Friday, December 16, 2011

Hati yang Kau Pergunakan 3

Adillia dengan payahnya cuba membuka mata yang bagaikan di gam kukuh. Pening kepalanya. Lemah tubuhnya. Entah kenapa dia rasa sangat tak bermaya. Perlahan-lahan dia memaksa diri untuk memokuskan diri, cuba mengesan dimana dia berada. Terasa dejavu... Bagaikan dia pernah berada di sini sekali dulu. Lama sebelum hari ini datang, dia sudah pernah ke sini.


Adillia cuba bangun tapi tubuhnya bagaikan di gam di atas katil yang selesa itu. Akhirnya dia hanya mampu menggerakkan kepalanya memandang sekeliling. Pandangnya ke kiri, hatinya mula berdebar mengharapkan apa yang terjadi hanyalah devaju. Pandangnya ke kanan, sangkaannya pasti. Dia bukan merasakan dejavu itu tapi kenyataannya dia pernah hadir di sini tiga tahun lalu. Bilik yang menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya saat setiap kali cinta mengetuk pintu hantinya.


"Sepatutnya ini keadaan yang terjadi dulu. Pagi itu seharusnya keadaan kita begini. Kau sepatutnya menanti aku sedar dan sedar dalam dakapan aku. You should be in my arm whenever I woke up that morning. Tapi kau hilangkan diri. Kau lenyap." Suara Najmi menyapa cuping telinganya. Adillia hanya bisu mendengar, tak ingin untuk percaya. Tak mahu untuk mengingati kerana saat ini hatinya terlalu kosong untuk mengetahui.


"Kalaulah kau tahu Adill, bertapa aku menanti kau dalam tiga tahun ni? walaupun mereka menyatakan kau mungkin tiada lagi dalam dunia ini. tapi aku langsung tak percaya. Aku tahu sejauh mana pun kau pergi satu hari nanti, kita pasti bertemu." Adillia terkejut mendengar luahan si mangkuk tandas itu. Mencabar kesabarannya.


"Untuk apa lagi Raja Najmi? Untuk apa? Aku dah bayar bayaran yang cukup lumayan pada kau walau kenyataannya aku langsung tak hutang kau waima sesen pun. Aku dah bayar kau, Najmi. Sepatutnya kita dah tak sepatutnya bertemu? Aku tak mahu rasa sakit macam ni lagi." Adillia bersuara lemah. Seakan melepaskan sesealan dan kesalan yang selama ini mencengkam hatinya. setitis air mata mengalir dari tepi matanya dan membasahi bantal yang selesa itu.


"Aku minta maaf. Maafkan aku Adill." Kali ini kelibat Najmi kelihatan. Pantas dia menghampiri Adillia. Di usapnya perlahan pipi mulus itu dan di hapusnya air mata itu. Pedih melihat air mata yang mengalir kerananya. Dia lebih tega melihat Adillia tega dan gagah mebangkangnya dari merintih sendu.


"Kalaulah sebuah kemaafan boleh menghilangkan segala duka." Ujar Adillia perlahan sambil memalingkan wajahnya dari terus memandang Najmi. Berpaling dari sentuhan itu.


"Adill..." Najmi bagai ini berkata sesuatu tapi ketukan di pintu mematikan hasratnya. Dengan keluhan yang amat berat, Adillia dapat merasakan bahang tubuh Najmi mula pergi. Dari jarak yang tidak berapa jauh itu, Adillia dapat mendengar butir bicara Najmi dengan seseorang tentang panggilan penting yang wajib di jawab lelaki itu.






Sehabis tenaga, Adillia cuba bangun dari pembaringannya. Dia mesti pergi dari sini. Dia mesti keluar dari tempat ini. Dia mesti kuat, kalau dia hendak selamat. Mampu mengangkat tubuhnya, tapi saat kaki nya cuba tegak Adillia terjelepok jatuh. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Tapi sesakit mana sekalipun yang pasti dia harus pergi dari sini. Tak mampu berdiri tanpa sokongan Akhirnya Adillia mengensot ke pintu, tegaknya pintu itu menyokong dia untuk bangun dan keluar. Dengan bertemankan dinding yang kukuh, perlahan Adillia cuba bergerak pergi. Menjauh dari bilik yang penuh kehitaman kenangan itu.


Semakin jauh Adillia melangkah, dia dapat merasakan semakin kuat dirinya untuk berjalan maka semakin pantas langkahnya. Dia perlu cepat. Dia perlu pergi. Itu saja dalam fikiran Adillia sekarang ini. Dia tahu waktunya semakin singkat kerana bila-bila masa Najmi boleh muncul di hadapannya selagi dia belum keluar dari rumah itu dah pergi jauh.


"Kau siapa?" Adillia terdengar seseorang memanggilnya dari sisi kanan. Adillia hanya memalingkan wajah. Dia kenal lelaki itu, Najmil adik si mangkuk tandas itu. Tak menjawab, Adillia kembali melangkah.


"Nanti dulu. Aku kenal kau. Kau polis jahanam tu kan?" Kata-kata Najmil langsung tidak Adillia perdulikan. Ada dia kisah. Yang penting dia hendak keluar saja dari rumah milik dua adik beradik enam jahanam ni.


Mungkin kerana lelaki itu terlampau marah pada respon yang diberikan Adillia. Adillia merasakan tubuhnya ditolak keras. Tubuh yang memang lemah terus terhempas ke lantai. Kepalanya terhantuk di tiang seri di belakangnya. Peningnya bertambah. Sekali lagi dia terpaksa menyokong dirinya berdiri dengan adanya tiang tersebut. Baru dia mula tegak lengannya di tarik pula. Keras genggaman itu menyakitkan lengannya. Dia terlalu lemah untuk melawan.


"Semalam hebat sangat. Sekarang kau tak pula pandai melawan ya." Telinga Adillia mendengar kata-kata itu dan merasakan tubuhnya di goncang keras. Dari hujung mata dia melihat tangan tadinya menggoncang tubuhnya terangkat perlahan bagai hendak menamparnya. Adillia hanya menunggu pasrah.


"Najmil, dont you dare to lay a finger on her. Or I will kill you." Nyaring satu suara lain, menyampuk. Genggaman erat tadi pantas terlepas hinggakan tubuh Adillia bagaikan di hempas ke lantai.


"Apa yang kau buat ni Najmil." Nyaring suara itu berurutan dengan bunyi tubuh yang terhempas ke lantai. Segalanya terlalu pantas terjadi tapi Adillia nampak segalanya. Dia nampak Najmi meluru ke arah adiknya lalu menghadiahkan sebiji tumbukan padu pada lelaki yang mengasari dirinya tadi.


"Aku minta maaf. I'm so sorry Adillia." Adillia membiarkan Najmi membantunya untuk duduk. Apabila Najmi menarik tubuhnya ke dalam perlukkan sambil satu kucupan lembut dihadiahkan di ubun-ubunnya itu Adillia sudah tidak mampu melawan apatah lagi untuk meronta tatkala Najmi sudah mencempung tubuhnya. Longlai saja tubuhnya di dalam cempungan Najmi.


"This is my last warning Najmil, Don't ever try to lay a finger on her ever again. Or I will make you for the rest of your life." Dalam tubuhnya longlai dan kepalanya masih pening itu, hati Adillia masih berfungsi sempurna untuk tersentuh dengan kata-kata Najmi.






"Apa maksud kamu Puan Adillia tak dapat di kesan?" Imran nyata tak dapat menyembunyikan lagi rasa hatinya dengan berita tersebut. Wajahnya berkerut kerisauan. Hatinya bergolak tidak sedap rasa. Suaranya naik tanpa dapat dikawal.
" Cuba jejaki dia lagi. Saya nak laporan setiap setengah jam. Saya keluar dulu." Tanpa menunggu balasan 'Baik Tuan' dari orang bawahannya. Imran sudah menarik kasar jaketnya yang bergantung di belakang kerusi dan melangkah keluar. Dia ingin menjejaki sendiri kehilangan Adillia. Adillia tidak mungkin hilang begitu saja. gadis itu pasti berada dalam kesusahan sekarang. Hatinya dapat merasakan. Dia juga berjanji jika dia tahu kemana hilangnya Adillia dan apa puncanya, dia tak akan melepaskan dalang itu dengan mudah. Biarpun dia harus menjadi pembunuh sekalipun.

Tuesday, December 6, 2011

HATI YANG KAU PERGUNAKAN (2)

"I nak jumpa pegawai yang uruskan kes Raja Najmil Raja Nazim. I Raja Najmi abang dia." Najmi memperkenalkan dirinya pada pegawai yang bertugas di kaunter tersebut.


Adiknya itu tidak habis hendak membuat perangai. Sering kali sudah dia terpaksa masuk campur menyelesaikan masalah adiknya. Malam ini bagaikan kemuncak kepada segala masalah. Polis yang menghubunginya kerana adiknya ditahan atas tuduhan cuba menyerang polis ketika serbuan.


"Sekejap ya Encik. Saya panggilkan Puan Lia." Dengan senyuman manis Pegawai yang memakai tag nama Sofea itu memaklukan padanya.


"Maaf ya Encik, Puan Lia tak angkat interkom dia. Agaknya dia keluar sekejap tu. Encik tunggu sekejap ya." Setelah hampir beberapa minit menanti akhirnya Pegawai bernama Sofea itu memaklumkan yang pegawai atasannya masih belum masuk.


Ingin Najmi melengting memarahi pegawai tersebut. Sudahlah lewat malam semalam dia baru balik dari Sarawak. Belumpun sempat dia nyeyak lena, dia dah dibangunkan awal-awal pagi begini dengan berita yang bukan-bukan. Belum pun subuh dia dah terpacak di sini tapi pegawainya pula boleh tak ada. Baru Najmi membuka mulut, kedengaran pegawai tadi memanggil seseorang di berlakangnya.


"Puan Lia." Terdengar beberapa kali suara itu memanggil pegawai atasannya. Raja Najmi berpaling menoleh pada pegawai yang dipanggil Puan itu.


Terkaku, terpaku dan terkelu Najmi melihat pegawai yang dia nantikan tadi. Kalau inilah pegawai yang dia tunggu bukan sekadar minit-minit yang berlalu di balai polis ini tadi tapi sudah bertahun dia menanti. Malah sudah 3 tahun 4 bulan dan 21 hari dia menanti kehadirannya. ADILLIA.








Adillia cepat mengawal riak wajahnya. Dia sudah lama bersedia untuk pertemuan ini, kerana dia tahu dia akan bertemu juga dengan manusia di hadapannya ini. Seseorang yang telah merampas banyak peristiwa dari hidupnya. Bertahun hidup sebagai perlarian mujurlah ada Nadirah yang akhirnya memahami menjadi orang tengah pada kehidupannya. Menjadi orang yang membantu dia memulakan hidup baru.


Adillia tahu adik sepupunya itu rasa bersalah atas apa yang terjadi padanya. Syukur mula malam itu adik sepupunya itu mula tekad berubah. Nadirah mula menghargai kehidupannya dan orang sekelilingnya. Dengan bantuan Nadirah membawa semua keluar sijil pentingnya dari rumah tanpa perlu dia kembali ke rumah yang dia sedari sentiasa di intip oleh orang-orang Najmi membuatkan Adillia mampu untuk mulakan hidup. Bertahun dia jadi perlarian hingga tak mampu balik ke rumahnya sendiri sehinggakan Najmi mengaku kalah dan menarik balik mata-mata yang sentiasa mengawasi rumah sewa dan rumah keluarganya.


"Puan Lia, ini ada yang nak jumpa berkenaan kes serangan tadi." Sofea yang tak sedar keadaan yang berlaku terus memanggil pegawai atasannya itu.


"Inspektor Adillia." Adillia menghulurkan tangannya pada Raja Najmi. Berpura-pura langsung tak mengenali lelaki itu walau hakikatnya sejuta tahunpun dia tak akan lupa siapa Raja Najmi.


"Jangan buat pekara bodoh kat sini mangkuk. Sini kawasan aku. Hutang kita dah lama selesai." Adillia membisikkan kata-kata itu hanya untuk mereka berdua saja apabila selambanya Najmi menyambut huluran tangannya dan terasa tangannya itu di tarik merapati diri lelaki itu. Tapi nampaknya amaran itu langsung tak di ambil kira, Najmi langsung tidak mahu melepaskan tangannya. Malah makin erat tangannya di genggam. Adillia mahu saja menjerit minta di lepaskan tapi dia takut nanti terpecah pekung di dada. Lalu hanya termampu untuknya meronta dalam diam.


"Lia," Suara garau asing membuatkan eratnya genggaman itu terlepas. Kelihatan seorang lelaki yang juga berpakaian kasual seperti Adillia namun gaya lelaki itu sama yang di tunjukkan oleh Adillia telah menyatakan imej seorang pegawai atasan polis.


"Im. Ada apa? " Suara tegas Adillia tadi bertukar menjadi suara yang cukup lembut. Nada yang tak pernah digunakan untuk Najmi walaupun ketika sejarah belum mengukir nama dalam hidup mereka.


"Ni, Im belikan Lia breakfast. Lia tak makan lagi kan? Makan dulu sebelum makan ubat tu." Lelaki yang di panggil Im itu menghulurkan satu bungkus makanan dan minuman pada Adillia. Adillia menyambutnya dengan senang dan ceria. Berbulu mata Najmi memandang gelagat mereka.


"Hai Tuan Imran, untuk Puan je ke? Kami tak ada?" Terdengar usik-usik memenuhi balai tersebut. Nampaknya memang jelas perhubungan antara dua pegawai itu bukan lagi rahsia.


"Ehem..." Adillia berdehem. Imran hanya tersenyum. Najmi sudah tak mampu nak bersuara. Kelu dia, adakah selama bertahun ini dia setia pada yang tak sudi?


"Nanti Lia balik dengan Im ke? Im balik lepas subuh lah." Imran bertanya lagi. Di biarnya usikan senyuman dari pegawai-pegawainya yang lain.


"Taklah. Lia balik sendirilah Im. Lia drive. Thanks ya Im. Lia minta diri dulu, ada kerja sikit. Kes tadi." Adillia pantas meminta diri. Imran mengangguk faham dan turut meminta diri berlalu pergi.


"Come Encik ....?" Adillia sengaja buat tak kenal manusia di hadapannya ini. Sengaja berpura-pura langsung tidak pernah ada sejarah antara mereka.


"Raja Najmi Puan." Sofea pula yang menyampuk memperkenalkan diri lelaki itu sementelah lelaki itu terlalu ego untuk bermain tarik tali dengan Adillia.


"Encik Raja Najmi, mari kita berbincang di sudut sana." Adillia membawa perbincangan mereka di meja aduan di sudut terbuka balai itu. Berharap dengan caranya itu Najmi akan lebih tertib dan sopan padanya walaupun 99% Adillia menganggap pekara itu mustahil terjadi.








Raja Najmi menanti ketibaan kereta Adillia di hadapan rumah sewa gadis itu. Tadi dia sudah memberi peluang pada Adillia untuk menyelesaikan masalah tentang adiknya tanpa sedikitpun memberi ruang untuk dia bertanya tentang kehilangan Adillia. Tak memberi peluang untuk dia mendapat penjelasan tentang keadaan mereka. Tak memberi peluang untuk dia bertanya tentang siapa Imran? Sekarang giliran dia lagi untuk menyelesaikan masalah antara mereka. 


Tidak sukar untuk dia menjejaki gadis itu jika sudah dia tahu di mana harus dia mula menjejak. Hanya dengan satu panggilan, Najmi sudah mampu mengesan lokasi Adillia. Sudah tahu dimana kedudukan Adillia. Itu memang mudah bagi dia, tapi Najmi tahu yang sukarnya nanti untuk berbincang dengan Adillia. Oleh itu dia sudah menyiapkan rancangan yang cukup baik untuk dia dan Adillia berbincang dalam keadaan tenang. Najmi dah tak kisah walaupun cara itu cukup kotor untuk reputasinya. 


Senyuman Najmi melebar tanda penantiannya berakhir apabila kereta My Vi milik Adillia masuk di perkarangan tempat pakir Apartment gadis itu. Najmi  menunggu Adillia selamat memakirkan keretanya dan keluar dari besi bergerak itu sebelum dia merapati gadis tersebut. Adillia yang sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta itu nyata tidak menyedari kehadirannya.


"3 tahun 4 bulan dan 21 hari kau menghilang. Kau ke mana?" Itu mukadimah Najmi yang membuatkan Adillia tersentak. Kepala nya terhantuk pada bonet kereta kerana terkejut mendengar suara itu. Lama Adillia membatukan diri sebelum dia kembali meneruskan tugasnya bagaikan Najmi bukan bercakap dengannya.


"Siapa Imran?" Tanya Najmi lagi. 


Kali ini Adillia menutup bonet keretanya dan menoleh. Dia menoleh bukan kerana dia ingin menjawab soalan Najmi tetapi kerana tugasnya sudah habis. Tangannya penuh dengan beg kerja dan beg pakaiannya. Adillia berjalan ke arah Najmi yang kini berdiri bertentang mata dengannya. Dia berjalan ke sisi lelaki itu sebelum dia berhenti dan membuatkan kedudukan mereka sebaris.


"Hutang kita dah lama selesai Najmi. Antara kau dan aku, kita sudah tiada sejarah pun. Kita adalah orang asing yang saling tak mengenali. Jangan buat aku kembali kenali kau mangkuk kerana kalau saat itu berlaku, kau akan jadi musuh aku yang paling utama. " Ujar Adillia tegas dan sombong sebelum dia melangkah. 


Najmi hanya tersenyum nipis sebelum tangannya di layangkan ke udara bagaikan memberi isyarat pada seseorang. Tanpa menoleh memandang Adillia, Saat dia mendengar bunyi kotak gadis itu jantuk menyembah bumi, Najmi tahu rancangnya pada Adillia sudah terlaksana. Sudah berjaya.


"Kau yang minta ini Adillia. Dan aku lebih rela menjadi musuh kau dari terus membiarkan kau jauh dari aku. Kau tak akan mampu lagi berjalan pun dari kehidupan aku. Biar kita sama-sama menjadi musuh." Ujar Najmi pada hembusan angin yang menyapa.


p/s entri sebelum tamat. mungkin ada satu atau dua episod lagi.

Thursday, November 24, 2011

HATI YANG KAU PERGUNAKAN.



          Adillia memandang je Nadirah menghampirinya dari lantai dansa itu. Adakala dia terfikir kenapalah dia nak ikut sangat Nadirah ni ke kelab-kelab macam ni, sedangkan ini bukan tempatnya. Dia tak gemar tempat syaitan buat reunion ni. Tapi apa kan daya, Nadirah tu adik sepupu yang dah di amanahkan dalam jagaannya. Berbuih sampai boleh jd buih sabun dah mulut nya membebel tapi tak juga di hiraukan akhirnya terpaksalah juga dia membontot budak sengal ni untuk menjadi bodyguard tak berbayar.
          “Adill, aku blah dulu ye. Aku nak keluar dengan kawan aku ni. Kau balik lah dulu.” Ujar Nadirah tanpa rasa bersalah. Hangin je Adillia ni dengar.
        “Nak kemana pulak ni? Kejap lagi kalau si Raja mangkuk tu sampai macam mana pula?” Ujar Adillia tak senang. Budak ni memandai je nak blah, karang buah hati dia mencari apa pulak Adillia nak jawab.
          “Alah kau tolonglah cover. Macam tak biasa. Aku gerak dulu ye.” Sepantas angin je si Nadirah tu mengambil begnya dan terus berlalu.
          Adillia baru nak bangkit mengejar Nadirah. Kebetulanlah minumannya yang dia pesan kali kedua itu sampai. Tergopoh-gapah dia mencari beg duit mengeluarkan duit not 50 lalu diberikan pada pelayan itu sebelum dia nak melangkah. Nampaknya tips lagi mahal dari harga air. Nasib dia lah malam ni.
          “Adillia!” Ada lagi yang mengganggu perjalanan Adillia apabila wajah Raja Najmi aka Raja Mangkuk pakwe si Nadirah sengal ni muncul di hadapannya.
          “Ya. I nak cepat ni. I pergi dulu lah.” Adillia cepat-cepat cuba melarikan diri. Kalau dia Hudini dah lama dia hilangkan diri punya.
          “You nak kemana pulak ni? Nad mane?” Banyak pula pertanyaan si mangkuk ni. Dahlah suara kerek nak mampus. Hish kalau Adillia ikutkan hati, nak je dia cakap yang dia ni sendiri pun tengah nak menjejak buah hati si mangkuk ni. Tapi sebabkan hati dai suci muci terpaksa juga dia diamkan.
          “I tak tahu. Adalah kat mane-mane kot. I nak balik ni. Ada kerja sikit. I blah dululah.” Adillia sedaya upaya untuk mengelakkan diri.
Makin lama dia di sini nanti makin hilang pulak jejak si Nadirah tu. Tak mahu berlama Adillia melangkah meninggalkan lelaki kerek tu di situ. Namun hanya dua langkah dia dihadapan. Tangannya di capai. Tubuhnya di tarik keluar dari kelab itu. Meronta-ronta dia ingin melepaskan diri tapi makin kejap tangannya di genggam dan makin laju tubuhnya di tarik. Sampai je ke kereta tubuhnya dihumban ke tempat duduk di sebelah pemandu. Hendak keluar, kereta itu terkunci dengan central lock. Gila apa dah pakwe adik sepupunya itu. Meroyan barang kali.

“ You ni kenape Naj? Meroyan ke ape?” Adillia menjerit tak puas hati pada lelaki yang memandu laju itu. Makin laju kereta itu dipandu. Bukan nak takut tp makin menggila.
 “Sah-sah meroyan mamat mangkuk seorang ni.” Guman Adillia perlahan.
Dia keluarkan Samsung galaxy kesayangannya dari sling bagnya yang berwarna kelabu itu. Hendak menelefon Nadirah agar gadis itu dapat menenangkan hati pakwenya yang macam badak sumbu dengan mengawan ni. Baru dia menekan-nekan skrin kecil itu, telfonnya di rampas. Bulat anak matanya melihat tingkah mangkuk membaling telefonnya keluar.
“Laxy?” Menjerit Adillia memanggil telefonnya yang di beri nama Laxy itu. Bagaikan telefon tu boleh mendengar dirinya memanggil.
“Telefon aku. Kau ni kenapa hah? Kalau dah gila sangat campak barang kau la. Jangan nak buat barang orang macam barang kau sendiri.” Kali ini tiada maaf lagi di hati Adillia. Mangkuk itu di tengking nya tanpa perasaan.
“ Memang aku dah gila. Gila kena main oleh kau berdua. Eh aku nampaklah adik kesayangan kau tu curang dengan aku. Telinga aku ni sendiri dengar apa korang berdua cakap. Cover ye. Dah lama lah kau berdua buat kerja ni?” Tengkingan dari mangkuk itu membuatkan Adillia tersenyap.
“Aku tahu aku salah. Aku minta maaf. Tapi kau sepatutnya minta penjelasan dari Nad bukan aku. Hantar aku balik sekarang. Telefon tu aku halalkan jelah sebagai tebus kesalahan aku.” Jelas Adillia. Namun sempat dia membela diri. Adillia akhirnya sedar yang kemarahan mangkuk ni berpunca dari silap dia dan Nadirah yang menjolok masalah. Mana tak terkaku dia di tengking dengan kesalahan terbukti kukuh.
“Balik? Jangan harap aku nak hantar kau balik. Hari ini kau bayar hutang yang kau berdua pada aku.” Entah apa maksudnya mamat Mangkuk ni tapi Adillia dah seram seseramnya. Mampu ke dia lawan mamat ni nanti?


‘Aku tahu kau marah. Tapi aku nak kau ingat yang selama ini aku tak pernah berhutang dengan kau waima segelas air pun. Kalau kau kata aku mempermainkan kau, kau silap. Aku tak pernah ambil kesempatan atas kau. Aku tahu salah aku menutup sikap Nad. Tapi besar sangat ke salah aku sampai kau harus menuntut aku membayar harga sebegini tinggi? Sekarang hutang antara kita dah langsai. Lepas ni aku tak mengenali kau lagi.’
Terniang suara itu di telinga Raja Najmi. Suara yang penuh sayu menyapa telinganya sebelum gadis itu tertidur didalam pelukkannya. Lama dia mengenang kata-kata itu, sambil matanya memandang calitan warna scarlet di cadar putih itu. Dia benar tak sangka gadis yang selama ini memanggilnya mangkuk itu masih lagi anak dara sunti sehinggalah kemarahannya malam tadi merampas gelaran itu dari gadis yang dia hanya kenali sebagai Adillia, kakak sepupu kepada Nadirah. Nadirah satu-satunya gadis yang berani mempermainkan dia.
Ada benarnya kata Adillia, selama mereka berkenalan tak pernah sekalipun gadis itu makan atau minum dengan duitnya. Keluar saja mereka bersama, gadis itu akan ego membayar makan dan minumannya sendiri. Menyusahkan dia atau meminta apa-apa jauh sekali. Tapi dia pula memaksa gadis itu membayar dengan bayaran yang tinggi sekali.
Betul Najmi tak tahu gadis itu masih suci. Kalau dia tahu pasti dia tak berani nak menyentuh pun gadis itu. Selama ini dia memang jahat malah sudah tak hitung berapa kali dia nikmati tubuh Nadirah dan bekas-bekas kekasihnya yang lain tapi tak sekalipun dia pernah rosakkan anak dara orang. Mereka yang mereka tiduri memang sudah tidak suci lagi. Itu silapnya Najmi kerana menganggap Adillia seperti Nadirah dan yang lain-lain, sebab utama dia berani menyentuh gadis itu sebegitu intim.
Meronta bagaimanapun si Adillia padanya langsung Najmi tak peduli. Saat dia sedar Adillia masih suci, semuanya telah terlambat. Mahkota gadis itu telah dirampas. Untuk berpatah balik dia sudah tak mampu melawan kehendak nafsu yang menggila. Akhirnya gadis itu di layan selayaknya gadis yang dia inginkan dan dia kasihi. Penuh kelembutan dan rasa kasih yang semakin mendalam. Malah ketika itu Najmi merasakan itu adalah malam pertamanya bersama seseorang yang benar-benar telah jadi haknya.
Entah bila dan bagaimana gadis itu menyelusup keluar dari pelukkannya. Sedangkan dia merasakan pelukkannya sudah cukup erat untuk mengikat Adillia hingga ke pagi. Sengaja dia tak melepaskan Adillia walaupun setelah semuanya selesai. Malah di peluknya erat gadis itu hingga dia yakin gadis itu ketiduran sebelum dia sendiri melelapkan mata kerana keletihan.  Dia tak mahu Adillia pergi darinya.
Namun sedar-sedar saja dia dari tertidur, Adillia sudah tiada di sisinya  tiada didalam pelukannya. Tergesa-gesa dia menyarung boxer lalu keluar mencari Adillia tapi bayangan gadis itu sudah tidak kelihatan. Hingga ke simpang rumahnya, dia mencari kelibat Adillia dengan menaiki kereta tapi tetap bayangan mahupun jejak gadis itu telah hilang.
Vila tempat dia membawa Adillia ini bukannya dekat. Jauh. Hendak ke simpang kalau tak menaiki kereta mahu mengambil masa setengah jam hingga empat puluh kalau hanya dengan berjalan kaki. Jadi kalau di simpang pun Adillia tidak kelihatan, peluangnya untuk menjejaki gadis itu memang sudah hilang. Tapi tidak apa, lepas ini dia akan jejaki langkah gadis itu. Mungkin melalui Nadirah atau kawan-kawan Nadirah. Kalau dah sampai terdesak nanti, dia sanggup mengupah penyiasat persendirian untuk menjejaki gadis itu. Asalkan Adillia dijumpai.



Adillia sudah tak mampu menangis lagi. Peristiwa semalam akan menjadi detik yang tak pernah dia lupakan. Pembayaran yang paling tinggi dia pernah buat didalam hidupnya untuk sesuatu yang bukan dia lakukan. Najmi umpama ah long menuntut hutang pada yang tak sepatutnya.
Setelah menenangkan diri di sebuah hotel murah yang dia temui dan membersihkan diri yang terasa amat kotor, Adillia ingin kembali ke rumah sewa dia dan Nadirah bersama-sama teman yang lain tapi kehadiran si Najmi yang sudah di naik taraf menjadi mangkuk tandas itu di hadapan rumahnya membuatkan Adillia tak jadi melangkah ke destinasi. Malah dia membawa langkahnya menjauhi rumah itu. Tidak Adillia tahu kenapa dan apa tujuan Najmi di situ tapi satu yang dia tahu, dia tak mahu lagi menemui lelaki apatah lagi berhadapan dengan lelaki itu seumur hidupnya.



“APA??? Tak jumpa? Macam mana boleh tak jumpa KL ni bukan besar mana pun. Tak kan seorang perempuan pun tak boleh nak jejak?” Najmi menghentakkan meja di hadapannya. Tidak mampu menerima kenyataan apabila penyiasat yang dia upah member laporan yang gadis dia jejaki masih belum dapat di kesan. Kemana hilangnya Adillia.
“Kami dah pergi rumah sewa dia bos. Rumah keluarga dia pun  kami dah jejak malah kami dah masuk ke bilik dia senyap-senyap. Dia tetap tak dapat kami kesan. Tiada jejak yang dia tinggalkan. Sorry to say bos, sejak malam tu dia macam hilang dari muka bumi. Itu saja laporan kami. Di dalam sampul surat tu ada pengesahannya.” Laporan itu membuatkan Najmi terduduk. Hilang dari muka bumi? Bunuh diri ke Adillia kerana kekhilafannya dua bulan dulu.
Dua pengawai penyiasat persendirian itu di arah keluar. Sampul surat bersaiz A3 itu di pandang sepi. Masih belum mahu menerima kenyataan yang sangat menyakitkan rasanya. Benarkah Adillia hilang dari muka bumi??? Bagaimana dia harus hadapi kenyataan ini?

p/s : Dalam menyiapkan manuskrip resepi cinta, idea ni datanglah pula... Enjoice... tahu tergantung... mungkin akan di sambung... Tak tahulah best ke tak..

Friday, April 22, 2011

PESTA BUKU KL

Iman di PBKL pada 23/4 jam 3-4.30 petang.... Harap-harap ada lah sudi dtg Iman nyer session... Risaunya...Thanks untuk sokongan dan dorongan semua. Tanpa ada semua, Iman tidak akan berada di sini (pinjam kejap ayat klise dari artis).. huhu.. JUMPA DI SANA

Thursday, April 14, 2011

Jodoh Atau Cinta

Salam Semua,

Iman akan berada si pesta buku. Insya Allah pada 23/4 ini untuk novel Iman Jodoh Atau Cinta (ceh mcm la byk novel erk). Agak-agak ada tak org datang nak tengok ye? Aduh risaunya...

Friday, February 18, 2011

Mencari Kesilapanku 2

Afaf Shafiya


Mataku ingin menangis namun sudah tiada airmata yang dapat ku berikan buat santapan pipiku. Hati aku remuk. Jiwa aku hancur. Saat kau tandatangan surat penguguran itu, akhirnya aku mampu membenci diri kau lebih diriku. Terima kasih kerana kau dah mampu buatkan dirimu jijik di mataku. Tekadku tak akan mampu aku maafkan dikau biarpun apa terjadi.

"Afaf?" Dengan pandangan kosong aku melihat Amril masuk. Amril, insan yang menghulurkan tangan melindungi aku saat diri ini hilang tempat bergantung. Insan yang langsung tak menilai sebesar mana perut aku. Insan yang langsung tidak kisah seberat mana caci maki yang aku tanggung di bahuku. Dia tetap ada. Tetap menghulurkan tangan padaku.

"Afaf." Sekali lagi namaku di panggil dan sekali lagi aku tak mampu membalas. Aku sebak. Aku ingin menangis tapi tak tertangis nasibku. Akhirnya hanya  mata yang kosong mampu memberinya jawapan.

"Afaf. Tolongla, I merayu pada you. Menangisla. Lepaskan kesedihan. Jangan takutkan I macam ni Afaf. Bersedihlah." Aku dengar suara Amril merayu. Sayu hatiku mendengar rayuannya. Namun tak masih tak boleh melepaskan perasaanku. Anak aku sudah tiada. Anak aku sudah tinggalkan aku. Anak aku sudah mati. Mati di bunuh oleh ayahnya sendiri.

"Afaf, dah tiga hari baby tak ada. Tapi you langsung tak menangis. I tahu you sedih. I tahu you terluka tapi you langsung tak lepaskannya. You langsung tak menangis. I risau. I tahu ini salah I. Kalau I yang ada bersama you waktu itu, I tak akan tandatangan surat tu. I tak akan biarkan Zafri tandatangan surat itu, sebab I tahu kalau apa-apa terjadi pada baby, you akan sama turut mati." Aku mendengar luahan Amril. Bertapa saat ini aku ingin menangis. Lebih-lebih melihat airmata setitis menitis di pipi Amril. Lekas-lekas aku usap airmata itu pergi dari pipinya. Aku dah tak sanggup nak terhutang budi Amril. Cukuplah selama ini aku terhutang tenaga dan perhatian darinya, jangan pula kali ini menambah dengan terhutang airmatanya.

"Afaf sakit Am. Afaf sakit. Afaf nak menangis tapi Afaf tak mampu. Hati Afaf sakit. Jiwa Afaf pedih tapi Afaf tak mampu bersedih. Zafri Aqhar, kenapa dia terlalu kejam Am? Kenapa dia benci sangat dengan Afaf. Tak kisah dia benci Afaf tapi kenapa dia bunuh baby Afaf? Afaf benci dia Am. Afaf benci dia. Afaf dendam dengan dia." Kataku tanpa perasaan. Di wajah Amril aku dapat melihat kerisauannya bertambah. Aku dapat melihat kepelikkannya berjuang. Mungkin kerana ini kali pertama aku kata aku membenci dan orang yang aku benci itu adalah orang yang pernah menjadi paling aku cintai.

"Afaf." Amril memanggil aku penuh kebimbangan.

"Ya Afaf benci Zafri Aqhar. Afaf dendam dengan Zafri Aqhar." Aku sekali lagi menegaskannya dan saat itu pintu wad aku di buka. Aku pasti manusia di pintu itu mendengar kata-kata aku. Wajah Zafri Aqhar muncul di pintu.

"Fiya?" Aku dengan suara yang begitu jelik dan menyakitkan hati itu. Wajahnya terkejut melihat ku mungkin kerana apa yang dia dengar dariku tadi.

"Ya. Aku benci kau Zafri Aqhar. Aku dendam pada kau. Ini kali ketiga aku katakan aku benci pada kau. Aku nak kau pergi dari hidup aku." Ujarku tanpa perasaan. Matanya aku tentang. Aku lihat matanya yang pada mulanya ragu semakin lama semakin yakin. Namun Zafri Aqhar tetap Zafri Aqhar, dia tidak akan mengalah selagi tak yakin seyakinnya. Aku nampak dia ingin melangkah mendekatiku.

"Aku kata aku tak nak tengok muka kau Zafri Aqhar. Sekali lagi kau melangkah aku akan bunuh seluruh keturunan kau dan percayalah aku mampu buat macam itu. Bukan kau saja yang boleh menghapuskan keturunan aku." Kali ini tiada lagi perasaan belas di hati aku. Tiada lagi perasaan sedih. Aku dah hilang rasa. Yang aku rasa ada keinginan untuk memusnahkan orang tanpa rasa kasihan dan keinginan itu masih kekal walaupun aku melihat Zafri Aqhar tidak lagi jadi melangkah padaku malah keluar meninggalkan aku. Aku lihat wajah Amril penuh persoalan.

"Terimalah Am, ini Afaf yang baru." Ujarku sambil terus merenungnya. Aku lihat wajah kecewa Amril. Aku tahu dia kecewa. Tapi aku dah tiada rasa untuk simpati.


p/s bila sedih Iman sentiasa ingin menulis tentang kesedihan. Adakala senyuman itu tidak cukup untuk mengubat hati yang bersedih.

Mencari kesilapanku 1

 Afaf Shafiya...

"Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

( korus )
Jangan diucap elamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada"

Kesedihan dalam diriku bagaikan laut tiada pantai. Sakit pedih langsung menusuk di hati. Aku ingin lari dari perasaan ini. Aku ingin cipta dunia-dunia yang penuh gelak tawa. Namun makin aku cuba lari makin dekat aku pada rasa itu. Makin kita lari dari rasa sedih itu makin dalam kepahitan yang kita rasakan. Sepahit hatiku ini.

Apa salah aku di matanya? Apa silap aku pada dirinya? Telah aku lepaskan segala-gala buatnya. Telah aku turutkan semua kehendaknya. Perpisahan yang dia inginkan, aku turutkan. Kakak aku yang dia mahukan, aku restui. Tak pernah aku persoalkan kehendaknya. Tak pernah aku menuduh dirinya walau sekejam mana perbuatannya padaku.

Bertahun aku kenali dirinya. Sejak dari kami masing bermain pondok-pondok lagi.Aku tahu sejak itu tidak pernah hadir namaku di hatimu. Aku tahu sejak dari dulu aku hanya pilihan kedua dalam hari-harimu. Siapalah aku di bandingkan dengan dia yang cantik dan berbudi perkerti tinggi. Siapalah aku dibandingkan dengannya yang lemah lembut dan menawan.

Aku tahu, dirimu tidak salah. Dirimu hanya lelaki biasa yang cuma melihat keanggunan Cleopetra dan Memuji keindahan Puteri gunung ledang. Diri ini yang hanya gadis biasa cumalah persinggahan dalam hidupmu. Tapi tak apa. Aku sudi menjadi persinggahan itu.Aku rela menjadi pilihan kedua.

Bila kau marahkan dia, kau hentak diriku, tapi aku tetap bersabar.
Bila kau rindukan dia, semalaman kita bicara tentangnya dan aku hanya mendengar. Namun aku tetap bahagia melihat kau gembira.
Bila dia menolak cintamu, kau bak kapal yang di lambung ombak. Walaupun aku tak berdaya namun aku tetap berusaha untuk menenangkanmu.
Aku cuba terus berada disampingmu walaupun aku tahu waktu kau hulur salam pertunangan, itu hanya kerana kau ingin membalas dendam.
Sehinggakan kalau kau rampas perawanku tanpa relaku hanya kerana kau cemburu melihat dia bersama kasihnya. Sekejam itu kau padaku dan aku masih mampu memaafkanmu.

Bertapa bodohnya aku tak mampu menolak walaupun aku sedar semuanya kesilapan sejak mula.Bertapa simpatinya aku pada diriku kerana tidak mampu bertegas dengan hakku. Bertapa aku benci diriku kerana terlalu lemah di sampingmu.

Sedangkan Kerana dia, kau sanggup memfitnahku curang pada ikatan pertunangan kita. Kerana dia, kau tak akui ini anakmu dan semudah itu kau tuduh aku mengandungkan benih lelaki lain sedangkan kau tahu hanya kau yang pernah menyentuhku walau hanya sekali. kerana dia kau sanggup mencaciku. Kerana cintamu padanya telah terbalas, kau tak sabar untuk menghapuskan aku dari hidupmu.

Dan kerana kau, aku sanggup berdiam diri kala keluargaku membuangku kerana benih yang kau tanam ditubuhku atas kesilapan sekali itu. kerana kau, aku biarkan cacian itu. Kerana kebahagiaan kau dengan dia aku sanggup pergi dari hidupmu.

10 tahun aku bazirkan menantimu. 10 tahun aku percayakanmu dan 10 tahun juga aku sedar kau hanya mencintai dia.Jadi bukan salahmu dan bukan salahnya. tapi salah aku yang bodoh kerana terlalu mengharap.

Saat aku melangkah pergi hanya satu harapanku agar kau bahagia dengannya. Kerana aku tahu kau terlalu mencintainya dan kebahagiaan kau dan dia adalah kebahagiaanku. Kau sahabatku dan dia kakak ku, asalkan kamu bahagia. Tidak ada apa lagi yang mampu ku pinta walau hatiku terluka.

Cuma kenapa? Apa silapku? Apa salahku padamu? Saat aku sudah bina kehidupanku sendiri dengan tulang empat kerat. Di saat aku bersedia menjadi ibu pada anakmu, kau pinta aku gugurkan kandungan ini. Mudahnya kau pinta semua itu. Terkelu aku saat kau pinta aku bunuh anak aku sendiri.

Tidakkah kau lihat bertapa sayangnya aku pada kandungan aku ini. Aku harungi caci maki orang, Aku hadapi sakit mabuk mengandung sendirian. Aku ikat perut untuk memastikan aku mampu membeli pakaian dan persiapan bersalin nanti. Semuanya kerana anak ini. Anak aku. Kalau kau tak inginkan anak ini, aku tidak kisah kerna aku mampu menjaganya. Kalau kau tidak mengakui anak ini sebagai anak, aku tidak peduli kerana aku tetap menyayanginya. Kalau memang kau tak mahukan anak ini, jangan kau pinta aku bunuh anak ini.

Tidakkah kau fikir perasaan ku. Tidakkah pernah berharga sedikitpun aku dimatamu? Tidakkah cukup pengorbananku untuk kau dan dia. Sehinggakan kau sanggup membunuh anak ini? Maaf aku bukan pembunuh. Selagi aku hidup, aku jaga anak ini. Itu tekadku.

Hari-hari kau rayu diriku. Berhari-hari kau pinta padaku untuk membunuh anakku. Sehinggakan kita bergaduh. Sehinggakan kau tolak aku. Sehinggakan aku kehilangan anak aku. Saat doktor meminta kau menandatangan surat penguguran, aku tahu kau gembira walau wajahmu duka. Aku tahu kau bersyukur atas kehilanganku.

Semua kerana Aku tahu kau terlalu sayangkan dia hingga kau takut saat anak ini lahir, dia tahu anak ini anak kau. Kau takut kalau dia tinggalkan kau. Kau lebih memilih dia dari anak ini. kau lebih rela bunuh anak ini dari kehilangan dia. Saat hilangnya anak ini saat itu tumbuh benciku padamu.

Apa salahku? Apa dosaku? Apa silapku padamu sehinggakan kau hukum aku sebegini kejam? Akan ku cari kesilapan ku seumur hidupku ini agar dapatku kekesali nanti.

p/s hanyalah sebuah cerpen di kala hati ini sedang bersedih... harap sampai ke hati pembaca

Thursday, February 10, 2011

Bos, janganlah merajuk.

Aku mula masuk ke alam perkerjaan, sibuk adalah kemestian.. Cuma aku dah menari serentak dgn perkerjaan aku. Kembali menjadi orang gaji cum pembantu kesayangannya. Sayang la sangat kan. Kadang-kadang tertekan juga jiwa dan raga dengan boss aku ni. Menyibuk je. Ade je hal dia nak cari pasal dengan aku.


 Macam hari ini lah. Adakah dia ajak aku ikut dia temankan dia ke Majlis Kahwin sepupunya hujung minggu ni. Bila aku cakap tak nak, dia dok sibuk mengekor aku dari hujung dunia ke hujung dunia. Tak dapat aku nak bergerak bebas. Setiap lima minit dia akan tanya aku lagi. Ini dah sampai tahap memaksa dah ni. Ini aku bengang ni.


"BOS nak apa ni? Dari tadi je mengekor saya." Ujarku dengan kebengangan terlampau.


"Jomlah Hazia, Temankan saya hujung minggu ni." Arman ni memang tak faham bahasa agaknya.


"Tak naklah bos."


"Nak la"


"Tak Nak"


"Kenapa tak nak?"


"Sebab malas"


"Kenapa pulak malas?"


"Sebab saya bosan tengok muka bos." Hah ambik sebijik. Aku kata tak nak. Tak faham bahasa,


"Yalah kalau muka saya memanglah bosan. Lain lah kalau muka Anuar, langsung tak akan bosan kan?" Aik semacam je aku dengar bunyi ayat tu.


Hai encik Arman ni merajuk dengan aku ke? Amboi siap masuk pejabat lagi. Sahlah merajuk orang tua ni. Apalah. Dah tua-tua pun nak merajuk. Sedih betullah dapat bos macam ni. Akulah manusia yang menyedihkan itu. Kan dah tempa satu bala dah ni. Nanti satu hal lagi nak pujuk orang tua merajuk tu. Setakat ini biarkan la dulu. Tak larat nak tengok muka  tapai basi dia tu.












Amannya dunia aku. 'Ekor' aku Encik Arman tu dah tercabut, selesa sikit aku nak bergerak kemana-mana. Aku pun menyambung kerja aku seperti biasa. Menaip dan menyusun proposal yang ada seperti biasa. Seronok pula kerja tanpa gangguan. Baru terasa macam berkerja. Kalau tak selalu mesti terdengar, "Hazia, air saya habis.", "Hazia nak ini", "Hazia nak itu" ape tak pening.


Aku menyambung membuat kerjaku dengan hati cukup bahagia. Bahagia sangat sebab tak ada yang kacau aku. Bahagia sampaikan aku tak sedar yang bos aku hari ini langsung tak keluar bilik. Lunch pun tak keluar. Aku perasan pun sebab Kak Zah, wartawan tak bergaji opis ni tanya kat aku kenapa dengan bos kesayangan aku tu. Sayang la sangat kan.


"Hazia, awat bos hang tu? Kak tengok tak keluar pun dari tadi. Ini dah setengah waktu lunch, tak keluar jugak. Hang dok gaduh dengan dia ye?" Tanya Kak Zah. Kak Zah ni memang pandai bab-bab korek mengorek ni. Agaknya dia ni Tauke kapal korek kot.


"Tak adalah Kak Zah. Buat apa saya nak gaduh dengan dia? kalau bergaduh pun tak da kesan la." Balasku. Mataku masih tertumpu pada skrin komputerku lagi.


"Ala kak Zah tau hang gaduh dengan bos. Biasalah dik, kalau kita bercinta ni sesekali tu memang ada yang tak kena. Sedangkan akak ni dah lama kahwin pun kadang-kadang gaduh dengan cik abang. Inikan pula hang dan bos tu baru takat bercinta." Aku terus memandang ke arah kak Zah bila perkataan bercinta tu keluar.


"Bila masa saya bercinta dengan bos?" Tanya ku pelik pada radio ni.


"Ala tak yah dok sembunyi-sembunyi la Hazia oii... Satu office ni tahu yang hang dok bercinta dengan bos. Apanya, hang ke hulu ke hilir dengan bos. Hang pi la pujuk bos tu, tak elok gaduh lama-lama. Kak Zah ni nak keluar jap. Nak ambil anak balik sekolah. Hang tolong cakap kat bos akak masuk lewat sikit na." Aku tengok selamba saja Kak Zah ni. Kadang-kadang terasa juga hati aku yang jahat ni nak lunyai-lunyai mulut dia tu. Patutlah baik semacam dengan aku rupanya nak minta tolong aku dalam pada itu pun sempat nak menyindir. Aduhai, manusia-manusia. 












Aku toleh ke pintu pejabat bos yang tertutup. Nampaknya aku kena juga jumpa bos ni. Lagipun bosan juga aku kalau bos tak cakap dengan aku. Aku melangkah ke biliknya. Aku ketuk pintu kaca itu. Bila aku dengar dia suruh masuk baru aku masuk. Tertib pula aku hari ini. Macam biasa tak perlu di pelawa aku duduk di hadapanya sambil menongkat dagu memandang ke arah bos aku yang tak berapa nak hensem di bandingkan dengan Encik Anuar. Dia masih tak peduli aku renung dia. Dia sibuk je layar internet. Cari heli mainan.


"Tak adalah hensem sangat." Aku saja cakap macam tu untuk menarik perhatian dia.


"kalau tahu tak hensem tak yah renung macam tu." Jawabnya. Aeii dengar juga mamat ni.


"Bos tak keluar makan?" Tanyaku sambil melunakkan suara.


"Tak. Dah kenyang." keluar lagi suara merajuk dia.


"Okay la macam tu bos. Jom kita gossip."Ajakku. Melihat dia tidak ada respon aku teruskan pada gossip aku. Aku peduli apa padanya.


"Bos tahu tak, budak budak office ni gossip pasal kita. Dia orang cakap kita bercinta." Aku memulakan mukadimah. Sekarang aku dapat menarik perhatian dia. Dia memandang pelik padaku.


"Bercinta?"Soalnya tak percaya.

 "Iya bos. Bercinta. Ala-ala in love macam tu. Amore." Aku bercerita dalam nada terujaku.



"Iya je awak?" Aku lihat sudah ada senyuman kecil di bibirnya.


"Betul bos. Budak-budak ni gossipkan kita. Dia orang kata kita ni bercinta sebab kitakan selalu bersama. Keluar sama-sama. Lunch sama-sama. Kadang-kadang saya tumpang bos balik. Tapi selama ni saya ingat budak-budak ni tak kisah rupanya dia orang tengok kita. Saya rasa kita ni macam artis je. Wah glamor." Cerita ku lagi. Aku perasan senyuman bos aku semakin melebar. Cuma aku pura-pura tak perasan je.


"Hazia, Hazia. Saya tak tahu nak buat apa lagi dengan awak. Kadang-kadang saya rasa awak la manusia paling blur dalam dunia. Awak tahu tak saya tengah merajuk dengan awak tadi? Tapi awak masuk je, awak bercerita dengan saya buat semua rajuk saya hilang. Macam mana saya nak senyum kalau awak tak ada kat sisi saya suatu hari nanti." Aku terpanggah pada kenyataan berani mati bos aku tu.


"Bos merajuk ke tadi? Saya tak tahu pun. Sorry la bos. Kalau macam tu saya keluar dululah. Bos merajuk la lagi." Ujarku selamba, menyelimuti kekekokkan yang mungkin terjadi. Aku ingin segera beredar. Namun Bos ku memanggilku kembali.


"Hazia. Jom kita pergi makan aiskrim." Ajaknya tiba-tiba.


"Hah?" Tak tercerna otak aku.


"Jom pergi makan aiskrim." Ajaknya lagi. Baru aku nak tercerna, dia dah tarik tangan aku keluar. Biasalah keluar dengan bos aku. Tinggal bawa badan je. Yang lain di tanggung beres.










Kami beli aiskrim kat convenience store kat tingkat bawah office kami. Beli satu bekas tu lepas tu melepak duduk kat tangga kecemasan kat tingkat kami. Biasalah aktiviti story tell time pun bermula. Tengah-tengah bercerita tu keluar la nama Encik Anuar.


"Hazia keluar dengan Anuar lagi ke?" Tanya bos ku. Pelik soalan itu aku rasakan.


"Tak adalah." Memang betul aku tak keluar dengan kawan baik dia tu.


"Baguslah." Katanya. Aku sumpah aku dengar itu keluar dari bibirnya.


"Bagus?" Tanya aku pelik.


"Jom ikut saya pergi ke kenduri hujung minggu ni?" Ajaknya padaku lagi. Ayok apa nak jawab ni? Nak ikut ke tak? 




p/s ini sambungan terhadap I hate you bos... Dan akan di letakkan di bawah tag tajuk kumpulan bernama. Bos Aku La tu