Tuesday, March 13, 2012

Kita Kahwin {1}


BAB 1


SURAYA sakit perut sejak pagi tadi lagi. Tak boleh tidak dia menjadi pelawat pada bilik kecil yang sentiasa harum. Maklumlah pekerja-pekerja di sini memang jenis menggunakan bilik air hanya untuk berhias dan melihat cermin besar je bukan nak menjalankan urusan sepatutnya. Memang kurang produktif bilik air yang besar itu. Membazir je majikan mereka membuat bilik air yang besar.
Urusan selesar, kerut di wajah pun hilang, hatipun senang. Dengan sikap ala-ala kanak-kanak ribena, Suraya keluar dari laluan bilik air itu. Bibirnya mengukir senyum pada Mak Teh, mak cik tukang bersih yang sedang menyapu di hadapan laluan itu. Sempat dia bersapa salam dengan makcik yang baik hati itu sebelum melangkah masuk ke ruangan menunggu di pejabat itu. Walaupun baru seminggu dua Mak Teh berkerja di sini tapi Suraya sudah agak mesra dengannya.
Baru beberapa langkah kaki melangkah melalui ruangan itu terdengar bunyi sesuatu terjatuh di belakangnya yang membuatkan Suraya menoleh. Kesian Mak Teh, ada seseorang melanggar plastik sampah tempat Mak Teh mengumpul sampah yang di sapunya. Habis berselerakkan debu-debu tadinyanya terkumpul dek ketajaman kasut tinggi itu.
INTAN, gadis sombong ala-ala diva itu. Siapa tak kenal? Sekejap lagi pasti suaranya melengking tinggi. Tak mahu Mak Teh di herdik membabi buta, Suraya berpaling menghampiri mereka di situ. Kesian Mak Teh kalau berhadapan sendirian dengan Intan yang sombong dan bongkak itu jadi dia perlu datang membantu. Itu semestinya dan seharusnya.
“Mak Teh tak apa-apa?” Suraya cepat je menegur Mak Teh sebelum lahar kemarahan Intan keluar dari kekangannya. Kepala minah tu dah berasap-asap dah.
“Mak Cik....” Kan dah cakap suara minah ni mesti dah naik bertingkat-tingkat dah dengan hembusan nafas ala-ala badak sumbu tu dah tahu sangat dah.
“Intan, bukan you ada perbentangan dengan big bos ke pagi ni? Bahan I dah siapkan atas meja you.” Suraya cepat saja menyelamatkan keadaan. Tak mahu kalau Intan naik angin di sini pula.
“Nasib baik aku ada kerja. Kalau tak? Huhhh.” Termakan juga gadis yang sedang berapi-api marahnya seperti maggie letup itu dengan alasan Suraya. Dengan hentakkan kaki gadis itu berlalu pergi.
“Mak Teh tak apa-apa? Maaflah dia tu memang angin sikit. Mari Sue tolong Mak Teh.” Suraya tanpa segan pada pangkat dan kedudukkannya, merendahkan diri membantu Mak Teh mengemas apa yang patut.
“Terima kasih Sue. Sue memang baik.” Hanya tersenyum Suraya dengan pujian yang di berikan oleh Mak Teh itu. Dia menolong dengan ikhlas. Tak terlintas hendak minta di puji bagai. Tapi kalau dah ada yang sudi memuji dia okay je. Siapa tak suka di puji.


FIQRIL hampir menjerit pada gadis yang baru saja melanggar plastik sampah Mak Teh tadi. Mak Teh adalah pembantu rumahnya yang di minta untuk bekerja sementara di pejabat ini sebagai mata dan telinga yang dia percayai untuk menilai pekerja-pekerja mereka di sini. Pada Fiqril sebelum dia memulakan kerjanya sebagai pengurus besar di sini, dia perlu kenal siapa pekerja-pekerjanya.
Sudah lama Mak Teh berkhidmat untuknya, sejak dia menjadi pengurus pejabat ayah dia di Sarawak lagi. Malah apabila dia di minta untuk menguruskan anak syarikat ayahnya yang satu ini, Mak Teh juga turut transfer bersama-samanya. Pada pendapatnya, Mak Teh bukan lagi pembantu rumahnya saja tapi orang kepercayaannya. Keluarganya. Saudaranya. Orang yang berkurang ajar dengan Mak Teh sama juga ertinya berkurang ajar dengan dirinya.
Itu yang dia katakan hanya tinggal satu garisan nipis je lagi untuk Fiqril menjerit marah pada gadis kurang ajar itu sebelum seorang gadis lain yang polos membantu Mak Teh. Tenang wajah gadis tadi membantu orang tua itu. Dari cara pemakaian dan tag nama di lehernya, mungkin gadis itu salah seorang kerani yang bekerja di syarikatnya ini. Walau siapa pun gadis itu? Gadis itu berjaya memberi tanggapan pertama yang baik di matanya.
 Tahu selamat meninggalkan Mak Teh di tangan gadis baik hati, Fiqril mengajak pembantunya Adha masuk ke pejabat buat kali pertama. Pagi ini jabatan pertama yang akan membentangkan kertas kerja padanya adalah jabatan pemasaran. Jabatan paling penting padanya di anak syarikat ayahnya yang menjalankan urus niaga perhotelan ini. Jadi permulaan dia sebagai pengurus besar disini, dia akan mendengar perbentangan tentang strategi pemasaran rangkaian hotel mereka sebelum dia di perkenalkan pada keseluruhan keluarga F.A Hotel Group ini.


APABILA gadis yang membentangkan strategi pemasaran mereka itu semakin tergagap-gagap menjawab soalan demi soalan yang dia keutarakan. Fiqril tahu gadis ini bukan pemilik idea pada strategi yang dia bentangkan. Strategi yang sungguh detail pada menyusunan aktiviti mengikut perayaan dan sungguh terperinci hinggakan menjangkakan segala pelusuk data, hinggakan mengikut kepercayaan kaum cina pun di ikut-ikut juga. Seorang yang membuat strategi ini sangat terperinci orangnya. Itu yang pasti.
Gadis di hadapannya ini? Tidak jawapannya. Tidak cukup cerdik untuk menghasilkan kerja sebegini bagus. Mereka lupa agaknya yang dia bukan anak kecil yang boleh di tipu dengan kepandaian yang di olah-olah. Tersenyum sinis Fiqril dibuatnya. Apabila dia menoleh pada Adha pembantunya, orang kanan dan juga sahabat baiknya itu turut tersenyum sinis. Nampak sangat bukan hanya dia yang berprasangka tapi semua yang bijak pandai tak tertipu dengan lenggok manja pembentang akan tahu kepincangan pembentangan ini.
“Siapa punya kerja ni? Kenapa dia tak bentang sendiri?” Fiqril bersuara membuatkan pembentangan tadi agak rancak dengan suara manja si pembentang terus kaku. Terdiam seribu bahasa.
“Apa Encik? I tak faham? Maksud you...” Suara tadinya terdiam membisu itu kembali bertanya manja. Seakan menggoda pun ada.
“Itu bukan kerja you. Orang buta pun boleh nampak. Bos I nak tengok orang punya kertas kerja ni yang bentangkan kerja dia. Macam mana you EncikWan? You beri anak buah you sendiri bentangkan kerja staf lain? This is not good first impression to us.’ Adha bersuara bagi pihak Fiqril.
Adha faham sangat bos nya itu. Fiqril bukan jenis lelaki yang suka menerangkan apa dia lakukan pada orang lain. Jadi faham-faham sendirilah. Kerana itu juga dia ada di sini. Di samping Fiqril, kerana dia yang boleh faham dan menjadi mulut Fiqril di kala keperluannya.
“I yang...” Gadis yang membentang tadi cuba bersuara.
“I tak suka kalau orang tipu I.” Fiqril bersuara tegas hinggakan gadis yang awal pagi tadi sombong dengan Mak Teh itu terdiam. Intan namanya.
“Intan, tolong panggilkan Sue.” Arah Encik Wan yang sekaligus telah membenarkan apa yang dijangka Fiqril.
“Encik Wan?” Gadis bernama Intan tu seperti tidak puas hati.
“Just go.” Bila suara tegas Encik Wan kembali kedengaran. Walaupun nampak tidak puas hati. Gadis itu tetap keluar dengan wajah cemberut.
“Maaf Encik Fiqril. Sebelum tuan punya kerja ni buat perbentangan kerja dia, saya harap Encik Fiqril faham yang tuan punya kertas kerja ni tak pernah membentang. Bukan kami tak bagi peluang tapi dia sedikit ada masalah kalau membentang. Jenis yang gemuruh jadi hendaknya kalau boleh Encik Fiqril dan Encik Adha jangan terlalu tegas padanya. Tapi saya boleh jamin satu pekara pada Encik berdua yang dia memang pekerja yang baik dan bijak.” Encik Wan sempat menerangkan secara ringkas kenapa tuan punya kertas kerja itu tidak membentang kerjanya. Encik Wan nampak juga bagai hendak melindungi pekerjanya itu.
“Kami tidak akan menilai seseorang sebelum kami melihat kerjanya.” Adha memberi jaminan pada Encik Wan. Lelaki yang di akhir 40an itu menangguk faham.
Kemudian hanya terdengar suara Adha dan Encik Wan bercerita sedangkan Fiqril meneliti kertas kerja di hadapannya sekali lagi. Pagi ini dia datang sebagai seorang pengurus biasa daripada HQ syarikat mereka. Encik Wan sendiri tidak tahu yang selepas pembentangan ini, Fiqril adalah Pengurus besar baru F.A Hotel Group.
Sebentar selepas itu terdengar ketukan di pintu bilik mesyuarat kecil itu. Suara Encik Wan membenarkan masuk kedengaran. Jujur Fiqril sedikit terkejut melihat gadis itu melangkah masuk. Ini ke gadis yang bijak membuat pecaturan dalam strategi pemasaran. Tidak terampil kerjanya dari segi imejnya. Gadis polos pagi tadi. Wajah takut-takut itu sedikitpun tidak menunjukkan keyakinan pada diri sendiri. Sukar untuk Fiqril percayai tapi kebenaran tetap kebenaran.
“Encik Fiqril, Encik Adha, kenalkan Suraya. Kertas kerja ni kertas kerja dia.” Encik Wan memperkenalkan gadis itu kepada mereka. Ohh Suraya namanya.
“Mereka minta awak bentang kerja awak Sue.” Kali ini Encik Wan bersuara lembut. Bagai seorang ayah pula dengarnya.
“Tapi Encik Wan...” Gadis itu terus pucat bagai tak berdarah setelah mendengar permintaan dari ketuanya. Nampak gemuruh dadanya yang turun naik.
“Kenapa? Tak kan awak tak boleh bentangkan kerja sendiri?” Sengaja Fiqril memprovok keras. Mahu menguji teorinya. Benarkah gadis ini tidak boleh membentang atau sengaja berdrama.
“Saya... Saya...” Suraya dihadapannya tergagap-gagap hendak menjawab. Mata gadis itu berkaca-kaca. Seperti hendak menangis saja.
Seminit... dua minit... tiga minit... suasana yang senyap menyelubungi bilik kecil itu mula tersentap dengan air mata yang menitis di pipi gebu gadis bernama Suraya.
“Sue... janganlah menangis... Aduh.” Encik Wan sudah menggelabah.
“Saya minta maaf.” Suraya bersuara sebak tapi masih belum mahu berhenti dari terus mengalirkan airmata.
“Semua keluar kecuali Suraya.” Fiqril tiba-tiba bersuara.
“Encik Fiqril?” Encik Wan jelas tidak suka di beri arahan di jabatannya sendiri. Walaupun oleh seorang pelanggan.
“Fiq?” Adha seperti tidak percaya pada arahan Fiqril.
 Apabila memandang wajah Fiqril yang tenang dan melalui isyarat mata Adha faham dan akur. Terus dia mengajak Encik Wan keluar walaupun mulanya lelaki sudah hampir separuh abad itu enggan. Apabila dirasionalkan, Encik Wan mengikut jua arahannya. Meninggalkan Suraya dan Fiqril berdua di dalam bilik yang dingin di seberang sana dan hangat di sebelah lagi. Harap tiada yang demam selepas keluar dari bilik ini nanti.

Enjoice... Tolong komen ye...

16 comments:

Anonymous said...

Menarik sangat... Harap cepat sambung :)

almy said...

nice..cepat cont ek..

syahirah said...

nice .. cepat sambung..mcm de something je ngn Suraya

nadzainal91 said...

nice....cepat sambung....lembut sgt sue ni....sabar ae sue...jangan demam pulak huhuhu....

blinkalltheday said...

cepat sambung..

idA said...

salam..dik..mmg satu permulaan yg menarik..kenapa sue tu..menangis ek...macam tak masuk akal (jgn marah dik) ini adalah soalan yg rasional..adakah disebabkan suruh membentangkan presentation dah jadi sebegitu..sedangkan dialam persekolahan..alam universiti..esp. marketing..dimana pelajar pelajar dikehendaki membuat presentation diatas kertas kerja projek yg mereka kena lulus.
Tak ada sebab minah ni begini..dan bagaimana bila dia diinterview untuk jawatan itu..mmg tak masuk akal kan..Jgn marah ya..adik..mungkin ini permulaan citer..adik nak buat plotnya bergitu..unless sue ni mmg anak salah seorg pemegang saham yg dipaksa berkerja disitu dan kemasukannya tanpa diinterview..

zana said...

menarik2... apa la yg nak dibuatnya fiqril dengan si suraya tu... hehe

ihaaz said...

hehe... intro yng sgt menarik..
x sbr nak tunggu next chaptr.. :)

Anonymous said...

ngee~ comel je...xsbr nk tahu smbungnyer. heeeeee...

sweety said...

suke...

aiRiNa_aiNuN said...

kak iman. cpt2 smbg. dr awal lg dah menarik..

Capital S ♥ said...

like the writings miss writer (:
enjoy reading it
keep on writing yeaa

ntahsapeni said...

fiqril ajak kwen trus hahaha...!

aya said...

best..tak sbr nak bc sambungan..tp sy bersetuju ngn ida..dlm sesebuah organisasi adalah janggal seseorg leh nangis sbb kene suruh bentang..mcm hilang kredibiliti..so i bminat nak tahu ape reason behind this.. Harap sgt iman leh sambung citer ni cepat2..chaiyok2

QiS said...

best lah iman..cpt2 lah sambung...hope leh dpt beberapa tips utk hilangkan darah gemuruh mcm suraya kena.. =)

Ainaa Azlan said...

karya2 iman semuanya best. dari mula2 sy bca jodoh atau cinta memng dh tertarik dn slepas bca dah jodoh memng trus jd fevret writer. suka dgn hasil karya cik penulis. hrp dpt sambung kita kahwin dn dpt dibukukan :)