Monday, June 7, 2010

Bebaskan Aku Cinta-4

BAB 4
Andai ini ketentuannya… Jodoh antara kita

            Suasana makan malam di meja milik keluarga Nadilla berlainan sedikit auranya pada malam ini. Selalunya kalau meja ini cukup korumnya dengan ahli keluarga yang pulang mencari ketenangan. Meja ini akan riuh dengan usik mengusik namun buat malam meja ini hanya senyap tanpa sebarang cerita yang menceriakan.suasana. Masing-masing senyap kerana malam ini akan terjadi sesuatu keriuhan yang berlainan.
            Nadilla jadi hilang selera memikirkannya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapi semua ini selepas ini. Kali ini pasti sesuatu yang serius akan berlaku. Satu-satunya anak gadis di dalam rumah ini akan bertunang tentunya satu isu besar buat keluarga ini. Kalau tidak masakan ibunya memanggil abangnya pulang.
 Lewat petang tadi abangnya sampai selepas setengah jam abahnya muncul di depan pintu. Satu mesyuarat di adakan di antara ibu bapanya dan abangnya. Kehadirannya pula tidak di alu-alukan. Mereka berbincang tanpa dirinya yang sudah awal-awal di kenakan arahan mandotori supaya masuk ke bilik.
Hasilnya beberapa jam itu Nadilla menjadi resah ingin mengetahui apakah hasil perbincangan ‘panel-panel’ hidupnya itu. Puas dia cuba mengorek dari kakak iparnya dan adik kecilnya. Habis tawaran hebat untuk menyogok mendapatkan maklumat namun sorang pun di antara mereka yang di sogokkan tidak mahu berkerjasama.
“ Tahulah teruja sangat nak bertunang, tapi tak kan tak nak makan Dilla? Dari tadi abah tengok kamu bermain dengan nasi tu.” Encik Azril menegur anaknya itu.
“ Orang tak sabar abah. Macam tulah.” Aril ikut mengusik adik perempuannya itu bersama senyuman nakal.
“Hish apa pula abang ni. Mana ada.” Nadilla menidakkan. Teruja? Tidak sabar? Ohh bukan itu rasanya kalau boleh dia tak nak hari ini datang pun.
“Eleh. Malu lah tu.” Aril masih mengusik. Tiya hanya tersenyum memandang perangai nakal suaminya itu. Kuat mengusik, itu suaminya.
“Dah. Jangan nak bising kat meja makan pula. Lepas makan ni, abah ada sesuatu nak bincang. Semua orang berkumpul di depan.” Encik Azril cepat mematikan suasana sebelum menjadi semakin riuh. Anak-anaknya itu kalau di biarkan nanti boleh kecoh satu meja makan ini jadinya.
Nadilla yang mendengar arahan dari abahnya itu semakin resah. Tidak senang duduk dia di buatnya. Apalah keputusan orang tuannya itu. Aduh kali ini Taufiq memang benar-benar mengacau bilau hidupnya. Terbit pula rasa menyesal kerana mengenali lelaki bernama Taufiq itu. Kenapalah dia oleh mengenali si Taufiq tu.

*************

            “Abah rasa semua orang tahu kenapa abah panggil kamu semua ke mari. Abah terus-terang katakan yang abah dan ibu tidak suka bila anak-anak abah berahsia daripada kami. Rasanya selama ini kami dah cukup terbuka dengan anak-anak kami. Abah tak faham kenapa semua ini berlaku pada hari ini. Nadilla, fahamkan maksud abah?” Encik Azril memulakan mukadimah. Semua yang ada di ruangan tamu itu hanya senyap. Menghomati ketua keluarga berucap.
            “Dilla faham abah. Dilla minta maaf.” Nadilla faham apa maksud abahnya itu. Abahnya pasti tidak senang apabila tiba-tiba rombongan datang tanpa mereka tahu kehadirannya.
            “Abah terkejut bila ibu kamu telefon menyatakan ada yang datang bertanyakan kamu. Kami tak tahu pun mereka nak datang. Ibu kamu sendiri terkejut dengan kedatangan mereka. Sebelah kita tidak bersedia apa-apa pun menyambut mereka. Tak elok Nadilla kalau macam ni. Apa pandangan mereka tentang keluarga kita nanti. Abah bukan tak suka mereka datang tapi apa yang abah tak suka yang kita ni tidak bersedia menyambut. Abah pun tak ada kat rumah masa tu. Kita ni ada adat. Ada adab. Abah harap benda macam ni tidak akan berulang lagi. Kamu tidak tahu ke mereka nak datang?” Encik Azril puas berceramah. Namun bila melihat muka sedih anak gadisnya itu. Sayu pula rasanya.
 Tidak pernah Nadilla berkelakuan begini. Dulu apabila kawan-kawan anak gadisnya itu datang pun sibuk saja Nadilla mencanangkan serumah tak kan  hal sebesar ini anak gadisnya itu hanya berdiam diri.
“ Taufiq ada beritahu Dilla sebulan lalu abah. Dilla ingatkan dia bergurau. Sebulan ni dia senyap saja. Cuma dalam dua tiga hari ini dia sibuk ingatkan Dilla supaya balik kampung. Dilla ingat tak ada benda, cuma ingatan dia. Tak tahu pula dia nak menghantar rombongan macam ni. Maafkan Dilla abah.” Nadilla berterus terang. Takut pula kemarahan abahnya semakin dahsyat nanti.
“Jadi betullah kamu bercinta dengan budak Taufiq tu?” Encik Azril bertanya lagi. Kalau dari cerita yang di dengarinya dari  Nadilla, sepertinya benar anaknya bercinta dengan lelaki yang datang meminang anaknya itu. Kalau tidak masakan sampai nak bertunang macam ni.
“Tak adalah. Mana ada Dilla bercinta dengan dia. Dilla kawan biasa je dengan dia tu.” Nadilla tidak boleh menipu. Berterus terang itu sifatnya kalau bersama orang tuanya.
“Kawan biasa saja. Habis kenapa nak bertunang pula ni?” Puan Nasiha bertanya. Pelik pula dia, kalau benar katanya kawan biasa tak kan sampai pihak sana sanggup berjalan jauh menghantar risikan.
“Entahlah dia tu bu. Dilla pun tak tahu, tiba-tiba ajak Dilla tunang. Dahl ah ajak depan Tuan Haji. Tersenyap Dilla di buatnya.” Nadilla menceritakan hal sebenarnya pada Puan Nasiha. Dia benar-benar tidak tahu apa tujuan Taufiq hendak bertunang dengannya.
“Ala ibu, budak lelaki tu sukakan akak lah tu ibu sebab tu terus ajak akak bertunang.” Amboi si kecil di dalam rumah itu selamba menyampuk. Dilla merenung tajam pada adiknya yang sesuka badak je memanjangkan cerita.
“Betullah itu ibu. Budak lelaki tu sukakan Dilla. Itu di ajaknya adik ni bertunang terus. Mana nak cari budak lelaki macam tu. Itu tandanya dia budak baik, serius dengan Dilla. Abang setuju kalau Dilla dengan orang macam tu.” Aril menyampuk bersetuju dengan pendapat adiknya Adi. Bukan mudah seseorang lelaki nak melangkah ke alam yang sudah ada ikatan begini.
“ Abang tahu je. Abang bukannya kenal dia.” Nadilla tidak suka bila abangnya berkata begitu. Lain yang dia harapkan. Lain pula yang jadi.
“Betullah kata abang kamu tu. Kalau dia bukan budak baik, dia tak datang minta kamu cara baik macam ni sedangkan kamu dua berkawan biasa saja. Bagi kamu dia mungkin kawan biasa. Dia pula suka kan kamu, terus di ajaknya bertunang. Itu tandanya dia budak baik. Ini abah nak tanya, kamu dah ada calon lain ke selain Taufiq ni?” Encik Azril menyokong kata-kata anak sulungnya.
“Mana ada abah.” Dilla cepat menjawab. Hish bila pula dia ada buah hati lain.
“ Kalau macam tu, baguslah. Lepas ini kamu telefon Taufiq, minta keluarganya datang ke mari minggu depan. Abah dah bincang dengan ibu dan abang kamu. Kami setuju menerima pinangan ini.” Hampir pengsan, Nadilla mendengar arahan abahnya itu. Pinangan ini di terima? Sungguh dia tidak percaya.
“Tapi abah.” Nadilla ingin membantah cuma tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan suara untuk itu.
“Kenapa Dilla? Kamu tidak suka ke? Ibu kata di pihak sana berharap sangat pada kamu dan kamu pun pernah bersetuju dengan mereka. Kamu dah serahkan semua ini di tangan kami, sekarang kami dah bersetuju. Kamu tak suka ke?” Tanya Encik Azril lagi. Pelik pula dengan reaksi anak gadisnya itu. Seperti tak suka.
“Tak adalah abah. Nanti Dilla call Taufiq.” Dilla tidak jadi membantah apabila mendengar suara tegas abahnya. Mungkin ini takdirnya dan dia redha untuk itu.

1 comment:

MaY_LiN said...

amboi..
da duk dlm court rase nye