Saturday, April 7, 2012

Sekali Sekala Sayang -1

SEKALI SEKALA SAYANG

BAB 1

“Tolong lepaskan aku. Najmi, lepaskan aku. Lepaskan aku.” Bibir itu berkata-kata dalam pejamnya mata melayan mimpi ngeri malam ini.
 Tubuh itu kelihatan menggigil dalam tidurnya. Menggeletar di tengah-tengah katil saiz king yang bercadar coklat gelap itu. Kepala itu berpaling ke kiri dan ke kanan sambil bibirnya berulang-ulang kali mengucapkan pemohonan yang sama. Lepaskan dia.
Persoalannya ‘Lepaskan Dia’ itu: Lepaskan siapa? Dari apa? Di Mana? Kenapa? Dan Bagaimana? Tak seorang yang mengerti deritanya sang pemimpi yang setiap malamnya di ganggu mimpi ngeri. Mimpi yang mengingatkannya siapa dirinya. Kenapa dia di sini. Bagaimana manusia sesalju hatinya boleh muncul di dunia yang indah ini.
“NAJMI.” Nama itu terbit lagi dari bibir pemilik mimpi. Kali ini tidak lagi dengan mata yang terpejam tapi dengan celikkan mata yang tiba-tiba terbuka. Ngeri wajahnya menandakan mimpinya tidak indah malam ini. Mimpinya tidak ceria malam ini.
“Ya Allah.” Terbit kalimah itu dari bibirnya. Berkali-kali. Ingin menenangkan hatinya sendiri. Ingin melupakan mimpi tadi.
Mata yang sudah segar itu mengerling ke jam kecil di meja tepi katilnya. Hampir empat setengah pagi, waktu biasa dia tersedar dari mimpi buruknya selama hampir tiga tahun. Tiga tahun rupanya sudah dia jalani kehidupan selepas titik hitam itu. Mimpi tadi bukan sekadar mimpi tapi secebis ingatan dari salah satu babak penting dalam hidupnya. Mimpi yang menjadi bayangan kemana saja kakinya melangkah. Mimpi yang sentiasa menjadi alarm yang mengingatkannya pada titik hitam dalam hidupnya.
Titik hitam yang telah menggubah siapa dirinya pada waktu kini. Yang menjadi titik pemutar hidupnya diwaktu dulu. Setelah kejadian itu hidupnya dia umpama jarum jam di tepi katilnya ini, yang jarumnya diputarkan hingga 360 darjah. Sehinggakan sejak saat itu jarum hidupnya berdetik melawan arah jam. Hidupnya menongkat arus kehidupan. Tidak lagi senaif dia seperti sebelumnya. Percaya pada ketidakadilan manusia yang sentiasa tamak dan hauskan penderitaan orang lain.
Tiga tahun rupanya sudah berlalu. Kehidupannya sudah jauh berubah. Dirinya semakin selesa dengan siapa dia sekarang. Yang belum berubah hanya mimpi yang melawatnya saban malam hingga ke dinihari. Mimpi yang menginggatkan dia untuk terus kuat dan untuk terus menjadi sedinginnya salju. Mimpi yang melenyapkan Rya Adillia yang dulu hingga wujud Rya yang kini. Hilang sudah Adill yang manja dan penuh kasih sayang. Yang tinggal hanyalah Rya yang penuh sinis dan berhati batu. Langsung tak sesuai dengan namanya yang membawa seribu keriangan.
Rya terus bangun menyandarkan tubuhnya ke kepala katil walaupun hari masih terlalu awal untuknya memulakan hari. Bersolat? Dia tengah dalam musim cuti bulanan. Akhirnya, matanya meliar memandang ke kiri dan ke kanan bilik sendiri sebelum dia mengambil keputusan untuk bangun saja. Lemah langkahnya menuju ke bilik air. Mencuci muka. Sebentar lagi dia ingin ke dapur pula. Membuat secawan coklat cadbury panas sebelum dia melepak di beranda rumahnya mengimbau kenangan lama sambil menanti fajar yang membawa cahaya yang aakn menghapuskan segala kelemahannya dan membangkitkan semangat baru dalam dirinya. Rutin hariannya yang sentiasa akan menemani hari-harinya sejak tiga tahun dulu sehingga suatu masa nant.

Duduk bertemankan secawan coklat panas di kala hari masih lagi gelap gelita. Dari tingkat 18 kondo mewah miliknya dia dapat melihat cahaya-cahaya lampu rumah yang meriah di awal hari. Saban pagi suasananya yang sama. Kedinginan membalut paginya akan membekukan tubuhnya yang hanya berT-shirt nipis dan berseluar pijama. Kedinginan yang sama membalut hatinya yang sudah telajang dengan hakikat dunia.
“Huhhhh” Kata orang tak baik mengeluh tapi pada Rya, dia terlalu lali mengeluh begitu hingga dia tak mampu lagi membuang tabiat yang satu itu.
Kedua belah kakinya yang tadi berlunjur, Rya bawa ke atas kerusi dan terus rapat di dadanya. Di perluk erat sambil padangan matanya kian kosong memandang kehadapan. Siapa dirinya tiga tahun dulu bagaikan tayangan ulangan semula di dalam kepalanya.

TIGA TAHUN DULU..... Kala Ria masih lagi Adillia....
   Adillia memandang je Nadirah menghampirinya dari lantai dansa itu. Adakala dia terfikir kenapalah dia nak ikut sangat Nadirah ni ke kelab-kelab macam ni, sedangkan ini bukan tempatnya. Dia tak gemar tempat syaitan buat reunion ni. Tapi apa kan daya, Nadirah tu adik sepupu yang dah di amanahkan dalam jagaannya untuk sebulan ini oleh kedua ibu dan bapa saudaranya. Atas rasa tanggungjawab itu yang membawa kaki Adillia ke tempat iblis buat hari keluarga ni.
Bukan dia tidak tegur adik sepupunya itu. Dah naik berbuih sampai boleh jadi buih sabun dah mulutnya membebel tapi tak juga di hiraukan akhirnya terpaksalah juga dia membontot budak sengal ni untuk menjadi bodyguard tak berbayar. Nanti apa-apa jadi, dia juga di pertanggungjawabkan. Dia juga di persalahkan. Dia juga yang lalai amanah. Tak ke susah dirinya nanti. Lebih baik mencegah dari merawat.
          “Adill, aku blah dulu ye. Aku nak keluar dengan kawan aku ni. Kau balik lah dulu.” Ujar Nadirah tanpa rasa bersalah. Hangin je Adillia ni dengar.
        “Nak kemana pulak ni? Kejap lagi kalau si Raja mangkuk tu sampai macam mana pula?” Ujar Adillia tak senang. Budak ni memandai je nak blah, karang buah hati dia mencari apa pulak Adillia nak jawab.
          “Alah kau tolonglah cover. Macam tak biasa. Aku gerak dulu ye.” Sepantas angin je si Nadirah tu mengambil begnya dan terus berlalu.
          Adillia baru nak bangkit mengejar Nadirah. Kebetulanlah minumannya yang dia pesan kali kedua itu sampai. Tergopoh-gapah dia mencari beg duit mengeluarkan duit not 50 lalu diberikan pada pelayan itu sebelum dia nak melangkah. Nampaknya tips lagi mahal dari harga air. Nasib dia lah malam ni.
          “Adillia!” Ada lagi yang mengganggu perjalanan Adillia apabila wajah Raja Najmi aka Raja Mangkuk pakwe si Nadirah sengal ni muncul di hadapannya.
          “Ya. I nak cepat ni. I pergi dulu lah.” Adillia cepat-cepat cuba melarikan diri. Kalau dia Hudini dah lama dia hilangkan diri punya.
          “You nak kemana pulak ni? Nad mane?” Banyak pula pertanyaan si mangkuk ni. Dahlah suara kerek nak mampus. Hish kalau Adillia ikutkan hati, nak je dia cakap yang dia ni sendiri pun tengah nak menjejak buah hati si mangkuk ni. Tapi sebabkan hati dai suci muci terpaksa juga dia diamkan. Bukan bersubahat cuma tak nak meruntuhkan rumah tangga orang saja.
“I tak tahu. Adalah kat mane-mane kot. I nak balik ni. Ada kerja sikit. I blah dululah.” Adillia sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari teman lelaki yang memang gred F milik adik sepupunya itu. Memang tak booleh pakai kalau selera dia jatuh pada manusia paling sombong dan berlagak seperti lelaki di hadapannya ini. Tak ada sopan santun terus.
Adillia sedar satu benda makin lama dia di sini nanti makin hilang pulak jejak si Nadirah tu. Tak mahu berlama dengan manusia yang namanya di tangga paling bawah kegemarannya itu, Adillia melangkah meninggalkan lelaki kerek tu di situ. Namun hanya dua langkah dia dihadapan. Tangannya di capai. Tubuhnya di tarik keluar dari kelab itu. Meronta-ronta dia ingin melepaskan diri tapi makin kejap tangannya di genggam dan makin laju tubuhnya di tarik. Sampai je ke kereta tubuhnya dihumban ke tempat duduk di sebelah pemandu. Hendak keluar, kereta itu terkunci dengan central lock. Gila apa dah pakwe adik sepupunya itu. Meroyan barang kali.
“ You ni kenape Naj? Meroyan ke ape?” Adillia menjerit tak puas hati pada lelaki yang memandu laju itu. Makin laju kereta itu dipandu. Bukan nak takut tp makin menggila.
 “Sah-sah meroyan mamat mangkuk seorang ni.” Guman Adillia perlahan.
Dia keluarkan Samsung galaxy kesayangannya dari sling bagnya yang berwarna kelabu itu. Hendak menelefon Nadirah agar gadis itu dapat menenangkan hati pakwenya yang macam badak sumbu tengah mengawan ni tapi pasangannya di caras oleh badak sumbu lain. Baru Adillia menekan-nekan skrin kecil itu, telefonnya di rampas. Bulat matanya yang sedikit sepet itu melihat tingkah mangkuk membaling telefonnya keluar.
“Laxy?” Menjerit Adillia memanggil telefonnya yang di beri nama Laxy itu. Bagaikan telefon tu boleh mendengar dirinya memanggil.
“Telefon aku. Kau ni kenapa hah? Kalau dah gila sangat campak barang kau la. Jangan nak buat barang orang macam barang kau sendiri.” Kali ini tiada maaf lagi di hati Adillia. Mangkuk itu di tengking nya tanpa perasaan. Memang tak sekolah punya mangkuk, ingat telefon dia tu telefon mainan dua ringgit seset kat kedai supersave ke? Itu Laxy kesayangannya.
“Memang aku dah gila. Gila kena main oleh kau berdua. Eh aku nampaklah adik kesayangan kau tu curang dengan aku. Telinga aku ni sendiri dengar apa korang berdua cakap. Cover ye. Dah lama lah kau berdua buat kerja ni?” Tengkingan dari mangkuk itu membuatkan Adillia tersenyap. Tersentap.
“Aku tahu aku salah. Aku minta maaf. Tapi kau sepatutnya minta penjelasan dari Nad bukan aku. Hantar aku balik sekarang. Telefon tu aku halalkan jelah sebagai tebus kesalahan aku.” Jelas Adillia.
Penjelasan yang sempat dia membuatkan dia membela diri. Adillia akhirnya sedar yang kemarahan mangkuk ni berpunca dari silap dia dan Nadirah yang menjolok masalah. Mana tak terkaku dia di tengking dengan kesalahan terbukti kukuh. Tertewas dalam perbicaraan di hari pertama rasanya.
“Balik? Jangan harap aku nak hantar kau balik. Hari ini kau bayar hutang yang kau berdua pada aku.” Suara itu cukup menghantarkan seriau di pelusuk tubuh badan Adillia. Entah apa maksudnya mamat mangkuk ni tapi Adillia dah seram seseramnya. Mampu ke dia lawan mamat ni nanti? Macam bukan pekara yang baik-baik saja.

BENAR. Malam itu Adillia membayar Najmi dengan bayaran yang paling mahal yang boleh di berikan oleh seorang yang bergelar gadis. Malam itu dia telah membayar Najmi dengan nilai kegadisannya yang telah Najmi ragut dengan penuh kepaksaan. Air matanya menitis tak berhenti saat mahkotanya di ragut dengan paksa. Kesakitan itu membuatkan jeritannya menghangatkan malam mereka. Menghentikan rayuannya meminta Najmi melepaskan dirinya.
Malam itu Najmi membawanya ke suatu tempat yang dia sendiri tak tahu di mana. Sampai di sebuah rumah, Najmi memaksanya masuk ke sebuah bilik. Puas dia meronta dan merayu tapi rayuan dan rontaannya hanya sia-sia apabila lelaki itu bagai sudah di rasuk iblis. Langsung tak mengendahkan haknya sebagai manusia. Dirinya terus dihimpit Najmi hinggakan ke satu saat dia sudah tak berdaya.
Bukan dia tak melawan. Sungguh sehabis daya dia melawan. Jeritan demi jeritan dia suarakan saat Najmi mengoyakkan bajunya. Saat Najmi mencumbuinya. Menolak dan terus dia menolak tubuh lelaki itu dari mencemarinya. Sehingga tenaganya tiada. Sehingga jeritan kesakitan yang terlepas di bibirnya saat Najmi ragut mahkotanya. Sehingga airmata kesakitannya mengalir bersama airmata kekesalannya. Sehingga dia sedar akhirnya dia hilang pekara yang aling berharga dalam dirinya.
Masih terbayang lagi di matanya, mata Najmi yang garang sebelumnya menjadi satu pandangan mata penuh rasa terkejut yang Najmi biaskan padanya selepas meragut kehormatan dirinya. Pandangan mata Najmi waktu itu menceritakan yang lelaki itu tidak menyangka dia masih lagi suci. Sejurus itu, Adillia dapat merasakan layanan dan belaian Najmi berubah menjadi lembut. Tidak sekasar tadi. Tidak segarang tadi. Malah lelaki itu berjamu tubuhnya dengan kelembutan dan tipulah Adillia katakan kalau dia tidak merasakan kasih sayang yang Najmi salurkan dalam belaiannya.
Benar ada rasa kasih dan terasa sayang dalam setiap belaian Najmi malam itu. Tapi berhargakah kasih itu kalau ia di mulakan dengan paksaan pada yang tidak sudi? Bernilaikah sayang itu kalau ianya tidak halal dan tidak di redhai? Kalau boleh dia memilih, dia tidak akan mahu merasakan kasih sayang yang begitu murah sekali. Kasih yang bak cengkerang kosong tanpa isi keredhaan daripadaNya. Sayang yang dikotori oleh haramnya zina. Dia tidak inginkan itu. Tapi dia tidak bisa memilih. Haknya memilih itu sudah diragut oleh Najmi dari awal-awal lagi.
Cuma satu yang Adillia pelik. Najmi tidak melepaskan dia walaupun lunas dia membayar ‘hutang’nya pada lelaki itu. Tubuhnya di peluk erat oleh Najmi sehingga dia ketiduran. Nasib baiklah dia tersedar saat Najmi sedang benar-benar lena. Dengan selembut boleh dia melepaskan diri daripada kongkongan pelukkan Najmi di awal pagi hari itu. Dan kehadiran seorang hamba Allah yang membantunya untk melepaskan diri dari kawasan jajahan Najmi membolehkan Adillia mampu pergi jauh dengan cepat.
Sangkanya pekara itu sellesai begitu saja. Namun setelah menenangkan diri di sebuah hotel murah yang dia temui dan membersihkan diri yang terasa amat kotor, Adillia ingin kembali ke rumah sewa dia dan Nadirah bersama-sama teman yang lain tapi kehadiran si Najmi yang sudah di naik taraf menjadi mangkuk tandas itu di hadapan rumahnya membuatkan Adillia tak jadi melangkah ke destinasi.
 Malah dia membawa langkahnya menjauhi rumah itu. Tidak Adillia tahu kenapa dan apa tujuan Najmi di situ tapi satu yang dia tahu, dia tak mahu lagi menemui lelaki apatah lagi berhadapan dengan lelaki itu seumur hidupnya. Tiga tahun dia hidup dalam perlarian. Tiga tahun dia membina apa yang dia miliki kini. Tiga tahun dia hidup dalam bayang-bayang mimpi ngeri yang Najmi hadiahkan. Namun tiga tahun itu belum cukup lama untuk dia padam rasa kotor dan rasa jijiknya pada dirinya sendiri. Tiga tahun itu belum mampu menghapuskan deritanya. Tiga tahun itu semakin berlalu semakin merubahnya menjadi seorang pendendam.
 Kini Adillia sudah tak mampu menangis lagi. Peristiwa itu dia anggap sebagai sejarah semalam akan menjadi detik yang tak pernah dia lupakan. Pembayaran yang paling tinggi dia pernah buat didalam hidupnya untuk sesuatu yang bukan dia lakukan. Najmi umpama ah long menuntut hutang pada yang tak sepatutnya. Dia tidak akan pernah memaafkan lelaki itu. Itu janjinya.

10 comments:

Anonymous said...

Iskhhh.. Jahat sungguh najmi nihhh!! Sian rya :( org len wat org len kna tanggung..
~mizz acu~

Anonymous said...

Kak Iman, cerita ni nak buat jadi novel atau mini novel? dah pernah baca cerita ni dlm versi cerpen mmg best! harap2x Najmi diberi peluang!
K

Anonymous said...

akak saya sokong najmi ok, saya harap dia yg hero,xmau la polis yg seorg lgi tu hero. xsangka yg akk nk sambung blik cerita ni... hikhik happy.tq akk

blinkalltheday said...

penah baca gak cite ni versi cerpen...hope najmi diberikan peluang ke2...xsuka la hero polis lagi sorg tu..heeeee

zura asyfar addy rifqhiey said...

best..suke2..hehe..xsgka dh jd nvel.

Miss FF said...

samalah.. pernah baca dulu dlm versi cerpen... very interesting! bila nak ada sambungan?

lieda said...

best ar..x puas baca dlm cerpen aritu..mmg harap sgt ade sambungan lg..hopefully najmi btol2 insaf n bertanggungjawab atas perbuatan die tu..x nak la polis sorg tu..nk najmi gak..hanya lia je bleh ubah najmi..huhuhu

lieyna said...

awat hang najmi p wat lagu ini...cian adilia...uwaaaa

nur iman arman said...

best..pernah baca dah dlm cerpen aritu...x sabar rase nak tnggu sambungannye...hihihi

ezzaleya said...

permulaan y bagus.. nak lagi...