Tuesday, April 24, 2012

Kita Kahwin {7}



BAB 7
Setahun terlalu cepat berlalu.

Suraya mengeluh lemah. Zarif dirasakan semakin berubah dari masa ke semasa. Terlalu berubah. Semakin masa berlalu semakin Suraya merasakan antara mereka semakin jauh. Tipulah kalau Suraya katakan dia tidak menaruh syak yang Zarif mempunyai orang lain di dalam hidup lelaki itu selainnya kini. Sekarang Suraya hanya bersedia untuk menghadapi segala yang mungkin terjadi.
 Sambil melepaskan sekali lagi keluhan nipis Suraya ternampak Qizah budak Management Trainee dia berlalu menatang sebuah dulang. Memandang gadis muda ini, Suraya seperti memandang refleksi dirinya sendiri. Suraya nampak siapa dia di mata masyarakat melalui Qizah, hingga timbul kesedaran di dalam dirinya.
"Qiz, Qiz tak perlu ikut sangat cakap mereka ni. Dulu tak ada tea lady juga tapi boleh je dia orang buat air sendiri. Kenapa sekarang nak menghamba abdikan Qiz pula. Qiz kena lawan mereka ni. Jangan ikut sangat." Suraya bersuara pada Qizah yang sedang menghidang air pada teman-teman sepejabatnya. Lemah lembut saja suaranya.
Acap kali Suraya menasihat yang pekara yang sama pada gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Qizah. Menasihat dalam senyap saja. Baru hari ini hatinya terbuka untuk landang bersuara. Pelik juga dia dengan kedatangan tiba-tiba Qizah yang melaporkan diri sedangkan tiada sebarang arahan dan maklumat yang di maklumkan pada dia. Sebagai hamba abdi kepada pengurus besar, tentu saja Suraya perlu tahu.
"Biarlah dia Sue. Lagipun dia tak kisah. Kau pula nak bising-bising." Terdengar suara Sharmila menengking dia.
Pekara biasa yang terjadi padanya. Gadis bernama Sharmila ni memang baget bagus betul. Kalaulah Suraya ni stok minah yang pandai menjawab, dah lama Sharmila ni kena sambal olehnya. Selama ni dia dah cukup bersabar dah dengan Sharmila. Dia tak kisah kalau dirinya di perlakukan begitu tapi bukan Qizah.
"Memang dia tak bising. Tapi jangan pernah nak layan orang tak sepatutnya Sha. Mentang-mentang Encik Fiqril tak ada untuk dia melaporkan diri, semua nak melayan dia macam tea lady. Aku tak rasa ada jawatan itu dalam pejabat ni." Lembut cara Suraya  membalas balik.
Lembut tapi pedas. Biar Sharmila terasa sikit. Jangan nak ikut kepala dia seorang juga. Moga pedasnya terasalah didalam kehidupan gadis itu. Terasa lega pula dia setelah menjawab Sharmila. Rasa seronok pula. Macam dia tak perlu menyimpan rasa dah. Buat kali pertama dia rasa lega dan sungguh lega begitu.
"Ala kalau Fiqril ada pun dia tak akan marah aku juga. Fiqril kan baik dengan aku. Family dia pun aku rapat." Lagak Shamila.
Suraya yang mendengar itu hanya mencebikkan muka tanpa sedar. Reaksi spontan saat telinga dia mendengar satu perbohongan. Bertambah segram tahi telinganya saat ini. Dosa sungguuh. ‘Rapatlah sangat kan.’ Inilah orang kata berlagak tak kena tempat. Macamlah dia tak tahu Sharmila ini yang terhegeh-hegeh kat bosnya itu. Kutuk Suraya dalam hati. Nak kutuk depan-depan, dia tak berani. Kang pecuma je kena penampar free. Dalam hati jelah.
"Kau kenapa nak buat-buat muka dengan aku? Tak percaya kata aku ke?" Nak terbang teliga Suraya dengar suara Shamila yang meninggi.
Nampak reaksi Suraya tadi dah terkantoi. Itu yang pantas saja minah ni naik angin. Nasib tak terlepas diamengutuk kalau tak memang bagi jemputan penampar free je. Huhu. Nasib baik. Tengkingan Sharmila sudah cukup membuatnya kecut seribu.
"Nah ambik balik air kau ni. Tak sedap. Kau buat yang baru." Sharmila pantas mengambil air yang belum di usik itu dan di letakkan balik secara kasar di atas dulang di tangan Qizah.
Dulang  itu yang masih berbaki sebiji mug air. Bergegar dulang dengan hempasannya itu. Makin kesian Suraya tengok budak Qizah tu kena buli. Nak je suara aku naik menjerit kat Shamila. Ingat dia tu siapa? Tapi dia tak berani. Yang dia berani hanya memendam rasa saja.
"Adik." Suara yang sepupuk angin itu membuatkan semua yang ada di situ berpaling. Pantas mata Suraya menangkap wajah Fiqril. Terdengar di telinganya ni bunyi barang jatuh. Tapi agaknya rahang aku ni pun jatuh sama kot. Bala dah nak sampai.

Muncung sedepa wajah Suraya apabila dimarahi tanpa sebab dan siasatan. Sungguh tidak adil betul Fiqril dengannya. Namun dia sendiri terkejut yang dia boleh mengadu domba begitu pada Fiqril. Selalunya kalau Fiqril marahkan dia, dia hanya menunduk saja.
Makin tak puas hati Suraya apabila Fiqril tidak bertanya keputusannya sendiri saat Qizah mengajak dia berkerja dibawah anak gadis itu. Rasanya lebih besar dari laut cina selatan kerelaannya untuk bersetuju berkerja dengan Qizah berbanding dengan Fiqril. Mengenangkan saat-saat itu Suraya tersenyum sendiri.
Hari ini dia nampak kelemahan Fiqril. Kelemahan Fiqril adalah adiknya sendiri Qizah. Lelaki yang terlalu tegas dan kejam dengannya selama ini tewas dengan adiknya sendiri. Cukup dari mata kasarnya yang Fiqril terlalu sayangkan adiknya itu hinggakan tak sanggup pun nak meninggikan suara.
“Kak Sue.” Suara Qizah di hadapan mejanya membuatkan Suraya sedikit terkejut. Hah mengelamun lagi.
“Maafkan Qizah. Sebabkan Qizah, Kak Sue kena marah dengan angah. Tak sangka pula angah garang macam tu. Selalunya tak ada pula angah garang macam tu. Sorry ye.” Suratya tersenyum melihat gadis comel di hadapannya ini.
Inilah adik Fiqril yang sepatutnya pulang ke Malaysia setahun dulu tapi ingin terus menetap di New York kerana ingin menimba pengalaman. Gadis ini nampak ringkas pada pandangan mata Suraya tapi Suraya tahu Qizah seorang gadis yang sangat bijak sebenarnya. Dengar kata, ibu bapa Fiqril sendiri terpaksa masuk campur untuk memaksa adik Fiqril yang seorang ini kembali ke pangkuan keluarga.
“Tak apalah, Cik Qizah. Saya dah biasa.” Ujar Suraya terasa segan pula dengan gadis yang tentunya akan menjawat jawatan tinggi di dalam syarikat ini nanti.
“Hish apa Kak Sue, bercik-cik ni. Panggil Qizah macam biasa jelah. Nanti jom lunch dengan Qizah. Qizah nak makan nasi paprik yang hari tu.” Bertambah lebar senyuman Suraya apabila gadis manja itu merengek. Tak berubah rupanya Qizah walaupun sudah tahu dia ini akan berjawatan tinggi.
“Okay. Nanti kita lunch sama.” Setuju Suraya dengan ceria. Setelah bertahun dia menanti, akhirnya dia mendapat kawan yang memahami dirinya. Yang serupa dengannya. Yang dia tahu tak akan mempersoalkan sikap berdiam dirinya.

“Hah, Qizah. Kenapa tercegat kat situ? Bincang pasal apa tu?” Tiba-tiba saja suara Fiqril mengganggu perbincangan mereka.
“Saja angah. Adik nak bincang dengan Kak Sue pasal hal kerja tadi. Adik pasti Kak Sue nak kerja dengan adik.” Suraya memerhati saja perbincangan kedua-dua adik beradik itu.
“Adik. I though we done talked about this. Adik boleh pilih mana-mana pekerja sekalipun tapi bukan Suraya. Aya, masuk bilik I sekarang. Adik pergi jumpa Adha for your JD.” Saat Fiqril selesai memberi arahan. Qizah hanya tergelak nakal menyebabkan Suraya pelik seketika.
“You really into her don’t you angah? Well I approved her to become my sister in law more than your lovely Tasha.” Suraya nampak belum sempat Fiqril berkata sesuatu Qizah dulu mencicit beredar ke bilik Adha. Buat seketika Suraya tidak dapat menangkap apa yang diperkatakan oleh Qizah itu.
“Jangan dengar sangat cakap dia tu. Masuk bilik I sekarang juga.” Bila Fiqril memberi arahan tegas sebegitu, Suraya sudah tiada masa memikirkan soalan yang di bangkitkan oleh Qizah nanti.


“Apa yang Qizah cakap pada you Aya?” Fiqril bertanya soalan itu sebaik Suraya sudah berada dihadapannya. Dia mula memanggil gadis itu dengan ganti nama Aya sejak mendengar kaum kerabat keluarga Suraya memanggil gadis itu dengan nama ganti Aya.
“Dia ajak pergi lunch.” Balas Suraya jujur.
“Itu je ke? Bukan nak ajak you kerja bawah dia.” Pertanyaan itu membuatkan Suraya berfikir sebentar. Apa yang tak kena sebenarnya ni? Fiqril seperti risaukan sesuatu saja.
“Betul bos. Tu je. Kenapa?” Suraya beriya-iya menegakkan keadaan. Dalam pada itu dia sempat mempersoalkan kebimbangan yang dinampak di wajah Fiqril.
“Kalau macam tu baguslah. I nak warning you, jangan berani-berani you tinggalkan tempat you kat sisi I untuk kerja dengan orang lain. Kalau tak tahulah nasib you macam mana. Dah you duduk kat sofa tu buat kerjayou.” Arahan Fiqril memang tidak mampu di terima akal Suraya.
“Sofa mana? Dalam bilik bos ni ke?” Suraya bertanya tak percaya.
“Yelah. Kat mana lagi? Buat kerja you. I nak buat kerja I.” Arah Fiqril tegas. Sengaja bertegas agar Suraya tidak banyak soal.
Fiqril sendiri hairan dengan dirinya apabila dia merasakan dirinya sangat takut apabila Qizah meminta Suraya berkerja dibawah adiknya itu. Macam paranoid pun  ada bila ternampak Qizah bercakap-cakap dengan Suraya. Paranoid hingga ke tahap dia mahu mengawasi tiap gerak geri Suraya agar adiknya tidak berpeluang menculik Suraya dari kekuasaannya. Fiqril sedar kalau Suraya berkerja di bawah Qizah, kuasa yang selama ini ada padanya terhadap Suraya akan terjejas. Tapi kenapa dia takut kekuasaan itu terjejas?
“Nak ke mana tu?” Fiqril pantas bertanya apabila Suraya dilihatnya bergerak ke arah pintu bukan ke sofa seperti yang dia arahkan.
“Ambil kerja saya.” Suraya menjawab lurus.
Fiqril hanya mengangguk membenarkan. Dari hujung mata Fiqril memandang Suraya keluar dari biliknya. Wajah kalut Suraya tadi membuatkan dia tersenyum. Sekelip mata gadis yang berani mengadu domba padanya. Gadis yang berani memuncungkan mulut pagi tadi kembali ke Suraya yang asal. Suraya yang dia kenali.
Setahun Fiqril kenali Suraya. Semakin dia kenali dia semakin selesa. Agaknya kerana dia selesa, dia tak ingin Suraya jauh dari jangkauannya. Tapi benarkah kata Qizah tadi? Benarkah yang dia sangat terpengaruh dengan kehadiran Suraya? Ah tidak, dia sudah miliki Tasha yang memang gadis yang sesuai untuk dia dan kerjayanya.

“Jom lunch dengan I?” Fiqril mengajak Suraya yang leka dari tadi bersila di atas sofa dalam biliknya membuat kerja. Sepanjang tiga jam mereka sebilik begitu, Fiqril merasakan kelainan. Rasa macam terlalu biasa dengan kehadiran Suraya berhampiran dengannya.
“Saya janji dengan Qizah.” Jawab Suraya perlahan. Matanya masih melihat lagi baris-baris angka untuk projek terbarunya. Kadang-kadang Suraya terfikir berapa banyaklah wang yang di miliki oleh Fiqril dan syarikat ini kerana cara Fiqril membuat pelaburan sangat agresif.
“Kita makan sama.” Tegas Fiqril yang kebetulan juga perbincangan mereka di sertai oleh Qizah yang tiba-tiba menyerbu ke bilik abangnya itu.
“Akak jom makan.” Qizah terus merapati Suraya tanpa menghiraukan kehadiran Fiqril. Sebentar lagi dia ingin mengetawakan Fiqril kerana abangnya itu sanggup mengurung Suraya di dalam bilik kerja semata-mata tidak mahu dia menganggu Suraya.
“Jom. Tunggu Kak Sue ambil beg sekejap.” Suraya bangun untuk mengambil begnya.
“Kita makan sama. Angah ikut adik.” Fiqril menegaskan kehendaknya. Tanpa sempat Suraya berkata apa, Qizah dulu yang bersetuju.

Dari dalam kereta Fiqril yang bergerak perlahan cuba melawan kesesakan jalan raya, Suraya nampak pasangan yang berpimpin tangan di bahu jalan. Zarif dan Intan. Terpaku, terkelu dan malu rasanya apabila Suraya melihat apa yang ada dihadapan matanya kini. Kesakitan terasa di hatinya saat eratnya genggaman tangan pasangan itu menghiasi matanya. Setitis air mata jatuh di pipinya. Saat dia memandang ke hadapan dia terperasan Fiqril memandangannya dari cermin kereta. Seketika dia dan Fiqril berlawan pandang melalui cermin yang tergantung di tengah-tengah cermin hadapan kereta itu sebelum dia menunduk dan tertunduk bisu.


p/s FCB fully booked.. yeyeyeye.. Onshore... enjoice

8 comments:

mizz acu said...

Alahaiiii.. Sian sue.. :(
Fiqril2.. Da suke ngaku je yer.. Hehe.. Smpai kurung dlm bilik tu.. Kahkahkah

almuzni said...

kantoi sudah zarif bgi lah Aya happy ngn Fiqril hehehe

Aida Sherry said...

ermmmm..... fiqril dah jatuh cinta pada suraya dlm diam cuma dia masih belum sedar.....
kesian suraya... zafril dah mengkhianati hubungan mereka... tapi lebih baik begitu dari terus dicurangi.....

idA said...

pergh..kesiannya suraya..kalo akak jadi dirinya..akak akan rakamkan keintiman intan dan zaf pakai kamera phone..dan ngan bukti ni..akak akan bersemuka ngan zaf..dan berlalu pergi..tak payah nak gaduh atau mendgr apa apa alasan dari intan mau pun suraya..sebagi ada bukti..dan akak berharap dgn peristiwa ni..akan merubah perangai suraya kepada wanita yg cekal dan berani bersuara dan menjadi seorg yg dominant..

PELANGI PETANG said...

bestlah iman...nak lagi dan lagi...teruskan...saya nak tahu apa kesuadahannya ?....

ezzaleya said...

pergi blah ngn zafril tuu..tak pa suraya awak ada fiqril hehhehe..cik writer nk smbungan!!

nzlyna'im said...

curang kau zarif...sapa intan 2..suraya kenal ke..

3 Siblings said...

salam kak :)

nak tanya , benci itu cinta..

akak mmg x sambung ke? :(