Sinopsis Cupid Kecil
Iskandar dan Hanni, dua watak yang cukup berbeza. Terlalu banyak perbezaan sehinggakan mereka mempunyai persamaan yang ketara. Apa yang sama tentang mereka adalah kekerasan, keegoan dan besar kepala. Persamaan yang membuatkan mereka berbeza. Perbezaan itu juga yang membuatkan mereka serupa.
Jika Iskandar bertemu Hanni umpama kilat dan guruh. Umpama gedang dan pemukul. Umpama anjing dan kucing. Mereka tak boleh bertemu. Mereka tak boleh bersua muka. Bertemu maksudnya bertengkar, bersua muka maksudnya bertekak.
BERBAIK? Ohh... perkataan itu tak pernah wujud dalam diri mereka dan tak akan pernah wujud dalam hidup mereka.
HANNI: Hish mawas ni menyemak je. Manusia macam kau ni dah hilang rasa malu dah hilang adab. Aku pun tak tahu apalah yang Sara tu tengok sangat kat kau. Kesian kawan baik aku tu dapak balak macam kau. Jangan kau tukar kawan baik aku tu jadi mawas macam kau sudah.
ISKANDAR: Apa kau panggil aku? Mawas? Eh anak singa, kau ingat kau tu cantik sangat. Eh perempuan macam kau ni bersepah tau. Dahlah kolot, kasar, keras kepala. Kesian aku tengok boyfriend kau tu. Aku pun tak tahu kenapa Sara itu boleh berkawan baik dengan kau. Macam langit dan bumi.
Hanni memang keras kepala. Iskandar memang ego. Mereka memang besar kepala. Tapi hati mereka mempunyai naluri yang sama. Hati yang keras, ego dan kepala batu itu mempunyai nilai yang cukup mulia. Mereka tak sedar mereka ada nilai yang sama itu sehingga mereka bertemu Balqis.
Balqis, anak kecil yang mempunyai masalah sumbing itu menarik jiwa mereka. Balqis anak kecil berumur tiga tahun itu mempunyai masalah sumbing. Masalah sumbing yang tidak di rawat sejak lahir. Bukan kerana masalah kewangan yang menghalang anak ini di rawat tapi kerana masalah psikologi ibu bapanya yang tak boleh menerima keadaannya begini sejak lahir.
Iskandar, sebagai bapa saudara cuba untuk menegakkan kembali hak Balqis. Cukuplah selama ini dia sudah mengabaikan tanggungjawabnya ke atas anak kecil itu. Selama ini dia tidak mahu masuk campur hal rumah tangga abangnya namun apabila terjadi sesuatu peristiwa sehingga dia tahu nasib anak buahnya teraniaya, Iskandar tak mampu lagi berpeluk tubuh. Balqis perlu di bantu.
Polosnya wajah Balqis menarik naluri keibuan Hanni. Melihat kepayahan Iskandar untuk menjaga gadis kecil itu membuatkan Hanni tersentuh. Hanni lupakan sengketa lalu. Seikhlas hati dia hulurkan tangan untuk membantu. Hanni menjadi ibu pada si kecil. Hanni membantu untuk menjaga dan mengembalikan keyakinan pada diri si kecil. Menolong untuk memulihkan trauma si kecil.
Melalui Balqis, Hanni mengenali hati setulus Iskandar di sebalik mulut celupar lelaki itu. Waktu bersama Balqis, Hanni nampak ciri-ciri seorang lelaki yang penyayang, perihatin dan baik pada Iskandar. Berat untuk Hanni akui; Iskandar, lelaki yang mempunyai ego setinggi KLCC itu akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik satu hari nanti.
Melihat dari padangan mata Balqis, Iskandar tahu Hanni boleh menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Melalui kaca matanya, penilaiannya pada Hanni berubah. Gadis yang dulu dia katakan mempunyai hati sekeras kerikil, kini adalah gadis berhati mulia dan waja. Gadis yang bisa menjadi permaisuri terbaik buatnya.
Kerana Balqis, hati mereka bersatu. Kebencian mereka bertukar kasih sayang pada anak kecil tanpa perhatian itu. Kekerasan yang ada pada mereka menjadi kelembutan yang membelai jiwa anak kecil itu. Balqis penghubung pada mereka. Balqis mengikat hati mereka untuk saling mengenali. Mungkinkah kerana seorang anak kecil yang malang itu adalah pari-pari hati mereka? Mungkinkan Benci Itu Cinta
12 comments:
Proceed aje citer dia iman..dari masa ke semasa kita akan cuba bagi cadangan...chiayok!
ini cite yg hani n kwn2 dia yg nk p bercuti kat penang tu ke iman?? mcm best je...x sbr nk baca hehehe...iman..teruskan b'karya...cayok! cayok!
Cam best je..teruskan je..I like..
bez2..xsabar nak bace cite ni!!
chaiyok2 iman!!
best je cite ni... dah bace episod sblm ni... suka2... ingatkan xnak post dah? sambung2... thanks coz bt cite2 best mcm gini... thanks yer...
huhuhu..novel ni mmg best..baca sipnosis je dah membuatkan sy teruja..so iman, cepat2la smbung..tak sabar nk tau apa sebenarnya yg terjadi sblum dia kena rogol dgn is...
cerita tu..saya pernah baca..masih ingat lagi cite tue & betul jugak..dah lama iman x sambung..cinta penting ke? nak habis ke..ala..x pelah..hope ending dia happy..cannot wait for tomorrow!!iman, cayo!!
kak proceed je citer tu
dh lama sy tunggu akak sambung balik
cite nie msti best..
tls cpt2 ek..
Sy ske bab Balqis tu.Mesti best mse bab tu.
menarik cetenya..terbitkan novel iman..sy org pertama yg akan beli..chaiyuk100x..
Post a Comment