaru. Sebelum ini Iman tak pernah cuba menyentuhnya kecuali bersalaman. Selalunya dia yang menggatal memerluk atau menggenggam tangan Iman.
“Sorry. I tak sengaja. Tadi I tanya you nak makan apa. You tak jawab pun.” Iman segera menarik tangannya. Wajahnya yang merah itu di larikan melihat ke arah lain. Buat selamba kononnya membelek susu tepung yang di susun elok di atas rak di hadapannya. Iman sedar keluar berdua-duaan sebegini selalu meniupkan rasa bahagia dan rasa sehalus angin itu sering merangsangnya bermesra dengan Danish sehingga sampai menepuk begitu. Selalu boleh je di tahan rasa itu tapi kali ini terlepas pula.
“Tak apa. Lagipun tak salahkan.” Danish tahu Iman malu. Sahaja dia menambah tahap kemerahan wajah Iman dengan sengaja memerluk bahu Iman. Ahh... Iman tak menolak pula kali ini apabila di perluk. Danish semakin bahagia. Terima Kasih mama kerana mengaturkan ‘date’ kami ini.
“Dah. Jangan nak mengada. You nak makan apa? Kalau tak ada apa-apa. Jom kita balik.” Iman dengan manja menolak tangan Danish. Dia berpusing lantas berjalan meninggalkan Danish.
“Tunggulah dulu. I rasa nak makan cheese cake lah esok. Dah lama tak makan. Sejak balik dari London I tak jamah pun lagi. Rasa teringinlah pula. I nak cheese cake yang you buat untuk I dulu.” Danish berjaya menarik perhatian Iman. Cheese cake? Iman ingat dia pernah buat cheese cake untuk Danish. Itupun sudah terlalu lama. Rasanya kali pertama dan kali terakhir dia membuat cheese cake untuk Danish adalah pada sehari sebelum dia menjadi isteri Danish. Pada keesokkan harinya Iman sengaja membekalkan Danish dengan cheese cake ketika mereka berdua sama-sama bertolak ke London. Tapi tak sangka pula Danish boleh mengingatinya.
“You ingat lagi?” Suara Iman sedikit perlahan dan nampak sangat tergamam.
“I tak pernah lupa apa-apa tentang you Iman. Okay, jom kita cari bahannya. You ingat tak apa bahannya?” Danish sengaja bermain tarik tali. Troli di sorong melintasi Iman.

‘I tak pernah lupa apa-apa tentang you Iman.’ Ayat itu seakan bergema lagi di telinga Iman. ‘Apa maksud Danish? Danish apa yang kau inginkan dari aku kali ini? Tak mahu lagi menangis kerana kau.’ Iman bermonolog sendirian. Iman baru tersedar dari mimpi panjang. Rasa bahagia yang di ciptanya tadi hilang sekelip mata. Iman sedar dia sudah sedikit alpa. Selepas ini dia sudah tidak boleh lepas laku lagi. Janganlah dia memasag angan-angan selepas ini. Iman sekali lagi mengingatkan dirinya yang Danish bukan hak dia.

12 comments:

Anonymous said...

hu~
best nyer cite neh...
cpat2 la smbung eh..
x sabar la nak bce...

~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! said...

he...he..
arap2 iman cair la ngan kate2 danish..
and danish please laah jgn wat perangai lg..
dah x sanggup nk tgk iman kecewa tau...

so behave ur self..

Anonymous said...

wah.. best2
nak ag

farnesence said...

waaa...akhirnyer..setelah sekian lme tunggu n3 bru..thnks nyer...dh xsabo nk tau da next...

Anonymous said...

nk lagi!!!!!!! =]

Anonymous said...

nk lagi!!!!!!! =]

noorhayaty85 said...

bestnye..nk lg..

LeaQistina said...

hurm.. luka yang lama bertapak di hati iman telah menyebabkan iman lebih rela berpegang pada jangkaan derita daripada menerima bayangan bahagia yang cuba dibentangkan oleh Danish..

terpulanglah pada Danish untuk mendapatkan kembali kepercayaan serta keyakinan Iman.. All d best to u Danish.. :D

bulan bintang capricorn said...

cm x puas je bc n3 kli nie..
sket sgt..huhu..
xpe2..
next n3 bg pnjg2 ek..
;)

hasnah said...

he..he..nampak mcm ada perkembangan.iman sangat berpegang pada janjinya pasal tempoh 6 bulan tue..apalah rancangan mak danish tue??menjadi ke atau tak...apa2pun iman..sambung lagi tau!!as soon as possible without ganggu you punya study..anyway, good luck for your mid exam!!

rocK vs waLL said...

wow nice story...keep it up...

Iman, don't cry because it's over...but smile because it happened...

aqilah said...

wah...bestlah kata2 comment diatas. nak lagi..................