Tuesday, August 14, 2012

Dah Jodoh

Salam Semua,

Special untuk pembaca blog Iman... Iman war-warkan bahawa esok pembukaan order untuk Dah Jodoh. 300 terawal akan menerima tandatangan daripada Iman. Moga-moga sokongan terus diberikan pada Dah Jodoh.

Ayat skema kan??? Nerves ni.... tak tahu sambutan macam mana....

Friday, August 10, 2012

Dah Jodoh



Cover page DAH JODOH... Pada Iman sungguh memuaskan hati.... Thanks pada Penerbitan Kaki Novel, My editor dan Designer yang design cover page ini...

Hari Ini I'Allah Iman cuba sambung kisah Emir dan Afia.

Tuesday, August 7, 2012

Dah Jodoh -teaser



BIBIR Nasira yang tadinya tersenyum manis terasa sedikit ketat untuk meneruskan senyumannya. Kepalanya yang tadi ringan dari bebanan masalah, kembali berat apabila matanya dapat mengecam tiga buah kereta yang terpakir hingga ke luar pagar rumah mertuanya itu. Risau dia pada kedatangan insan-insan yang tentunya kini di dalam rumah mertuanya.
“B, itu macam kereta abang Hir je. Kereta pak long dengan mak lang pun ada. Apa dah jadi ni B?” Cemas sungguh Nasira bertanya pada Nuqman yang masih berusaha mencari tempat pakir yang sesuai.
“Sabar Love. Jangan fikir yang bukan-bukan dulu.” Nuqman cuba menenangkan isterinya itu. Apa pula hendak terjadi selepas ini? Tiba-tiba Nuqman terasa sedikit marah. Mana tidaknya baru saja isterinya hendak kembali tersenyum sekarang sudah ada yang mengocak kembali ketenangan dia dan isterinya.
“Sira risaulah B. Takut apa-apa terjadi pada ibu dan abah. Cepatlah B.” Nasira menggesa suaminya agar cepat sedikit bergerak.
Sebaik kereta terpakir dengan keadaan selamat, tergesa-gesa Nasira membuka pintu dan keluar. Laju kakinya melangkah meninggalkan Nuqman. Hanya mampu menggeleng Nuqman memandangnya. Ingatkan apalah yang Nasira takutkan rupanya isterinya risaukan ibubapanya pula. Patutlah ibubapanya sayang sangat menantunya seorang ini.
“Love.” Nuqman melaungkan lembut nama Nasira yang laju melangkah di hadapannya sehingga langkah isterinya itu terhenti dan menoleh kembali padanya.
Nasira yang mendengar namanya di laungkan itu menoleh pada Nuqman yang berdiri di belakang. Dengan senyuman Nasira melihat Nuqman melangkah penuh gaya merapatinya sebelum menghulurkan tangan kepadanya. Mengeluh Nasira, masa ni pun sempat lagi Nuqman ni hendak bermanja-manja. Memang masa yang tak sesuai betullah. Kata orang putih wrong timing betul. Dalam hatinya merungut-rungut itu Nasira tetap juga menanti kehadiran Nuqman di sampingnya sebelum menyambut huluran tangan Nuqman. Berpimpinan tangan mereka berjalan ke pintu rumah.
“Assalamuallaikum.” Nuqman memberi salam sebaik mereka tiba di hadapan muka pinta. Tangan mereka masih saling bertaut erat berhadapan dengan keluarga yang menanti.
“Waalaikumsalam.” Serentak seisi ruang itu menyambut salam yang Nuqman hulurkan. Kini semua mata mengarah kepada mereka.
“Sira. Maafkan mama.” Pantas Puan Noor mendapatkan Nasira dan memerluk tubuh itu dengan kuat sekali. Memohon maaf kepada anaknya itu.
Terpinga-pinga Nasira apabila tubuhnya di perluk erat oleh ibunya. Tangan kanannya masih di genggaman Nuqman tadi terasa dilepaskan perlahan-lahan. Dengan anggukkan Nuqman menyakinkannya apa yang terjadi semuanya memang berlaku. Bersama mata yang mula berkaca Nasira membalas mesra perlukan itu.
“Mama tak salah. Sira yang salah. Maafkan Sira. Maafkan Sira.” Nasira benar-benar meminta maaf daripada mama nya. Pilu hatinya.
“Sira tak salah sayang. Mama dah tahu semuanya. Anak mama tak salah. Mama yang salah tak pernah percayakan adik. Adik anak mama yang baik.” Puan Noor memegang kedua belah wajah anaknya itu. Satu ciuman ringkas dihadiahkan di dahi Nasira. Wajah anaknya itu ditatap penuh kerinduan. Kerinduan yang hanya di pendam kerana rasa marah dan kecewa. Inilah akibatnya tersilap perhitungan.
“Mama rindu adik.” Puan Noor meluahkan rasa rindu pada anaknya itu. Sekali lagi tubuh comel Nasira ditarik ke dalam perlukannya.
“Adik pun rindukan mama. Adik nak balik tapi adik takut mama masih marahkan adik. Maafkan adik Ma.” Nasira turut membalas erat perlukkan ibunya itu.
“Sudah-sudahlah tu Noor. Bawalah duduk Nasira tu dulu.” Encik Zamri menegur isterinya yang sudah berdrama itu. Dia turut sebak melihat adegan sebabak tadi.
“Mari sayang.” Puan Noor sudah menarik anaknya untuk duduk disebelahnya. Tangannya tak habis-habis lagi membelai mesra tubuh anak gadisnya itu.
Nuqman sudah bergerak di sekeliling ruang tamu itu untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga yang datang bertamu. Ingin sekali dia melabuhkan punggung di sebelah Nasira juga, manalah tahu kalau Nasira memerlukannya nanti. Tapi memandangkan kawasan itu sudah penuh dengan kaum hawa dan awal-awal lagi ibu sudah menghantar isyarat maut padanya, terpaksalah Nuqman berpuas hati dengan melabuhkan punggung di hadapan Nasira.
“Adik dah makan? Dari mana tadi ni?” Puan Noor bertanya lembut pada anaknya. Ingin mengetahui kehidupan anaknya sekarang.
“Kami baru balik dari genting tadi mama. Tadi sebelum balik, kami sempat singgah makan sekejap. Mama dah makan?” Nasira melayan saja pertanyaan Puan Noor seolah-olah hanya mereka berbual di situ.
“Dah. Ibu Sira ajak mama makan kat sini tadi. Sedap ibu Sira masak.” Dalam menjawab pertanyaan Nasira itu sempat Puan Noor memuji besannya. Tersenyum nipis Puan Hadiyah mendengarnya.
“Abah jemput mereka makan malam di sini tadi. Mereka tunggu kamu berdua balik dari petang tadi lagi. Kami dah siap berjemaah bersama dah.” Tambah Encik Nasir pulak. Dari isyarat mata dia memberikan mesej pada besannya untuk memulakan rancagan mereka.
“Kami ni datang nak jumpa kamu berdua. Papa dah tahu hal sebenarnya. Papa minta maaf pada kamu berdua. Sebab papa tak sabar, tak percayakan kamu. Kamu berdua kena lalui hidup macam ni. Kalau papa tahu hal sebenarnya lebih awal dan kalau papa tahu Nuqman tak kenal pada anak papa dan adik tak kenal Nuqman malam tu, papa tak akan minta adik dan Nuqman bernikah. Maafkan papa.” Encik Zamri tak segan mengakui kesilapannya. Lebih daripada itu dia sebenarnya menjalankan peranan dia dalam rancangan yang telah mereka rancangkan.
“Papa, jangan cakap macam tu. Apa yang Man boleh katakan sekarang ialah hanya Allah saja tahu bertapa bertuahnya Man kerana mempunyai isteri sebaik Sira. I’am lucky man to have her as my wife, pa, ma.” Terus terang Nuqman meluahkan perasaannya dan langsung tak berselindung lagi.
“ Nuqman sayangkan Nasira?” Terus saja ayat itu ditanyakan pada Nuqman oleh Encik Zamri pada menantunya. Saja dia bertanya walaupun rasanya soalan itu memang tak perlu untuk dia pertanyakan lagi apabila sudah terang-terang menantunya itu sangat sayangkan anak gadisnya.
“With all my heart papa. Dia jodoh dan anugerah terindah yang hadir dalam hidup Man. Terus terang Man kata saat pertama melihat Nasira hati Man dah teringin sangat melindunginya. Semakin lama Man kenal Nasira semakin hati Man terpaut dan semakin Man sayangkan dia.” Nuqman tidak meluahkan kata-kata itu hanya pada bibir saja tapi pandangan matanya turut menyatakan hal yang sama. Biar seisi keluarga ini tahu kasihnya, sayangnya dan cintanya pada Nasira tak mungkin boleh diukur apatah lagi untuk di persoalkan.
“Sayang sampai sanggup lepaskan Nasira?” Tanya Encik Zamri lagi. Membuatkan Nasira mahupun Nuqman terpanggah terkejut. Yang lain pura-pura menunduk.
“Papa!!!” Tak sangka Nasira boleh menjerit kecil begitu atas permintaan papanya.
“Sayang saya pada Nasira pa sehingga sanggup lepaskan dia kalau itu dia inginkan dari saya. Tapi selagi dia tak mahu dan selagi saya ada peluang untuk berusaha agar dia terus di sisi saya, saya akan terus bersamanya.” Ujar Nuqman tenang. Sedikit tegang juga, kerana terasa tercabar hatinya dengan pertanyaan itu.
“ Kalau macam tu papa minta Nuqman lepaskan Nasira sementara. Kami dah berbincang, abah dan ibu Nuqman dah beritahu kami yang kamu berdua tak seperti suami isteri lain…” Belum sempat Encik Zamri menghabiskan bicara Nasira dulu menyampuk menyatakan sesuatu. Nampak sangat dia gelisah.
“ Kami tengah saling belajar mengenali papa. Kami tak nak terburu-buru.” Nasira menyampuk pantas. Membuatkan semua tersenyum nipis.
“Baguslah saling mengenali. Papa pun nak kenal menantu papa. Macam inilah Sira, Man. Kami semua dah berbincang sebenarnya kami nak bawa Sira balik ke rumah kami. Papa dan mama tahu kamu berdua baru hendak bercinta. Papa dan mama tak halang kalau kamu berdua hendak berjumpa atau nak dating kata orang. Tapi buat sementara ini papa dan mama nak Sira tinggal dengan kami semula. Bolehlah kamu berdua rasa bercinta macam orang-orang lain. Papa dan mama boleh juga kenal dengan Man. Lagipun tak lama, sampai kami rasa kamu berdua dah bersedia hendak jadi suami isteri sepernuhnya. Sehingga kami rasa kamu dah graduate untuk kenal hati masing-masing kan Sira?” Bersama senyuman Encik Zamri meluahkan rancangan mereka. Dia faham tadi anak gadisnya takut kalau dia memisahkan pasangan itu. Tapi itu bukan niatnya pun. Tak terlintas langsung.
“Betul tu Man, mama minta izin Man untuk bawa Nasira balik. Lagipun mama rancang kalau kamu berdua sudah bersedia nanti mama hendak raikan kamu berdua pula. Dulu kita tak buatpun majlis yang ikut adat kita. Sira ni seorang je anak perempuan kami jadi kami nak juga buat majlis untuknya.” Pujuk Puan Noor pula.
“Bagus juga rancangan tu Noor. Akak pun teringin nak buat majlis untuk mereka ni. Tapi Man, Sira sebelum majlis tu jangan nak buat apa-apa dulu. Nanti hilang pula serinya. Selama ini kamu berdua tahan kan. Tak kan dua tiga bulan tak tahan kot.” Awal-awal lagi Puan Hadiyah memberi peringatan. Menjalankan peranannya pula.
“Macam mana Man?” Pak Long Zaman bertanya menggesa sebenarnya. Saja beri tekanan kepada Nuqman.
“Betul tu Man. Macam mana? Abah tak tahu nak masuk campur macam mana. Kamu lebih berhak. Tapi ingat walaupun isteri itu hak suami, Nasira ni masih anak papa dan mama mertua kamu.” Gesa Encik Nasir pula.
“Sementara je pa, ma. Sampai masanya Man akan jemput kembali isteri Man.” Setelah menimbang baik buruknya, dengan berat hati Nuqman akhirnya bersetuju.
 Tahu walaupun Nasira masih isterinya tapi mereka perlukan restu daripada keluarga. Walaupun seboleh-bolehnya Nuqman ingin menjawab tidak tapi apakan daya Nuqman tak boleh hendak mementingkan kehendaknya saja. Waktu ini semua hati perlu dia jaga.
Tersenyum simpul semua memandang keberatan Nuqman melepaskan Nasira. Faham benar mereka perasaan kedua-duanya itu. Memandang wajah Nuqman yang sugul. Memandang Nasira yang menunduk kesedihan hampir-hampir menagis itu membuat mereka sedikit geli hati. Amboi dulu waktu di nikahkan wajah ini juga di pamerkan. Sekarang waktu hendak dipisahkan sementara pun wajah yang serupa.
“B… “ Suara Nasira sedikit merengek. Air mata yang ditahannya sudah gugur di pipi. Jelas dimatanya tidak ingin berpisah.
“Sira tak nak balik rumah mama lagi ke? Sira tak nak duduk sekali dengan mama?” Sayu suara Puan Noor sengaja di buat untuk meraih simpati anaknya. Tahu anaknya tak mahu berpisah dengan suami tercinta.
Nasira tak mampu hendak menjawab apa. Sekarang jelas dia tersepit antara ibu dan suami sendiri. Dia tak mahu lukakan hati ibunya tapi dia juga tak ingin berpisah dengan suaminya sendiri. Bagaimana untuk dia lalui hari-harinya apabila tak memandang wajah Nuqman sebagai permula harinya. Bagaimana pula dia hendak menjaga hati ibunya dan kembali mengambil hati ibunya jika permintaan ibunya dia pandang sepi? Sedih sungguh. Tersepit begini.
 p/s Jalan-jalan dalam Dah Jodoh bagi yang sudah lama merindui Dah Jodoh. Dah Jodoh akan diterbitkan untuk bulan September ini iaitu bulan depan dan dengar-dengarnya 15/8/2012, pihak Penerbitan Kaki Novel akan mula mengambil pesanan daripada Kaki Novel. 300 Pembeli pertama akan mendapat tandatangan Iman dan sticker dari Iman. Manakala 100 pelangan pertama dalam 300 itu akan mendapat keychain dari Iman. moga-moga anda semua akan terus menyokong Dah Jodoh.