Thursday, March 8, 2012

HATI YANG KAU PERGUNAKAN -Final-

 Adillia tahu pasti ini akan berlaku jua. Imran datang menyelamatkan dia. Rasa bersyukur hadir tidak terkira. Akhirnya dia boleh lari dari genggaman Najmi. Apabila Imran muncul di muka pintu bilik tempat Najmi mengurungnya, Adillia tersenyum lemah pada teman sejawatnya itu.

"Kenapa lambat sangat?" Adillia bertanya lemah pada Imran yang sudah merapati dirinya. Suaranya antara dengar atau tidak saja.
"Susah nak jejak dia. Nasib baik, Nad tahu tempat ni. Kau okay?" Hanya senyuman yang membalas pertanyaan Imran itu.
"Aku penat. Tak boleh bergerak sangat. Kau tolong angkat aku boleh?" Tanya Adillia lembut pada temannya itu.
"Anything for you dear." Seketika kemudian tubuh Adillia sudah berada dalam cempungan Imran. Tangannya di sangkut lemah ke bahu Imran.

Kala kaki Imran tiba di ruang tamu rumah itu, Adillia nampak Najmi berdiri di tengah-tengah dua pegawai bawahan mereka. Mata Adillia yang di dalam cempungan Imran bersambung dengan mata Najmi. Lama mereka bertentang mata tanpa kata sebelum Adillia meminta pegawai bawahannya melepaskan Najmi.
"Lepaskan dia." Ujar Adillia perlahan.
"Tapi Puan?" Orang bawahannya seperti ingin membantah.
"Lia, Dia kan...." Imran ingin berkata sesuatu pada Adillia tapi pantas di pintas oleh Adillia.
"Tolonglah Im, I tak nak ada kena mengena dengan dia dah, Please, I tak nak press charge dia. Pengalaman cukup mengajar I." Adillia merayu lemah pada Imran.
"Jadi yang sebelum ni dialah orangnya juga." Imran seperti faham sesuatu hingga dengan mudah lelaki berpangkat memberi arahan agar Najmi di lepaskan.
"Antara aku dan kau dah tak ada hutang lagi Najmi. Hentikanlah hidup dalam obsesi kau tu. Aku dah cakap kalau aku jumpa kau lagi lepas ni, kita akan jadi musuh. Sekarang dengan bukti yang aku ada, kalau kau berani muncul lagi di hadapan aku. Aku akan pastikan tiada belas kesian lagi untuk kau." Tegas suara Adillia walaupun masih lemah memberi amaran pada Najmi.
"Adill" Najmi bagai ingin berkata sesuatu tapi tak ada peluang apabila Adillia berpaling pada Imran.
"Jom Im. I penat." Adillia meminta Imran membawanya pergi dari situ.

Imran yang faham terus melangkah keluar dengan Adillia di cempungannya. Melangkah dan tak berpaling kembali. Adillia di letakkan lembut di kerusi belakang keretanya. Imran memastikan Adillia selesa dulu sebelum menutup pintu. Najmi yang tadinya berdiri di belakang mereka di hampiri.
"DUSHHHH". Sebuah tumbukan padu di layangkan ke pipi Najmi. Membuatkan lelaki itu terduduk di atas tanah.
"Selama ini aku mencari siapa yang telah jadikan Lia seperti itu. Aku cuba bayangkan lelaki yang sanggup buat dia macam tu. Tak terlintas di fikiran aku orang tu seperti kau. Kau dah cukup melukakan dia. Tapi kau tak pernah belajar yang dia bukannya patung taupun barang yang boleh kau catu kemana saja. Dia ada hati. Ada perasaan. Sekali lagi aku tengok kau cuba sakiti dia, kau tahulah nasib kau. Tangan aku ni dah lama gatal nak tembak orang." Suara Imran penuh amarah dan ugutan. Terlampau berat ugutan itu hingga Najmi tak mampu bangkit dari kejatuhannya.


' Tapi kau tak pernah belajar yang dia bukannya patung taupun barang yang boleh kau catu kemana saja. Dia ada hati. Ada perasaan. " Kata-kata lelaki tadi kembali di fikiran Najmi.

'Aku dah cakap kalau aku jumpa kau lagi lepas ni, kita akan jadi musuh. Sekarang dengan bukti yang aku ada, kalau kau berani muncul lagi di hadapan aku. Aku akan pastikan tiada belas kesian lagi untuk kau' Kemudian kata-kata Adillia pula yang muncul.

Jauh Najmi merenung kosong ke hadapan. Benci benarkah Adillia padanya hingga gadis itu sanggup berkata begitu. Apa sebenarnya dia dah lakukan? Semakin dia fikirkan semakin benar kata Imran. Dia lupa Adillia ada hati, ada perasaan. Kerana terlalu mengikut hatinya yang ingin memiliki Adillia dia lupa yang Adillia juga ada hak memilih. Siapalah dia memaksa Adillia menerimanya?

Melihat Adillia di dalam cempungan Imran, Najmi tahu dia sudah kalah. Dia kalah pada lelaki itu. Kalah pada kelembutan lelaki itu pada Nasira. Cara Imran berkata-kata dengannya juga menunjukkan Imran tahu apa yang pernah terjadi antara dia dan Adillia suatu ketika dulu. Najmi seorang lelaki dan pada dia, dia tahu jika lelaki sebaik Imran sanggup menerima Adillia didalam hidupnya walau tahu sejarah gadis itu. Imran tentu sangat menyayangi Adillia. Mungkin dia perlu ikut nasihat Adillia untuk lupakan obsesinya. Mungkin dia perlu tebus kesalahan lampaunya dengan melepaskan rasa cintanya buat Adillia. Mungkin itu terbaik.

p/s suatu masa nanti Iman ingin enovelkan cerita ini secara panjang. Iman lama memikirkan siapa yang berhak bersama Adillia? Najmi atau Imran? Kemudian iman terfikir, bukan mudah untuk kita melepaskan sejarah hitam dan selagi sejarah itu kukuh di fikiran kita sukar untuk kita menerima seseorang itu sepenuh hati. Jika tidak mampu menerimanya sepenuh hati, kasih kita tak akan bahagia. tak puas hati dengan kesudahan.. Sila tinggalkan komen ye

14 comments:

zawani mukhtar said...

ala akk, sye xpuas hati la.... nak najmi... citer ni giler besh. ingatkn bad boy yg jdi hero, mana la nk taw, biler dier bcinta dgn nasira nanti dier jdi baik..
criter2 dkt blog akk ni semuanyer best2 la.

iman said...

thanx wani

syAShiD said...

sy pun sokong najmi kak..;)

Dya said...

cite ni dh habis ke? penat tngu adilia ngan najmi.. takkn tak nak bgi najmi chance? :( dia sngup tnggu adilia tau..

Anonymous said...

nk najmi! huuuuu....

idA said...

betul adik cakap akak sokomg..hendak hendak yg meragut kesucian kita..dan sejarah hitam tu tak akan pudar..walaupun ada org baru yg dtg menagih cinta..

hana_aniz said...

huhuh. nak najmi..

ana said...

Ingtkn najmi watak utama

Anonymous said...

Iman

Yup tak puas membacanya, buatlah e-novel berdasarkan citer nie nak tau apa jadi pada adilla dan najmi, vote for najmi coz dia dah lama tunggu adilla.

Is

blinkalltheday said...

ingat najmi hero td..

Anonymous said...

nak najmi :D

Tie Tinie said...

Salam kak Iman.. mmg x puas hati..
kesian najmi.. mmg la nakmi yg buat dia.. tapi selama nie pun najmi cari adil kan..
nak najmi.. akak sambung ye enovel nie...

Anonymous said...

nak najmi jd heronya! biar dia diberi peluang utk menebus balik kesalahan dia tu!

adriana said...

sepatutnya hero si najmi.sebab dia yg buat adilla mcm tu dia yg patut brtanggungjawab.buatkan najmi jadi romantik seromantiknya untuk mendapatkan balik adilla.best cite ni.