Wednesday, July 18, 2012

Kita Kahwin 13


“Hai dik, hari ini tak keluar dengan kakak kesayangan adik tu ke?” Fiqril menyindir kala ternampak Qizah turun dari tingkat atas hanya berbaju baby-T dan berseluar track. Selalunya kalau sabtu macam ni ada je aktiviti Qizah dan Suraya. Hari ni macam santai je adiknya tu.
“Tak. Hari ni Kak Sue keluar dating.” Selamba sungguh jawapan daripada Qizah.
Sedangkan dia tak tahu yang telinga mendengar itu hampir-hampir rasa tercabut. Hampir terhempas jatuh Iphone 4S miliknya mendengar jawapan selamba adiknya. Beberapa kali dia ulang ayat yang dipertuturkan oleh adiknya tadi didalam otak. Lama masa untuk dia ambil untuk mencernakan ayat tadi. ‘Suraya Dating.” Akhirnya dia faham. Faham dan menyebabkan hatinya gelisah.
“Dia dating dengan siapa? Angah tak tahupun dia ada pakwe.” Tanpa bersembunyi Fiqril menyatakan ketidaksenangan hatinya.
“Baru je nak dating. Hari ni first date Kak Sue lah. Angah ni kenapa? Tak ada pasallah Kak Sue nak bagitahu angah. Angah siapa dia nak melapor kat Angah. Apalah angah ni.” Qizah sempat mengutuk sambil punggungnya dilabuhkan ke sofa. Tangannya mencapai alat kawalan jauh. Nak tengok siaran apa yang menarik.
“First date? Kenapa adik tak temankan dia. Dah lama dia kenal lelaki tu?” Makin giat pula Fiqril menyiasat.
Detak hatinya rasa tak seirama. Hembusan nafasnya rasa tersekat-sekat dan kasar sekali. Agaknya ada masalah pernafasan dia akibat dek hentaman berita yang dia dengari tadi. Satu yang pasti, dia sesungguhnya langsung tidak suka akan berita yang dia dengari. Langsung dia tak dapat menerima kenyataan kalau benar Suraya membuka hatinya untuk orang lain. Dia tak bersedia berkongsi Suraya dengan sesiapa pun. Berkongsi?
“ Angah ni sibuk betullah. Kak Anis yang kenalkan kat kak Sue. Angah, angah kena ingat yang Kak Sue tu bukannya Qizah. Angah tak boleh nak melayan Kak Sue macam Angah layan Qizah. Jangan nak kongkong dialah.” Terkebil-kebil Fiqril di basuh Qizah.
“Mana ada Angah buat macam tu?” Fiqril mempertahankan dirinya.
“Angah? Kalau adik ni tak tahu angah tu sayang gila kat Tasya. Adik pasti sangka yang angah ni posesif kat Kak Sue sebab ada hati kat Kak Sue. Takkan Angah lupa angah buat Kak Sue nangis tiga minggu lepas.” Tajam sungguh sindiran daripada Qizah buat abangnya itu.
Sindiran yang mengingatkan Fiqril kejadian beberapa minggu lepas. Masa tu dia terlampau marahkan Suraya. Dia marah Suraya hanya mendiamkan diri walaupun secara terang-terangan di serang oleh Intan tanpa sebab. Tanpa sedar dia telah menengking gadis itu dan menghina keperibadian Suraya. Kalau tak disebabkan Qizah masuk kedalam pejabatnya waktu itu dan membawa Suraya keluar, pasti lebih banyak lagi kesalahan yang dia lakukan tanpa sedarnya.
Hairannya sejak petang itu dia merasakan Suraya berubah. Wajah gadis itu langsung tak berperasaan lagi kala memandangnya. Suraya tak sehangat dulu. Gadis itu terlalu dingin tak berperasaan. Kini dia jerit bagaimanapun, Suraya hanya memandangnya kosong. Bila diajak Suraya sudah pandai menggeleng. Lama dia ingin bertanya, apa yang Qizah katakan pada Suraya sehingga gadis itu berubah? Bukan gadis tu sahaja malah adiknya juga nampak sedikit perubahan. Semakin sinis.
“Sebut hal tu, angah nak tanya kat adik. Apa yang terjadi petang tu? Angah perasan lepas petang tu adik dan Aya berubah sangat.” Tumpuan Fiqril sepernuhnya pada Qizah yang sudah malas hendak melayan. Hatinya belum puas selagi dia belum dapat cerita yang sebenarnya daripada Qizah.
“Tak tahu. Angah tanyalah sendiri pada Kak Sue.” Sambil menaikkan kedua-dua bahunya selamba. Sangat menghangatkan hati yang panas.
“ Alang-alang Angah dah siasat adik macam polis ni, Angah tak nak tanya ke siapa lelaki yang date dengan Kak Sue?” Qizah seakan-akan ingin mencabar Fiqril pula dengan bertanya begitu lagi. Tak terkesan agaknya jelingan tajam Fiqril yang membunuh.
“Siapa?” Tanya Fiqril dengan mendatar.
“Syed Sham Ariff Bin Syed Shamil.” Sepotong ayat yang keluar dari mulut Qizah membuatkan tegak Fiqril berdiri.
“Sham?” Sekali lagi bentanya pada kepastian.
“Haah. Abang Sham. Walaupun adik tak suka kat abang Sham tapi adik harap adalah bunga-bunga cinta pada abang Sham dan Kak Sue. Lagipun Abang Sham tu baik apa. Berkerjaya. Mukapun sweet. Cukup serba serbi untuk dijadikan pendamping Kak Sue. Yang penting sama-sama belum berpunya.”  Fiqril menjeling tajam pada Qizah yang nampak selamba bercerita sebelum kakinya membawa dirinya ke tingkat atas.
Fiqril mengakui kata-kata Qizah benar sekali. Berbanding diri, sememangnya Syed Sham temannya itu calon yang sesuai. Dari segi rupa, Syed Sham memang sentiasa menang dengan wajahnya golongan manis di pandang itu. Dari segi keluarga, keluarga lelaki itu memang baik dan sentiasa terbuka menerima siapa saja. Dari segi kerjaya, Syed Sham tak kurang hebatnya. Kalau tidak masakan Syen Sham mampu bersaing dengannya dalam dunia perniagaan. Ahhh.. makin tak keruan memikirkan lelaki yang mendekati Qizah kini.
Namun untuk apa dia memeningkan kepala memikirkan hal yang pastinya sudah terjadi. Yang berlaku sudah tak mampu nak diputarkan lagi. Sekarang paling penting adalah bagaimana hendak mengawal keadaan dan seterusnya mengatasi keadaan yang ini agar kembali seperti biasa.

Suraya tak menyangka wajah yang ada di hadapannya kini. Pucat terus tak berdarah wajahnya. Lalu tangannya didalam genggaman insan disebelahnya di rentap kasar.

p/s Siapa di hadapan Aya? Siapa memegang tangan Aya? Apa akan terjadi?

Tuesday, July 17, 2012

Peraduan Jodoh Atau Cinta

Hari ini giliran JODOH ATAU CINTA dalam peraduan review novel KN. Di harap semua dapat meyertainya di FB KN. untuk maklumat lebih lanjut sila layari http://kakionline.blogspot.com/. Selain daripada hadiah yang di tawarkan. Iman menawarkan Novel Dah Jodoh (dari koleksi iman sendiri tapi kena tunggu septemberlah yer) dan sedikit cenderahati daripada Iman sendiri untuk pemenang terpilih.

Monday, July 16, 2012

DAH JODOH

Alhamdulillah.. Pada sesiapa yang mengikuti enovel Iman Dah Jodoh. Iman ada berita baik buat semua. Dah Jodoh akan di terbitan pada terbitan bulan september ini di bawah Kaki Novel. Terima kasih kerana sudi menyokong enovel ini dan di harap sokorngan akan berterusan pada masa versi cetak.

Dah Jodoh sisi berbeza daripada Jodoh Atau CInta. Iman Harap adalah kemajuan untuk Dah Jodoh berbanding JAC dari segi kualiti karya Iman. Iman amat mengalu-alukan komen daripada pembaca semua. Iman bukan penulis hanya sesorang yang suka berkongsi cerita melalui jarijemari yang Iman kisahkan ada cantara hati iman sendiri.

 Jangan panggil Iman novelis, Iman bukan novelis. Malu Iman apabila sesiapa memanggil iman begitu sedangkan karya Iman tak seberapa. Pada sesiapa yang terjumpa atau mengenali Iman kala Iman dimana-mana, silalah tegur. Jangan tengok2 macam Iman alien, Iman pun naik malu. (pengalaman terbaru).

Penghargaan buat semua yang setia bersama karya-karya Iman. 100 pembeli pertama Dah Jodoh akan mendapat sekecil cerderhati dari Iman (bukan benda mahal hanya personalised item yang Iman berikan tanda menghargai pembaca-pembaca sekalian.)

Terima kasih kerana menyokong karya-karya Iman Nizrina.
Menunduk kepala tanda hormat.
Membuka hati tanda kasih.
Tangan ku hulur tanda sahabat.
Setinggi-tinggi hati mengucapkan terima kasih.


p/s Iman akan postkan Klinik Hati Petang ni. Pen Drive tertinggal di rumah pula tadi.

Friday, July 13, 2012

KiITA KAHWIN 12



BAB 9

            Panjang muncung Suraya setelah balik daripada rehat makan tengah-hari tadi. Mahu tak panjang muncungnya kalau sepanjang sejam waktu makan tengah hari itu bagai rasa duduk diatas bara api. Fiqril tak habis-habis membebel dengannya sejak dari mula perjalanan. Entah apa yang lelaki itu tak puas hati pun Suraya tak tahulah. Yang pastinya bosnya itu sudah tersampuk jin membebel agaknya.
Sudahlah sebelum makan tengah hari tadi dia dah cukup malu dengan rakan-rakan sekerjanya. Mana tidaknya, tengah-tengah dia sibuk berbincang dengan Zarif soal kerja, bosnya boleh selamba menarik dia untuk keluar makan tengah hari. Mahu tebal macam solekan pelakon opera cina wajahnya ketika itu. Malu dengan Zarif. Malu dengan kawan-kawan sekerja lain yang nampak.
Fiqril nampaknya terlalu seronok membuli dia. Terlalu bahagia menindas dia. Sekarang ini pasti nama dia sudah menjadi buah mulut kawan-kawan sekerja. Suraya cukup pasti gosip tentang kejadian tadi sudah tersebar. Silap-silap dia dikatakan terhegeh-hegeh menggoda bos mereka itu. Cuba merampas Fiqril yang rata-rata satu syarikat ini tahu lelaki itu adalah kekasih kepada Tasya.
Fiqril memang hendak memalukan dia agaknya. Tak nipis ke telinga Fiqril mendengar gosip mereka berdua sejak keberlakangan ini? Suraya tahu Fiqril sedia maklum hal itu tapi kenapa masih lagi nak membakar sumbu gosip macam ni? Tapi kalau di fikir-fikir memanglah Fiqril tak kisah. Yang kisahnya hanya Suraya seorang kerana yang menghadap budak-budak opis ni selalu adalah Suraya je. Fiqril tu masuk bilik keluar bilik je. Itu pun hanya berapa kali dalam sehari. Susahnya macam ni. Terus saja Suraya menelengkupkan kepalanya ke meja. Mencari sedikit nafas.

“Hei perempuan.” Ada suara yang membuatkan Suraya mengangkat wajahnya. Wajah tegang Intan terpampar dimatanya.
“Intan. Kenapa ni?” Terkejut sungguh Suraya apabila di tegur Intan dengan sebegitu kasar. Pantas kakinya membawa tubuhnya berdiri.
“Kau jangan pura-pura tak tahu. Eh Sue, kau ni nampak je baikkan tapi sebenarnya kau busuk hati. Kau tak suka tengok aku bahagia dengan Zarif jadi kau sengaja nak goda dia balik pada kau kan. Kau memang tak tahu malulah. Zarif tu dah pernah tinggalkan kau, kau boleh lagi nak terhegeh-hegeh.” Kali ini bukan dengan mulut je. Dengan jari-jari Intan sekali naik ke dahi Suraya menolak-nolak dahi itu.
“Apa ni Intan? Sue langsung tak faham.” Suraya menepis jari Intan yang selamba menolak dahinya. Amboi tak sayang jari ke cik kak.
“Kau jangan pura-puralah Sue. Aku tahu sebabkan kau, Zarif berubah kan? Kau memang nak merampas dia daripadaku sebab kau marah dia tinggalkan kau untuk aku. Kau jangan nak pura-puralah.” Jeritan Intan tersebar luas.
Terasa berinci-inci wajah Suraya dibuatnya. Malunya hanya tuhan yang tahu. Apa yang dituduh oleh Intan itu langsung tidak benar sama sekali. Tak terniat langsung pun dia hendak melakukan pekara sebegitu rupa. Kalau hal Zarif tu, Suraya tak menafikan hatinya sakit kerana Zarif memperlakukannya begitu tapi tak ada maknanya dia nak membalas dendam pada Intan. Suraya masih rasional lagi, dia tak perlukan orang yang tidak hormatkan dia sebagai nakhoda hidupnya.
“Jangan nak menuduh Intan. Tak ada maknanya Sue nak buat macam tu. Apa yang Intan nak lagi? Kan Intan dah bahagia dengan Zarif. Sue tak terniatlah nak jadi perampas hak orang.” Lembut Suraya menuturkannya menidakkan segala tuduhan Intan terhadap dirinya.
“Jadi kau nak tuduh aku rampas Zarif dari kaulah? Tak guna punya perempuan.” Mungkin kerana langsung tak dapat menahan rasa marahnya lagi, kali ini tangan Intan naik ke wajah Suraya.
“Hei Intan, kau jangan nak melampau.” Terdengar suara Kak Jie menjerit dari mejanya. Kak Jie yang dari tadinya hanya senyap kerana tak mahu masuk campur hal orang kini tak mampu membiarkan lagi apabila Intan dikasari. Kesian melihat mata itu mula berair kerana ditampar.
“Akak jangan nak masuk campurlah. Ini hal saya dengan perempuan ni. Tak nak merampas hak orang konon tapi dia dok menyendeng kat bos tu bukan merampas namanya. Sekarang Zarif pun dia nak juga.” Ujar Intan sinis. Wajahnya nampak gembira melihat Suraya  menangis.
“Saya tak hadaplah kat Zarif awak tu. Tak ada masanya saya nak jilat balik ludah saya.” Balas Suraya dengan tangannya sebelah sudah melekap dipipi yang terasa pijar. Pertama kali mulutnya berbuka untuk berkasar dengan orang.
“Kau...” Sekali lagi Intan mengangkat tangan ingin menambahkan lagi kemerahan diwajah Suraya. Namun belum sempat tangannya melayang namanya di seru.
“Intan....” Jeritan yang kedengaran dari pintu bilik Fiqril itu membuatkan tangan Intan terpaku diudara.
“Don’t you dare touch her.” Amaran daripada Fiqril itu membuatkan tangan Intan terus jatuh. Kak Jie sudah tersenyum sinis.
“Kenapa ni?” Fiqril sudah bergerak menghampiri Suraya. Dari gaya kaki seluarnya yang dilipat naik dan memakai selipar saja itu, pasti lelaki itu baru usai solat Zohor.
“Aya kenapa?” Suara Fiqril yang tegas itu membuatkan Suraya menunduk. Tapi bila Fiqril menarik dirinya berhadapan dengan lelaki itu dan mengangkat wajahnya, Suraya hanya membiarkan.
“Apa hal ni?” Keras suara Fiqril yang pastinya bertanya tentang bekas merah di pipi kiri Suraya itu.
“Siapa yang cederakan you ni?” Tanya Fiqril lagi apabila tak siapapun menjawabnya.
“Intan.” Akhirnya suara Kak Jie menjawab daripada belakang.
Mendengar jawapan itu mata Fiqril mencerlung memandang wajah Intan. Apabila Fiqril sepertinya ingin merapati gadis itu, Suraya cepat-cepat menarik Fiqril. Dia tak tau kenapa dia ingin menarik Fiqril sedangkan dia tak pasti apa yang Fiqril akan lakukan. Yang pasti dia tak mahu pekara ini semakin kecoh.
“ I akan deal dengan you nanti. Aya jom.” Kedengaran suara Fiqril berkata-kata sebelum dia menarik Suraya masuk ke bilik pejabatnya meninggalkan mereka yang ada di situ mula menyebarkan cerita dalam versi mereka sendiri.

Tuesday, July 10, 2012

KLINIK HATI (PROLOG)


PROLOG


            AFIA ADELIA memandang sepi keputusan pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia keliru sekelirunya. Apa terjadi sebenarnya? Kenapa dia tak sedar apa yang terjadi pada dirinya sendiri sekarang ini. Ya Allah dugaan apakah yang menimpanya kali ini. Apa yang berlaku sebenarnya?
            MENGANDUNG. Satu patah perkataan yang telah mengacau bilaukan mindanya sekarang. Afia yakin yang dia masih anak dara yang terjaga kesuciannya. Sesungguhnya dia memang sangat menjaga kesucian dirinya tapi kenapa dia boleh mengandung sekarang? Sedangkan dirinya ini masih sunti masih lagi. 
            Temenung jauh Afia dibuatnya. Dia bukan Siti Mariam yang dimuliakan oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa. Dia gadis biasa yang masih memegang gelaran anak dara bukan yang sudah mempunyai status isteri orang. Dia sangat menjaga dirinya. Mungkin dia bukan muslimah sejati tapi untuk melakukan dosa sebesar dosa zina tiada dalam keinginannya. Lalu bagaimana boleh terjadinya janin ini?
            Lama Afia merenung hingga hendak sinar matanya tembusi setiap objek dihadapannya. Sebelah telapak tangannya hinggap pada perut yang masih belum menampakan perubahan. Ingatkan sehari dua ini kesihatannya terganggu kerana perubahan cuaca yang tak menentu rupanya ada hal yang lebih besar telah terjadi. Perkara yang akan mengubah seratus peratus kehidupannya. Itu yang pasti.
Akhirnya dia teringatkan sesuatu. Satu kejadian yang masanya sesuai benar dengan usia kandungannya yang mencecah tiga minggu ini. Sebulan lepas ketika dia menemani adik tirinya ke Singapura, dia ada membuat ujian kesuburan seperti yang diminta oleh adik tirinya. Afia ingat lagi bertapa adik tirinya itu bersungguh-sungguh meminta dia melakukan ujian kesuburan itu.
Bersungguh adik tirinya meminta dia melakukan ujian kesuburan itu. Konon-kononnya rugi kalau dia tidak melakukan ujian tersebut sementelah adik tirinya tidak dapat melakukan ujian itu kerana datang haid. Kata Khyla adik tirinya itu, ujian itu dah di bayar harganya dan bukan murah harga satu rawatan di hospital terbaik Singapura itu. Beribu harganya. Oleh kerana Khyla telah membayar dan masa temu janji tidak boleh diubah, Afia sanggup melakukan ujian tersebut walau kenyataannya dia tak memerlukan ujian tersebut pun buat masa sekarang. Untuk apa dia melakukan ujian sebegitu sedangka dia langsung tak ada rancangan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.
Itu kisah sebulan lalu. Tapi sekarang kenapa ini keputusannya? Benarkah dia dah melakukan ujian kesuburan. Persoalannya benarkah ujian kesuburan yang dia lakukan bukan ujian lain? Atau rawatan lain yang membawa kepada kehamilannya ini? Ya Allah apa sebenarnya dah berlaku ini? Terlalu banyak persoalan didalam kepala Afia sekarang ini. Hanya satu tempat dia bisa mendapatkan jawapannya iaitu dimana tempatnya dia membuat ujian ‘kesuburan’ itu. Biarpun dia terpaksa ke Singapura asalkan dia dapat jawapannya.


EMIR ZAFIR merenung seketika lagi sekeping surat daripada K.M SENG’S OG Practice yang sebuah pusat kesihatan yang beroperasi di Singapura itu. Surat yang berlogo warna merah itu telah menyampai berita besar didalam hidupnya. Berita yang memaklumkan padanya lebih kurang lapan bulan lagi dia akan bergelar seorang ayah atau papa atau abi. Mana-mana gelaran pun sama yang penting maksudnya sama yang dia akan menjadi seorang bapa kepada sebuah nyawa yang kini hadir didalam rahim seorang wanita yang terlalu sedikit dia kenali. Yang hanya dia kenali namanya di dada surat yang baru dia baca itu.
Emir menarik nafas panjang sebelum melangkah ke dinding kaca biliknya yang menunjukkan panorama kesibukan kota. Seketika dia bertafakur sebentar. Memikirkan betulkah apa yang dia lakukan sekarang ini? Inikah jawapan kepada kesepiannya? Walaupun sudah terlalu lambat untuk dia menoleh kembali, Emir tak mampu menahan diri mempersoalkan kebijaksanaan keputusan yang dia ambil setengah tahun lalu.
Setengah tahun lalu pada usianya yang mencecah tiga puluh tiga tahun, dia mula merasakan kesepian hidup didalam segala kemewahan. Dia di puncak kerjayaannya. Firma seni bina nya di garisan kegemilangan. Bertahun dia berusaha meletak firmanya ini setaraf dengan firma-firma lain. Dia bukan anak orang berada yang mempunyai sokongan yang kuat. Setiap kejayaannya adalah hitunga setiap titis peluh dan airmatanya sendiri.
Dia hanya anak sepasang kerani biasa. Namun nasibnya dibela oleh kedua-dua ibubapanya. Hidup mereka dalam kesusahan tapi dia tidak pernah susah dalam pelajaran. Dia dan adik perempuannya sentiasa diutamakan kalau dalam soal pelajaran. Biarpun dia sendiri melihat bertapa susahnya arwah ibu-bapanya menyekolahkan dia dua adik beradik tapi ibubapa mereka tak pernah berkira kalau itu soal perlajaran. Akhirnya kerana pengorbanan arwah ibu dan bapanya lah dia berjaya sekarang ini. Cuma sayangnya dia tak sempat membalas pengorbanan mereka setelah pemergian kedua-duanya dalam sebuah kemalangan motorsikal sepuluh tahun yang lalu.
Kini sepuluh tahun berlalu, usianya menginjak ke angka 33 manakala adiknya sudahpun berusia 24 tahun.  Dalam tempoh masa sepuluh tahun ini dia ada tanggungjawab yang besar terhadap adiknya. Dia menjadi orang tua kepada satu-satunya adik perempuannya itu tapi sejak adiknya sudah dewasa dan mengambil keputusan untuk hidup berasingan daripadanya dia merasakan kesepian sangat. Untuk menahan atau melarang keputusan adik prempuannya itu, Emir merasakan haknya sebagai abang itu terbatas. Jadi apa saja pilihan yang dia ada selain membiarkan keputusan adiknya walaupun kerana itu dia merasakan sepi di rumah besarnya.
Sepi yang membawa dia membuat keputusan untuk berkeluarga. Namun dia tak mahu hidup dalam genggaman wanita, yang dia inginkan hanya anak. Dia boleh saja mencari anak angkat tapi dengan statusnya lelaki bujang bukan mudah untuk dia mendapatkan hak itu. Namun kemahuannya untuk merasa hidup berkeluarga bagaikan tak dapat ditahan setelah melihat kebahagiaan seorang demi seorang temannya. Membaca sebuah cerita tentang bapa tunggal yang membayar seorang wanita khas untuk mengandung anaknya memberi ilham pada Emir. Kerana aspirasi itu dia membuat keputusan membayar seorang gadis untuk menjadi ibu pada anaknya.
Keputusan yang disertai dengan perjanjian yang juga dipersetujui bersama. Perjanjian dimana dia akan mengahwini gadis itu setelah gadis itu mengandung dan dia akan ceraikan gadis itu setelah kelahiran anaknya nanti. Sukar dia mencari seorang gadis yang menginginkan perkara yang serupa dengannya sehingga seorang temannya memperkenalkan seorang gadis yang bernama Khyla kepadanya. Masalahnya sekarang yang bersetuju dengannya adalah Khyla sedangkan nama yang tertera diatas surat yang baru diterimanya adalah Afia. Siapa Afia ini? Bagaimana Khyla boleh menukar namanya menjadi Afia?
Walaupun siapa pun gadis itu, dia perlu jejaki juga gadis itu kerana didalam rahim gadis itu adalah benihnya. Benih daripada darah dagingnya. Sesuatu yang menjadi haknya dan akan menjadi kebanggaanya satu hari nanti. Lagipun bukannya susah untuk dia jejaki gadis itu. Semua maklumat asas gadis itu ada padanya. Dia pasti dia hanya perlukan beberapa jam saja sebelum gadis itu berada dihadapannya. Itulah kuasa duit di zaman sekarang.

p/s Alhamdulillah ilham kembali dalam bentuk berbeza. Semua tahu Iman stuck untuk meneruskan mana-mana manuskrip. Lalu hari ini Iman ambil keputusan menarik nafas baru yang itu membawa kepada klinik hati. Manuskrip sebelumnya akan Iman hentikan sehingga Klinik Hati selesai. Doakan Iman tak stuck lagi. Terima kasih yang membaca dan melayan ke'gila'an Iman dua post yang lepas. Biasalah otak tengah stress...  Jodoh, Pertemuan, rezeki dan ajal itu di telapak Janji Allah. Ingatan pada diri sendiri. 

Monday, July 9, 2012

Qasya


Kak, tolong ambik Qasya kat nusery. Tengah busy ni, tak sempat.

        Aku mengeluh membaca pesanan ringkas yang aku terima dari adik aku ni. Ya Allah kau sabarkanlah hati aku. Dia tahu dia je busy. Habis aku ni tak sibuk ke? Inilah, nak sangat kahwin awal. Habis belajar gatal nak kahwin tak nak bina kerjaya dulu lepas tu beranak. Dah ada anak orang lain yang sibuk macam kita ni pula yang kahwin. Mahu tak mahu aku juga mengalah. Tak kan nak biarkan Qasya kat nursery tu sampai petang karang. Kesian pula. Agaknya dua bulan ibu tak ada ni aku juga yang menjadi pengganti ibu menjaga Qasya kot.
       "Sorry guys. I kena keluar kejap. You all teruskan okay." Aku meminta diri dari perbincangan tentang projek terbaru kami. Apabila wajah Zafrul menyapa hairan memandangku. Aku tahu ketua aku sedang pelik dengan gelagatku yang tiba-tiba angkat kaki daripada perbincangan ini.
        "Qasya." Hanya itu perlu aku katakan, Zafrul sudah faham kerana kami berkongsi anak buah yang sama. Adikku berkahwin dengan adiknya dan malangnya kami kedua-dua adik kami itu terlalu 'berguna' hingga senang menyusahkan hari-hari indah kami yang single ini.
        "Lagi?" Ujarnya padaku. Aku tahu dia sedikit menyampah daripada suaranya.
         "Hmmm... I nak cepat ni. Kesian Qasya." Pohonku daripadanya.  
        "I ikut you." Zafrul bangkit dan menuju ke arahku. Aku rasa budak-budak perjabat pun dah cukup faham sangat keadaan kami berdua ni. Nasiblah Zafrul ni pengurus besar jadi tak ada siapa berani nak buka mulut. Mungkin ada di belakang kami asalkan tidak di hadapanlah kan.

Sebaik Qasya memandangku di hadapan pintu nusery nya, si comel berumur dua tahun itu sudah menghulur tangan minta di ambil. Alahai comelnya sayang aku ni. Aku terus menggapai tubuh montelnya ke dalam pelukkanku. Pipinya ku kucup berkali-kali hingga dia menjerit kegelian. Kesayangan aku ni memang comel betul orangnya. Kan best kalau betul Qasya ni anak aku. Terasa macam nak ada anak sendiri pula.
Aku membawa Qasya ke kereta Zafrul. Barang-barang Qasya biar Zafrul yang bawa. Disebabkan Qasya tiba-tiba tak nak duduk didalam kerusi baby dia kat berlakang, terpaksa juga aku pangku dia. Nak bermanjalah tu. Kami menunggu Zafrul yang sibuk menyimpan barang didalam bonet kereta. Rasa happy familylah pulak. Oppssiii... 
'Kyra ko jangan nak berangan. Bukan ko tak tahu kisah mamat seorang ni? Kau nak jadi pembunuh hati sendiri ke?’ Aku mengingatkan diriku sendiri. Yelah bukan aku tak tahu kisah cinta Zafrul. Kami ni terlalu lama kenal hingga aku tahu setiap inci ceritanya.
Zafrul yang ketika ada denganku kini nampak sangat gentleman. Nampak lembut dan cukup sifat sebagai seorang lelaki idaman melaya. Tapi semua tak kenal Zafrul yang panas baran, yang pemaksa orangnya dan diktator. Aku sudah nampak semuanya itu dan Aku cukup tahu dia tak mahu mengalah melepaskan cinta lamanya. Malah mulut ini yang penat membebel meminta dia membuka mata memandang dunia dari cermin kanta pembesar. Aku sampai pernah kena tengking dengan mamat ni dulu. Aku tahu Zafrul masih belum melepaskan kisah lampaunya. Aku pasti dia masih menanti dan mengganggu dia yang dulunya pernah menjadi kekasih hatinya.
Sungguh aku tak faham apa keinginan lelaki ini. Untuk faham apa maksudnya cinta yang sering dia gembar gemburkan itu lagilah aku tak fahami. Aku dah lama lupa apa perasaannya cinta itu. Apalah manisnya merindu itu. Apalah indahnya cemburu dan dicemburui. Sungguh aku dah tak faham dan tak ingat perasaan tu. Pernah merasanya itu pernah tapi dah terlalu lama untuk di ingati. Untuk di kenang jauh lagi.
“Kenapa?” Apabila Zafrul bertanya padaku bergitu... barulah aku sedar aku dah terlalu lama merenung wajahnya. Aku gelengkan kepala sambil tersenyum nipis.
Agaknya benar cinta itu menyakitkan. Kalau tak membuatkan orang angau macam Zafrul. Cinta membuatkan orang tinggal tak berperasaan seperti aku. Mungkin benar aku perlu nafas baru dalam hidupku. membuatkan hatiku hidup semula.


p/s Serius Iman buntu menyambung mana-mana manuskrip Iman. Entah kenapa hati ini macam mati dari segala perasaan. Iman tahu kisah ini tergantung tapi Iman tak ada idea bagaimana hendak membuatkan sang hero dan heroin bercinta. Iman tak ada idea. Iman dah lupa perasaan tu macam mana. Iman dalam zon bahaya ni..
 Macam kata kawan Iman ' Ko perlu pakwelah Haz.'. Masalahnya macam mana nak cari pakwe? Kalau macam beli ikan kat kedai bolehlah. Ikan pun kalau nah beli kita kena pilih-pilih lagi. Bukan main rembat je. Masalah2

 Boleh tak Iman iklankan :
Teman Lelaki Kontrak.
Kelayakan : Lelaki yang baik, sabar, Tak ada Komitment dan Single
Tempoh Kontrak : 3 Bulan
Tugas-Tugas : Menjadi TTM (Teman tapi Mesra) Dan Bahan Uji secara sukarela.
                      Sanggup Melayan kerenah tak serupa manusia Iman.
Pemohonan bolehlah di buat di email Iman : imanhazana@gmail.com

Kalau sesenang macam tu kan best. Iman tak nak mengeluh mungkin belum ada rezeki dari Allah nak beri Iman ilham. Tapi kalau iklan tu satu usaha dalam berdoa. aminn kan jelah... So pembaca sila lawan kerenah Iman yang mengarut ni....

Friday, July 6, 2012

Kita Kahwin 11


BAB 8

“Aya, fail Mega Holding dah siap?” Suara Fiqril yang melantun dari hadapan pintu pejabatnya membuatkan Suraya mengangkat wajah. Pucat sedikit wajahnya yang terkejut dengan suara yang tinggi itu.
“Dah siap belum?” Sekali lagi pertanyaan keras itu membuatkan wajah Suraya membahang malu. Malu di tanya keras sebegitu di hadapan teman-teman pejabat yang lain. Alah Suraya macamlah tak biasa kena bambu dengan komando pencen ni.
“Dah bos.” Balas Suraya lembut. Kenapalah bila dengan Fiqril ni Suraya langsung tak boleh nak melawan. Herdik macam mana pun, jawapannya tetap lembut walau hati dah menyumpah sepuluh kali.
“Bawa masuk.” Arah Fiqril lagi.
Makin tegas je lagaknya. Bukankah ada interkom, kenapa masih nak jadi orang luar tamadun menjerit terlolong macam tu? Memang buta teknologi sungguh bos Suraya ni. Sempat je mengutuk bos sendiri.

“Ini dia bos.” Dengan lemah Suraya menyerahkan dokumen tersebut pada Fiqril. Aduh malas sungguhlah Suraya nak menghadap muka tegang bosnya itu. Apa lagilah yang tak kena.
“Duduk.” Arah Fiqril padanya yang membuatkan Suraya pantas melabuhkan punggung. Tak mahu menaikkan lagi suhu panas Fiqril.
Apabila melihat Fiqril meletakkan fail yang dia berikan tadi ke tepi, dahi Suraya berkerut sendiri. Tadi beria-ia bosnya tu meminta. Sekarang letak ke tepi pula.Serta merta Suraya menundukkan wajah. Tahu ada ‘habuan’ lain untuk nya selepas ini. Apa pula lah salahnya kali ini.
“Kenapa Zarif tu dok tersadai kat meja you? I nampak bukan main rajin lagi dia melawat you kat sini keberlakangan ni.” Tak terangkat wajah Suraya apabila Fiqril mengungkit kata-kata itu.
“I tak suka Aya. I tak suka dia dekat dengan you macam tu. I bayar gaji dia untuk berkerja bukan untuk melepak dengan you tengok you buat kerja.” Suraya mendengar saja bebelan Fiqril. Kalau tak dek kerana ayat terakhir Fiqril itu sudah pasti Suraya fikir Fiqril cemburu. Bunyi nya pun dah dekat-dekat macam cemburu je tu.
“Dia datang nak tanya pasal plan pemasaran hari tu. Itu je.” Rendah nada suara Suraya membalas. Memberitahu sebenarnya.
“Alasan. Aya, you sedar atau you pura-pura buat tak tahu yang dia tu ada agenda tersendiri nak dekat dengan you. Bukan dia je tapi ramai lagi. Tak kan you tak perasan kenapa dua tiga minggu ni ramai sangat yang datang berurusan dengan you. Tiba-tiba je nak ni nak itu. Dulu tak ada pula I nampak budak-budak lelaki tu semua tersadai kat meja you. I tak suka Aya. I tak nak dia orang rapat dengan you. Jauhkan diri you dari mereka.” Arahan yang serupa macam amaran je tu daripada Fiqril.
“Tapi….” Belum sempat lagi Suraya hendak membantah, Fiqril dulu yang menyampuk.
“Tak ada tapi-tapi Aya. Jangan sampai I terpaksa angkat kerusi meja you ke dalam bilik I. You tentu tak nak kan.” Amboi sesuka hati je Fiqril nak mengugut segala macam tu.
“Saya tak layan pun diaorang. Saya pula yang kena.” Rungut Suraya perlahan. Namun masih terbias suaranya di telinga Fiqril.
“Layan atau tak bukan masalahnya. Kalau I kata I tak suka, maksudnya I tak suka juga. You pun satu, you ingat pejabat ni fesyen show ke? Hari-hari nak bergaya macam model.” Sindiran pula yang Fiqril berikan.
Apa yang Fiqril tak puas hati sangat sebenarnya ni? Sekarang sampai ke baju Suraya pun jadi isu. Rasanya tak ada pula dia datang dengan pakaian ala-ala model catwalk yang di dakwa oleh Fiqril. Hari ini dia hanya mengenakan sut perjabat yang potongan ala-ala baju Punjabi berwarna coklat dan berselendang coklat. Wajahnya pun hanya di berlapis dengan selapis bedak saja dan secalit lip bum. Tak terasa overfashion pula. Apa yang bos nya tak puas hati sebenarnya.
“Mana ada saya bergaya.” Perlahan Suraya membantah. Tak puas hati sangat. Kalau ikutkan suara dia nak je naik seharakat dua tapi dia takut. Ini pun berani-berani ayam je.
“What??” Apabila suara Fiqril sudah naik sebegitu tinggi, Suraya hanya menggeleng saja. Tak jadi terus membantah.
“Dah. You boleh keluar. Ingat jauhkan diri you dari mereka.” Itulah yang din anti-nantikan oleh Suraya. Sebaik arahan itu diberikan, tak menunggu seminit gadis itu cepat bangkit dan menghilangkan diri di balik pintu.

Fiqril memandang bayangan itu berlalu. Mengeluh perlahan. Tali lehennya dilongggarkan terasa terlampau serabut dan panas pula. Dia tahu dia tak sepatutnya meletak bebanan kesalahan itu di bahu Suraya. Bukan salah Suraya kalau anak teruna di dalam syarikatnya itu leka menyendeng di meja Suraya dan bukan juga silap Suraya kalau ada yang cuba mengintai waktu bersama gadis itu. Bukannya Suraya menggoda kumbang di dalam syarikatnya tapi kumbang itu semua yang cuba hinggap di kelopak hati Suraya.
Fiqril tahu dan pasti yang Suraya tak melayan segala godaan itu. Paling-paling gadis itu hanya tahu mengangguk dan menggeleng. Itu Suraya dia kenali. Suraya yang tak pernah berubah walaupun penampilannya kini mekar dengan kecantikkan tersendiri. Namun hatinya tetap tak bisa menerima kalau ada yang cuba mengintai dan cuba memiliki sekeping hati milik gadis itu.
Kalau ditanya kenapa dia berperasaan begitu? Dia sendiri tak pasti. Yang dia tahu dan dia rasai adlah hatinya sakit setiap kali memandang mata-mata liar yang merenung ke arah gadis itu. Untuk menyatakan jangan kepada sang pengintai, dia tiada kelayakan itu lalu hanya pada Suraya dia berikan tekanan agar jauhkan diri. Kerana dia yakin Suraya akan mengikut saja kata-katanya.
Walaupun masih belum ada alasan yang kukuh di hati Fiqril kenapa dia berperasaan yang begitu? Buat seketika waktu yang dia perlukan untuk mencari alasan itu, Suraya harus dijauhi daripada mana-mana lelaki sekalipun. Rasa hatinya perlu dia turuti. Perlu dia jagai. Walaupun itu bermaksud untuk mengongkong Suraya. Walaupun itu bermakna memaksa Suraya sebilik kerja dengannya. Dia akan lakukan jika itu jalan terakhir untuk menjaga hatinya dari terus sakit.
Deringan telefon bimbitnya mematikan angannya dan menoktahkan kerisauannya seketika. Melihat skrin lebar itu, nama Tasya tersenarai. Bibirnya tersenyum sambil tangannya ligat menyambung talian dari buah hati yang jauh di Singapura.

Thursday, July 5, 2012

SEKALI SEKALA SAYANG 5



BAB 5
Najmi pantas melonggarkan tali lehernya. Telefon ditangan di tekan beberapa kali dengan setiap nafasnya mengumpul dosa kering kerana menyumpah apabila talian tak bersambung. Di hatinya mengutuk diri sendiri kerana tidak membawa telefon bimbit ke bilik mesyuarat tadi. Kesal pada diri kerana tidak sengaja mengabaikan sesuatu yang berharga didalam hidupnya.
Usai habis mesyuarat yang diadakan, Najmi baru tersedar yang telefon bimbitnya tersadai diatas meja. Menyemak jika ada sebarang panggilan atau pesanan ringkas yang masuk, membuatkan Najmi tersedar sepanjang mesyuarat panjangnya tadi sudah 15 panggilan tak berjawab dan satu pesanan ringkas daripada pengawal peribadi yang dia upah untuk memantau Adillia daripada jauh. Hampir luruh jantung Najmi membaca pesanan yang di tinggalkan. Isi kandungannya mudah saja di fahami, iaitu Adillia di serang dan menerima rawatan di klinik.
Tapi itu keadaannya dua jam lalu. Sekarang apa pula  keadaannya. Seteruk mana keadaan Adillia. Kerisauan itu membuatkan Najmi ingin menyumpah diri sendiri. Sekarang dia rasakan saluran penafasannya mula tersumbat. Panas terhimpun membakar segala nadi-nadi ketenangan di dalam dirinya. Rasa hendak di amuk saja satu dunia ini agar mereka tahu bertapa sakitnya hati dia kerana tidak dapat menghubungi sesiapa demi mengetahui keadaan Adillia.
Tak mampu menunggu lagi, Najmi mengambil kunci kereta dan dompet di atas meja sebelum menuju ke arah pintu. Dia ingin menjejaki Adillia. Ingin memastikan gadis itu selamat. Dah tak kisah apa reaksi Adillia. Dah tak peduli kalau Adillia tahu yang selama ini dia menghantar orang untuk menjaga gadis itu. Dah bersedia atau tidak menghadapi kemarahan Adillia bukan lagi satu tanda soal yang besar dalam dirinya.
‘TAPPP...’ Pintu pejabatnya yang di buka kasar menghentikan langkah Najmi. Terkejut adalah reaksi paling kecil untuk menggambarkan keadaannya saat ini. Dalam erti kata lain, Najmi saat ini terkedu dan terpacak memandang figura di hadapan pintu pejabatnya.
Sesaat... Dua saat... hanya itu teloransi masa yang Najmi perlukan mengikut kata hatinya. Belum sempat otaknya mencerna apa terjadi dan apa yang membawa figura itu ke pejabatnya, Najmi sudah melangkah ke tubuh itu. Dahi yang bertampal dan siku yang berbalut itu di usap perlahan sebelum tubuh itu diperluk dengan satu nafas lega di lepaskan. Lega seleganya, gadis yang di cari selamat di dalam perlukkannya kini.

Rya terkejut. Terlalu terkejut hingga terkedu Rya dibuatnya. Hingga dia hanya membiarkan saja segala perlakuan Najmi. Ada sesuatu pada pandangan mata Najmi saat dia bertentangan dengan lelaki itu tadi. Sebaik melihat apa yang terbias di anak mata hitam milik Najmi saat dia membuka pintu tadi, hatinya bagai gurun sahara yang dilanda ribut salji. Kepanasan itu hilang. Hangatnya kebencian itu menjadi dingin. Wajah yang nampak tulus kerisauan saat membelai setiap lukanya membuatkan hatinya dilanda musim luruh yang tiada penghujungnya. Damai. Lalu di dalam eratnya dakapan itu, rasa selamat itu muncul dengan sendirinya. Membuatkan dia didalam dunianya sendiri.
Namun kala pintu kenangan lampau terselak. Kesedaran itu mula menjadi milik Rya kembali. Pantas tangannya menolak tubuh Najmi. Dakapan itu terlerai. Lalu ringan saja tangannya melayang diwajah kacak itu. Kuat hingga meninggalkan bekas yang pastinya menyakitkan. Seketika longlainya tangan Rya kembali ke sisi setelah meninggalkan bekas di pipi Najmi, terlihat dari mata kasar bagaimana tingginya dada gadis itu naik menandakan Rya menarik nafas dalam. Wajah yang tadi nampak mulus kini menjadi keras dan tegas. Dinding kedinginan dan ketegasan mula mencongak langit. Menunjukkan kebenaran yang dia tidak datang untuk di belai namun ada perkara lain yang lebih mustahak membuat dia mencemar duli ke pejabat Najmi.
“I nak ingatkan you sekali lagi. Antara you dengan I adalah dua orang yang saling tak mengenali yang bertembung dalam jalan hidup buat sesaat je. I tak perlukan sesiapa untuk jaga diri I. I boleh jaga diri I sendiri. I nak hidup ke. Nak mati ke tak ada kena mengena dengan urusan you. Jadi you tak perlu nak masuk campur kehidupan I. I tak perlukan simpati daripada sesiapa. I tak perlukan pertolongan dari sesiapa terutama you. Bodyguard you tu semua boleh campak je ke laut. Sekali lagi I nampak orang-orang you, I akan ambil tindakan undang-undang.
I tak harap you faham. I tahu orang macam you tak akan faham privasi orang lain. Tapi I nak you tahu dan you ingat antara you dan I dah tak ada apa-apa hutang lagi. Kita hanya dua orang yang saling tak pernah kenal. Even nama you pun I haramkan otak I ini untuk ingati. Hutang kita dah lama selesai. Lebih baik kita jadi dua orang yang saling tak mengenali. Jadi jangan nak tukar status you sebagai orang yang I tak pernah kenali menjadi musuh I pula. Hmm... atau betul you nak upgrade kan diri you menjadi musuh I? Kalau betul you nak jadi musuh I. Silakan.”  Tegas, pedas dan sinis saja kata-kata yang Rya lemparkan pada Najmi. Satu senyuman penuh kesinisan dan kepuasan terlebar dibibirnya sebelum dia berpaling untuk berlalu.
Berpaling membuatkan Rya sedar bukan hanya sepasang dua mata yang memandang ke arah dia saat ini. Rupanya tanpa sedar dia telah membuat persembahan untuk staf-staf Najmi. Tapi dia tak kisah semua itu. Yang penting urusannya di sini sudah selesai. Wajahnya tetap batu untuk dia melangkah seperti tiada apa yang terjadi. Seolah-oleh persembahan yang baru saja berakhir itu langsung tak pernah berlaku.
“Adill.” Entah kenapa setiap kali mendengar suara itu memanggil namanya dengan gelaran itu, Rya sudah tidak mampu melangkah. Terhenti dia hanya selepas beberapa langkah. Namun untuk berpaling dia tak ingin.
“You masih berhutang dengan I Adill. Sejak daripada you tinggalkan I pagi tu dan terus hilang. Adill...” Saat ayat itu pula menjengah telinganya. Rya menarik nafas perlahan.
“I Rya bukan Adill. Adill dah lama mati sejak you bunuh dia malam tu. I Rya Adillia, yang you sendiri cipta saat you bunuh Adill. You sendiri bunuh Adill malam tu jadi jangan harapkan Adill lagi. Dia tak akan pernah muncul.” Tegas Rya sambil memotong kata-kata Najmi. Tak rela Najmi memanggilnya dengan gelaran manjanya dulu.
“You tipu. Rya Adillia ataupun Adill. You tetap orang yang sama. You tak akan mampu menafikan Adill masih hidup dalam diri Rya Adillia sebab baru tadi I nampak Adill I dalam diri Rya yang you ciptakan. Pada I you tetap Adill I sejak dulu lagi. Dan kenyataan itu tak akan pernah berubah Adill. I akan tunggu Adill muncul dari setiap sisi topeng Rya yang you pakai.” Kata Najmi membuatkan Rya tersentak dengan serang panik.
Dalam tak sedar Rya tahu apa yang Najmi maksudkan. Najmi maksudkan ialah saat dia terleka dalam dunianya sendiri tadi. Tak mahu keretakan pada wajahnya di sedari sesiapa, Rya melangkah laju dan penuh yakin. Meninggalkan Najmi tanpa sebarang keputusan atau perdebatan. Dia tak mahu semakin dia di situ semakin dia rapuh untuk menegakkan Rya nya. Kerana dia sendiri sedar apa yang Najmi katakan tadi ada benarnya, tanpa dia sendiri sedar Adill muncul di sebalik Rya.