Tuesday, July 27, 2010

I Hate You Forever??? Masih ke?


Aku geram, aku nak marah. Semua ada. Aduh... kenapalah aku balik pada pejabat aku ni. Hari ini kawan-kawan aku di pejabat lama aku ni bersorak riang nampak aku masuk ke pejabat bersama bos aku. Bukan sebab kita orang pergi serentak ye... tapi sebab masa abah aku hantar aku tadi kebetulan dia baru sampai. Sempatlah juga mamat ni berlagak baik bertegur sapa dengan abah aku. Konon nak tunjuk penuh adab sopanlah tu. Pirahhh....

" Hari ini saya ada appoinment ape?" Sedap je dia tanya aku. nak je aku cakap kat dia ' hai bos, tak nampak saya baru datang kerja hari ni?' Tapi tu baik dan sopan sangat. so aku tak jadi nak cakap.

" Appointment? Ada bos, appoinment dengan doktor otak. tengok wayar2 dalam otak bos tu okay ke tak lagi. Ada ke tanya dengan orang yang baru masuk kerja." Tembak aku terus ke dasar jantungnya.

"Lama dah tak dengar sindiran macam tu. Saya tahu, saya saja nak usik awak." Ujarnya sambil berlalu dengan senyuman yang tak hensem itu. Gila lah bos aku ni. Itu pun nak usik ke? Apalah nasib aku dapat bos macam ni.


Hari ini aku lalui dengan penuh cabaran dan sakit hati. Dahlah kerja aku menimbun, keypad huruf N kat papan kekunci aku ni pulak rosak… Memang menambah kerosakan di dalam jantung, peparu, hati dan penkreas akulah. So kalau ada perkataan yang sepatutnya ada N tu korang reti2lah tambah sendiri.  


Kalau ikutkan hati aku sekarang nak je aku lelong bos aku ni 50 sen sekilo… geram tahu tak. Dah tahu aku tak ada, bagilah kerja aku ni dengan orang lain. Ini tidak, boleh dia buat Grand Canyon atas meja aku. Aku lukis muka dia baru dia tahu. Bos siapalah tu ? 


Aku sudah tak ada masa nak bangun dari tempat dudukku. Nak pergi ke tandas pun aku segan nak tinggalkan kerjaku. Sememangnya aku dah jam di tempat dudukku. Ketika aku melihat teman-teman keluar makan tengah hari, aku hanya menahan air mata… Sedihnya, dahlah lapar tapi tak boleh nak keluar makan. Aduh sedihnya. Ini yang aku geram sangat lalu dengan kemarahan tahap dewa 20 aku menekan-nekan marah keyboard di depan aku.
Tak lama kemudian aku perasan ada manusia berdiri di hadapanku. Dari bauan yang dia pakai, aku tahu siapa dia. Lalu makin keras aku menekan papan kekunci di hadapanku. Nak tunjuk protes. Biar dia tahu, aku marahkan dia.
“Tak keluar makan?” Dia tanya aku.
“ Tak, kenyang dengan kerja. Dari pagi tadi saya makan kerja ni. Ni dah naik buncit dah. » Sindir aku. Aku dengar suara bos aku ketawa. Malas sungguh nak layan mamat ni. 
« Marah ye. Siapa suruh lari ? Lain kali kalau awak lari, bukan sekadar Grand Canyon, tapi everest saya letak kat atas meja awak.” Ujar Bos ku dengan nada sindiran. Ini yang aku nak marah ni.
“Saya bukan larilah bos. Saya resign. Yang bos tak suruh orang lain buat tu kenapa?” Suara aku dah tahap tersumbat dah nak menjerit. Yelah dah geram sangat.
« Jadi lain kali jangan nak memandai resign » Amboi badaknya dia menjawab aku. Selamba je. 
Aku nak marah lagi sebelum aku nampak Prince Charming aku Encik Anuar berjalan di belakang Price Katak aku ni. Terus aku control ayu. Wah kacaknya dia, macam Prince Persia dah aku tengok… Aduh ruginya aku tak jadi PA dia. Mungkin nampak muka control ayu aku, exboss aku ni sibuk je berpaling lepas tu boleh dia beralih ke kanan terus menutup padanganku pada Encik Anuar. Kalau aku tak kenangkan apa yang aku lakukan ini nampak di mata Encik Anuar, dah lama aku ‘push’ bos aku ni ke tepi. Potong jalan betullah.
“ Hai Anuar, kau buat apa kat sini?” Aku dengar bos aku menegur Encik Anuar apabila Encik Anuar sudah sampai di kelompok kami. Aku hanya senyap sambil tersenyum manis. Aduh ayu betullah aku.
“Aku nak ajak kau lunch.” Aku dengar Encik Anuar menjawab. Dia senyum sambil menunduk sedikit kepalanya padaku. Aku pun membalas senyumannya dan menunduk juga kepalaku padanya.
“Tak pernah-pernah kau nak ajak aku lunch.” Aku dengar bos aku mengomel. Hai orang ajak lunch pun nak mengomel. Apalah, tak ada rezeki betul.
“Saja. Sejak aku tahu kau ada setiausaha cantik ni, hati aku selalu nak ke mari. Hazia, jomlah join kita orang makan sekali?” Pelawaan Encik Anuar membuatkan bibirku tersenyum sampai ke telinga. Dahlah puji aku cantik… Tak tidur malam aku malam ni.
“Dia dah kenyang, kenyang dengan kerja. Hazia tak payah ikutlah, siapkan kerja yang saya bagi tu. Nanti tak sempat pula nak meeting pukul 2.30 ni. Lepas siap nanti baru keluar makan.” Bos aku dulu yang menjawab sebelum Aku sempat nak menerima perlawaan itu. Siapa suruh aku asyik masyuk tadi. Kan dah teruk sekarang. Aku jeling je bos aku. Taklah elling manja atau marah. Jeling-jeling macam tu. Aku takut kang aku jeling marah, hilanglah ayu aku.
« Kau ni Arman, biarlah dia makan. »
« Dia banyak kerja tu. »
« Betul ni Hazia ? » Bila si dia bertanya padaku. Aku terpaksa mengangguk. Dah bos aku beria-ia kata aku banyak kerja, Takkan aku nak kata tak pula.
« Jomlah Nuar. » Bos aku cepat-cepat mengajak.
« Pergi dulu ye Hazia ». Bila Encik Anuar berkata begitu. Aku hanya mengangguk.Walau di hatiku telah menjerit bertapa sedihnya aku. Dari kejauhan aku melihat mereka hilang dari pandangan mataku. Wuahhha sedihnya aku tak boleh ikut mereka. Bos!! Bos memang kejam.

*****

Aku memandang wajah Encik Anuar yang meletakkan bungkusan Big Mac di hadapanku. Dia ni nak belanja aku ke? Terdetik di mindaku. Patut kah soalan itu sedangkan aku yakin Big Mac itu memang untukku. Yelah dia baru balik makan dengan bos lepas tu terus bagi aku Big Mac, sah-sahlah Big Mac itu milikku kan?
" Arman kata awak suka Big Mac. Ini saya belikan untuk awak. Makan ye." Ujar Anuar. Tak sempat aku berkata apa Anuar terus balik. Tak sempat nak cakap terima kasih pun.
Aku tonton Big Mac di hadapanku. Kenyataannya aku bukan pencinta Big Mac. Aku tak suka rasa timun jeruk. Tapi di sebalik itu aku rasa terharu yang Encik Anuar ingat kat aku. Wah kembang setaman hatiku. Lalu aku dengan hati yang berbunga-bunga aku buka kotak Big Mac itu. Benda pertama aku nampak adalah nombor telefon yang tercatat dengan di bawahnya tertulis nama Anuar. 
Huhu gembiranya rasa hati bila dapat nombor telefon. Tersangatlah happykan.. Terlebih je tahap ke happyan aku, akupun keluarkan telefon dan taip sms terima kasih. bawah tu aku letak nama aku. SMS tak lah nampak sangat aku gatal walau sebenarnya aku memang gatal.

*****
Aku tengah mengemaskan barang aku untuuk balik. Hari ini adalah satu hari memenatkan tapi bila mengenangkan Big Mac dan SMS balas dari Anuar yang menyebut 'sama-sama kasih' itu wajah aku terus ceria. Penat sudah tak terasa. Inilah Cinta bak kata AkimAF7. Aku senyum je. Bos aku sejak dari pulang lunch tadi langsung tak keluar.
" Hazia, jom balik. Saya hantar awak." Arman tiba-tiba muncul lalu mengajakku balik.
"Tak nak. Saya balik sendiri." Tolakku sombong. Memang nak menyombong dengan dia.
"Jomlah, sebelum tu temankan saya makan pizza dulu." Aduh bos aku ni macam tahu je aku nak makan apa. Sakit hati aku. Kerana Pizza aku turutkan. Jadi langkah ku mengikut je langkahnya.
Kami tiba di Pizza Hut yang berdekatan dengan pejabat kami. Bos dah order satu Pizza Hawaian Chicken, aku pun order satu lagi Pizza yang sama Cuma size je tak sama. Aku minta regular size. Yang besar punya.  Aku tengok bos aku pandang je muka aku. Lalu aku balas dengan jawapan.
«  Pizaa saya bos tak boleh makan. Bos boleh bayar je.” Aku dah announce awal-awal.
“ Ala tak kisah. Tadi pun tengah hari saya lunch kat sini. ” Selambanya bos aku. Kalau betul dia lunch kat sini kenapa dia suruh Encik Anuar belikan Big Mac. Bukan dia tak tahu aku tak suka Big Mac dan aku sukakan pizza.
“Habis tu kenapa bos cakap saya suka Big Mac kat Encik Anuar? Kenapa bos tak suruh dia beli pizza?” Aku luahkan perasaan ku dalam kata-kata.
“Sebab saya nak dia belajar tentang awak sendiri bukan melalui saya. Kita dah kenal lama Hazia. Awak antara yang paling rapat dengan saya. Awak tahu kegemaran dan kebencian saya lebih dari orang lain dan saya juga mengenali awak sebegitu. Kalau betul Anuar nak berkawan dengan awak, biar dia belajar sendiri tentang awak. Biar dia berusaha mengenali awak seperti mana saya kenali awak. Dengan cara itu dia tidak akan persiakan awak. Dia akan hargai awak dan memandang tinggi pada awak seperti mana saya menghargai dan sentiasa meletakkan awak di penglihatan tertinggi saya.” Sayu suara bos aku berkata-kata. Pertama kalinya aku dengar kata-kata yang indah dari bos aku. Rupanya bos aku ini juga seorang yang pandai menyusun kata menjadi irama yang sedap di dengar. Kala ini hatiku terus hilang kemarahan. Hilang kebenciku. Aku ingin membalas namun lidah ku kelu menyusun kata.
Apabila pesanan kami sampai. Kami hanya makan dalam keadaan senyap. Saat ini aku makan sambil merenungnya. Baru aku sedar selama aku berkerja dengannya. Dia tidak pernah menganggap aku seperti pekerja tapi keluarga. Kepercayaan dan keyakinan dia berikan seolah-olah aku ini adiknya. Rasa hormat dan pelindungi padanya terhadapku seolah-olah aku kakaknya. Saat ini aku tertanya soalan yang selalu ada. I HATE YOU? Kalau dulu jawapan nya pasti kini jawapannya satu soalah: Masihkah?

Friday, July 23, 2010

Bebaskan Aku Cinta -7-



Taufiq tekun memandu sambil bibirnya sesekali mengikut rentak lagu yang di mainkan di radio. Hatinya sangat gembira. Tak sia-sia dia tak tidur semalam dan cukup berbaloi-baloi pejalanannya ke kampung Nadilla. Kalau begitu penerimaan keluarga di sebelah pihak Nadilla. Selepas ini lurus lah jalannya untuk masuk ke keluarga itu.
Kalau terkenangkan pejalanannya pagi tadi, dia akan tersenyum sendirian. Belum pun pukul 6 dia sudah ada di atas jalan. Bersembahyang subuh di R & R. Begitu semangat dia ingin menemui Nadilla. Belum pernah lagi dia sesemangat ini. Ingin membuat kejutan dan nyatanya kejutannya menjadi apabila Nadilla hampir saja tersedak ketika melihatnya. Comel saja wajah itu dengan mata berkelip-kelip memandang ke arahnya. Rasa nak saja dia tarik pipi milik Nadilla ketika gadis itu berbuat begitu. Sungguh selepas ini kalau Nadilla buat lagi muka comel tu, pasti dia tarik-tarik pipi si comel Nadilla.
“Happy sangat ke?”  Suara Nadilla memecah lamunan Taufiq.
Satu yang Taufiq tak faham tentang Nadilla. Apalah yang Nadilla sakit hati sangat dengan dia. Sejak dia mampir ke rumah keluarga milik gadis itu. Nadilla bagai memendam perasaan dengannya. Kalau perasaan sayang cinta rindu. Tak apalah juga. Ini gadis itu macam tak puas hati je dia datang ke sana.
“Happylah dapat jumpa bakal keluarga.” Jawab Taufiq tanpa rasa soalan itu adalah satu keadaan sinikal yang boleh membuatkan dia memerlukan bantuan klinikal satu hari nanti.
“Eee huh!!!” Nadilla melepas geram. Pantas saja tangannya memukul bahu  Taufiq yang memandu. Taufiq terkejut dan hampir saja hilang kawalan. Kekiri ke kanan sebentar kereta Honda Accord barunya itu.
“Kenapa ni? Tiba-tiba je. Nasib baik tak jadi apa-apa.”Ujar Taufiq yang tak puas hati dengan serangan mengejut Nadilla.
“Kenapa? Bos tu yang kenapa dok berani sangat datang rumah saya?” Nadilla bertanya dalam keadaan geram. Memang dia sedang geram. Geram memikirkan usikan abangnya uang entah bila akan berakhir dan geram memikirkan gosip yang mula panas di kampungnya itu.
“Kenalah datang rumah you. Itukan keuarga I juga.” Balas Taufiq dengan selamba. Mendatar saja suaranya. Langsung tak rasa bersalah nampaknya. Tak terkesan pun dengan kata-kata Nadilla yang tak suka akan kehadirannya.
“Bila masa pula keluarga bos? Itu keluarga saya tahu tak. Perasan je lebih.” Sengaja  Nadilla cuba mengusik api kemarahan milik Taufiq. Asyik-asyik dia je dapat garisan kedut daripada Taufiq. Biar kali ini Taufiq pula dapat garisan kedut itu.
“Memanglah belum jadi keluarga I tapi akan jadi kan? Lupa ke yang keluarga you dah bagi approval kat kita.” Nadilla yang nak buat taufiq sakit hati. Alih-alih dia yang menderita kegeraman sendiri.
Kalau ikutkan tahap kegeraman yang sudah melepasi tahap bahaya ini, nak je Nadilla terjun dari kereta Taufiq. Dia memang tak ingin pun nak duduk sekali dengan Taufiq di dalam ruangan bergerak ini.
 Ini semua sebab abahnya yang beria-ia menyuruh dia mengikuti Taufiq. Tidak mahu menaikan kemarahan abahnya, Nadilla terpaksa menurut walaupun hatinya sakit dengan senyuman penuh usikan daripada abangnya Aril. Teringat kebali perbualan mereka ketika menghantar dia ke kereta tadi. Apabila abahnya bertanyakan pada taufiq sama ada dirinya sudah memaklumkan keputusan keluarga mereka.
“Sebelum pakcik terlupa, pakcik nak tanya Dilla dah ke beritahu kamu tentang keputusan keluarga kami semalam?” Terniang-niang suara abahnya menanyakan pada Taufiq yang sudah bersedia untuk menuju ke kereta.
“Dah pakcik. Semalam lagi Dilla dah maklumkan pada saya. Insya Allah, hujung minggu ni keluarga saya datang ke mari.” Taufiq menjawab penuh keyakinan soalan itu. Tak pernah Taufiq kelihatan sebegitu yakin dan gembira menjawab. Abah hanya mengangguk.
“Patutlah tak cukup tidur. Bergayut ye Dilla. Amboi masa berbincang bukan main lagi nak mengelak tapi bila masuk bilik terus call. Dah tak sabar nak beritahu.” Satu lagi usikan dari Aril yang menyakitkan hati Nadilla. Nadilla yang berdiri di hadapannya itu cepat saja menghantarkan siku buat Aril.
“Kamu ni Dilla. Depan Taufiq pun nak tunjuk lagi perangai keras kamu tu. Tak malu ke?” Geramnya Nadilla sudah sampai tahap merbahaya ketika itu. Dia pula di salahkan. Sedangkan abangnya yang mengeluarkan statement itu terlepas begitu saja.
“Kami pergi dulu” Nasib pantas saja Taufiq memohon diri buat mereka. Kalau tidak mahu di pelangkungnya abang kesayangannya itu.
“Bawa kereta tu elok-elok.” Kali ini ibu pula berpesan. Habis saja Nadilla bersalaman dengan keluarganya. Dia pantas menuju ke kereta Taufiq. Sengaja di menghempas kuat kereta Taufiq tanda melepaskan geram.

“Mengelamun apa?” Suara Taufiq mengejutkan Nadilla. Mengurut dada sebentar Nadilla dibuatnya. Apalah si Taufiq ni ada saja yang dia lakukan untuk membuatkan Nadilla ini pendek umur.
“Terfikir lepas ni apa nak jadi pulak.” Saja Nadilla pinjam ayat dari filem tiga Abdul itu. Biar panas sedikit telinga Taufiq. Namun Taufiq nampaknya tidak peduli. Dia hanya ketawa saja bagai kata-kata Nadilla itu satu gurauan. Lalu tangan ketam Nadilla mencai lengan Taufiq dan di cubitnya geram.
“Auchh. Sakitlah.” Adu Taufiq.
“Padan muka. Siapa suruh.”
“You ni Dilla, manja juga ye. Hmm I nak tanya boleh?”
“Tanyalah?”
“Kenapa panggil Mak Limah tu awek Adi?” Soalan itu mengundang gelak tawa Nadilla. Sekejap saja moodnya kembali seperti sedia kala.
“Sebab dulu, bila Adi balik sekolah, Mak Limah suka belanja dia aiskrim. Jadi saya dan abang terus usik Adi yang Mak Limah tu awek dia. Selagi dia tak menagis selagi tu kami usik dia. Sampai satu ketika dia minta kat abah nak pindah sekolah. Masak juga saya dan abang kena hukum masa tu.” Cerita Nadilla. Terkenang lagi setiap kali Adi balik sekolah membawa aiskrim mesti dia akan di usik sampai menangis. Abangnya lah paling jahat mengusik. Sampai satu ketika Adi memohon minta tukar sekolah supaya tak perlu nak melalui jalan warung Mak Limah ketika pulang sekolah. Masa tu masak dia dan abangnya di hukum oleh abahnya kerana mengusik Adi.
“Nakal juga you kecik-kecik dulu.” Ujar Taufiq.
“Alah nakal budak-budak.” Alasan semata dari Nadilla.
“Hujung minggu ni kita tunang.” Dari soal Adi, sekejap je Taufiq menukar channel ke kisah mereka. Nadilla terus senyap. Tidak terkata apa. Yelah apa nak dia katakan lagi? Keluarganya sudah setuju. Jadi ikutkan sajalah.

*********
Hujung minggu itu sekali lagi rumah mereka di kunjungi. Dengan sebentuk cincin yang di sarungkan ke jari, sahlah Nadilla menjadi tunangan Taufiq. Majlisnya hanya ringkas namun penuh adat dan memori yang akan Nadilla kenang sampai bila-bila. Apatah lagi ketika dia membaca SMS dari Taufiq yang mengucapkan terima kasih di atas kesudian dia menerima pinangan itu. Itulah saatnya hatinya terusik. Taufiq berjaya mengusik hatinya.
Seorang lelaki tidak akan meminang seorang gadis jika tiada rasa yakin di hatinya dan seorang gadis tidak akan menerima pinangan seorang lelaki jika tiada rasa percaya di hatinya. I yakin you yang I cari selama ini dan I percaya yang you percaya pada I seperti mana I yakin pada you. Semoga keyakinan dan kepercayaan ini membuatkan kita lebih menghormati dan saling dekat. Terima kasih Nadilla Binti Mohd Azril kerana sudi menerima keyakinan dan kepercayaan I. I tidak mampu berjanji tapi I mampu berusaha untuk menjaga kepercayaan dan keyakinan you.