Wednesday, August 26, 2009

JODOH ATAU CINTA 30

“Assalamualaikum.” Keempat-empat mereka menoleh apabila mendengar salam yang di hulurkan. Kelihatan tubuh tegap Tengku Farid berdiri di hujung ruangan itu.
Farhan dan Iman bangkit dari sofa tempat mereka duduk sadari tadi. Keduanya kelihatan tegang. Mata mereka berlaga kemarahan.

“Apa yang Tengku cuba buat disini? Memaksa kami datang. Apa yang Tengku nak lagi?” Farhan terus bertepik kuat. Hilang perkataan hormatnya pada lelaki di hadapannya sekarang yang bergelar ayah padanya. Iman di berlakang abangnya pun turut mempamerkan rasa tidak puas hati.

“ Boleh kita duduk berbincang dulu kan? Papa rasa tak salah papa panggil anak menantu papa balik. Makan malam bersama.” Tengku Farid dengan selamba melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi mewah di situ.
Farhan tidak mengendahkan Tengku Farid. Begitu juga Iman adiknya. Entah hati mereka cukup keras menerima lelaki yang banyak membuat hidup mereka menderita. Farhan mahupun Iman, masing masing langsung tidak nampak sebab musahabab kenapa Tengku Farid perlu wujud lagi di dalam di hidup mereka. Setelah berpuluh tahun lamanya. Tak kan Tengku Farid tak terasa sudah terlambat untuk semua ini.

“Papa? Kami tak ada papa sejak ibu kami kena tinggal macam tu je Tengku. Kami tak ada papa sejak kami ni hidup macam anak yatim piatu, menumpang kasih pada keluarga orang. Kami tak ada papa apabila seorang suami tega melepaskan isterinya tanpa sebab. Apabila seorang lelaki tak pun hadir di hari pengebumian bekas isterinya. Apabila seorang ayah lagi rela biarkan anak-anaknya tinggal dengan orang asing dan tak pernah sekalipun nak ambil peduli.” Iman dengan senyuman sinisnya bebas mengkritik. Dia nampak tabah meluahkannya tapi saat itu hatinya bagai di tumbuk hancur lumat. Matanya menceritakan segalanya. Danish bak memahami. Dia bangkit dari duduknya yang kaku tadi. Berdiri di sisi Iman. Merangkul bahu Iman sambil mengusap lembut bahu isteri kesayangannya itu. Ingin menyalurkan semangat buat Iman.

“Duduk Iman. Iman tahu kan apa yang papa boleh buat? Tentu sekali Iman tak terfikir yang Iman boleh keluar dari sini dengan mudah tanpa kebenaran papa. Sekarang duduk. Both of you.” Tegas suara Tengku Farid memberi arahan. Sakit hati anak-anaknya. Pedih lagi hati dia. Hancur hati permatanya berdua itu. Lumat lagi hatinya. Perit hatinya mendengar luahan Iman.

Iman dan Farhan memang cukup faham apa yang di katakan oleh Tengku Farid. Mereka terlalu faham apa yang Tengku Farid boleh lakukan sebenarnya. Siapa yang tak kenal Tengku Farid yang ramai pengikut yang mampu melakukan apa sahaja. Kalau tak masakan dengan mudah Tengku Farid boleh mengheret mereka kembali ke rumah ini. Lantas itu mereka tiada pilihan lain selain duduk menurut apa yang di perintahkan.

“Kenapa dengan muka Farhan tu?” Melihat anak-anaknya mengalah. Tengku Farid berlembut. Dari tadi dia tertanya-tanya kenapa dengan wajah anak terunanya itu. Siapa yang sebegitu berani menyentuh anaknya?

“Jangan pura-pura lah Tengku. Ini kan kerja anak buah Tengku. Agaknya selagi kami berdua ni tak pergi dari dunia ni. Selagi itu Tengku tak puas hati kan?” Farhan rasa nak tergelak sahaja mendengar soalan yang cukup tak rasional itu. Pura-pura tak tahu konon. Keadaan bukan semakin sejuk malah semakin hangat rupanya.

“Farhan!!! Bukan salah papa tapi mama yang suruh mereka buat macam tu. Kalau tidak, Farhan dengan Iman mesti tak sampai sini kan? Farid, I yang suruh orang-orang you paksa mereka ke sini. I memang dah agak jadi macam ni.” Entah dari mana, Suhana muncul. Farhan dan Iman terkejut melihat Mama Sue mereka di situ.

“Mama...” Terkeluar perkataan itu dari mulut mereka. Masing-masing dalam keadaan yang jantung mereka bagai baru lepas kena hentaman yang kuat. Nampaknya suasana akan semakin membahang selepas ini.

“Sue? Kenapa you buat anak-anak I macam ni?” Tengku Faris tak sangka Suhana boleh menyuruh orang-orangnya berlaku kasar dengan kedua warisnya itu.

“Kenapa? Sebab I kenal anak-anak you ni. Mereka ni sebiji macam you. Degil ego. You ingat kalau muka mereka tak lebam-lebam macam tu, mereka nak datang sini ke? Jangan berangan lah Farid. I yang jaga mereka. I tahu sangat otak anak-anak you ni. Betulkan cakap mama? Abang? Adik?” Suhana mengambil tempat di kerusi kosong berjiran dengan kerusi yang di duduki Tengku Farid. Tengku Farid terdiam. Mengakui kebenarannya. Farhan dan Iman hanya tertunduk.

Terasuh dengan cukup baik dan terdidik dengan cukup beradab. Farhan mahupun Iman bangkit mencium tangan Suhana. Di ikuti Intan dan Danish masing-masing di berlakang mereka. Bertapa sedihnya hati Tengku Farid melihat keadaan itu. Suhana di sambut penuh hormat oleh anak-anaknya sedangkan dia? Bertapa kala itu dia teringin tangannya di salam dan dicium hormat oleh kekasih-kekasih hatinya. Bertapa waktu itu dia ingin menarik mereka dalam pelukkannya. Meleraikan rindunya yang berkurun lama. Tapi tengku Farid sedar semua itu tidak mungkin untuk masa ini.

“Kenapa kami ke sini mama?” Farhan bertanya setelah balik duduk di tempatnya tadi. Semua mata yang ada melihat Suhana.

“Nantilah kita cerita. Jom kita makan dulu. Mama dah masakkan makanan kesukaan anak-anak mama. Rasanya Khalis dah hidangkan tu.” Suhana bangkit mempelawa mereka semua.

“You masak ke Sue? Kenapa tak biarkan Khalis je masak?” Tengku Farid tak menyangka Suhana memasak. Di rumah ini selepas arwah Khadijah, ibu kepada anak-anaknya itu berpisah dengannya, belum pernah ada perempuan lain lagi yang masak di dapur itu kecuali Khalis tukang masak yang di gaji khas.

“Anak-anak balik Farid. Apa salahnya I masak.” Hanya itu jawapan Suhana.





Sunyi dan sepi menyelebungi meja makan itu. Hanya kedengaran bunyi pinggan sesekali berlaga dengan sudu. Entah apa yang sebenarnya berlaku. Adakah makanan itu terlalu menyelerakan sehingga masing-masing leka menikmatinya atau mereka berkhayal?

“Sedap. Dah lama tak makan macam ni Sue. Sejak...” Tengku Farid memecah kesunyian tadi. Belum sempat menghabiskan kata, Farhan segera memotong.

“Usah dikenang pada yang di buang. Tengku sendiri yang membuang ibu dari hidup Tengku jadi dengan segala hormatnya Tengku tak ada hak nak menyebut nama ibu lagi.” Sinis ayat itu keluar dari mulut Farhan. Tanpa rasa ralat pun. Iman memang dari tadi menyokong abangnya itu.

“Farhan. Watch your word?” Tegas benar suara Suhana menegur. Dia tak suka anaknya berkasar dengan papanya sendiri.

“Abang Han betul mama. Dia memang tak ada hak. Kenapa mama nak tegakkan dia? Lelaki yang dah lukakan hati arwah ibu?” Iman pula bersuara. Rasanya mereks perlu tegas dengan Suhana yang bertapa mereka memang berdendam dengan lelaki bernama Tengku Farid itu.

“Sebab mama tahu hal sebenarnya. Sebab papa kamu tak bersalah....” Suhana hampir membuka rahsia yang terimpan selama ini

“Sue.” Tegas suara Tengku Farid menegah Suhana dari terus berkata-kata. Tengku Farid memberi gelengan pada Suhana.

Dia tak mahu anak-anaknya tahu kisahnya dulu. Dia tak mahu anak-anaknya rasa bersalah. Paling dia tak sanggup kalau anak-anaknya berdendam nanti dan ada hasrat melunaskannya. Biar hanya dia yang menghadapi semuanya. Lebih baik anak-anaknya tak tahu daripada mereka tahu. Apa yang penting sekarang anak-anaknya selamat.

“Sampai bila you nak simpan Farid? Samapi bila you nak mereka salah faham? Mereka patut tahu. Biar mereka sedar diri sikit.” Suhana tak puas hati namun dia terlanjur berjanji. Kalau ikutkan hatinya biarkan semua terbongkar. Biar Farhan dan Iman tahu Tengku Farid dan Khadijah itu mangsa keadaan. Entah untuk apa Tengku Farid membiarkan segalanya. Sanggup membiarkan anak-anaknya terus memboikot diri sendiri.

“No Sue. Biarkan saja. You pernah berjanji dengan I. Cuma yang penting mereka selamat dan terus selamat.” Tengku Farid semakin tegas. Mengingatkan Suhana tujuan mereka sebenar.

“Apa berlaku sebenarnya? Salah faham apa?” Suara Iman tegang bertanya. Terlalu jelas nampak, banyak rahsia antara Tengku Farid dan Suhana yang membuat dai semakin cuak.

“Iman.” Danish yang sedari tadi memerhati mengenggam dan meramas lembut tangan Iman di atas meja. Menenangkan Iman yang nyata berubah auranya. Hati Danish turut terkesan dari setiap yang berlaku. Dia tak pernah tahu hal ini hingga sekarang, tapi dia mengerti luka di hati Iman itu cukup dalam.

“Ini kisah lampau Iman. Iman tak perlu tahu. Papa tak mahu Iman dan Farhan tahu. Jadi kamu tak perlu susah-susah fikirkan. Sekarang keselamatan kamu berdua yang utama.” Keegoan Tengku Farid memang tak berubah malah semakin jelas.

“Kami ada hak nak tahu. Lagipun sejak bila hal keselamatan kami jadi urusan Tengku? Selama ini tanpa Tengku sekalipun, hidup kami selamat je.” Semakin panas apabila Farhan juga mengeluarkan aura egonya. Bapa borek anak rintik.

“Sejak dari dulu lagi urusan kamu berdua adalah urusan papa. Benar kamu selamat selama ini, sebab itu papa tak masuk campur dalam hidup kamu. Tapi jangan ingat kamu jauh dari papa. Papa tak tahu apa yang jadi. Semua kisah kamu berdua, papa tahu. Macam rumah Farhan kena ceroboh semalam pun papa tahu. Sekarang papa tahu kamu berdua dalam bahaya dan mula hari ini adalah urusan papa lindungi kamu berdua.” Tengku Farid bercekap seolah mudah sahaja pekara itu di lakukan. Tak terasa kekok ke untuk dia tiba-tiba muncul dalam hidup anak-anaknya macam ni?

“Kami dah dewasa. Kami tak perlukan perlindungan dari Tengku. Tengku tak terasa dah terlambat untuk Tengku berbuat macam tu? Dulu saat kami perlukan Tengku. Tengku di mana? Saya boleh lindungi diri saya sendiri dan Iman pun dah ada Danish untuk melindunginya.” Farhan ingin membuka mata Tengku Farid. Tak mudah untuk dia dan Iman, tiba-tiba menerima kehadiran seorang papa setelah berpuluh tahun tempat itu kosong dalam hidup mereka. Kenapa sekarang? Kenapa setelah mereka sudah boleh berdikari.

“ Terlambat atau tidak itu bukan urusannya. Papa tak mahu nanti kamu hilang di dunia ni tanpa sebarang kesanpun. Papa tak mahu apa-apa terjadi pada kamu berdua. Percayalah pengaruh mereka terlalu kuat untuk kamu lawan.” Tengku Farid mengerling Suhana. Ingin meminta bantuan.

“Betul kata papa kamu. Farhan, Iman. Mama sendiri tak rasa kamu boleh melawan mereka. Percayalah apa yang nak buat adalah untuk kebaikan kamu berdua juga. Sekarang ni ikut je apa yang papa kamu katakan. Kamu tak kenal mereka seperti mana kami kenal mereka.” Suhana menyokong Tengku Farid. Sejak tahu hal ini. Tak sesaat pun dia terlepas dari berfikir keselamatan dua anak angkat kesayangannya itu.

“Hebat sangat ke mereka tu? Kenapa rasanya kami tak pernah usik siapa-siapa. Tak ada sebab untuk mereka ganggu kami.” Farhan memang layak di gelar peguam. Memang kuat membantah.

“Mereka musuh papa. Selama ini mereka tak ganggu kamu sebab mereka tak tahu papa ada anak ataupun mereka tak tahu mana nak cari kamu berdua. Sekarang mereka dah jumpa Iman dan Han. Percaya cakap papa. Mereka tak akan teragak-agak nak hapuskan kamu berdua. Kalau itu yang mereka tahu dapat buat papa menderita dna kamu tak akan tahu takat mana mereka mampu lakukan. Mereka sangat kejam. I don’t want anything happen to both of you. Papa dapat tahu mereka yang ceroboh rumah kamu semalam dan kemungkinan besar mereka yang aturkan kemalangan Iman dulu. Kamu tak hairan ke Farhan. Rumah kena pecah tapi tak ada barang hilang. Tahu kenapa? Kerana target mereka adalah kamu. Mereka tu datang nak hapuskan kamu.” Tengku Farid cuba meyakinkan keduanya. Nampaknya suntikkannya berjaya. Farhan dan Iman terdiam. Berfikir agaknya.

“Okay. Sekarang nyawa kami dalam bahaya. So? Apa yang Tengku cuba cadangkan?” Farhan nampak mula bertolak ansur untuk itu. Kalau sudah melibatkan nyawa dia dan adiknya, rasanya dia perlu mempertimbangkan lagi. Ini soal berat. Soal hidup mati. Ego mereka perlu di ketepikan. Kalau benar kata Tengku Farid. Mereka tak akan boleh melawan selagi tak tahu siapa mueuh mereka.

Tengku Farid mengerling ke arah Suhana. Dia perlukan Suhana untuk berbincang lebih lanjut tentang hal ini dengan anak-anaknya. Suhana memahami. Dia menarik nafas sebelum memulakan cerita. Bagai sesuatu yang sukar untuk di laksanakan sahaja tanggungjawab itu.

“Papa, dan mama dah berbincang. Mama minta Iman dan Farhan ikut mama ke London buat sementara, papa dan mama dah siapkan tempat. Tempat yang mereka tak akan dapat kesan.” Suhana yang memahami menerangkan segalanya pada Iman dan Farhan.
“Mama, kami ada hidup sendiri. Takkan kami nak tinggalkan segalanya.” Farhan tak setuju. Mereka memang ada hidup sendiri. Tak mungkin dia tinggalkan kejayanya. Lebih tak mungkin untuk dia tinggalkan Intan.

“Betul tu. Iman tak boleh tinggalkan kehidupan Iman sekarang. I cannot just walk out and leave everything.” Iman menyokong. Dia juga tak mudah untuk tinggalkan segala-galanya di sini. Iman sendiri dapat merasakan keresahan Danish yang duduk di sebelahnya. Sesuatu yang mustahil untuk Danish lepaskan dia pergi. Iman pasti itu.

“ Papa tahu, tapi buat masa sekarang itu yang terbaik.” Tengku Farid tahu tak mudah untuk Iman dan Farhan lakukan. Lagi-lagi mereka di kemuncak dalam kejaya masing-masing.

“Tak. Mesti ada cara lain... Hmmm... Okay... Apa kata kalau Farhan pasang bodyguard. Itu yang terbaik Farhan boleh buat. Kalau cara lain yang menuntut Farhan tinggalkan kejaya Farhan dan Intan kat sini tak mungkin. Iman pun, Dia ada kejaya dia sendiri. Ada suami dia. Ada kehidupan dia sendiri disini. Farhan tak rasa Danish akan benarkan Iman ke London. Kami ada kehidupan kami.” Farhan mencuba nasib memberi jalan penyelesaian yang lain dan itu yang terbaik dia boleh fikirkan.

“Memang saya tak akan benarkan Iman ke London. Tak semudah itu saya biarkan dia jauh dari saya. Lagi-lagi sekarang saya tahu dia dalam bahaya. Saya boleh upahkan bodyguard untuk dia” Danish tak mungkin setuju kalau Iman jauh darinya. Sedangkan ketika dia tahu Iman selamat pun sukar untuk dia berjauhan. Inikan sekarang saat dia tahu yang Iman dalam bahaya.

“Tak benarkan? Siapa kamu nak halang saya bawa anak saya sendiri ke London?” Pertanyaan yang tak terduga dari Tengku Farid. Lupakah Tengku Farid saat-saat dia menikahkan anak gadisnya dengan Danish dulu.

“Dia isteri saya. Saya ada hak.” Danish sedikit baran apabila haknya terhadap Iman di persoalkan. Itu memang pantangnya. Danish tak suka orang mempersoalkan Iman dengannya walaupun bapa mertuanya sendiri. Kini dari soal keselamatan sudah beralih arah ke soal hubungan Danish dan Iman.

“Isteri? Sah ke?” Sinis benar suara Tengku Farid. Nadanya bagai memberitahu dia tak sukakan Danish dan Danish itu adalah rivalnya.

“Apa maksud Tengku?” Danish menjadi semakin panas. Apa niat bapa mertuanya menyoal begitu. Spontan tindakbalas Danish. Dia berdiri di tempatnya. Matanya menentang mata Tengku Farid.

“Nikah kontrak itu nikah muta’ah dan nikah muta’ah tu haram di sisi agama. Bukan kahwin kamu berdua ni terikat kontrak ke? Kamu berdua terasuh dengan didikan agama. Berpelajaran tinggi. Tapi bertapa kecewanya papa apabila kamu boleh pandang remeh hal nikah kahwin ni. Tak tahu hukum halal haram nikah kontrak.” Memang aura Tengku Farid ketika itu penuh kekecewaan. Dia benar-benar tak sangka pekara itu terjadi. Paling dia kecewa dia baru tahu siang tadi dari laporan penyiasat persendiriannya. Kalau tak kerana dia mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat siapa yang pecah masuk ke rumah Farhan dan menyiasat kemalangan Iman dulu. Pasti dia tak akan tahu.

Kenyataan itu menyentak Iman dan Danish. Memang mereka nikah kontrak. Memang nikah mereka di sertai kontrak tapi Danish dah hampir lupa tentang itu malah Danish anggap kontrak itu dah lama terhapus. Benar ke nikah mereka tidak sah? Ya Allah di saat hubungan mereka begitu bergolak sekarang, kenapa pekara ini boleh keluar?

“Papa dah cakap. Papa jauh tak bermakna papa tak tahu. Papa tahu apa yang terjadi dan kamu Danish. Saat papa nikahkan kamu dengan Iman. Papa berharap sangat kamu mampu menjaga dia tapi apa kamu buat. Boleh kamu buat kontrak bodoh dengan Iman. Kamu tinggalkan Iman. Masa arwah atuk kamu dulu meninggal, kamu di mana? Keluarga kamu pun kamu biarkan macam tu je. Kamu nak kami percaya yang kamu boleh jaga Iman. Terus terang papa kata kalau papa tahu dari dulu lagi tentang kontrak tu. Tak mungkin papa setuju dengan penikahan kamu berdua. Mungkin dah lama papa minta kamu lepaskan Iman.” Luah Tengku Farid. Iman dan Danish berpandangan sesama sendiri. Terkelu. Terpaku. Tak tahu menjawab apa. Mereka sendiri tak tahu status mereka sekarang.

“Macam mana Iman? Iman sanggup ke terus hidup bersama Danish? Iman dah tahukan wasiat arwah atuk tu? Iman rasa betul ke Danish sayangkan Iman.” Satu pertanyaan yang terlalu sukar untuk di duga. Pada saat sekarang hubungan mereka bergolak Pada masa emosi Iman pada Danish terganggu. Tambahan Tengku Farid sengaja mengungkit hal wasiat itu.

“Iman, abang tak tahupun hal wasiat tu. Tengku, tolong jangan nak menambah masalah kami. Iman please...” Danish benar-benar cuak. Apakah keputusan Iman. Danish sedar buat masa sekarang terlalu terbuka peluang untuk Iman pergi meinggalkan dia begitu sahaja.

“Iman, abang Han rasa Iman tak perlu fikir yang bukan-bukan. Tengku sebagai papa sepatutnya menyelesaikan masalah bukan menambahkan masalah macam ni.” Farhan tak mahu adiknya membuat keputusan yang salah. Dia tahu perasaan Danish sekarang. Pasti dia sendiri gila kalau Intan meninggalkannya.

“Ini bukan keputusan papa, Han. Iman yang akan buat keputusan. So Iman? Tinggal di sini bersama Danish yang belum tentu sayangkan Iman atau ikut mama Sue ke London?” Duga Tengku Farid lagi.

Iman terdiam. Berfikir. Apakah keputusannya nanti? Benar kata Tengku Farid, Danish belum tentu ikhlas menyintainya yang tentu-tentu sudah terlalu banyak melukakannya. Berada di London dia akan jauh dari Danish bererti jauh dari kelukaan. Masalahnya sekarang sanggup ke dia jauh daripada Danish? Apa keputusannya nanti?
Danish risau dengan keadaan Iman yang membisu. Apa yang Iman fikirkan? Sanggup ke Iman meninggalkan dia? Apa akan terjadi dengan hidupnya nanti? Tanpa Iman bolehkah dia hidup? Danish berpaling pada Iman.

“Sayang...” Danish memanggil Iman lembut namun tak sedikitpun Iman mendongak memandangnya.

“Sayang... Tolong jangan buat abang macam ni. Jangan tinggalkan abang ya.” Danish meletakkan kedua belah tangannya di pipi Iman dan menarik wajah Iman memandangnya.
Mata bertemu mata. Hatipun berbicara. Danish melihat kekosongan dan kekeliruan di mata itu. Walaupun terbias sinar cinta yang tersisa namun ada keraguan. Itu yang merisaukan Danish.

“Give me time. Biar Iman berfikir dahulu.” Itu jawapan Iman. Jawapan yang terkeluar dari bibir comel Iman. Jawapan yang membuatkan jantung Danish berhenti berdenyut. Terlurut tangan Danish di pipi Iman. Danish terduduk di tempatnya.

YA. ALLAH, apa yang akan terjadi sekarang? Apa keputusan Iman nanti? Ikutkah Iman kemahuan papanya? Sanggupkah Iman meninggalkannya? Dalam keadaan mereka yang terlalu bermasalah dan banyak salah faham ini, Di tambah lagi status mereka sekarang tak tahu hujung pangkalnya. Danish tak mahu Iman melihat itu sebagai salah satu jalan keluar. Yang pasti Danish tak akan biarkan Iman jauh darinya. Soal status mereka dia akan selesaikan secepat mungkin, sebelum Iman boleh melangkah setapak pun darinya. Itu tekad Danish? Bagaimana Iman? Bukankan untuk melakukan itu semua perlukan kerjasama dari Iman?

p/s apa keputusan iman nanti... Tinggalkan Danish dan mulakan hidup baru? Atau berikan Danish peluang untuk buktikan cintanya? Perlukah Iman Dan Danish bersama? Atau ada insan lain yang lebih sayangkan Iman dan lebih membahagiakannya?
berilah keputusan... mungkin akan menentukan akhir cerita ini... Ini post terakhir JAC sebelum di bukukan.

14 comments:

sweetrose maria said...

wow,JAC akan dibukukn..
Tahniah buat Iman..
Em,for me,harap sgt bagi peluang kt Danish & bwk sekali Danish g London..hehehe
apa-apa pn xkisah,yg ptg happy ending..:)

xsbr la plak nk tgu novel JAC keluar...ahaks
Good Luck for u k..

Lieza said...

oooo.. tahniah..
pada saya biarlah danish degan iman. but paasal mush tg farid tu masih kabur lah.. harap2 cepat la keluar buku,.. nanti tlg bg tau k? bila dah kuar?? nak p beli.. heheheh

Anonymous said...

huhu, sedihnya, jac dah kena stop. ble akan kuar buku ni, x sabarnyaaaaaaaaaaaaa

misz nana said...

nak Danish ngan Nia..
kasi la Danish peluang untuk buktikan cinta dia..

Hayisa Neerza said...

tahniah..bestnya..nnt pesan kt penerbit send buku ni kat area semenyih tau...plzzzz

asmi' said...

jgnla pisahkan diorg...

tgku farid 2 naper?
naper x bawa jer menantu2 dia sekali???

x pk ker bler dia wt cm 2...
just buat iman semakin derita???

mmgla dia nk selamatkan ank die tpi x kne care...

Mama Delima said...

nak tau status JAC ler..biler nyer novel ni nak dipasarkan..writer gtau la statusnye..x sbr nak beli novel ni..

et said...

alahai~ buku kan ke? huhuhuhuu..sadis sgt..nk iman dgn danish..huhuhuhuu..

anna said...

alallalala..
sweetnyer citer niee..

ble jac ni nk dibukukan??
x sbar dah nie,,
lagi2 cuti dah nk abes..
lps nie student sibuk lah akak..
:((

Unknown said...

salam....baru habis baca buku ni...dah keluar ke bukunya..kat mana bole cari...

purple_heart said...

salam. nk tnye mana ley cari buku nie??

Anonymous said...

Nak tanya JAC selepas episod 30 tak ada lg ke sambungan nya?abiz cam tu je ke?please emel me at zar_209@hotmail.com jika skira nya ada lg sambungan nyeee

Sarioh.wordpress.com said...

2009 diterbitkan baru baca 2019. Gimana dpt bukunya?.pastinya tidak dicetak lagi. Mungkin penulis berbaik hati bagi ceritanya?, atau ada ebooknya mungkin?

Sarioh.wordpress.com said...

Bestnya. Sayanh novel 10 thn lalu. Baru dibaca 2019. Klu ada ebooknya mau. Atau penulis berbaik bagi pd saya yg di indonesia