SINOPSIS
KERANA KITA BERDUA
Jadi
yang kedua? Ala.. Athiya memang dah terbiasa jadi yang kedua setelah adiknya
Athila. Dia cuma pilihan kedua selepas Athila. Kerana itu dia sentiasa berusaha
untuk tidak terlibat dengan urusan Athila dan keluarganya. Namun apabila orang
tua dia meminta untuk dia mengganti Athila sebagai isteri kepada Megat Elman,
Athiya tak dapat menolak. Kerana dia sudah terbiasa menjadi yang kedua.
Besar
harapannya menyulam bahagia bersama Megat Elman. Dia inginkan kehidupan umpama kisah dongeng yang penuh pari-pari cinta. Namun bahagia yang diharapkan
tak kunjung tiba, biarpun sudah banyak yang dia korbankan. Hari-hari hatinya di
guris. Dan yang terakhir, hatinya berkecai umpama kaca yang dihempas ke lantai
apabila suami sendiri meletak harga pada kesucian dirinya sebagai seorang
isteri. Di akhirnya dia sedar, dia umpama pelacur di mata sang suami. Apalah
guna dia terus mengasuh luka? Baiklah dia pergi kerana dirinya langsung tak
dihargai.
Kehilangan
Athiya membuatkan Elman sedar, dia tidak bisa hidup tanpa isterinya. Kali ini
dia tega melepaskan semua asalkan Athiya kembali kepadanya. Dia tak kisah pada
harta. Dia dah tak kisah pada keluarga Athiya yang mata duitan. Dia dah tak
peduli jika Athiya ikhlas mencintainya atau bersamanya hanya kerana kekayaan.
Yang dia mahu hanyalah ada Athiya disampingnya.
Bertahun
mereka berpisah. Mereka bertemu semula dengan sisi yang berbeza. Elman yang
dulunya bengis, kini manis menagih perhatian Athiya. Dan Athiya yang dulunya
hidup dalam impian kisah dongeng, kini menjadi terlalu
berhati-hati untuk menaruh kepercayaan pada sebuah kebahagiaan. Mereka bagai
bertukar identiti.
Tak
mudah untuk mereka bersama. Lebih sukar untuk mereka terus bersama, lebih-lebih
lagi dengan campur tangan keluarga. Sikap keluarga yang tamak haloba. Orang
sekeliling yang mudah menghukum. Bolehkah mereka bertahan?
Ku Setia Menunggu...
No comments:
Post a Comment