Friday, February 18, 2011

Mencari Kesilapanku 2

Afaf Shafiya


Mataku ingin menangis namun sudah tiada airmata yang dapat ku berikan buat santapan pipiku. Hati aku remuk. Jiwa aku hancur. Saat kau tandatangan surat penguguran itu, akhirnya aku mampu membenci diri kau lebih diriku. Terima kasih kerana kau dah mampu buatkan dirimu jijik di mataku. Tekadku tak akan mampu aku maafkan dikau biarpun apa terjadi.

"Afaf?" Dengan pandangan kosong aku melihat Amril masuk. Amril, insan yang menghulurkan tangan melindungi aku saat diri ini hilang tempat bergantung. Insan yang langsung tak menilai sebesar mana perut aku. Insan yang langsung tidak kisah seberat mana caci maki yang aku tanggung di bahuku. Dia tetap ada. Tetap menghulurkan tangan padaku.

"Afaf." Sekali lagi namaku di panggil dan sekali lagi aku tak mampu membalas. Aku sebak. Aku ingin menangis tapi tak tertangis nasibku. Akhirnya hanya  mata yang kosong mampu memberinya jawapan.

"Afaf. Tolongla, I merayu pada you. Menangisla. Lepaskan kesedihan. Jangan takutkan I macam ni Afaf. Bersedihlah." Aku dengar suara Amril merayu. Sayu hatiku mendengar rayuannya. Namun tak masih tak boleh melepaskan perasaanku. Anak aku sudah tiada. Anak aku sudah tinggalkan aku. Anak aku sudah mati. Mati di bunuh oleh ayahnya sendiri.

"Afaf, dah tiga hari baby tak ada. Tapi you langsung tak menangis. I tahu you sedih. I tahu you terluka tapi you langsung tak lepaskannya. You langsung tak menangis. I risau. I tahu ini salah I. Kalau I yang ada bersama you waktu itu, I tak akan tandatangan surat tu. I tak akan biarkan Zafri tandatangan surat itu, sebab I tahu kalau apa-apa terjadi pada baby, you akan sama turut mati." Aku mendengar luahan Amril. Bertapa saat ini aku ingin menangis. Lebih-lebih melihat airmata setitis menitis di pipi Amril. Lekas-lekas aku usap airmata itu pergi dari pipinya. Aku dah tak sanggup nak terhutang budi Amril. Cukuplah selama ini aku terhutang tenaga dan perhatian darinya, jangan pula kali ini menambah dengan terhutang airmatanya.

"Afaf sakit Am. Afaf sakit. Afaf nak menangis tapi Afaf tak mampu. Hati Afaf sakit. Jiwa Afaf pedih tapi Afaf tak mampu bersedih. Zafri Aqhar, kenapa dia terlalu kejam Am? Kenapa dia benci sangat dengan Afaf. Tak kisah dia benci Afaf tapi kenapa dia bunuh baby Afaf? Afaf benci dia Am. Afaf benci dia. Afaf dendam dengan dia." Kataku tanpa perasaan. Di wajah Amril aku dapat melihat kerisauannya bertambah. Aku dapat melihat kepelikkannya berjuang. Mungkin kerana ini kali pertama aku kata aku membenci dan orang yang aku benci itu adalah orang yang pernah menjadi paling aku cintai.

"Afaf." Amril memanggil aku penuh kebimbangan.

"Ya Afaf benci Zafri Aqhar. Afaf dendam dengan Zafri Aqhar." Aku sekali lagi menegaskannya dan saat itu pintu wad aku di buka. Aku pasti manusia di pintu itu mendengar kata-kata aku. Wajah Zafri Aqhar muncul di pintu.

"Fiya?" Aku dengan suara yang begitu jelik dan menyakitkan hati itu. Wajahnya terkejut melihat ku mungkin kerana apa yang dia dengar dariku tadi.

"Ya. Aku benci kau Zafri Aqhar. Aku dendam pada kau. Ini kali ketiga aku katakan aku benci pada kau. Aku nak kau pergi dari hidup aku." Ujarku tanpa perasaan. Matanya aku tentang. Aku lihat matanya yang pada mulanya ragu semakin lama semakin yakin. Namun Zafri Aqhar tetap Zafri Aqhar, dia tidak akan mengalah selagi tak yakin seyakinnya. Aku nampak dia ingin melangkah mendekatiku.

"Aku kata aku tak nak tengok muka kau Zafri Aqhar. Sekali lagi kau melangkah aku akan bunuh seluruh keturunan kau dan percayalah aku mampu buat macam itu. Bukan kau saja yang boleh menghapuskan keturunan aku." Kali ini tiada lagi perasaan belas di hati aku. Tiada lagi perasaan sedih. Aku dah hilang rasa. Yang aku rasa ada keinginan untuk memusnahkan orang tanpa rasa kasihan dan keinginan itu masih kekal walaupun aku melihat Zafri Aqhar tidak lagi jadi melangkah padaku malah keluar meninggalkan aku. Aku lihat wajah Amril penuh persoalan.

"Terimalah Am, ini Afaf yang baru." Ujarku sambil terus merenungnya. Aku lihat wajah kecewa Amril. Aku tahu dia kecewa. Tapi aku dah tiada rasa untuk simpati.


p/s bila sedih Iman sentiasa ingin menulis tentang kesedihan. Adakala senyuman itu tidak cukup untuk mengubat hati yang bersedih.

Mencari kesilapanku 1

 Afaf Shafiya...

"Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

( korus )
Jangan diucap elamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada"

Kesedihan dalam diriku bagaikan laut tiada pantai. Sakit pedih langsung menusuk di hati. Aku ingin lari dari perasaan ini. Aku ingin cipta dunia-dunia yang penuh gelak tawa. Namun makin aku cuba lari makin dekat aku pada rasa itu. Makin kita lari dari rasa sedih itu makin dalam kepahitan yang kita rasakan. Sepahit hatiku ini.

Apa salah aku di matanya? Apa silap aku pada dirinya? Telah aku lepaskan segala-gala buatnya. Telah aku turutkan semua kehendaknya. Perpisahan yang dia inginkan, aku turutkan. Kakak aku yang dia mahukan, aku restui. Tak pernah aku persoalkan kehendaknya. Tak pernah aku menuduh dirinya walau sekejam mana perbuatannya padaku.

Bertahun aku kenali dirinya. Sejak dari kami masing bermain pondok-pondok lagi.Aku tahu sejak itu tidak pernah hadir namaku di hatimu. Aku tahu sejak dari dulu aku hanya pilihan kedua dalam hari-harimu. Siapalah aku di bandingkan dengan dia yang cantik dan berbudi perkerti tinggi. Siapalah aku dibandingkan dengannya yang lemah lembut dan menawan.

Aku tahu, dirimu tidak salah. Dirimu hanya lelaki biasa yang cuma melihat keanggunan Cleopetra dan Memuji keindahan Puteri gunung ledang. Diri ini yang hanya gadis biasa cumalah persinggahan dalam hidupmu. Tapi tak apa. Aku sudi menjadi persinggahan itu.Aku rela menjadi pilihan kedua.

Bila kau marahkan dia, kau hentak diriku, tapi aku tetap bersabar.
Bila kau rindukan dia, semalaman kita bicara tentangnya dan aku hanya mendengar. Namun aku tetap bahagia melihat kau gembira.
Bila dia menolak cintamu, kau bak kapal yang di lambung ombak. Walaupun aku tak berdaya namun aku tetap berusaha untuk menenangkanmu.
Aku cuba terus berada disampingmu walaupun aku tahu waktu kau hulur salam pertunangan, itu hanya kerana kau ingin membalas dendam.
Sehinggakan kalau kau rampas perawanku tanpa relaku hanya kerana kau cemburu melihat dia bersama kasihnya. Sekejam itu kau padaku dan aku masih mampu memaafkanmu.

Bertapa bodohnya aku tak mampu menolak walaupun aku sedar semuanya kesilapan sejak mula.Bertapa simpatinya aku pada diriku kerana tidak mampu bertegas dengan hakku. Bertapa aku benci diriku kerana terlalu lemah di sampingmu.

Sedangkan Kerana dia, kau sanggup memfitnahku curang pada ikatan pertunangan kita. Kerana dia, kau tak akui ini anakmu dan semudah itu kau tuduh aku mengandungkan benih lelaki lain sedangkan kau tahu hanya kau yang pernah menyentuhku walau hanya sekali. kerana dia kau sanggup mencaciku. Kerana cintamu padanya telah terbalas, kau tak sabar untuk menghapuskan aku dari hidupmu.

Dan kerana kau, aku sanggup berdiam diri kala keluargaku membuangku kerana benih yang kau tanam ditubuhku atas kesilapan sekali itu. kerana kau, aku biarkan cacian itu. Kerana kebahagiaan kau dengan dia aku sanggup pergi dari hidupmu.

10 tahun aku bazirkan menantimu. 10 tahun aku percayakanmu dan 10 tahun juga aku sedar kau hanya mencintai dia.Jadi bukan salahmu dan bukan salahnya. tapi salah aku yang bodoh kerana terlalu mengharap.

Saat aku melangkah pergi hanya satu harapanku agar kau bahagia dengannya. Kerana aku tahu kau terlalu mencintainya dan kebahagiaan kau dan dia adalah kebahagiaanku. Kau sahabatku dan dia kakak ku, asalkan kamu bahagia. Tidak ada apa lagi yang mampu ku pinta walau hatiku terluka.

Cuma kenapa? Apa silapku? Apa salahku padamu? Saat aku sudah bina kehidupanku sendiri dengan tulang empat kerat. Di saat aku bersedia menjadi ibu pada anakmu, kau pinta aku gugurkan kandungan ini. Mudahnya kau pinta semua itu. Terkelu aku saat kau pinta aku bunuh anak aku sendiri.

Tidakkah kau lihat bertapa sayangnya aku pada kandungan aku ini. Aku harungi caci maki orang, Aku hadapi sakit mabuk mengandung sendirian. Aku ikat perut untuk memastikan aku mampu membeli pakaian dan persiapan bersalin nanti. Semuanya kerana anak ini. Anak aku. Kalau kau tak inginkan anak ini, aku tidak kisah kerna aku mampu menjaganya. Kalau kau tidak mengakui anak ini sebagai anak, aku tidak peduli kerana aku tetap menyayanginya. Kalau memang kau tak mahukan anak ini, jangan kau pinta aku bunuh anak ini.

Tidakkah kau fikir perasaan ku. Tidakkah pernah berharga sedikitpun aku dimatamu? Tidakkah cukup pengorbananku untuk kau dan dia. Sehinggakan kau sanggup membunuh anak ini? Maaf aku bukan pembunuh. Selagi aku hidup, aku jaga anak ini. Itu tekadku.

Hari-hari kau rayu diriku. Berhari-hari kau pinta padaku untuk membunuh anakku. Sehinggakan kita bergaduh. Sehinggakan kau tolak aku. Sehinggakan aku kehilangan anak aku. Saat doktor meminta kau menandatangan surat penguguran, aku tahu kau gembira walau wajahmu duka. Aku tahu kau bersyukur atas kehilanganku.

Semua kerana Aku tahu kau terlalu sayangkan dia hingga kau takut saat anak ini lahir, dia tahu anak ini anak kau. Kau takut kalau dia tinggalkan kau. Kau lebih memilih dia dari anak ini. kau lebih rela bunuh anak ini dari kehilangan dia. Saat hilangnya anak ini saat itu tumbuh benciku padamu.

Apa salahku? Apa dosaku? Apa silapku padamu sehinggakan kau hukum aku sebegini kejam? Akan ku cari kesilapan ku seumur hidupku ini agar dapatku kekesali nanti.

p/s hanyalah sebuah cerpen di kala hati ini sedang bersedih... harap sampai ke hati pembaca

Thursday, February 10, 2011

Bos, janganlah merajuk.

Aku mula masuk ke alam perkerjaan, sibuk adalah kemestian.. Cuma aku dah menari serentak dgn perkerjaan aku. Kembali menjadi orang gaji cum pembantu kesayangannya. Sayang la sangat kan. Kadang-kadang tertekan juga jiwa dan raga dengan boss aku ni. Menyibuk je. Ade je hal dia nak cari pasal dengan aku.


 Macam hari ini lah. Adakah dia ajak aku ikut dia temankan dia ke Majlis Kahwin sepupunya hujung minggu ni. Bila aku cakap tak nak, dia dok sibuk mengekor aku dari hujung dunia ke hujung dunia. Tak dapat aku nak bergerak bebas. Setiap lima minit dia akan tanya aku lagi. Ini dah sampai tahap memaksa dah ni. Ini aku bengang ni.


"BOS nak apa ni? Dari tadi je mengekor saya." Ujarku dengan kebengangan terlampau.


"Jomlah Hazia, Temankan saya hujung minggu ni." Arman ni memang tak faham bahasa agaknya.


"Tak naklah bos."


"Nak la"


"Tak Nak"


"Kenapa tak nak?"


"Sebab malas"


"Kenapa pulak malas?"


"Sebab saya bosan tengok muka bos." Hah ambik sebijik. Aku kata tak nak. Tak faham bahasa,


"Yalah kalau muka saya memanglah bosan. Lain lah kalau muka Anuar, langsung tak akan bosan kan?" Aik semacam je aku dengar bunyi ayat tu.


Hai encik Arman ni merajuk dengan aku ke? Amboi siap masuk pejabat lagi. Sahlah merajuk orang tua ni. Apalah. Dah tua-tua pun nak merajuk. Sedih betullah dapat bos macam ni. Akulah manusia yang menyedihkan itu. Kan dah tempa satu bala dah ni. Nanti satu hal lagi nak pujuk orang tua merajuk tu. Setakat ini biarkan la dulu. Tak larat nak tengok muka  tapai basi dia tu.












Amannya dunia aku. 'Ekor' aku Encik Arman tu dah tercabut, selesa sikit aku nak bergerak kemana-mana. Aku pun menyambung kerja aku seperti biasa. Menaip dan menyusun proposal yang ada seperti biasa. Seronok pula kerja tanpa gangguan. Baru terasa macam berkerja. Kalau tak selalu mesti terdengar, "Hazia, air saya habis.", "Hazia nak ini", "Hazia nak itu" ape tak pening.


Aku menyambung membuat kerjaku dengan hati cukup bahagia. Bahagia sangat sebab tak ada yang kacau aku. Bahagia sampaikan aku tak sedar yang bos aku hari ini langsung tak keluar bilik. Lunch pun tak keluar. Aku perasan pun sebab Kak Zah, wartawan tak bergaji opis ni tanya kat aku kenapa dengan bos kesayangan aku tu. Sayang la sangat kan.


"Hazia, awat bos hang tu? Kak tengok tak keluar pun dari tadi. Ini dah setengah waktu lunch, tak keluar jugak. Hang dok gaduh dengan dia ye?" Tanya Kak Zah. Kak Zah ni memang pandai bab-bab korek mengorek ni. Agaknya dia ni Tauke kapal korek kot.


"Tak adalah Kak Zah. Buat apa saya nak gaduh dengan dia? kalau bergaduh pun tak da kesan la." Balasku. Mataku masih tertumpu pada skrin komputerku lagi.


"Ala kak Zah tau hang gaduh dengan bos. Biasalah dik, kalau kita bercinta ni sesekali tu memang ada yang tak kena. Sedangkan akak ni dah lama kahwin pun kadang-kadang gaduh dengan cik abang. Inikan pula hang dan bos tu baru takat bercinta." Aku terus memandang ke arah kak Zah bila perkataan bercinta tu keluar.


"Bila masa saya bercinta dengan bos?" Tanya ku pelik pada radio ni.


"Ala tak yah dok sembunyi-sembunyi la Hazia oii... Satu office ni tahu yang hang dok bercinta dengan bos. Apanya, hang ke hulu ke hilir dengan bos. Hang pi la pujuk bos tu, tak elok gaduh lama-lama. Kak Zah ni nak keluar jap. Nak ambil anak balik sekolah. Hang tolong cakap kat bos akak masuk lewat sikit na." Aku tengok selamba saja Kak Zah ni. Kadang-kadang terasa juga hati aku yang jahat ni nak lunyai-lunyai mulut dia tu. Patutlah baik semacam dengan aku rupanya nak minta tolong aku dalam pada itu pun sempat nak menyindir. Aduhai, manusia-manusia. 












Aku toleh ke pintu pejabat bos yang tertutup. Nampaknya aku kena juga jumpa bos ni. Lagipun bosan juga aku kalau bos tak cakap dengan aku. Aku melangkah ke biliknya. Aku ketuk pintu kaca itu. Bila aku dengar dia suruh masuk baru aku masuk. Tertib pula aku hari ini. Macam biasa tak perlu di pelawa aku duduk di hadapanya sambil menongkat dagu memandang ke arah bos aku yang tak berapa nak hensem di bandingkan dengan Encik Anuar. Dia masih tak peduli aku renung dia. Dia sibuk je layar internet. Cari heli mainan.


"Tak adalah hensem sangat." Aku saja cakap macam tu untuk menarik perhatian dia.


"kalau tahu tak hensem tak yah renung macam tu." Jawabnya. Aeii dengar juga mamat ni.


"Bos tak keluar makan?" Tanyaku sambil melunakkan suara.


"Tak. Dah kenyang." keluar lagi suara merajuk dia.


"Okay la macam tu bos. Jom kita gossip."Ajakku. Melihat dia tidak ada respon aku teruskan pada gossip aku. Aku peduli apa padanya.


"Bos tahu tak, budak budak office ni gossip pasal kita. Dia orang cakap kita bercinta." Aku memulakan mukadimah. Sekarang aku dapat menarik perhatian dia. Dia memandang pelik padaku.


"Bercinta?"Soalnya tak percaya.

 "Iya bos. Bercinta. Ala-ala in love macam tu. Amore." Aku bercerita dalam nada terujaku.



"Iya je awak?" Aku lihat sudah ada senyuman kecil di bibirnya.


"Betul bos. Budak-budak ni gossipkan kita. Dia orang kata kita ni bercinta sebab kitakan selalu bersama. Keluar sama-sama. Lunch sama-sama. Kadang-kadang saya tumpang bos balik. Tapi selama ni saya ingat budak-budak ni tak kisah rupanya dia orang tengok kita. Saya rasa kita ni macam artis je. Wah glamor." Cerita ku lagi. Aku perasan senyuman bos aku semakin melebar. Cuma aku pura-pura tak perasan je.


"Hazia, Hazia. Saya tak tahu nak buat apa lagi dengan awak. Kadang-kadang saya rasa awak la manusia paling blur dalam dunia. Awak tahu tak saya tengah merajuk dengan awak tadi? Tapi awak masuk je, awak bercerita dengan saya buat semua rajuk saya hilang. Macam mana saya nak senyum kalau awak tak ada kat sisi saya suatu hari nanti." Aku terpanggah pada kenyataan berani mati bos aku tu.


"Bos merajuk ke tadi? Saya tak tahu pun. Sorry la bos. Kalau macam tu saya keluar dululah. Bos merajuk la lagi." Ujarku selamba, menyelimuti kekekokkan yang mungkin terjadi. Aku ingin segera beredar. Namun Bos ku memanggilku kembali.


"Hazia. Jom kita pergi makan aiskrim." Ajaknya tiba-tiba.


"Hah?" Tak tercerna otak aku.


"Jom pergi makan aiskrim." Ajaknya lagi. Baru aku nak tercerna, dia dah tarik tangan aku keluar. Biasalah keluar dengan bos aku. Tinggal bawa badan je. Yang lain di tanggung beres.










Kami beli aiskrim kat convenience store kat tingkat bawah office kami. Beli satu bekas tu lepas tu melepak duduk kat tangga kecemasan kat tingkat kami. Biasalah aktiviti story tell time pun bermula. Tengah-tengah bercerita tu keluar la nama Encik Anuar.


"Hazia keluar dengan Anuar lagi ke?" Tanya bos ku. Pelik soalan itu aku rasakan.


"Tak adalah." Memang betul aku tak keluar dengan kawan baik dia tu.


"Baguslah." Katanya. Aku sumpah aku dengar itu keluar dari bibirnya.


"Bagus?" Tanya aku pelik.


"Jom ikut saya pergi ke kenduri hujung minggu ni?" Ajaknya padaku lagi. Ayok apa nak jawab ni? Nak ikut ke tak? 




p/s ini sambungan terhadap I hate you bos... Dan akan di letakkan di bawah tag tajuk kumpulan bernama. Bos Aku La tu