Wednesday, March 28, 2012

DAH JODOH 20

BAB 20


            MALAM ini genap enam bulan usia pernikahan Nuqman dan Nasira. Malam yang sepatutnya di habiskan berdua ini terasa jauh apabila di pisahkan jaraknya kawasan atas tuntutan kerja. Malam yang Nasira habiskan dengan duduk menyelesaikan segala kerjanya yang tertangguh di dalam biliknya sedangkan Nuqman nun jauh di Johor Bahru juga atas tuntutan yang sama. Kerja. Sepatutnya malam ini mereka raikan berdua. Bukan berpisah bergini. Setelah tiga hari tak bersua muka kerana jarak yang jauh, malam ini adalah kemuncak penderitaan Nasira. Sudahlah dia rindu kerana kejauhan, malam ulang tahun pula tu. Mahu tak menderita hati dibuatnya.
 Penat menghitung helaian kertas yang masih banyak belum diusaikan. Nasira bangkit lalu duduk di pinggir tingkap besar didalam biliknya. Pandangannya terhala ke balkoni bilik Nuqman yang gelap. Cuba meleraikan rasa rindu terpendam. Membuatkan dia terkenang pula kenangan seminggu lepas di mana dirinya melepak makan maggie dengan Nuqman. Malam yang mana Nasira hampir-hampir membunuh Nuqman konon-kononnya la.
Sungguhlah lawak kalau teringat semula kejadian malam itu. Mana tak lawak bila malam itu buat pertama kalinya Nasira memecah rekod dunia dengan membuat CPR kat orang yang nyenyak tidur. Nasib baik tuan badan tu tak sedar apa yang dia lakukan. Kalaulah Nuqman tu tahu dan sedar tentang CPR yang dia jalankan ke atas suaminya itu, nak je Nasira flush kepala diri sendiri dalam mangkuk tandas kerana memalukan diri sendiri. Nuqman pun satu. Teruk benar perangainya kalau tidur sampai tak sedar dunia. Tidur macam mayat. Kalau apa-apa jadi kat rumah ni. Terbakar ke kena rompak ke, sah-sah Nuqman lah orang terakhir akan Nasira selamatkan. Buang masa je.
Tapi yang seronoknya selepas kecoh satu malam tu boleh pula mereka melepak makan maggir. Habis juga semangkuk maggie dikongsikan berdua. Rasa romantis pula bila berebut-rebut nak habiskan maggie yang hanya sejemput tu. Lagipun malam itu Nasira sedikit berbangga kerana dia mampu membuatkan Nuqman mencemar duli apabila buat kali pertama lelaki bernama Nuqman makan maggie dalam seumur hidup lelaki yang dah memang terlebih baligh itu.
Macam tak percaya Nasira bila dia akhirnya mengenali seseorang yang tak makan maggie. Sangatlah terasa culture shock Nasira mendengar luahan hati Nuqman yang mengakui selama dia hidup, dia tak pernah makan maggie. Kalau adapun perkataan maggie itu adalah maggie goreng yang langsung tak boleh di kelaskan sebagai maggie. Dah tak original, maggie saintetik. Bagaikan rusa masuk kampong, itulah reaksi pertama Nuqman merasa maggie yang disediakan oleh pakai maggie macam Nasira. Sambil berebut-rebut menanda jajahan didalam mangkuk maggie, mereka rancak bercerita. Rasanya macam kawan baik pula bukan suami isteri. Bila pulak Nasira ni jadi pernah merasakan dia isteri Nuqman pun??? Bukan kah mereka teman tapi mesra???
Kalau benar hati Nasira tak merasakan dirinya isteri Nuqman tapi kenapa malam ini dia tak mampu lelapkan mata kerana memikirkan lelaki itu. Masuk malam ini dah tiga hari tiga malam dia tak bersua muka dengan  Nuqman kerana pemuda itu ke Johor Bahru atas urusan kerja. Walaupun Nasira tak mahu mengaku tapi sememangnya dia rindu. Rindu serindu-rindunya. Agaknya inilah makna lagu-lagu jiwang yang selalu menyapa telinga tapi tak tererti oleh akal. Kini barulah semua lagu itu memberi makna dan kefahaman.
 Hari pertama Nuqman tak ada, tiga kali dia balik ke rumah sebab tertinggal barang. Terasa kehilangan Nuqman saat itu. Nampak sangat selama ini Nuqman member impak yang besar dalam hidupnya. Hari kedua perkara yang sama berlaku. Malah dia hampir kemalangan dalam perjalanan balik kerana terkhayalkan tentang Nuqman ketika memandu. Pagi tadi nasib baik ibu menjadi check list gantian untuknya so dia tak adalah nak ulang balik. Bererti sungguh Nuqman dalam hidup Nasira rupanya.
Nasira sangat berharap esok Nuqman akan balik. Dia dah tak tahan nak tengok merenung wajah Nuqman tu. Lagipun Nuqman sendiri cakap siap je kerja dia, dia akan terus balik. Nasira tidak tahu banyak mana kerja yang Nuqman perlu siapkan disana tapi dia rasa jangka masa dua hari ini cukup untuk dia menyiapkan kerjanya. Kalau Nuqman tak balik juga esok, Nasira dah merancang hendak mengambil cuti. Hendak di jejaknya langkah Nuqman di sana. Rindu.
Nasira menggenggam rantai yang tergantung di lehernya. Rantai pemberian Nuqman bersama hantarannya dulu. Sejak hatinya terpaut ini, semua pemberian Nuqman sewaktu nikah dulu di gunakan olehnya. Beg tangan ke, rantai ke, gelang ke. Sebut jelah semua menghiasi tubuhnya dan di gunakan dalam rutin sehariannya. Tanda dia sangat menghargai pemberian Nuqman. Lagipun dengan menggunakan barangan tersebut Nasira merasakan dirinya dekat dengan Nuqman. Dan dalam banyak-banyak perhiasan itu, Nasira paling gemarkan rantai yang sentiasa di lehernya.
 Rantai yang berloket batu opal berwarna unggu berbentuk air mata itu memang menarik. Sesuai sangat dengan kulitnya. Nasira memakai bukan untuk cantik sebenarnya tapi rantai yang dia gunakan itu bagaikan sudah menjadi penguat semangatnya ketika Nuqman tidak ada di sampingnya seperti sekarang. Kalau dia rindu atau teringatkan Nuqman rantai itu akan di sentuh perlahan dan loket itu akan di genggam lembut maka rindunya akan tersusut sendiri. Cehwah... rindu di bawa pergilah ye ye ye r je kan.  Tersenyum sendirian Nasira mengenangkan tahap kejiwangan yang tiba-tiba melanda ini. Ala sesekali dia melayan rasa jiwang ini apa salahnya kan. Alang-alang dah jiwang ni baik jiwang terus. Lalu dia pejamkan matanya dan diserunya nama Nuqman di dalam hatinya.


TUK!!! TUK!!!... Mata Nasira terbuka dengan sendiri apabila mendengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Hilang suasana kejiwangan tahap gunung Fiji tadi. Nama Nuqman pun terhenti untuk terus di seru. Siapa pulak yang mengetuk malam-malam ni? Dia melihat jam di atas meja kerjanya. Dah pukul 2 pagi. Manusia mana pula yang mengetuk pintu bilik dia pagi-pagi macam ni? Manusia ke? atau.... Ini yang buat kaki dan tangan dia menggigil ini. Di renung saja pintu bilik yang masih di ketuk itu sehinggalah ketukan itu berhenti. Di dalam akalnya sudah menyimpulkan yang agaknya hantu tu give up nak terus mengacau dia kot.
" Ohh Mak kau." Melatah sendirian Nasira bila mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Kalau dah berkhayal sampai tak ingat dunia mana tak terkejut. Kalau seratus kali macam ni boleh sakit jantung dia dibuatnya. Masalah-masalah.
Di ambilnya telefon kecil itu. Nampaknya masalah tadi kini menjadi satu kegembiraan pada dia apabila melihat nama di skrin kecil itu. Nuqman, Nuqman yang menghubungi dia. Banggalah pula. Terasa berkesan sungguh seruannya tadi hingga mampu membuatkan Nuqman menghubunginya. Kalau tahu seruannya sudah sampai pada Nuqman. Lepas ni tak perlu lah dia nak guna celcom, digi ataupun hotlink... Seru saja.


"HELLO." Sikit punya ayu Nasira menjawab panggilan di dinihari itu. Suaranya di lembutkan selembut-lembutya. Control ayu lah sikit kan.
" Nasira, I ada kat luar pintu you ni. Bukalah. Tidur mati ke? I ketuk-ketuk tak dengar." Nada suara Nuqman memenuhi talian. Ayat Nuqman di hujung talian langsung tak macho. Sedih betul Nasira mendengarnya. Baru nak beromantik dah terbantut hajat. Kalau orang yang nak membuang air besar agaknya boleh sembelit mendengar ayat Nuqman yang langsung tak romantik tu. Apalah nasib dapat laki yang tak romantik langsung ni.
"Ok."Lemah Nasira menjawab. Suara lembut tadi menjadi mendatar bagai di gelek oleh roller. Dengan longlai kakinya melangkah ke pintu. Kalau tak sebab dia rindu sangat nak tengok muka Nuqman. Wajib-wajib dia tak nak buka pintu tu punya. Baik dia masuk tidur. Tapi nak buat macam mana kalau dah diri sendiri rindu.
" Hai" Lemah suara Nasira menegur Nuqman sambil membuka pintu bilik lebih luas lagi. Hanya sekejap saja Nasira dapat memandang wajah Nuqman sebelum lelaki itu melontarkan tubuh dan memerluk dirinya erat. Perlukan yang kini akan sentiasa mengalirkan rasa di hati Nasira. Membuai setiap reseptor-reseptor cinta.
"I miss you. I dont know why but I really miss you." Bisikan Nuqman di telinga Nasira membuatkan gadis mengukir senyuman manis tak ingat dunia. Boleh dapat diabetes dengan sekali suapan pun. Konon-kononnya malu Nasira membalas pelukkan itu. Sedangkan hatinya dah menari shuffle keseronoklah. Inilah di katakana malu tapi mahu.
" I lapar. Jom makan maggie." Ajakkan Nuqman sambil merenggangkan pelukan mereka berdua membuatkan wajah Nasira cemberut tak senang. Potong betullah. Baru saja nak seronok membuai rasa dah ada kena pancung.
"Maggie? Semalam saya dan Adif dah habiskan. Sorry, tadi saya nak beli tapi terlupa pulak." Nasira memberitahu dengan nada sedih.
Sedih pula Nasira mengenangkan kerana tak dia tak boleh nak duduk berdua dengan Nuqman lebih lama. Maggie dah habis, dah tak ada alasan dia nak tengok muka Nuqman lama-lama. Lepas ini wajib dia untuk mengurangkan darjah kelupaan yang ada didalam otak dia ini. Tapi jangan kurang sangat nanti Nuqman tak boleh nak jadi senarai semak dia pula. Dah tak boleh nak bermanja-manja pula nanti. Cukuplah kurang sikit je asalkan dia ingat nak beli maggie dan ingat cara-cara bagaimana hendak menghabiskan masa dengan Nuqman. Dia sebenarnya tak nak kalau kejadian malam ni tak berulang lagi.  Tengoklah sekarang, kalau dia tak lupa beli maggie, mesti dia dah boleh makan berdua-duaan dengan  Nuqman. Ada alasan dia nak tengok muka Nuqman lama-lama.
"Kalau macam tu tak apelah. Kita keluar beli burger je. You tukar baju dulu. I tunggu kat bawah." Bagai nak daftar masuk jadi pasukan sorak je rasa Nasira apabila Nuqman memberikan arahan begitu.
 Pantas Nasira masuk ke biliknya dan menutup pintu. Saat dia memilih pakaian untuk dia gunakan barulah Nasira perasan dia hanya memakai singlet hitam dengan seluar tidur saja Itupun seluar tidurnya hanya paras paha. Patutlah Nuqman langsung tidak memandang ke arah lain selain wajahnya tadi. Serta merta wajahnya menjadi merah di buatnya. Malunya. Tapi kuat juga iman si Nuqman tu dapat menahan godaan tanpa sengaja dia malam ini.

Kita Kahwin {4}

BAB 4


SURAYA tak sangka bosnya itu akan masuk sekali ke dalam bilik rawatan bersamanya. Adha dan perempuan seorang tadi sudah menguruskan Kak Jie, malah suami Kak Jie pun sampai tidak beberapa lama selepas mereka tiba di hospital pantai ini tadi. Yang mengejutkan mereka semua apabila Fiqril menawarkan diri untuk menemaninya menerima rawatan. Serba salah Suraya dibuatnya.
Bertambah perasaan serba salah itu apabila doktor yang merawatnya kebetulan adalah teman karib abangnya Ashraf. Habislah dia. Pasti kedatangannya ke sini nanti akan di khabarkan kepada Ashraf. Pasti panjang soal jawab abangnya itu nanti. Memang menyakitkan hati betul bosnya ini.
“Macam mana boleh jatuh ni Aya? Kaki dah bengkak macam bola tennis dah ni. Rehatlah, Abang Man bagi Aya cuti tiga hari.” Doktor yang menggelarnya sebagai Abang Man itu sudah mula memanaskan enjin untuk membebel nampaknya.
Aiman adalah teman baik abangnya sejak sekolah menengah lagi. Malah Aiman dah bagaikan keluarga sendiri memandangkan Aiman ini anak yatim piatu sejak berumur 19 tahun. Setelah orang tua Aiman tiada, setiap kali waktu cuti semester Aiman memang akan balik ke rumah keluarganya dan semejak itu Aiman memegang tanggungjawab sebagai abangnya seperti Abang Ashraf nya juga.
“Alah sikit je ni. Esok lusa surutlah.” Tolak Suraya lembut. Teringat amaran bosnya yang tidak membenarkan dirinya bercuti.
“Tak ada maknanya. Abang Man cakap Aya cuti baik Aya cuti. Sekejap lagi Abang Man habis kerja, kita balik sama-sama. Abang pun nak singgah rumah papa dulu nanti.” Arah doktor muda itu membuatkan Suraya rasa serba salah.
Bagaimanalah dia hendak menurut kalau bosnya ada di sebelahnya? Suraya memandang wajah Fiqril di sebelahnya. Kelihatan sungguh tegang sekali. Pasti bosnya tidak suka dengan arahandari Aiman tadi. Memang tak mungkinlah kalau dia hendak menurut kata-kata abang angkatnya itu. Takut balik bercuti nanti dia menjadi punch bag pula oleh bosnya.
“Tapi Aya banyak kerja.” Suraya masih membantah. Membantah dalam terpaksa.
“Tak kan tak boleh cuti? Ini cuti sakit Aya bukan pergi cuti-cuti Malaysia ke apa. Kalau Aya takut nanti abang sendiri cakap dengan bos Aya. Abang dah tak nak dengar apa-apa. Kejap lagi apa yang abang tahu Aya makan ubat lepas tu tunggu abang. Kita balik sama-sama. Ini teman sekerja Aya ke?” Aiman akhirnya bertanya tentang kehadiran Fiqril padanya.
“Bos Aya.” Pengakuan Suraya itu membuatkan Aiman nampak sedikit kaget sebelum satu senyuman kaku dia berikan pada Fiqril.
“Macam ni encik...?” Suraya terdengar ayat Aiman terhenti di situ sebelum di sambung oleh bosnya.
“Fiqril.” Nasib baik bosnya tidak membawa kepala anginnya tadi terus memperkenalkan diri.
“Macam ni Encik Fiqril. Kaki Suraya ni agak teruk terseliuhnya. Kalau boleh buat masa terdekat ini jangan ada sebarang tekanan pada kakinya itu jadi saya nak minta Encik Fiqril lepaskan dia dari tugas untuk tiga hari.” Aiman tidak lagi berlagak seperti abang tapi seorang doktor yang beretika.
Mendengar permintaan Aiman pada Fiqril membuatkan kepala Suraya terus-terusan menunduk. Resah dan gelisah untuk dia bersuara, pasti sekarang Fiqril menghimpun marah padanya dan menuduh dia menggunakan Aiman untuk dirinya lari dari tugas yang menunggu. Bukankah awal-awal sudah Fiqril menyatakan yang dia tidak boleh bercuti tapi sekarang Aiman terang-terang meminta pada bosnya yang kepala angin itu agar dia di berikan cuti. Serba salah dia. Aiman atau bosnya?
“Kalau alasannya berpatutan. Kenapa tidak Suraya bercuti. Doktor terpaksa keluarkan satu surat sakit yang rasmi untuk tujuan itu. Kalau tidak, saya pun tak boleh nak berbuat apa-apa.” Tegas dan sinis suara Fiqril di telinga Suraya.
Tepatlah jangkaannya yang Fiqril tidak suka akan saranan Aiman. Dari bentuk ayat yang terbit dari bibir Fiqril sudah membuatkan Suraya tahu yang Fiqril sudah bersangka yang tidak-tidak tentang permintaan Aiman. Mungkin bosnya itu menganggap permintaan Aiman itu lebih kepada permintaan seseorang yang mengenali dirinya dan risau akan dirinya berbanding permintaan dari seorang doktor yang beretika.
“Saya akan keluarkan surat tersebut. Aya tunggu sekejap, abang nak ambil ubat. Aya dah lunch kan? Ubat ni kena ambil selepas makan.” Suara Aiman sudah mendatar. Mungkin kerana terasa dengan kesinisan Fiqril tadi.
Geram pula Suraya pada Fiqril. Sesuka hati je nak melayan Aiman bergitu tadi. Fiqril boleh sinis dengannya tapi janganlah tunjuk lagak bos tu pada orang yang tak sepatutnya. Sekarang Aiman kan dah terasa. Selepas ini pasti cerita-cerita tidak enak akan sampai ke telinga papanya dan mungkin akan menyebabkan papanya mendesak dia meletak jawatan. Bukan tak tahu perangai tiga lelaki bergelar yang sangat overprotective dalam hidupnya itu.
“Abang Man, Aya belum makan. Tadi tak lapar. Sekejap lagi Aya pergi makan, baru Aya makan ubat okay.” Suraya cepat-cepat menahan Aiman dari terus bangun mengambil ubat.
“Belum makan? Aya, dah pukul tiga dah ni tau.” Aiman dah macam buka kitab membebelnya kembali.
“Tadi Aya tak lapar. Kejap lagi Aya makanlah.” Suraya bersuara manja. Mengeluh Aiman mendengarnya.
“Dah...dah... sekarang ni Aya pergi makan kat cafe dulu. Pergi kaunter ubat jumpa Kak Siti, minta ubat yang abang list ni. Sekejap lagi abang call kak Siti cakap Aya nak datang. Lepas makan nanti, makan ubat. Dah tu tunggu abang kat situ kita balik sama-sama. Atau Aya nak tunggu abang kat sini je? Kita pergi makan sama-sama lepas abang kemas-kemas ni. Aya bukan boleh dipercaya sangat kalau bab-bab makan ubat ni.” Sempat Aiman mengutuk Suraya. Kehadiran Fiqril sudah tak di hiraukan lagi.
“Never mind, biar I je bawa dia pergi makan.” Fiqril dulu menawarkan diri.
Suraya menggelengkan kepala memberi isyarat dia tidak mahu pada Aiman. Namun gelengannya terhenti sebaik perasan Fiqril memandang gelagatnya teruslah dia menunduk kaku.
“Kalau macam tu, baiklah. Saya terpaksa susahkan Encik Fiqril tapi pastikan dia makan ubat. Dia ni liat sikit kalau bab-bab makan ubat ni.” Pesan Aiman. Dari suara itu yang sudah mesra, Suraya pasti secebis senyuman turut hadir di bibir Aiman.
“Don’t worry. I will take a good care of her.” Mendengar suara yang penuh muslihat dari Fiqril itu membuatkan Suraya rasa hendak membunuh diri dah.
‘Aduhai Abang Aiman, tidakkah abang sedar yang abang dah lepaskan Aya pada naga api ini. Kenapalah abang tak faham isyarat yang Aya berikan. Habislah Aya lepas ni, rentung di sembur hembusan api dari bos Aya yang dah macam dragon dalam cerita shrek ini. Papa, tolong selamatkan Adik. ‘ Rintihan itu hanya bergema dalam hati je pun.
Tak terluah oleh kata-kata rasa hatinya. Malah berat tubuhnya juga apabila Fiqril sudah membantu menampung sebahagian berat badannya untuk berdiri dan memimpinnya keluar bersama slip ubat yang berada di tangan lelaki itu sebagai jaminan. Sekarang dia berserah jelah. Menunggu bala apa yang nak datang pula.


p/s lewat petang semalam iman nak post. Tapi malangnya hard disk iman tertinggal kat office. jadi tak boleh nak postkan entry. Enjoice for this entry... Sorry.

Monday, March 26, 2012

DAH JODOH 19

BAB 19


NUQMAN dan Nasira bersantai menonton di ruang keluarga itu. Hanya tinggal mereka saja yang bersantai-santai malam hari begini. Ibu dan abah dah lama masuk bilik untuk berehat. Adif pula menelaah di dalam biliknya untuk menghadapi SPM yang semakin hampir. Jadi tinggallah Nuqman dan Nasira saja yang masih setia menonton di temankan dengan secawan milo. Nuqman yang memang diketahuinya malas buat air sendiri itu mengepau air Nasira. Nasira pula yang malas berulang-alik ke dapur hanya membiarkan saja.
 Deringan lagu lazy day dari Bruno Mars dar telefon bimbit Nasira yang jenama Samsung itu menganggu konsentrasi mereka. Aduh malasnya Nasira nak bangun mengambil telefonnya yang beberapa langkah darinya. Lantas Nasira menyiku lembut Nuqman yang duduk di sebelahnya. Sikuan lembut itu berjaya menarik perhatian Nuqman.
“Hmm…Kenapa ni?” Terdengar suara Nuqman bertanya pada Nasira walaupun matanya tetap tertumpu di kaca televisyen.
“Tolong ambikkan phone.” Pinta Nasira dengan suara manja. Sengaja disayukan suara itu agar Nuqman tertawan lalu mengikut kehendaknya. Trick biasa dia lakukan kini.
“Pemalasnya dia. Nak ambik phone sendiri pun malas.” Rungut Nuqman sambil pipi Nasira ditarik lembut. Dalam pada si Nuqman ni merungut, dia tetap juga bangun untuk mengambil telefon bimbit Nasira. Ini yang buat Nasira sayang kat Nuqman ni. Tapi sayang bila Nuqman ni tolong jelah.  Bila Nuqman tak nak tolong dia, dia dah tak berapa nak sayang dah.
Dengan Nuqman yang bangun mencapai telefonnya, tumpuan Nasira kembali menonton drama Bones. Mengagumi kekacakkan agent Booth. Auuuwww terpikat dia dibuatnya. Kalau Nasira dapat yang hensem, gagah dan setegap ini. Memang tak keluar bilik dia. Nasira ikat je. Alamak tergatal pula fikiran Nasira. Tapi Nuqman pun tegap juga, kacak juga. Semakin jauh fikiran Nasira merawang.
“Hah kau nak apa terlefon isteri orang malam-malam macam ni?” Tinggi nada Nuqman itu membuatkan Nasira berpaling pada sang suami. Terkejut dia dengar suara Nuqman menjerit. Hilang konsentrasinya pada kekacakkan Booth. Nasira pandang wajah Badak Sumbu Nuqman. Apa kes pula lah mamat ni kali ini? Hatinya tertanya siapa pula yang call dia sampai Nuqman marah sebegitu rupa.
“Sepatutnya au yang patut tanya kau, apa hak kau call isteri aku malam-malam macam ni? Selagi dia isteri aku, dia hanya hak aku dan kau tak ada hak nak ganggu waktu kami. Aku dah pernah cakap kat kau dulukan. Tapi nampaknya kau ni jenis tak faham bahasa. Kali ini anggap ini amaran dari aku, jangan call Sira lagi." Nada keras itu bukan saja menakutkan pemangil di talian tapi juga Nasira yang mendengarnya.
“Apa hal ni? Siapa yang call” Nasira dengan keperihatinan seorang isteri bertanya pada sang suami. Suaranya sedikit mendatar kerana menahan ketakutan.
"Selalu ke dia call?" Tanpa menjawab soalannya. Nasira pula ditanya. Terpinga-pinga Nasira dibuatnya. Ape ke peliknya jawapan si Nuqman ini. Nasira tanya dengan soalan dia jawab dengan soalan. Lagi bertambah bilangan soalan dalam kepala Nasira.
“Siapa yang selalu call ni? Tak faham la.” Tanya Nasira dengan muka blurr yang memang tahap keblurran terlampau. Digelengnya kepala menandakan dia memang tak faham.
"Hasni." Hilang nada tinggi Nuqman tadi. Kini lemah saja suara Nuqman menyebut nama itu. Hai lemah benar Nasira dengar, macam orang baru kena langgar lori 10 tan pula. Nasib tak tahap nazak lagi.
“Ohh Hasni. Dulu jarang, sekarang ni je selalu jugalah dia call.” Betapa Nasira jujur menjawab.  Dah tak ada nak corner-corner dah. Lurus saja. Jujur sangat sampai dia tak sedar kepala Nuqman dah macam kepala kereta api di zaman zorro.  Berasap menahan marah.
“Jadi You layan la!” Suara Nuqman kembali naik. Ini bukan setakat tubuh Nasira saja yang terangkat agaknya kalau Nuqman ni gergasi, dengan rumah-rumah ni sekali terangkat kot.
Pertama kali Nasira kena tengking oleh Nuqman begitu. Rasa hendak menangis Nasira dibuatnya. Sedih. Tak pernah-pernah Nuqman menjerit marah padanya begitu. Paling-paling lelaki itu menegur lembut tapi kali ni boleh pekak badak Nasira mendengar jeritan Nuqman. Mahu tak tertusuk hati dibuatnya. Berkaca matanya menahan tangis. Otaknya sudah merancana yang esok dia nak mengadu dengan ibu lah pasal ni.
“Saya cakap dia call. Saya tak cakap saya layan. Saya tak angkat pun call dia. Awak marah saya kenapa?” Sayu suara Nasira menjawab. Getar suaranya jelas menahan tangis.
Benarlah memanglah Hasni menghubunginya tapi tak satupun panggilan Nasira sambut dengan baik. Kalau dia tak membiarkan deringan itu berhenti sendiri, dia akan terus menekan butang merah. Tapi kini tanpa usul periksa Nuqman mahu memarahinya pula. Ini yang buat Nasira betul-betul merajuk. Terasa sungguh hati Nasira dibentak begitu
“Maaf. I tak sengaja. I ingat... Dah sudahlah, janganlah buat muka macam tu. Janganlah merajuk.” Melihat wajah sedih Nasira dan mata yang berkaca itu berjaya membuatkan Nuqman rasa bersalah. Kata-kata maaf dihulurkan itu belum boleh lagi membeli hati Nasira yang sedih. Dia benar-benar merajuk.
“Dahlah malas nak cakap dengan awak. Dah tak ada mood nak tengok Booth. Awaklah rosakkan mood saya dah tak kacak dah saya tengok Booth tu. Esok saya cakap kat ibu awak marahkan saya.” Ujar Nasira yang masih berkecil hati.
Dah tak ada mood dia nak menonton. Booth yang tadi kacak dah jadi tak berapa nak kacak dah. Tak mahu memandang Nuqman, Nasira bangkit naik ke biliknya. Melayan rajuk di biliknya pula. Sesuka hati kepala otak Nuqman je nak marah-marah dia. Ingat Nasira ni apa? Ingat dia ni dinding batu apa.


            NASIRA tersedar dalam pukul 2 pagi. Terasa laparlah pula dia. Ini yang dia lemah ni. Perut dia ni memang tak kira waktu kalau nak lapar pun. Malas benar Nasira nak turun pergi dapur tapi macam mana nak buat? Bilik dia ni bukannya ada dapur. Jadi terpaksalah dia turun ke bawah juga. Dalam otaknya dah terbayang maggie sup. Wah sedapnya. Slurrrppp.
Tak menghiraukan muka sememeh dan rambut mengerbang ala puntianak baru melepas mengilai, Nasira selambanya keluar dari bilik untuk menuju ke dapur. Ala kalau dah masa macam ni. Manalah ada orang nak tengok. Kalau Nasira keluar dengan bikini pun tak apa rasanya. Tengah malam macam ni mana ada lagi orang nak tengok dia. Tak cantik pun tak kisahlah. Tak ada yang nak tengok.
 Di sebabkan dia dah hafal sangat rumah ini susun atur rumah ni dan kerana tahap kemalasan yang melebihi batas manusia sanggup dia berjalan sambil menutup mata. Ini secara saintifiknya dia member nama berjalan sambil tidur. Siapa kata tak boleh berjalan sambil tutup mata? Nasira okay je. Dia dah selalu buat pun. Tengok dah siap Nasira dah boleh melangkah keluar bilik dengan selamat lagi tanpa kemalangan kecil mahupun besar. Bangga sekejap dengan kejayaan yang tak semegah mana ni.
“Ohh mak ko.” Latahnya seayat sebelum Nasira sendiri terdengar bunyi tubuhnya jatuh ke lantai.
Aduhai. Sakit segala sendi-sendi Nasira jatuh. Nasira lantas menoleh. Apalah yang dia langgar tadi? Nasira kecilkan anak matanya untuk fokus. Dia macam ternampak orang je yang tengah berbaring meringkuk di tengah jalan itu. Siapalah pula yang tidur di hadapan biliknya sendiri? Dah tak ada bilik sendiri ke?
Nasira mengesot sedikit kearah manusia itu walaupun didalam hatinya berdoa yang dia lihat itu betul-betullah manusia. Dibuatnya bukan manusia, sah-sah esok juga Nasira checkout dari rumah ini. Antara takut ala-ala berani itu, Nasira mengintai kaki manusia itu. Alhamdulillah, ada kaki. Kalau ada kaki ni, sah-sahlah manusia kan. Sebab mak Nasira kata kalau hantu dia tak ada kaki. Lepas mengintai kaki. Nasira beranilah mengintai pula wajahnya. Nuqman!!! Alamak Nasira langgar Nuqman rupanya tadi? Aduhai hidup lagi ke anak orang ni?
Tiba-tiba Nasira terasa takut kalau-kalau dia dah mencederakan Nuqman dengan tidak sengaja. kalau betul terjadi apa-apa pada Nuqman apa dia nak jawab pada ibu dan abah mertuanya . Nasira pantas menelentangkan tubuh Nuqman yang tadinya mengiring ke kanan itu. Agak keras aksinya namun Nuqman masih tiada reaksi. Nasira cuba mengoncangkan tubuh tegap itu pula. Keputusannya masih sama. Tubuh itu masih kaku.
Nasira cuma boleh terfikir satu cara je lagi. CPR... Nasira bukanya tak tahu pun macam mana nak membuat pernafasan mulut ke mulut ni. Entah format mana dia guna dia sendiri tak tahu. Janji ada dari mulut ke mulut dan dia menekan dada Nuqman. Tapi penat je Nasira tekan dada Nuqman ni, sikit pun tak ada balasan.
Tanpa dia sendiri sangka, dia dah ditakdirkan menjadi pembunuh rupanya malam ni. Membunuh suaminya sendiri tanpa sedar. Nasira meraung dan meraung nyaring mengalahkan puntianak di musim mengilai sehingga menyedarkan lena penghuni rumah yang lain yang sudah keluar menghidupkan lampu di koridor bilik mereka itu lalu menyaksikan pembunuhan tragis. Mungkin esok keluar berita yang bertajuk ‘Isteri  membunuh suami tanpa niat kerana semangkuk Maggie’. Sadis sungguh.


KENAPA ni Sira? Kenapa menangis ni?” Kedengaran suara Encik Nasir bertanya pada Nasira. Mahu tak dia bertanya apabila dengan mata kepalanya sendiri dia nampak menantunya sendang menangis di sisi anaknya yang terbaring kaku. Mengigau ke buat tabiat budak-budak ni tengah malam macam ni bikin onar.
“Sira tak sengaja abah. Sungguh Sira tak sengaja. Tadi Sira lapar, Sira bangun nak makan maggie. Sira betul tak tahu Nuqman duduk kat depan pintu Sira. Sira tak sengaja langgar dia. Sira tak sengaja nak bunuh dia.” Tangis Nasira semakin sayu. Dia betul-betul tak sengaja.
“Kamu langgar dia? Takkan sampai kamu membunuh dia kot. Dia tidur je tu.” Puan Hadiyah mendekati Nasira sambil memujuk menantunya itu. Di dakapnya tubuh comel yang bergetar menangis.
“Dia tak sedar bu. Macam-macam cara Sira nak kejutkan dia. CPR pun Sira buat tapi dia langsung tak bergerak. Sira dah terbunuh dia bu.” Nasira menangis sambil memeluk ibu mertuanya itu. Dia sangkal apa yang ibu mertuanya katakan. Kalau benar Nuqman tidur tak kan tak sedar apabila dia bangunkan lelaki itu tadi.
“Ya Allah itu rupanya ceritanya. Sudah Sira jangan menangis lagi. Adif, pergi ambik air.” Mengucap panjang Encik Nasir dibuatnya.
Ada-ada saja hal anak menantunya ini. Nuqman ni kenapa pula pandai tidur kat depan ni? Dah tak ada bilik apa budak ni. Nasira pula boleh berjalan tutup mata. Akhirnya dia jga terpaksa bangun campur tangan. Encik Nasir memberi arahan pada Adif yang tersandar di dinding. Tapi anak bongsunya itu langsung tak bergerak. Bila di amati baru dia perasan yang anaknya itu tidur berdiri. Ini lagi seorang boleh darah tinggi dibuatnya.
“Adif!” Seru Encik Nasir dengan nada yang kuat untuk membangunkan anaknya itu. Kali ini berjaya. Kelihatan Adif sedikit terkejut sudah mula membuka mata dan bergerak.
“Apa-apa?” Tanya Adif dengan wajah terpinga-pinga. Mahu hilang semangatnya di kejut begitu sekali.
“Pergi ambil air segayung untuk kejutkan along kamu ni.” Arah ibu dengan nada yang lembut pula. Dalam pada itu kesian pula Nasira tengok adik nya seorang itu pergi mengambil air dengan wajah mamai. Ini semua salahnya. Kerana dia malam ini tidur lena penghuni rumah ini terganggu.
“Nuqman ni. Tak berubah-ubah lagi rupanya. Kalau dah tidur, jangankan bom meletup, bumi ni kiamat pun agaknya dia tak sedar. Ini ubatnya.” Omel Encik Nasir sambil tangannya menyimbahkan air yang diambil oleh Adif tadi ke arah Nuqman.
Segayung air itu di curahan ke tubuh kaku itu. Dari kaki hingga ke paras dagu Nuqman. Dah macam mandikan mayat pun ada Nasira tengok. Betul pula kata abah mertuanya. Sebaik air itu membasahi tubuh Nuqman, mata itu terus terbuka. Bertapa Nasira lega melihat tubuh itu bergerak dan mata itu terbuka.
“Awak hidup lagi.” Ujar Nasira sambil melepaskan tubuhnya dari dakapan Puan Hadiyah dan terus memerluk Nuqman yang masih cuba mengangkat tubuhnya dari terus terbaring.
“Memanglah along hidup lagi. Along tidur je tadi. Kak long ni kecohlah malam-malam macam ni. Adif nak tidur baliklah." Adif terus melangkah masuk ke biliknya.
“Kamu kenapa tidur kat sini Nuqman? Dah tak ada bilik ke apa kamu ni." Tanya Encik Nasir keras dengan sindiran. Nasira dengar tapi sedikit pun tak peduli. Tetap peluk Nuqman yang kini duduk membuktkan dirinya bukan pembunuh.
“Semalam Man tunggu Sira. Nak memujuk orang yang merajuk kiranya abah. Tak sangka boleh tertidur. Ini apa dah jadi ni abah?" Nuqman sedikit terkejut dari ketiduran tadi bertanya pada orang tuanya. Keadaan mereka sekarang macam ada kes berat saja. Nuqman menarik tubuh lembut Nasira menjauhi tubuhnya sedikit. Tidak selesa berbual dengan orang tuanya dalam keadaan dia di perluk oleh Nasira.
“ Itu kamu tanyalah Sira sendiri. Abah dan ibu nak sambung tidur ni. Kamu berdua pula lepas ni pergi tidur dalam bilik. Jangan nak buat hal lagi. Jom Yah.” Malas masuk campur lebih lama, Encik Nasir biarkan pasangan itu sendiri bercakap dari hati ke hati. Sempat dia mengajak manja isterinya masuk sekali bersamanya.


TINGGALLAH Nuqman yang masih duduk berhadapan dengan Nasira. Nuqman mengatur sedikit letak tubuhnya untuk duduk lebih selesa lagi. Wajah isterinya yang nampak sangat dengan kesan tangis itu dipandang penuh keliru. Apa dah terjadi ni? Hati Nuqman ingin tahu.
“Apa dah jadi ni?” Tanya Nuqman lembut. Wajah mulus itu diusap perlahan untuk menghapuskan kesan airmata di pipi itu.
 Dia hanya mendengar Nasira bercerita dengan penuh lega. Di perhatikan gadis itu menerangkan apa dah terjadi padanya. Tapi dia tahu tak semua Nasira ceritakan padanya kerana gadis itu hampir terlepas bercerita namun kemudiannya senyap dan kelihatan malu-malu. Entah apa yang disorokkan.
“YA ALLAH. Nasira, tak adanya you langgar sampai boleh membunuh orang. You jatuh tadi, sakit tak kat mana-mana?” Tanya Nuqman pada Nasira usai gadis itu bercerita. Dia membelek-beleknya tubuh comel. Ala macamlah nampak Nasira sakit kat mana  kan.
Nasira yang baru teringat dirinya terjatuh dan merasakan kembali sengal-sengal di tubuhnya. Betul kata orang lebih baik kita tak tahu kita sakit dari kita tahu kita sakit kerana kesakitan itu cuma terasa bila kita menyedarinya.
"Sikit je." Jawab Nasira lembut. Terasa sesuatu pula apabila tangan Nuqman hinggap di tubuhnya untuk membelek lukanya. Takut tewas oleh perasaan apabila di belek begitu, lantas Nasira berdiri. Nuqman turut berdiri serentak dengannya.
Saat mereka bertentangan begitu, terkedu Nasira dibuatnya apabila Nuqman memerluknya dengan tiba-tiba sebaik dia dan Nuqman sudah tegak dan stabil berdiri secara berhadapan. Tiba-tiba Nasira juga jadi malu dalam perlukkan Nuqman. Perasaan itu berbeza sangat dengan rasa hatinya ketika memerluk Nuqman tadi tadi. Perlukan kali ini lebih indah mungkin kerana ianya berbalas kot.
“I minta maaf sebab marahkan you tadi.” Sayup suara Nuqman kedengaran di celah-celah rambutnya. Kali ini tak mampu marah lebih lama, hati Nasira sedia memaafkan Nuqman yang penuh ikhlas mengakui silapnya itu.
Terfikir Nasira, adakah ini sebabnya Nuqman tidur di hadapan biliknya? Untuk meminta maaf? Terharunya Nasira. Walaupun Nasira belum pasti itulah sebab sebenarnya, tapi Nasira tetap menganggap juga tidurnya Nuqman di situ malam ini adalah kerana Nuqman menantinya untuk memohon maaf pada dirinya. Sebab lelaki ambil berat tentangnya dan kerana Nuqman ingin memujuknya. Tak mahu bergaduh lama dengannya. Romantis kan sebab itu. Seorang lelaki sanggup buat apa saja untuk berbaik dengannya.

Sunday, March 25, 2012

Dia

kata papa tadi: sukar untuk pasangan bahagia tanpa restu keluarga

kata kata yang buat aku tidak mampu untuk tidur... teringat pada dia... kerana tanpa restu kelurga kami berpisah... rela dalam terpaksa... cuba untuk matang dalam berkasih.
kerana kami tahu hanya rasa dan cinta itu tidak cukup menjanjikan bahagiadi hari depan

tapi

malam ini aku terfikir: Bahagiakah aku sekarang?
empat tahun usia perpisahan dan aku masih sendiri...
Dia? Agaknya sudah bahagia...


adakala hati sukar untuk kita asuh untuk melupakan...

ini hanya bingkisan hati... bukan sebuah novel baru... indahnya kalau hidup ini seprti sebuah karya

Friday, March 23, 2012

DAH JODOH 18

BAB 18


NASIRA segera menghantar pesanan ringkas pada Nuqman memberitahu yang dia keluar makan tengah hari bersama teman-temannya. Ini rutin dia seharian kini, wajib menghantar laporan keselamatan pada Nuqman setiap kali dia hendak keluar ke mana-mana. Semuanya Arahan dari Adoft Nuqman. Ada-ada saja suaminya itu dan untuk ketegasan Nuqman dalam membulinya dia telah menamakan Nuqman dengan galaran Adoft Nuqman. Adik beradik Adolf Hitler. Mahu tak, pernah sekali dia terlupa untuk makan tengah-hari, seharian Nuqman membebel padanya. Over protective.
Walaupun begitu dia langsung tak rasa dikongkong malah Nasira jadi suka dan gembira menurut arahan itu kerana itu tandanya Nuqman mengambil berat tentang dirinya. Lagipun Nuqman tak menghalangnya keluar ke mana saja atau dengan siapa saja asalkan dia maklumkan pada lelaki itu dahulu.  Kadang-kadang dia terasa sweetlah pula bila sentiasa meminta kebenaran daripada Nuqman. Terasa dirinya di perlukan. Langsung tak kisah kalau lelaki itu membebel sekalipun kerana dia tahu Nuqman risaukan dia. Kalau sesiapa bertanya status mereka sekarang, jawapannya ialah Nasira dan Nuqman kini bagaikan teman tapi mesra.
  “Amboi manisnya senyuman dia. Dah hantar laporan kat hubby ke?” Usik Suraya. Aida yang juga berjalan seiringan dengannya hanya tergelak kecil. Mereka dah masak sangat dengan rutin Nasira yang berubah sejak dia sakit dulu. Sejak baik dari demam, temannya itu kena sentiasa menghantar laporan dimana berada pada suami. Malah pada mereka pun suami temannya itu berpesan kalau apa-apa terjadi cepatlah hubungi dia.
“Hisy, korang ni nak usik aku lah tu. Johan dan Fahmi ikut ke?” ujar Nasira malu-malu. Sejak tahu dia sudah bergelar isteri orang ni, dia sering menjadi bahan usikan teman-temannya. Mana taknya antara kawan-kawanya dia seorang saja yang dah berkahwin.
  “Tentu je dia orang nak join. Kau ni macam tak biasa. Jomlah. Kita orang cadang nak makan kat Dave Deli hari ini.” Balas Aida. Aida ini selalu jadi penganjur aktiviti mereka satu kumpulan. Kalau nak tahu siapa yang join mereka lunch ataupun kat mana nak melepak, tanyalah Aida. Dia pasti tahu.
“Wah. Kalau hari-hari macam ni boleh kopak tau. Dave Deli pulak tu. Bukan hari tu kata nak menjalankan kempen berjimat cermat ke?”Omel Nasira. Amboi makan kat Dave Deli. Tak boleh nak pakai langsung sesi penjimatan kalau macam ni. Dia melangkah pantas seiringan dengan Aida dan Suraya.
" Sebab tu bukan hari-hari tapi sesekali. " Balas Aida. Aida ni memang ada je balasan dia. Ini mesti tempat makan mereka hari ini adalah idea daripada dia.


            SAMPAI di Dave Deli, masing-masing mereka memesan makanan kegemaran kami. Nasira cuma memesan makanan ringan, sebab pagi tadi dia dah melantak nasi lemak di rumah. Lagipun dia takut kalau dia mengambil makanan berat nanti mengantuk pula dia. Sejak dia mula berjemaah dengan Nuqman, waktu tidurnya sikit terganggu. Dia kena bangun dan bersiap sebelum subuh kerana sebaik subuh menjelma, Nuqman akan masuk ke biliknya untuk berjemaah. Lepas subuh pula dia dah tak boleh nak tidur dah sebab katilnya pasti menjadi tempat Nuqman landing lagipun sekarang Nuqman sudah pandai memintanya masak untuk sarapan pagi. Nasi gorenglah, nasi lemak la. Jadi tengah hari dia kena kurangkan pengambilan makan supaya dia terus segar dan tidak mencari bantal nanti.
Mereka berborak sambil bergelak tawa. Seperti biasa, mangsa usikkan mereka adalah Suraya. Suraya ni lurus bendul orangnya jadi alkisahnya dia akan menjadi mangsa usikan tegar teman-temannya. Semua yang mereka katakan akan di terima bulat-bulat oleh Suraya. Bila Suraya buat muka kagumnya, mereka akan tergelak. Tapi dalam pada itu mereka tak pernah mengusik lebih-lebih sekadar bergurau manja bermesra-mesraan saja. Selalunya yang terbabas mengusik adalah Fahmi. Di usiknya Suraya sampai merajuk, kemudian mulalah mereka semua marahkan Fahmi dan menyuruh Fahmi untuk memujuk Suraya.
Tengah sibuk kumpulan itu berborak dan ketawa ketawa, tiba-tiba mereka  di tegur. Semua mereka berpaling dan tersenyum pada Nuqman berdiri di sisi hujung meja mereka. Rancaknya meja yang senyap seketika tadi kembali meriah. Seketika usikan terdengar mengusik Nuqman yang sengaja menjejaki Nasira di itu. Nuqman tidak perlu dikenalkan pada teman-temannya ini. Sejak kali pertama Nasira memperkenalkan Nuqman secara rasmi pada teman-temannya ketika Nuqman membelanja teman-temannya tanda terima kasih menolong dia ketika dia sakit dulu, sudah berapa kali Nuqman makan atau melepak bersama teman-temannya. Secara tidak langsung malah Nuqman bagai menjadi salah seorang ahli dalam kumpulan tidak berdaftar mereka. Nuqman sering di ajak kalau melepak di hujung minggu atau dalam akviti-aktiviti dan rancangan mereka.
“Hai. Sorang je ke? Dah makan dah?” Lembut suara Nasria bertanya Nuqman yang berdiri di hujung meja mereka. Selayaknya dia sebagai isteri bertanya pada seorang suami.
“Dah lunch tadi. Dengan klien. Masuk je tak tengok kiri kanan mana nak sedar. I dari tadi dah ada kat sini.” Balas Nuqman. Nampak selamba lelaki itu menarik kerusi di meja sebelah yang kosong dan meletakkannya disebelah Nasira sebelum melabuhkan punggungnya di situ.
“Mana nak tahu awak ada kat sini. Tak perasan. Busy sangat ke?” Nasira memang mengambil berat hal Nuqman.
Setahunya jarang Nuqman akan makan di luar bersama klien kecuali kalau ada lunch appointment. Seingatnya juga Nuqman pernah memberitahu dia yang lelaki itu hanya membuat lunch appointment bila temu janji penting namun jadualnya telah penuh untuk di temu janji itu. Jadi nak tak nak dia kena letak pada waktu lunch. Kata Nuqman waktu rehat untuk berehat. Tapi katanya lah, namun kerap kali juga Nasira nampak Nuqman menghabiskan masa didalam bilik bacaan. Itulah kata tak serupa bikin. Hendak di kutuk suami sendiri. Senyap jelah.
“Busy sikit dua tiga minggu ni.” Ujar Nuqman selesa dengan sikat ambil berat Nasira. Nasira mengangguk faham. Mereka berbual seolah-olah hanya ada mereka di meja itu. Bagaikan jarang bertemu walaupun setiap hari bersua muka di rumah. Hanya sekali sekala teman-temannya yang lain bertanya itu dan ini pada kami.
"Fuyohh ini baru romantik. "Terdengar usikan Johan pada pasangan itu apabila perasan Nasira dan Nuqman berkongsi makanan dan minuman. Nasira buat tak tahu saja. Sudah biasa di usik lagipun memang biasa dia berkongsi minuman atau makanan dengan Nuqman di rumah. Nuqman bukan macam Adif yang rajin buat air sendiri. Nuqman hanya rajin menge’pau’ minuman dan makanan orang saja.
“Rilekslah Johan. Aku dengan Sira dah lama romatik, kau je baru tahu. Semua benda pun kami kongsi.” Balasan Nuqman yang menyebabkan Nasira menghadiahkan satu cubitan manja ke bahu lelaki itu. Nuqman ni memang tak tahu malu agaknya. Bergema gelak, Johan dan Fahmi dibuatnya. Biasalah lelaki kan. Nasira dapat merasa sepanjang lebih setengah jam mereka makan di situ. Meja merekalah yang paling bising dan meriah dengan ketawa.
“Dah lambat ni.” Aida menyedarkan mereka yang leka berbual ini. Jarum jam bergerak laju nampaknya. Tersedar mereka sudah kelewatan waktu Johan pantas meminta bil dari pelayan di situ. Sampai saja bil, Nuqman bertanya berapa jumlah semuanya dan menghulurkan tiga keping not 50 pada pelayan itu.
“Kau belanja ke ni? Tak ape ke?” Johan bertanya. Wajahnya jelas serba salah. Semua mereka serba salah sebenarnya memandangkan mereka makan beria-ia sedangkan Nuqman dan Nasira hanya makan ringan. Berkongsi pulak tu.
“Tak ada hal lah bro. Sesekali. Nanti kau pula belanja kami. Korang tolong tengokkan dia ni cukup besar dah rahmat kat aku.” Terharu Nasira mendengarnya. Dia nampak keikhlasan di wajah Nuqman. Senyuman yang Nuqman berikan pun Ikhlas.
Mereka mengucapkan terima kasih pada Nuqman. Nuqman hanya mengangguk menerima. Melebar senyuman teman-teman Nasira apabila  pelayan itu ingin mengembalikan baki duit Nuqman, Nuqman menyuruh pula pelayan itu menyerahkan bakinya pada Nasira. Ini senario setiap kali mereka berdua keluar bersama. Setiap kali Nuqman membayar sesuatu atau menyuruh Nasira membayar bagi pihaknya, baki duit itu akan diberikan pada Nasira. Dalam banyak-banyak kali itu tak pula Nasira merasakan apa-apa kali ini ada satu perasaan hadir di hatinya. Halus sangat. Menusup kalbu.
 “Jomlah gerak. Lambat dah ni” Aida sekali lagi mencelah. Menyedarkan mereka tentang waktu yang semakin lewat.
Mahu atau tidak mereka semua bangkit serentak. Meninggalkan tempat duduk mereka sedari tadi. Menjadikan keriuhan tadi terhenti di situ. Agaknya pasti selepas ini tuan punya kedai ni bersyukur kerana Dee Jay yang merosakkan keamanan kedainya sudah pulang. Taklah dia pening mendengar gelak tawa dan suara yang tiada kawalan volume itu. Macam radio rosak saja.


TEMAN-TEMAN mereka sudah bergerak laju di hadapan. Hanya yang tinggal beriringan di belakang adlah Nuqman dan Nasira. Nampak sangat teman-teman mereka ingin memberi  ruang pada pasangan itu. Ruang yang amat sesuai pada waktunya.
“Dah selalu sangat awak buat macam ni. Setiap kali kita keluar beli atau makan, mesti awak beri saya duit lebih. Macam tak elok pula.” Ujar Nasira dengan suara yang rendah. Dia fikir baiklah dia luahkan sekarang kerana dia takut kalau dia tangguhkan nanti mesti dia lupa. Dia kan pelupa orangnya.
“Tak elok apanya. Tak ada bendalah.” Balas Nuqman acuh tak acuh.
Geram pula Nasira jadinya dengan sikap tidak acuh Nuqman. Dia betul-betul tidak selesa bila Nuqman asyik memberinya duit dengan cara begitu sudahlah kini kereta kelisa kasayangannya pun Nuqman mengambil alih untuk membayar. Dia tak nak orang kata dia ambil kesempatan pula pada Nuqman. Tapi Nuqman melihat kerisauannya itu macam satu pekara biasa pula. Sebaik  keluar dari pintu restoren itu pantas Nasira menarik lengan Nuqman hingga kini mereka berdiri berhadapan.
“Dah selalu sangat. Nanti orang kata saya ambil kesempatan atas awak pula.” Bantah Nasira sambil meluahkan perasaan risaunya.
“Selalu ke, jarang ke, sesekali ke. You kan isteri I. Tak salah I bagi you. I kerja pun untuk you dan keluarga kita juga. I beri kat isteri I. Tak timbul soal ambil kesempatanlah. Dahlah jangan fikir yang bukan-bukan.” Balasan Nuqman itu diyakinkan dengan panahan matanya.
Kali ini mata mereka bertentangan. Terbuai Nasira apabila jari-jemari Nuqman menyentuh pipinya bagaikan memujuk. Baru dia nak terbuai lebih lama terasa pipinya di cubit pula. Bikin potong perasaan romantis yang hadir dalam dirinya saja la.
“Sakitlah.” Ujar Nasira geram dengan bibir yang mula mencebik. Suaminya itu bukan hendak memujuk malah hanya ketawa besar melihat dia. Memang kaki usik lah si Nuqman ni. Kalau tak dapat mengusik dengan mulut, mengusik dengan tangan. Laki siapalah.
“Saja buat bekal. Parking kat mana tadi?” Bila Nuqman bertanya soal kereta, Nasira pantas menujukka di mana kereta Camry milik Johan terpakir. Saat itu baru dia sedar ada empat mata memerhatikan mereka. Terlampau leka bersama Nuqman, Nasira jadi lupa pada teman-temannya yang setia menunggu dengan senyuman mengusik. Itulah siapa suruh nak bermanja tak tengok kiri kanan.
“Saya pergi dulu.” Nasira lekas meminta diri.Tak mahu menjadi bahan tontonan lebih lama lagi.
“ Tak nak salam ke ?" Pertanyaan yang Nuqman layangkan apabila Naisra hanya melangkah meninggalkannya membuatkan si gadis berhenti melangkah. Mahu tak mahu Nasira berpaling kembali dan menyalami suami tersayang dia tu.
 Di situ di kaki lima Nasira bersalam dan mencium tangan Nuqman selayakanya selalu yang dia lakukan sebelum pergi kerja. Di situ di kaki lima juga Nuqman menggosok kepala Nasira yang tunduk penuh kasih sayang. Melambangkan dua hati yang terasa berat berpisah walaupun seketika.
"Jaga diri." Pesanan Nuqman itu hanya di sambut dengan anggukkan daripada Nasira. Sempat mereka merenung satu sama lain seketika sebelum Nasira berpaling dan berjalan ke kereta Johan. Memanadang sengihan penghuni kereta itu, Nasira dapat menjangkakan teruk dia kena bahan selepas ini oleh teman-temannya.

Thursday, March 22, 2012

Kita Kahwin {3}

BAB 3


SURAYA menyerahkan laporan yang telah dia buat pada Kak Jie, setiausaha Fiqril. Rancangannya untuk meletakkan jawatan tidak berjaya setelah lelaki bernama Fiqril itu mengugut kalau dia meletak jawatan, Fiqril akan menjejakinya hingga ke lubang cacing dan membawanya balik semula ke sini. Fiqril juga selamba mengungkit kelemahannya yang tidak boleh membentang itu. Kata Fiqril, lelaki itu yakin juga kalau dia berhenti di sini pasti tiada syarikat lain mahu mengambilnya kerja. Sikap dia yang lurus bendul itu membuatkan Suraya tiada pilihan lain selain percaya.
“Sue ni tahu je, selalu datang masa Encik Fiq tak ada. Ini ada lagi satu laporan yang Encik Fiq nak Sue siapkan.  Pagi tadi Encik Fiq emailkan kat akak, akak lupa pula nak bagi Sue. Yang ni dia kata kena buat slow and steady. Dia nak every detail as possible.” Kak Jie menyerahkan fail biru kepada Suraya. Suraya menyambutnya dengan senyuman.
 Rasa bertuah pula dia menerima jawatan ni dahulu. Sekarang dia hanya perlu berhadapan dengan Fiqril, Adha, dan Kak Jie saja. Kalau nasibnya baik, dan dia pandai mencari waktu dia hanya perlu berurusan dengan Kak Jie dan Adha saja. Tugasnya senang, membuat kajian dan menyiapkan laporan tentang projek-projek yang ingin Fiqril laksanakan. Tapi kata Kak Jie, laporannya ini penting kerana ianya menentukan masa depan syarikat. Ada juga Kak Jie mengusiknya, katanya dia orang paling penting dalam syarikat ini kerana laporannya adalah keputusan Fiqril. Entah betul entah tidak Suraya tak tahulah.
“Sue, Kak Jie nak minta tolong.” Lembut suara Kak Jie meminta daripadanya. Suraya memandang Kak Jie dengan penuh rasa rendah diri. Kak Jie antara insan yang paling baik padanya jadi dia tidak akan berkira kalau bakal ibu anak kedua itu meminta tolong daripadanya.
“Apa Kak Jie?” Suraya memberi kesediaan awal untuk membantu.
“Start bulan depan Kak Jie dah cuti. Maklumlah Kak Jie dah mula tunggu hari dah hujung bulan ni. Jadi kalau boleh Kak Jie nak minta tolong Sue, tolong gantikan Kak Jie semasa Kak Jie tak ada ni. Mulanya Kak Jie nak minta tolong Sharmila tapi Encik Fiq tak nak.  Encik Fiq kat minta tolong Sue je. Boleh?” Tanya Kak Jie penuh harap. Kesian pula Suraya mendengarnya tapi mana boleh dia ganti Kak Jie, dahlah kak Jie ni setiausaha, manalah Suraya reti nak angkat call segala.
“Kak Jie, Sue bukan tak nak tolong. Kak Jie tahu ka Sue tak biasa nak angkat call orang. Jumpa orang.” Lirih suara Suraya mengakui kelemahan diri.
“Kak Jie tahu tu Sue, tapi Encik Fiq kata Sue hanya buat kerja-kerja kerani je. Yang atur jadual dia, dia boleh uruskan sendiri. Sue tolong akak ye. Kesian pula nanti kat Encik Fiq. Boleh ye?” Kak Jie merayu lagi. Macam manalah Suraya nak menolak ni.
“Tapi Kak?” Suraya masih keberatan. Namun tak sempat dia meluahkan berapa berat keberatan dia, telefon di meja Kak Jie dah berbunyi minta di angkat.
Seketika Kak Jie berbual dengan pemanggilnya. Dari cara Kak Jie berbual, Suraya tahu pemanggilnya adalah Encik Fiqril bos mereka. Sekali sekala nama Suraya turut masuk dalam perbualan itu membuatkan Suraya yang berdiri di hadapan Kak Jie resah sendiri. Apabila Kak Jie dah menekan butang pembesar suara, Suraya pucat sendiri menunggu habuannya.
“Suraya. Awak akan ganti Jie selama dia bercuti. Faham?” Tak ada salam. Tak ada tanya berita, terusan saja Suraya di tembak begitu. Aduhai dah tak boleh nak langkah seribulah Suraya dibuatnya.
“Faham bos.” Jawab Suraya dengar tak dengar.
“Faham tak?” Suara dari pembesar suara itu melengking kuat.
Agaknya orang di sebelah sana tak dengar jawapan Suraya tadi. Bukan hanya Suraya yang terkejut malah Kak Jie juga mengurut dada dihadapannya. Agaknya kalau Kak Jie ni memang dah sarat benar hendak melahirkan dah boleh bersalin kerana mendengar suara Fiqril yang tinggi itu.
“Faham bos.” Suaraya menjawab tegas. Suaranya tak dapat menyembunyikan rasa marahnya pada  Fiqril.
“Kalau macam tu selesai. Jie, I nak hanya Suraya yang uruskan kerja-kerja You selepas ini. Ajar dia elok-elok.” Lembut pula suara Fiqril memberi arahan pada Kak Jie. Memang pilih kasih betul.
“Baik Encik Fiq.” Kak Jie menjawab lembut sebelum memutuskan talian setelah bertukar salam.
Kak Jie memandang Suraya dengan wajah kesian bercampur sedikit perisa bersalah. Berkerut-kerut wajahnya memandang Suraya yang kelihatan tenang saja walau selepas menerima herdikkan daripada ketua mereka.
“Kak Jie minta maaf Sue. Kak Jie tak sangka pula bos garang benar dengan Sue macam ni sekali.” Ujar Kak Jie denga wajah bersalah.
“Tak apa Kak Jie. Sue dah biasa dah.” Ujar Suraya dengan senyuman nipis untuk mengurangkan rasa bersalah Kak Jie.
Dia tak ambil hati pun pada Kak Jie. Dia dah biasa dimarahi. Memang dia dah biasa dimarahi oleh Fiqril sejak dia mula kerja dibawah Fiqril sebulan lalu. Beberapa kali sudah dia di herdik oleh Fiqril. Naik lali dia dengan herdikan dan tengkingan Fiqril.
Pernah Adha menasihatkan dia agar tegas membantah Fiqril jika lelaki itu marah-marah begitu. Kata Adha, ketua mereka sengaja marahkan dia agar dia belajar tegas dengan orang lain walaupun cara bos mereka salah. Tapi nak buat macam mana? Bukan perangai dia hendak membantah orang. Bukan tabiat dia hendak melawan kata. Akhirnya dia akur dimarah walau salahnya sekecil hama.
“Tak sangka Kak Jie, bos boleh garang macam tu kat Sue. Dengan Kak Jie, tak ada pula dia nak marah-marah.” Ujar Kak Jie dengan persoalan besar di atas kepalanya.
Mana tidaknya, selama ini imej Fiqril di mata pekerja lain adalah seorang ketua yang perihatin, bertimbang rasa dan penuh aura ketua yang sangat dihormati. Rasanya Suraya ini je selalu menjadi mangsa herdikkan di pejabat ini. Orang lain rasanya belum pernah lagi menerima herdikkan setara dengan apa yang Suraya terima. Istimewakan layanan yang Suraya terima.
“Biasalah Kak Jie, siapalah Sue orang nak berbaik dengan Sue. Tak apalah. Bila Kak Jie nak mula ajar Sue?” Tanya Suraya dalam pada dia meluahkan rasa sebak yang mendatang itu. Lambat dia belajar kang kena lagi dia sebiji dengan Fiqril. Hati dia juga yang sakit.
“Petang nantilah. Nantilah Kak Jie panggilkan Sue.” Kak Jie membuat keputusan, petang sajalah dia mengajar Suraya. Mahu memberi sedikit masa untuk Suraya bertenang terlebih dulu. Kesian pula dia melihat gadis itu.
“Baiklah Kak Jie. Petang nanti Kak Jie panggil je Sue ye. Kalau macam tu Sue minta diri dululah Kak Jie.” Cepat saja Suraya meminta diri.


APABILA Kak Jie memanggil Suraya petang itu, Suraya sudah bersedia untuk belajar menjadi pelajar yang baik. Namun hanya setengah jam saja sesi pembelajarannya bermula sebelum wajah Kak Jie berkerut-kerut seperti menahan kesakitan. Suraya mula perasan keadaan Kak Jie yang sedang sakit itu. Hendak melahirkan ke?
“Kak Jie, kenapa ni?” Cemas Suraya bertanya pada Kak Jie. Wajahnya mula pucat. Dia tak tahu nak buat apa kalau betul Kak Jie sakit nak bersalin.
“Sakit. Kak Jie rasa dah sampai masa ni. Boleh tak Sue tolong hantar Kak Jie pergi hospital?” Pinta Kak Jie semakin lemah. Membuatkan Suraya bertambah cemas.
“Sue tak reti nak drive. Nanti Sue panggilkan Adha.” Suraya cemas hendak memanggil Adha.
 Tanpa sengaja dia terlanggar sisi meja lalu terpelecok jatuh tersungkur. Suraya tetap Suraya. Kental menempuh dugaan. Di tahan sakit di kakinya terus melangkah ke bilik Adha yang berdekatan. Tak di hirau mata yang memandang dan mulut yang menggelakkan dirinya. Kita kan warga Malaysia yang penyayang. Sentiasa tolong tengok dan tolong gelak.
“Ad.” Tanpa mengetuk pintu Suraya mendapatkan Adha. Bunyi pintu yang dia buka secara tiba-tiba itu membuatkan ahli-ahli di dalam bilik Ad terkejut besar. Ada Bos besar mereka juga di situ.
“Kenapa masuk tiba-tiba? Dah tak reti nak ketuk dulu.” Suara Fiqril melenting kuat membuatkan Suraya hampir terduduk di hadapan pintu itu.
“Kak Jie nak bersalin. Ad tolong....” Suara Suraya yang tertahan-tahan keluar menunjukkan betapa takutnya dia. Malunya dia.
“Hah?” Suara Adha terkejut besar.
“Kita bawa Kak Jie pergi klinik dulu, Ad. Angah jom.” Fiqril bersuara. Cepat betul dia dapat menangkap apa yang di perkatakan oleh Suraya.
Adha dan seorang perempuan yang dari tadi berbincang dengan bos dan Adha, sudah meluru keluar. Suraya berjalan perlahan di belakang mereka sambil menahan sakit yang amat sangat. Tak di hirau dia, Fiqril yang dia tahu sedang memerhati jalannya dari belakang. Kakinya terlalu sakit sangat untuk dia bergerak pantas seperti yang Fiqril inginkan.
“Kenapa kaki tu?” Suara Fiqril kedengaran bertanya pada Suraya. Suraya tak teringin hendak menjawab. Rasa malunya di herdik tadi masih terasa.
“Jatuh.” Jawab Suraya dengan lemah sekali. Dia memang tak pandai melawan. Memang tak reti mempertahankan diri bila di herdik dan di tengking. Tapi tak bermakna dia suka untuk di herdik dan di tengking. Dia pun ada maruah, ada rasa malu bila di tengking oleh Fiqril di hadapan orang lain. Kalau hadapan Adha dan Kak Jie, mereka sudah biasa mendengar, ini ada orang lain lagi tadi bersama mereka. Malulah dia.
“Cuai sangat kenapa?”Kedengaran kutukan penuh sinis itu keluar dari bibir Fiqril. Memang tiada perasaan kesian agaknya dalam hati seorang lelaki bernama Fiqril. Dia yang sakit-sakit begini pun masih hendak di kutuk-kutuk lagi. Malas Suraya hendak melayan.
“Mari aku tolong.” Terkedu Suraya dengan huluran pertolongan daripada Fiqril. Tangan lelaki itu mula memimpinnya dengan memegang lengannya.
“Tak perlu bos.” Tolak Suraya segan.
“Jangan nak membantah. Kau tak boleh sakit. Mula esok kau kena ganti Kak Jie.” Sudah, Fiqril mula mengeluarkan kuasa vetonya. Sekarang hendak sakit pun dia perlu minta kebenaran Fiqril juga ke?  
Tak menghiraukan tolakkan Suraya,bosnya itu sudah memerluk bahunya dan memimpin dia berjalan. Macam dia pula yang hendak bersalin. Tapi semua itu ada maksudnya. Suraya tahu Fiqril tidak mahu dia sakit kerana kalau dia sakit, lelaki itu juga yang susah nanti apabila tiada siapa hendak mengganti Kak Jie. Dia hanya kapsul kesenangan lelaki itu saja. Suraya tahu itu. Sedihnya dapat bos begini