Monday, May 22, 2017

Klinik Hati : Bab 9

BAB 9


AFIA melangkah masuk ke biliknya yang terhias indah menyambut kedatangannya sebagai pengantin baru malam ini. Haruman lavender menyegarkan ruang bilik sederhana besar itu. Sesuai sekali tema hiasan mereka yang menampilkan warna ungu putih. Malam ini dia terasa melangkah ke sebuah bilik lain dengan satu perasaan yang baru.
Perlahan-lahan Afia menapak ke katilnya yang bercadar putih itu sebelum dia melabuhkan punggung di atas tilam empuknya. Baru sehari semalam dia tidak menjenguk bilik ini kerana orang-orang suruhan Emir datang menghias bilik pengantin mereka. Dalam masa yang singkat itu terlalu banyak perubahan yang dia rasakan pada biliknya ini. Mungkin kerana susun atur biliknya berubah dan sentuhan dari pakar itu pastilah jauh lebih baik dari sentuhannya sendiri sebelum ini.
“Bestnya..” Tanpa sedar perkataan itu terlepas dari bibir Afia sambil dengan seronoknya Afia merebahkan tubuh diatas tilam itu.
Afia yang sudah selesa berbaring itu memejamkan matanya sambil menarik nafas dalam. Menghayati bau yang sungguh mengasyikkan ini. Semakin lama semakin rasa hanyut dia oleh rasa kedamaian dan ketenangan yang dicipta di dalam bilik sederhana besar ini.  Afia rasa tak mustahil dia akan terlena kalau tidak merasakan ada sesuatu yang bermain dimata dan di hidungnya.
Saat dia buka kelopak mata, benda pertama yang dia nampak adalah sekuntum mawar putih. Mengikut arah datangnya mawar putih itu barulah Afia tersedar dia tak bersendirian dibiliknya malam ini. Emir berdiri di tepi katilnya dengan sebuah senyuman yang cukup manis dan menggoda. Segera Afia bangkit dari pembaringannya lalu mengatur posisi duduknya di birai katil itu.
Kembali berdebar jantung Afia apabila dia dapat merasakan Emir sudah melangkah mendekatinya. Hanya sedikit masa yang lelaki itu perlukan sebelum melabuh punggung di sisinya. Tegak dan kaku tubuh Afia menyambut kehadiran Emir yang duduk disebelahnya. Dia tak tahu hendak beriak bagaimana. Apabila Emir tiba-tiba menghulurkan mawar putih tadi kepadanya, lambat-lambat dia mengambil mawar putih itu sebelum menghidu bau si mawar putih.
“Penat?” Lelaki yang kini bergelar suaminya bertanya pada dirinya sambil terasa tangan kanan lelaki itu sudah merayap masuk kedalam  tudungnya dan memicit lembut tengkuknya.
“Sikit.” Jawab Afia jujur. Selesa dia diberi perhatian sebegitu oleh Emir. Sangat selesa rasanya.
“I tengok hari ini you langsung tak berehat. Jangan buat macam ini lagi. Jangan lupa you sekarang bukan berseorangan.” Lembut teguran Emir buat Afia.
Tangan kiri Emir sudah hinggap ke perut Afia yang masih leper. Baru tiga minggu pun kan. Tapi cara Emir yang lembut itu mengingatkan Afia yang sekarang dirinya mengandung. Buat kali pertama sejak dia tahu dia berbadan dua, hari ini Afia lupa hakikat yang dia mengandung.
“Saya tak apa-apa.”Afia menolak lembut tangan Emir di tengkuk dan diperutnya. Mood dia sedikit tercalar saat dia teringat yang dirinya mengandung dan kerana kandungan inilah dia dan Emir bersatu sebagai suami isteri hari ini. Teringat dirinya yang sebenarnya tiada kedudukan didalam hidup Emir.
“Eh... kenapa ni?” Emir bertanya lembut pada Afia dan Afia hanya membalas dengan gelengan lemah.
“You pergi mandi dulu. Kemudian kita solat sama-sama. Kita solat sunat syukur dan solat hajat sama-sama.” Emir memberi arahan dengan nada begitu lembut tualanya yang tadi bergantungan di leher di serahkan kepada Afia.
Afia dengan senang hati menyambut huluran tuala itu dan pantas bangkit menuju ke bilik air. Mungkin kerana hatinya sedikit sejuk apabila di ajak bersolat oleh suaminya. Malah dia ingin cepat-cepat mandi dan bersiap kerana inilah kali pertama dia akan berjemaah berdua dengan suaminya. Afia tahu Emir mampu menjadi Iman solatnya sebab tadi solat mahgrib dan isyak berjemaah dirumahnya juga di Imam oleh Emir. Afia nampak wajah bangga terpancar di wajah abahnya saat Emir dapat menyempurnakan tugasnya sebagai Imam pada solat mereka lewat petang tadi.


Afia menyalami tangan Emir dengan rasa syahdu. Airmatanya bergenang di bibir mata. Dia menangis bukan kerana sedih atau terluka tapi kerana dia sebak mendengar suara Emir memohon pada yang Maha Esa agar hubungan mereka ini di redhai dan agar hati mereka diberi segala keikhlasan untuk menerima takdir Allah yang satu ini. Terharu Afia apabila mendengar bertapa bersungguh Emir memohon dari yang Maha Kuasa agar suaminya itu diberikan kudrat dan kemampuan untuk menunaikan janji lelaki itu pada abahnya siang tadi. Afia yakin dan percaya yang Emir bersungguh-sungguh memegang janjinya kepada abahnya.
Afia mengangkat wajah setelah Emir melepaskan salaman mereka dan memaut dagunya agar wajahnya bertentangan dengan lelaki itu. Dengan lembut juga Emir mengucup dahinya lama. Kemudiannya lelaki itu mengusap pergi airmata yang setitis jatuh ke pipinya kerana terharu.
 “Janganlah menangis. Hari ini dah banyak kali I tengok you menangis.” Pujuk Emir lembut padanya. Kedua-dua tangan lelaki itu masih teguh melekap di kedua belah pipinya.
“Saya terharu. Awak baik sangat.” Balas Afia lembut. Sungguh dia terharu dengan layanan Emir.
“ I tak sebaik yang you sangka. I sedar I dah perangkap awak dalam keadaan macam ini. I dah libatkan you dan keluarga you dalam kekhilafan I. Malam ini dengan rendah diri I mohon maaf daripada you dan I berjanji pada you dengan izinnya Iakan berusaha bahagia kan you. Walaupun I tahu antara kita tiada perasaan cinta tapi I yakin ini adalah takdir daripadaNYA. Takdir yang menemukan kita setelah lapan tahun dan jodoh yang menyatukan kita pada hari ini. I akan ikhlaskan hati belajar memahami you dan I harap you pun begitu juga. Kerana I nak you tahu yang I tak mampu nak bina kebahagiaan dalam hubungan ini sendirian tanpa you. Boleh tak you berikan satu peluang untuk kita sama-sama membina rumahtangga kita?” Luahan Emir itu membuatkan hati gadis bernama Nur Afia tersentuh sekian kalinya.
Saat ini hilang persona lelaki ego, sombong dan pentingkan diri sendiri dari aura Emir. Buat pertama kali Afia pintu hati Afia diketuk untuk mengenali Emir kerana hati gadisnya ragu tentang penilaian terhadap Emir selama ini. Selama ini dimata Afia, Emir seorang lelaki yang tak bertanggungjawab, sombong, ego dan terlalu pentingkan diri sendiri. Tiada yang elok-elok tentang Emir pada Afia sebelum ini. Tapi hari ini dia belajar sesuatu . Dia belajar kesalahannya terlalu awal menghukum Emir.
“Saya pun bukannya baik sangat. Saya harap awak boleh faham saya dan saya akan belajar memahami awak.” Setelah lama mendiamkan diri akhirnya Afia memberi keputusan untuk bersama-sama Emir membina kebahagiaan dari hubungan ini.
“Alhamdulillah.” Ucap Emir penuh ikhlas sebelum sekali lagi bibirnya mengucup dahi Afia.
 Kemudian lelaki itu dengan tenangnya membuka telekung yang Afia gunakan. Anak tudung juga dilurutkan perlahan-lahan ke belakang. Rambut yang masih separa basah itu di lepaskan dari genggaman getah berwana hitam. Lama mata Emir merenung wajah yang tulus tak berhijab itu.
“Benarlah. Secantik –cantik kecantikan seorang isteri itu adalah untuk suaminya. Terpegun saya pertama kali melihat awak tak berhijab tadi. Ini bukan paksaan Afia tapi permintaan seorang suami yang berharap kecantikan isterinya hanya untuk matanya saja. I tahu you pandai menjaga diri tapi I nak you sentiasa tahu yang I gembira setiap kali you menjaga diri you kerana I tahu semua itu adalah demi I.” Emir melakukannya lagi. Memukau Afia dengan jampi romantisnya. Dengan senyuman kemudiannya lelaki itu bangkit meninggalkan dia terpaku diatas sejadah.


Lama Afia terpaku di tempat duduknya sebelum dia bangkit mengemas tempat mereka menunaikan ibadah tadi. Bibirnya tersenyum manis apabila melipat sejadah yang digunakan oleh Emir. Usai itu baru dia mula melipat telekung dan sejadahnya sebelum meletakkan semuanya kedalam rak yang khas untuk barangan tersebut.
            Kemudian Afia menuju ke almari cermin dan duduk di bangku kecil berwarna putih dihadapan cermin itu untuk menyikat rambut dan menyapukan losyen ke tangan dan lehernya. Itu rutin saban malam dia sebelum tidur. Sepanjang waktu itu matanya sesekali menjeling Emir sudah duduk diatas katil bersama sebuah majalah. Amboi dah pandai buat seperti bilik sendiri nampaknya. Bagus juga dengan keadaan begini tidaklah kekok sangat rasa Afia.
Saat Afia ingin memanjat katilnya, barulah kepala Afia terfikir juga mana dia hendak tidur malam ni kalau Emir nampak gayanya dah selesa sangat atas katilnya itu. Tiba-tiba hati berdebar pula. Malu untuk terus memanjat katil, Afia tegak berdiri di tepi kati sambil tangannya menggaru kepala yang tak gatal.
“Hmm... Awak nak tidur mana malam ni? Saya nak tidur mana?” Dengan memberanikan diri Afia bertanya pada  Emir tapi wajahnya menunduk saja.
Dup.. Dap... Dup.. Dap, jantung Afia apabila dia terdengar bunyi beban yang terangkat daripada empuk tilam dihadapannya. Pasti Emir bangkit dari katil tersebut. Sebentar kemudian matanya yang dari tadi merenung kaki sendiri itu terpandang sepasang kaki berdiri di hadapan kakinya. Hampir bertemu jari-jemari kaki mereka yang saling berhadapan itu. Terhenti degup jantung Afia apabila terasa tangan Emir dibahunya.
“Pandang sini.” Lembut arahan Emir menyapa telinga Afia dan dengan sendiri Afia mengangkat kepalanya mengikut arahan itu.
“ You dah jadi isteri I, Afia. Malam ini malam pertama kita. Kalau you izinkan I ingin jadikan you sebahagian dari diri I. Kalau boleh I nak...” Pinta Emir. Menyuarakan rasa hatinya yang bergelora dari tadi.
 Afia tak sanggup mendengar Emir menghabiskan ucapannya. Segera jarinya menutup bibir seksi milik Emir. Kemudian dengan malu-malu Afia mengangguk sebelum menyembamkan wajahnya ke dada Emir. Di beranikan dirinya untuk memerluk Emir buat pertama kalinya. Terdengar derasnya degupan jantung lelaki itu di telinganya. Semestinya tak selaju jantungnya yang sudah seperti hilang arah mencari rentak detaknya ini. Malam ini dengan rela hati dia menjadi milik seorang lelaki bergelar suami.

Emir tersenyum senang. Bahagia dia rasa yang keinginannya disambut baik oleh Afia. Emir tak boleh mengakui yang dia mencintai Afia tapi Emir juga lelaki biasa yang di anugerahkan dengan nafsu dan rasa ingin. Apatah lagi gadis yang dia inginkan itu kini halal buatnya. Sungguh saat dari Afia sah menjadi miliknya, detak hatinya mula berubah. Afia bukan lagi wanita biasa dalam hidupnya. Afia adalah isterinya. Namun biarlah hubungan ini bermula dengan sebaiknya. Walaupun mereka sedar dalam hati mereka belum berputik rasa sayang itu tapi biarlah hubungan ini rasmi dengan segala tanggungjawab yang ada. 

No comments: