PROLOG
Athiya merenung sekeping cek Elman hulurkan padanya. WOW, seratus ribu.
Banyak tu. Baik hati pula encik suami dia hendak menghulurkan duit sebanyak tu
pada dia. Dahi Athiya berkerut. Dia pelik kenapa suami dia memberi dia duit
sebanyak ini? Untuk apa? Dia tak meminta sesen pun daripada suaminya.
“Banyaknya.
Kenapa abang bagi Aya duit ni?” Soal Athiya sambil mengambil huluran Elman.
Wajahnya manis dan naif.
“Bayaran
untuk layanan kau malam tadi.” Ujar Elman tanpa memandang wajah Athiya.
Saat
kata-kata itu terlepas daripada bibir Elman, senyuman Athiya terus mati. Cek
ditangan Athiya juga terlepas. Apa yang suaminya katakan tadi? Bayaran? Ya
Allah, terhinanya rasa Athiya saat ini. Dia seorang isteri bukan pelacur.
“Apa
maksud abang?” Tergagap-gagap Athiya bertanya. Dia mahukan kepastian.
“Aku
berterima kasih dengan apa yang kau berikan malam tadi. Apa yang berlaku
semalam adalah kesilapan. Dan itu adalah bayaran untuk...” Sebelum sempat Elman
mengahabiskan ayatnya, Athiya cepat sangat memintas.
“Ohh...
banyak ni je ke?” Athiya sendiri tak tahu kenapa itu yang terkeluar daripada
bibirnya. Yang dia tahu hatinya sakit.
“What?”
Elman terkejut.
“Taklah.
Saya tak sangka banyak ini je bayaran saya. Awak kan orang pertama yang sentuh
saya.” Ujar Athiya sinis.
Benar
dia rasa terhina. Tapi dia tak rasa dengan menegakkan diri sendiri akan membuat
hatinya yang berkecai ini akan pulih. Lebih baik dia membenarkan saja kata-kata
Elman. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dia boleh menyelamatkan sedikit
airmukanya.
“Jadi
berapa kau nak?”
“Sejuta.
Itu harga maruah saya.” Athiya meletakkan harga.
“Baik.”
Putus Elman.
Athiya
hanya melihat Elman menulis nilai yang dia minta diatas sekeping cek. Tanpa
perasaan.
“Nah.”
Sekali lagi Elman menghulurkan sekeping cek.
“Terima
kasih.” Ucap Athiya tanpa perasaan. Dia bangkit dari tempat duduknya. Baru tiga
langkah dia berpaling dan meninggalkan meja Elman. Suara Elman menghentikan
langkahnya.
“Nuril
Athiya Mohd Nazim, aku bertaklik pada mana kau menunaikan cek itu maka jatuh
talak satu keatas kau.” Ucap Elman.
Athiya
memejam mata. Setitis airmata jatuh dihujung matanya. Hatinya sudah tidak mampu
merasakan apa-apa saat mendengar ucapan taklik daripada Elman. Dia sudah tidak
mampu merasakan apa-apa. Hatinya sudah hancur lumat.
1 comment:
bila nak sambung lagi
Post a Comment