Friday, December 16, 2011

Hati yang Kau Pergunakan 3

Adillia dengan payahnya cuba membuka mata yang bagaikan di gam kukuh. Pening kepalanya. Lemah tubuhnya. Entah kenapa dia rasa sangat tak bermaya. Perlahan-lahan dia memaksa diri untuk memokuskan diri, cuba mengesan dimana dia berada. Terasa dejavu... Bagaikan dia pernah berada di sini sekali dulu. Lama sebelum hari ini datang, dia sudah pernah ke sini.


Adillia cuba bangun tapi tubuhnya bagaikan di gam di atas katil yang selesa itu. Akhirnya dia hanya mampu menggerakkan kepalanya memandang sekeliling. Pandangnya ke kiri, hatinya mula berdebar mengharapkan apa yang terjadi hanyalah devaju. Pandangnya ke kanan, sangkaannya pasti. Dia bukan merasakan dejavu itu tapi kenyataannya dia pernah hadir di sini tiga tahun lalu. Bilik yang menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya saat setiap kali cinta mengetuk pintu hantinya.


"Sepatutnya ini keadaan yang terjadi dulu. Pagi itu seharusnya keadaan kita begini. Kau sepatutnya menanti aku sedar dan sedar dalam dakapan aku. You should be in my arm whenever I woke up that morning. Tapi kau hilangkan diri. Kau lenyap." Suara Najmi menyapa cuping telinganya. Adillia hanya bisu mendengar, tak ingin untuk percaya. Tak mahu untuk mengingati kerana saat ini hatinya terlalu kosong untuk mengetahui.


"Kalaulah kau tahu Adill, bertapa aku menanti kau dalam tiga tahun ni? walaupun mereka menyatakan kau mungkin tiada lagi dalam dunia ini. tapi aku langsung tak percaya. Aku tahu sejauh mana pun kau pergi satu hari nanti, kita pasti bertemu." Adillia terkejut mendengar luahan si mangkuk tandas itu. Mencabar kesabarannya.


"Untuk apa lagi Raja Najmi? Untuk apa? Aku dah bayar bayaran yang cukup lumayan pada kau walau kenyataannya aku langsung tak hutang kau waima sesen pun. Aku dah bayar kau, Najmi. Sepatutnya kita dah tak sepatutnya bertemu? Aku tak mahu rasa sakit macam ni lagi." Adillia bersuara lemah. Seakan melepaskan sesealan dan kesalan yang selama ini mencengkam hatinya. setitis air mata mengalir dari tepi matanya dan membasahi bantal yang selesa itu.


"Aku minta maaf. Maafkan aku Adill." Kali ini kelibat Najmi kelihatan. Pantas dia menghampiri Adillia. Di usapnya perlahan pipi mulus itu dan di hapusnya air mata itu. Pedih melihat air mata yang mengalir kerananya. Dia lebih tega melihat Adillia tega dan gagah mebangkangnya dari merintih sendu.


"Kalaulah sebuah kemaafan boleh menghilangkan segala duka." Ujar Adillia perlahan sambil memalingkan wajahnya dari terus memandang Najmi. Berpaling dari sentuhan itu.


"Adill..." Najmi bagai ini berkata sesuatu tapi ketukan di pintu mematikan hasratnya. Dengan keluhan yang amat berat, Adillia dapat merasakan bahang tubuh Najmi mula pergi. Dari jarak yang tidak berapa jauh itu, Adillia dapat mendengar butir bicara Najmi dengan seseorang tentang panggilan penting yang wajib di jawab lelaki itu.






Sehabis tenaga, Adillia cuba bangun dari pembaringannya. Dia mesti pergi dari sini. Dia mesti keluar dari tempat ini. Dia mesti kuat, kalau dia hendak selamat. Mampu mengangkat tubuhnya, tapi saat kaki nya cuba tegak Adillia terjelepok jatuh. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Tapi sesakit mana sekalipun yang pasti dia harus pergi dari sini. Tak mampu berdiri tanpa sokongan Akhirnya Adillia mengensot ke pintu, tegaknya pintu itu menyokong dia untuk bangun dan keluar. Dengan bertemankan dinding yang kukuh, perlahan Adillia cuba bergerak pergi. Menjauh dari bilik yang penuh kehitaman kenangan itu.


Semakin jauh Adillia melangkah, dia dapat merasakan semakin kuat dirinya untuk berjalan maka semakin pantas langkahnya. Dia perlu cepat. Dia perlu pergi. Itu saja dalam fikiran Adillia sekarang ini. Dia tahu waktunya semakin singkat kerana bila-bila masa Najmi boleh muncul di hadapannya selagi dia belum keluar dari rumah itu dah pergi jauh.


"Kau siapa?" Adillia terdengar seseorang memanggilnya dari sisi kanan. Adillia hanya memalingkan wajah. Dia kenal lelaki itu, Najmil adik si mangkuk tandas itu. Tak menjawab, Adillia kembali melangkah.


"Nanti dulu. Aku kenal kau. Kau polis jahanam tu kan?" Kata-kata Najmil langsung tidak Adillia perdulikan. Ada dia kisah. Yang penting dia hendak keluar saja dari rumah milik dua adik beradik enam jahanam ni.


Mungkin kerana lelaki itu terlampau marah pada respon yang diberikan Adillia. Adillia merasakan tubuhnya ditolak keras. Tubuh yang memang lemah terus terhempas ke lantai. Kepalanya terhantuk di tiang seri di belakangnya. Peningnya bertambah. Sekali lagi dia terpaksa menyokong dirinya berdiri dengan adanya tiang tersebut. Baru dia mula tegak lengannya di tarik pula. Keras genggaman itu menyakitkan lengannya. Dia terlalu lemah untuk melawan.


"Semalam hebat sangat. Sekarang kau tak pula pandai melawan ya." Telinga Adillia mendengar kata-kata itu dan merasakan tubuhnya di goncang keras. Dari hujung mata dia melihat tangan tadinya menggoncang tubuhnya terangkat perlahan bagai hendak menamparnya. Adillia hanya menunggu pasrah.


"Najmil, dont you dare to lay a finger on her. Or I will kill you." Nyaring satu suara lain, menyampuk. Genggaman erat tadi pantas terlepas hinggakan tubuh Adillia bagaikan di hempas ke lantai.


"Apa yang kau buat ni Najmil." Nyaring suara itu berurutan dengan bunyi tubuh yang terhempas ke lantai. Segalanya terlalu pantas terjadi tapi Adillia nampak segalanya. Dia nampak Najmi meluru ke arah adiknya lalu menghadiahkan sebiji tumbukan padu pada lelaki yang mengasari dirinya tadi.


"Aku minta maaf. I'm so sorry Adillia." Adillia membiarkan Najmi membantunya untuk duduk. Apabila Najmi menarik tubuhnya ke dalam perlukkan sambil satu kucupan lembut dihadiahkan di ubun-ubunnya itu Adillia sudah tidak mampu melawan apatah lagi untuk meronta tatkala Najmi sudah mencempung tubuhnya. Longlai saja tubuhnya di dalam cempungan Najmi.


"This is my last warning Najmil, Don't ever try to lay a finger on her ever again. Or I will make you for the rest of your life." Dalam tubuhnya longlai dan kepalanya masih pening itu, hati Adillia masih berfungsi sempurna untuk tersentuh dengan kata-kata Najmi.






"Apa maksud kamu Puan Adillia tak dapat di kesan?" Imran nyata tak dapat menyembunyikan lagi rasa hatinya dengan berita tersebut. Wajahnya berkerut kerisauan. Hatinya bergolak tidak sedap rasa. Suaranya naik tanpa dapat dikawal.
" Cuba jejaki dia lagi. Saya nak laporan setiap setengah jam. Saya keluar dulu." Tanpa menunggu balasan 'Baik Tuan' dari orang bawahannya. Imran sudah menarik kasar jaketnya yang bergantung di belakang kerusi dan melangkah keluar. Dia ingin menjejaki sendiri kehilangan Adillia. Adillia tidak mungkin hilang begitu saja. gadis itu pasti berada dalam kesusahan sekarang. Hatinya dapat merasakan. Dia juga berjanji jika dia tahu kemana hilangnya Adillia dan apa puncanya, dia tak akan melepaskan dalang itu dengan mudah. Biarpun dia harus menjadi pembunuh sekalipun.

Tuesday, December 6, 2011

HATI YANG KAU PERGUNAKAN (2)

"I nak jumpa pegawai yang uruskan kes Raja Najmil Raja Nazim. I Raja Najmi abang dia." Najmi memperkenalkan dirinya pada pegawai yang bertugas di kaunter tersebut.


Adiknya itu tidak habis hendak membuat perangai. Sering kali sudah dia terpaksa masuk campur menyelesaikan masalah adiknya. Malam ini bagaikan kemuncak kepada segala masalah. Polis yang menghubunginya kerana adiknya ditahan atas tuduhan cuba menyerang polis ketika serbuan.


"Sekejap ya Encik. Saya panggilkan Puan Lia." Dengan senyuman manis Pegawai yang memakai tag nama Sofea itu memaklukan padanya.


"Maaf ya Encik, Puan Lia tak angkat interkom dia. Agaknya dia keluar sekejap tu. Encik tunggu sekejap ya." Setelah hampir beberapa minit menanti akhirnya Pegawai bernama Sofea itu memaklumkan yang pegawai atasannya masih belum masuk.


Ingin Najmi melengting memarahi pegawai tersebut. Sudahlah lewat malam semalam dia baru balik dari Sarawak. Belumpun sempat dia nyeyak lena, dia dah dibangunkan awal-awal pagi begini dengan berita yang bukan-bukan. Belum pun subuh dia dah terpacak di sini tapi pegawainya pula boleh tak ada. Baru Najmi membuka mulut, kedengaran pegawai tadi memanggil seseorang di berlakangnya.


"Puan Lia." Terdengar beberapa kali suara itu memanggil pegawai atasannya. Raja Najmi berpaling menoleh pada pegawai yang dipanggil Puan itu.


Terkaku, terpaku dan terkelu Najmi melihat pegawai yang dia nantikan tadi. Kalau inilah pegawai yang dia tunggu bukan sekadar minit-minit yang berlalu di balai polis ini tadi tapi sudah bertahun dia menanti. Malah sudah 3 tahun 4 bulan dan 21 hari dia menanti kehadirannya. ADILLIA.








Adillia cepat mengawal riak wajahnya. Dia sudah lama bersedia untuk pertemuan ini, kerana dia tahu dia akan bertemu juga dengan manusia di hadapannya ini. Seseorang yang telah merampas banyak peristiwa dari hidupnya. Bertahun hidup sebagai perlarian mujurlah ada Nadirah yang akhirnya memahami menjadi orang tengah pada kehidupannya. Menjadi orang yang membantu dia memulakan hidup baru.


Adillia tahu adik sepupunya itu rasa bersalah atas apa yang terjadi padanya. Syukur mula malam itu adik sepupunya itu mula tekad berubah. Nadirah mula menghargai kehidupannya dan orang sekelilingnya. Dengan bantuan Nadirah membawa semua keluar sijil pentingnya dari rumah tanpa perlu dia kembali ke rumah yang dia sedari sentiasa di intip oleh orang-orang Najmi membuatkan Adillia mampu untuk mulakan hidup. Bertahun dia jadi perlarian hingga tak mampu balik ke rumahnya sendiri sehinggakan Najmi mengaku kalah dan menarik balik mata-mata yang sentiasa mengawasi rumah sewa dan rumah keluarganya.


"Puan Lia, ini ada yang nak jumpa berkenaan kes serangan tadi." Sofea yang tak sedar keadaan yang berlaku terus memanggil pegawai atasannya itu.


"Inspektor Adillia." Adillia menghulurkan tangannya pada Raja Najmi. Berpura-pura langsung tak mengenali lelaki itu walau hakikatnya sejuta tahunpun dia tak akan lupa siapa Raja Najmi.


"Jangan buat pekara bodoh kat sini mangkuk. Sini kawasan aku. Hutang kita dah lama selesai." Adillia membisikkan kata-kata itu hanya untuk mereka berdua saja apabila selambanya Najmi menyambut huluran tangannya dan terasa tangannya itu di tarik merapati diri lelaki itu. Tapi nampaknya amaran itu langsung tak di ambil kira, Najmi langsung tidak mahu melepaskan tangannya. Malah makin erat tangannya di genggam. Adillia mahu saja menjerit minta di lepaskan tapi dia takut nanti terpecah pekung di dada. Lalu hanya termampu untuknya meronta dalam diam.


"Lia," Suara garau asing membuatkan eratnya genggaman itu terlepas. Kelihatan seorang lelaki yang juga berpakaian kasual seperti Adillia namun gaya lelaki itu sama yang di tunjukkan oleh Adillia telah menyatakan imej seorang pegawai atasan polis.


"Im. Ada apa? " Suara tegas Adillia tadi bertukar menjadi suara yang cukup lembut. Nada yang tak pernah digunakan untuk Najmi walaupun ketika sejarah belum mengukir nama dalam hidup mereka.


"Ni, Im belikan Lia breakfast. Lia tak makan lagi kan? Makan dulu sebelum makan ubat tu." Lelaki yang di panggil Im itu menghulurkan satu bungkus makanan dan minuman pada Adillia. Adillia menyambutnya dengan senang dan ceria. Berbulu mata Najmi memandang gelagat mereka.


"Hai Tuan Imran, untuk Puan je ke? Kami tak ada?" Terdengar usik-usik memenuhi balai tersebut. Nampaknya memang jelas perhubungan antara dua pegawai itu bukan lagi rahsia.


"Ehem..." Adillia berdehem. Imran hanya tersenyum. Najmi sudah tak mampu nak bersuara. Kelu dia, adakah selama bertahun ini dia setia pada yang tak sudi?


"Nanti Lia balik dengan Im ke? Im balik lepas subuh lah." Imran bertanya lagi. Di biarnya usikan senyuman dari pegawai-pegawainya yang lain.


"Taklah. Lia balik sendirilah Im. Lia drive. Thanks ya Im. Lia minta diri dulu, ada kerja sikit. Kes tadi." Adillia pantas meminta diri. Imran mengangguk faham dan turut meminta diri berlalu pergi.


"Come Encik ....?" Adillia sengaja buat tak kenal manusia di hadapannya ini. Sengaja berpura-pura langsung tidak pernah ada sejarah antara mereka.


"Raja Najmi Puan." Sofea pula yang menyampuk memperkenalkan diri lelaki itu sementelah lelaki itu terlalu ego untuk bermain tarik tali dengan Adillia.


"Encik Raja Najmi, mari kita berbincang di sudut sana." Adillia membawa perbincangan mereka di meja aduan di sudut terbuka balai itu. Berharap dengan caranya itu Najmi akan lebih tertib dan sopan padanya walaupun 99% Adillia menganggap pekara itu mustahil terjadi.








Raja Najmi menanti ketibaan kereta Adillia di hadapan rumah sewa gadis itu. Tadi dia sudah memberi peluang pada Adillia untuk menyelesaikan masalah tentang adiknya tanpa sedikitpun memberi ruang untuk dia bertanya tentang kehilangan Adillia. Tak memberi peluang untuk dia mendapat penjelasan tentang keadaan mereka. Tak memberi peluang untuk dia bertanya tentang siapa Imran? Sekarang giliran dia lagi untuk menyelesaikan masalah antara mereka. 


Tidak sukar untuk dia menjejaki gadis itu jika sudah dia tahu di mana harus dia mula menjejak. Hanya dengan satu panggilan, Najmi sudah mampu mengesan lokasi Adillia. Sudah tahu dimana kedudukan Adillia. Itu memang mudah bagi dia, tapi Najmi tahu yang sukarnya nanti untuk berbincang dengan Adillia. Oleh itu dia sudah menyiapkan rancangan yang cukup baik untuk dia dan Adillia berbincang dalam keadaan tenang. Najmi dah tak kisah walaupun cara itu cukup kotor untuk reputasinya. 


Senyuman Najmi melebar tanda penantiannya berakhir apabila kereta My Vi milik Adillia masuk di perkarangan tempat pakir Apartment gadis itu. Najmi  menunggu Adillia selamat memakirkan keretanya dan keluar dari besi bergerak itu sebelum dia merapati gadis tersebut. Adillia yang sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta itu nyata tidak menyedari kehadirannya.


"3 tahun 4 bulan dan 21 hari kau menghilang. Kau ke mana?" Itu mukadimah Najmi yang membuatkan Adillia tersentak. Kepala nya terhantuk pada bonet kereta kerana terkejut mendengar suara itu. Lama Adillia membatukan diri sebelum dia kembali meneruskan tugasnya bagaikan Najmi bukan bercakap dengannya.


"Siapa Imran?" Tanya Najmi lagi. 


Kali ini Adillia menutup bonet keretanya dan menoleh. Dia menoleh bukan kerana dia ingin menjawab soalan Najmi tetapi kerana tugasnya sudah habis. Tangannya penuh dengan beg kerja dan beg pakaiannya. Adillia berjalan ke arah Najmi yang kini berdiri bertentang mata dengannya. Dia berjalan ke sisi lelaki itu sebelum dia berhenti dan membuatkan kedudukan mereka sebaris.


"Hutang kita dah lama selesai Najmi. Antara kau dan aku, kita sudah tiada sejarah pun. Kita adalah orang asing yang saling tak mengenali. Jangan buat aku kembali kenali kau mangkuk kerana kalau saat itu berlaku, kau akan jadi musuh aku yang paling utama. " Ujar Adillia tegas dan sombong sebelum dia melangkah. 


Najmi hanya tersenyum nipis sebelum tangannya di layangkan ke udara bagaikan memberi isyarat pada seseorang. Tanpa menoleh memandang Adillia, Saat dia mendengar bunyi kotak gadis itu jantuk menyembah bumi, Najmi tahu rancangnya pada Adillia sudah terlaksana. Sudah berjaya.


"Kau yang minta ini Adillia. Dan aku lebih rela menjadi musuh kau dari terus membiarkan kau jauh dari aku. Kau tak akan mampu lagi berjalan pun dari kehidupan aku. Biar kita sama-sama menjadi musuh." Ujar Najmi pada hembusan angin yang menyapa.


p/s entri sebelum tamat. mungkin ada satu atau dua episod lagi.