Wednesday, May 9, 2012

Kita Kahwin 9



Fiqril memandu tanpa arah. Dia mencari kelibat Suraya kalau ada dimana-mana. Hatinya bimbang. Jiwanya gelisah. Otaknya kacau. Rasanya risaukan Suraya yang entah dimana. Tadi di pejabat setelah dia mendengar Suraya menangis daripada adiknya Qizah, dirinya menjadi tak tentu arah. Bila dia mencari Suraya di pejabat, Suraya sudah pun keluar. Menurut Kak Jie, gadis itu juga sedang menangis.
Puas Fiqril mencari di pinggir bangunan dan di perhentian bas tapi bayangan gadis itupun tak nampak lagi. Lalu Fiqril mengambil keputusan untuk mencuba nasib memandu tanpa arah kalau-kalau dia berjumpa dengan Suraya dimana-mana. Buat pertama kali dia terasa risau. Terlalu risaukan seseorang. Lebih daripada di risaukan sesiapa di dalam hidupnya. Tapi kenapa?
Sepatutnya Fiqril cukup sedar yang Suraya sudah cukup dewasa untuk menjaga dirinya sendiri. Sememangkan gadis itu tidak bisa melawan ataupun sebenarnya tidak berani melawan tapi Fiqril cukup tahu yang gadis itu selama ini memang cukup tabah dan berdikari. Jadi perlu apa dia risaukan Suraya?
Tersedar dari keresahannya, Fiqril memandu ke Putrajaya. Dia belum lagi menunaikan solat zuhur. Tuntutan yang satu itu perlu dia selesaikan agar dia boleh berfikir dalam hati yang tenang. Tambahan hatinya kian berbelah bagi apabila otaknya bertanya untuk apa dia bimbangkan Suraya? Kenapa dia perlu bimbangkan Suraya? Dia dan Suraya hanya majikan dan pekerja. Batas mereka terhad di situ.

Keluar daripada masjid Putrajaya, Fiqril seperti kenal kelibat gadis yang melintasinya. Suraya? Penat dia ke hulu ke hilir mencari gadis itu, saat dia sudah menerima hakikat dia tidak perlu risauka Suraya, selamba gadis itu melintasinya dengan wajah muram. Mengusik kembali perasaannya yang tenang tadi. Amboi memanglah membuatkan hatinya kembali huru hara. Huhhh...
“Aya.” Mahu tidak mahu bibir Fiqril memanggil gadis itu.
Apabila Suraya menoleh ke arahnya. Seketika pandangan mereka bertentangan. Wajah selepas menangis itu menghentikan nafasnya. Seketika dia merasakan dirinya sudah tidak mampu bernafas. Besar benar kesan yang gadis ini bawa dalam dirinya. Dalam hidupnya. Dalam siapa dia.
Ya Allah, kenapa sebegini besar impak gadis ini pada dirinya? Kenapa segaris senyuman gadis ini terlalu berharga seperti nyawanya sendiri? Kenapa setitis airmata gadis ini terlalu meresahkan bagai menghantar badai ke hatinya? Kenapa dia tak mampu menjauhi rasa itu? Menidakkan hati itu.
Telah lama Fiqril sedar yang Suraya ini mampu mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang lain. Seseorang yang bukan dia. Tapi macam mana pun keadaannya, bagaimanapun dia tidak mahu mengakui perubahan itu tapi dia sedar dia tak mampu untuk menolak kehadiran Suraya.


“Kalau dia kata you bukan gadis yang sesuai untuk dia, maka dia bukan lelaki yang terbaik untuk you Aya. Kalau dia lelaki yang terbaik untuk you, dia pasti tahu hargai siapa you. Terima you seadanya. Lelaki atau perempuan semuanya sama je. Kalau hati tu sudah tidak ikhlas dan berpaling, yang dulu indah sekarang menyesakkan.
 I rasa you patut bersyukur yang dia pergi dari hidup you. Sekurang-kurangnya sakit yang you rasakan sekarang tidak sesakit kalau you dan dia teruskan walaupun you tahu semakin hari hatinya semakin tak ikhlas untuk you.” Panjang lebar nasihat Fiqril pada Suraya setelah mendengar kisah cinta yang tak kesampaian daripada gadis itu. Kisah hati yang tertewas dalam menahan rasa.
Kedua-dua mereka menghadap keindahan Putrajaya. Melupakan seketika yang apa pernah terjadi dan apa perhubungan mereka. Umpama teman yang sudah terlalu rapat hingga dapat meluahkan rasa itu. Tanpa segan tanpa silu saling menghulurkan bahu memikul bersama.
“Saya tahu bos, sejujurnya saya dah lama bersedia sejak dia mula berubah tapi kenapa sakit itu tetap juga saya rasakan.” Luah Suraya. Benar dia lama bersedia tapi hatinya tetap terluka. Namun dia akui apa yang Fiqril katakan adalah benar berlaka.
“You sepatutnya daripada dulu lagi berhadapan dengan benda ini Aya. Sepatutnya you tak menunggu sehingga pekara ini selama ini untuk you bertindak. Kenapa perlu you tunggu dia yang datang dan memutuskan untuk you berdua sedangkan you tahu dia dah berubah. Dia dah tak ikhlas.
Seharusnya you yang datang berhadapan dengan dia. Kalau you tak menunggu lama mungkin sakit yang you rasakan itu tak sesakit sekarang sebab you tahu dan you tegas dengan perasaan you sendiri. I tahu you gadis yang baik, you tak nak menyusahkan orang tapi sesekali you kena letakkan diri you di hadapan orang lain Aya. Bukan begini caranya. Orang lain tersenyum. You menangis.” Kali ini nasihat itu bagaikan paku yang di tukulkan ke kepala Suraya. Menyusup masuk ke dalam kepalanya. Mengubah terus hatinya. Memang selama ini dia tahu dia perlu berubah tapi selama ini baru kini dia rasa ada kekuatan untuk berubah.
“Saya nak berubah. Saya yakin saya boleh berubah. Tapi saya tak tahu macam mana. Bos tolong saya boleh?” Keazaman terpancar di wajah Suraya. Kesungguhannya dan wajah penuh berharap itu sedikit sebanyak mengusik hati Fiqril. Tak sanggup dia menghampakan.
“I tak tahu macam mana nak tolong you tapi I rasa I tahu siapa yang boleh bantu you. Kalau you benarkan.” Walaupun itu jalan yang menunjukkan Fiqril setuju membantu Suraya. Hanya tuhan yang tahu kala ini satu angin ketakutan bertiup ke hati Fiqril. Walaupun dia bersetuju Suraya berubah tapi dia takut kalau nanti Suraya berubah menjadi seseorang yang dia sudah tidak kenali. Takut kalau gadis polos yang ada di hadapannya ini hilang dibawa arus perubahan nanti kerana sekerat hatinya telah terikat dengan gadis polos yang hanya tahu menggangguk dan menurut itu.
“Saya nak bos. Saya nak berubah. Terima kasih bos.” Keceriaan yang di tunjukkan gadis itu membuatkan Fiqril melebarkan senyuman paksa. Dia yang hulurkan cadangan sekarang ini dia sendiri yang takut menerima kesan dari cadangannya.
“Nanti I akan temukan you dengan dia.” Putus Fiqril sambil berdoa di dalam hati agar ketakutannya itu tidak akan menjadi kenyataan. Cuba meyakinkan dirinya itu semua untuk kebaikkan gadis itu. Dan kebaikkan gadis itu adalah untuk kebaikkan dia juga.

6 comments:

mizz acu said...

Ekekeeekkee.. Sudah jatuh chenta kah fiqril?? Hehehehe..
Chaiyok2 sue!

Anonymous said...

best..best, sambung lagi yer

miss L said...

bgus suraya da nak berubah...jd kuat sket...jgn penakut sgt..hehe

Lieynaim mohd noor said...

pendrk j n3 x nie..

priNcEss_LuLu said...

sweet ler fiqril..
:)

kak ida said...

sudah pasti ..didalam hati Fiqril telah tertulis dan terukir indah nama Suraya...!!!