Friday, June 4, 2010

Bebaskan Aku Cinta-2 n3

BAB 2
Semuanya alasan semata

            Nadilla hanya duduk mendengar perbincangan  antara Taufiq dengan Tuan Haji. Dia malas nak menyampuk ke nak ambik port ke? Itu urusan mereka. Nadilla betul-betul tidak tahu apalah fungsi dia di sini. Bukannya dia ada kait-mengait pun dengan urusan ini. Lainlah kalau dia salah seorang pelakon di dalam cd yang tak bermoral tu.
            “Awak tahu tidak taufiq? Apa yang awak buat ini boleh menjejaskan nama syarikat.” Balik-balik itu yang di ulang Tuan Haji dalam ceramahnya pada Taufiq. Sampai rasanya naik bosan Taufiq mendengar ceramah yang berulang kali itu.
            “Saya tahu Tuan Haji. Saya minta maaf, saya tak sangka jadi begini.” Taufiq bersuara kesal. Entah betul entah tidak kesal mamat ni.
 Nadilla mencebirkan bibirnya tanda tidak percaya. Pada Nadilla, hal yang boleh di elak bergini lebih baik tak buat daripada buat kan. Kenapa dah berlaku baru nak menyesal. Dah tak ada gunanya untuk menyesal. Sekarang siapa susah diri sendiri juga dan tak pasal-pasal dia juga yang merasakan tempiasnya. Mual lagi bila teringat apa yang ada dalam sekeping cd itu.
“Habis sekarang apa awak nak lakukan? Awak perlu bertanggungjawab Taufiq.” Tegas suara Tuan Haji menyatakan pendiriannya.
“Saya tak perlu bertanggungjawab Tuan Haji. Saya dan perempuan itu dah putus. Antara kami hanya seperti apa yang ada di dalam cd itu tapi antara dia dan kekasihnya sekarang lebih jauh terlanjur. Saya tidak mahu mengambil sisa orang Tuan Haji.” Tegas Taufiq menyatakan pendiriannya juga.
“Jauh atau tidak tapi antara you dan dia juga pernah terjadi apa-apa. You tak boleh sesedap rasa you nak lari dari kenyataan itu. Ini baru Tuan Haji yang tahu, kalau orang luar tahu? Lagi parah. Silap-silap boleh hangat satu Malaysia. Jangan pandai baling batu tapi sembunyikan tangan.” Sindir Nadilla. Dia cukup tidak suka dengan cara Taufiq yang sepertinya ingin melarikan diri itu.
“Dilla, I tak ada niat nak larikan diri. Apa yang cerita tu memang betul I dengan Mikka dah putus. I sendiri nampak dia dengan kekasih dia dalam bilik sebab tu I dan dia putus.” Terang Taufiq bersungguh. Sekarang dia rasa dia di serang dari setiap sudut sisi.
“Mana you tahu dia lebih jauh terlanjur dengan kekasih dia dari bersama you? You dan dia buat cd tu pun dalam bilikkan? Kot-kot mereka pun hanya buat apa yang you berdua pernah buat. Siapa tahu?” Suara sinis adn jelik sekali Nadilla lontarkan pada Taufiq.
“You jangan nak menuduh I, Nadilla. I memang pernah buat silap itu bersama dia tapi I belum sampai lagi nak rosakkan dia. Kami tak pernah pergi jauh. Sewaktu dia bersama I, I jamin yang dia masih lagi anak dara. I tahulah mereka terlanjur jauh sebab dengan mata kepala ini sendiri nampak mereka buat pekara itu. Puas hati?” Geram pula Taufiq. Sangkanya dengan membawa Nadilla di sini boleh membantunya. Ini tidak Nadilla pula menambahkan lagi masalahnya.
“You dah buat anak orang Taufiq. Walau apapun alasan you, you perlu bertanggungjawab. Kalaupun I puas hati dengar cerita you ni, mungkin orang lain tak boleh terima. Tetap aje perkara ini akan menjadi semakin teruk nanti.” Nadilla mencuba merasionalkan Taufiq. Pekara ini bukan hanya antara mereka bertiga mungkin juga akan tersebar pada orang ramai.
“Kata Nadilla itu betul. Kalaupun kami percaya cakap kamu Taufiq, bagaimana kamu nak memastikan orang lain percaya cakap kamu juga nanti?” Tanya Tuan Haji. Nampak sangat dia bersetuju dengan Nadilla. Jadi geram pula Taufiq di buatnya.
“ Saya akan bayar ugutan yang dia nak ini dan saya akan ambik balik copy asal cd ini bersama surat peguam yang menyatakan cd ini telah di musnahkan. Jika dia nanti mengugut lagi saya akan heret dia ke mahkamah.” Solusi dari Taufiq.
Ini satu yang Tuan Haji suka pasal Taufiq ini, seorang anak muda yang berfikiran kritis da bijak menyelesaikan masalah. Tengoklah walaupun Taufoq di tekan daripada tadi, anak muda ini tetap tenang dalam perbicangan ini. Hanya sesekali nampak terganggu dengan ketidakpercayaan Nadilla padanya.
“Bayar? Bayar apa?” Nadilla tidak faham yang yang perlu Taufiq bayar?
“Bayar untuk cd ini. You ingat diaorang hantar cd ini hanya suka-suka ke? Diaorang ugut I. Nak duit mudah gunalah cara ini. Itupun you nak I kahwin dengan orang macam tu.” Keras Taufiq membalas. Nadilla terus terkelu senyap. Aduh kalau begitu niat si bunga memang sah tiada kumbang yang ‘layak’ buat bunga.
“Sudah, tak ada gunanya kamu berdua bertengkar. Benda dah berlaku. Sekarang ini Taufiq saya nak kamu selesaikan masalah ini. Cuma sebelum itu, saya mahu kamu tunjukkan yang kamu serius. Kahwin cepat. Jadi kalaupun pekara ini menjadi gossip di kemudian hari kamu boleh buktikan yang kamu dah berubah.” Tuan Haji memberi satu lagi cadangan ataupun sebenarnya arahan yang perlu Taufiq ikuti.
“Memang sudah niat saya nak berkahwin pun Tuan Haji. Insya Allah kalau tak ada halangan saya memang nak minta keluarga saya masuk meminang Nadilla. Kami bincangnya akan bertunang dulu sementara menunggu Nadilla ini bersedia nak kahwin. Harap-harap pekara ini tak menganggu perancangan kami.” Luah Taufiq sambil tersenyum.
Nadilla di sebelah sudah seperti di mandikan dengan ais kutub selatan. Selepas itu di tenggelamkan dalam lava gunung berapi pula. Bila masa pula dia berjanji nak bertunang dengan si Taufiq ini? Aduhh kes mana pula ni.
“Saya pasti Nadilla tidak akan terpengaruh dengan pekara ini. Nadilla seorang yang cukup bijak menilai. Tidak begitu Nadilla?” Tuan Haji secara tidak langsung membuatkan Nadilla tiada pilihan selain mengangguk.
“ Kalau macam itu, saya tunggu kad kamu berdua. Jangan tak jadi pula. Saya sanggup buat majlis besar-besaran untuk kamu berdua ni. Kalau boleh saya sendiri yang akan pinangkan Nadilla ini untuk kamu nanti.” Tuan Haji kelihatan begitu seronok pula. Macam anak dia pula yang nak kahwin.
Taufiq sudah tersenyum simpul. Nadilla hanya memberi senyuman paksa. Aduh bala apa pula yang sampai ini. Berpaling melihat senyuman meluat dari Taufiq membuatkan Nadilla tekad, kaki Taufiq perlu di jadikan mangsa. Cepat saja Nadilla mengangkat senjata tumitnya menghentak kaki Taufiq. Tapi bukan Taufiq yang sakit malah  Nadilla pula yang geram. Taufiq tidak berperasaan.

************************************

“Bila masa kita janji nak bertunang?  Nak kahwin berbagai ni?” Tidak menunggu jauh, sebaik keluar dari pejabat Tuan Haji, Nadilla terus meluahkan lava tidak puas hatinya.
“Kenapa pula kita tak boleh bertunang. You dah tengok semua badan I so you kena tanggung jawab. You jangan nak mengelak pula.” Balas Taufiq selamba. Apa pula tangungjawab ni? Bila masa pula dia tengok?
“Bila masa pula I tengok harta you tu sampai I kena tanggungjawab?” Tanya Nadilla tidak puas hati.
“Tu tadi you tengok dalam cd tu apa?” Taufiq memang menyakitkan hati.
“Huh itu? I tengok dalam cd je tau. Yang Mikka tu bukan setakat tengok siap pegang untuk you tak pula you suruh tanggugjawab.”
“Ala dalam cd ke? Siaran langsung ke sama je. Mikka tu dah ada lelaki lain inspect dia, tapi you belum lagi kan? Jadi mestilah I nak you. Kalau you nak tengok siaran langsung pun I boleh bagi apa.”
Aduhhhh melalut pula si Taufiq ini. Nadilla putus harap betullah kalau bercakap dengan si Taufiq ni. Pening kepala dia. Lama-lama gila dia melayan. Daripada dia melayan baik dia pergi. Dengan hentakkan kaki, lalu Nadilla berlalu pergi.















BAB 3
MOGA INI HANYA MIMPI SEMATA

            Sangka Nadilla hari ini tidak akan sampai. Dia tak menganggap pun kata-kata yang Taufiq lemparkan padanya sebulan dulu adalah sesuatu yang akan menjadi catatan hidupnya. Waktu Taufiq menyatakan dia ingin bertunang dengan Nadilla, rupanya itulah saat lamaran Taufiq buatnya. Pintanya ini hanya mimpi semata. Mimpi yang akan hilang pada esokkan paginya. Inilah mimpi paling ngeri yang dia pernah rasakan.
            Sebulan kiraan waktu hari-hari yang berlalu. Bayangkan 30 kali sang suria terbit dan terbenam di ufuk langit ciptaan yang maha esa, dalam masa 30 hari selepas hari kejadian itu tidak sekalipun sesiapa di antaranya dan Taufiq membuka bicara tentang hal ini, alih-alih pagi ini muncul rombongan meminang di rumahnya.       
Apa kejadah semua ini? Memang hendak kena si Taufiq ni. Patutlah semalam beria-ia dia meminta dia mengingatkan Nadilla supaya balik rumah. Ada juga di suatu masa nanti si budak Taufiq ni jadi cekodok pisang kang dia buat. Lepas ini mesti ibu dia membebel kerana hal ini.
“Kak, ibu panggil.” Tiba-tiba saja adik lelakinya yang bongsu ini muncul di hadapan pintu bilik membawa warkah pemanggilan dari permaisuri rumah ini. Aduh kenapa pula ni. Tadi ibu juga yang menyuruhnya menunggu dalam bilik selepas dia siap menghidangkan minuman buat tetamu.
“Akak, ibu panggilah.” Sekali lagi kedengaran suara Adi, adik bongsunya memanggil mungkin bosan menunggu Nadilla yang masih malas untuk bergerak.
“Yelah akak tahu.” Jawab Nadilla malas. Dia segera bangun dan membetulkan pakaian di tubuhnya. Walaupun dia tidak suka akan kunjungan itu tidak bermakna dia boleh memalukan keluarganya.
“Hish, akak ni tahu tapi tak bergerak. Berangan je. Macam mana nak kahwin macam ni.” Amboi, pandai pula budak ni membebel. Nadilla mendekati Adi dengan senyuman salah. Bila sampai terus saja telinga gajah milik Adi di piat. Kalau nak mengenakan orang kena ada skil, kalau dia marah awal-awal tadi terlepaslah peluang dia nak piat si telinga gajah ini.
“ Amboi pandai je nak bebelkan akak ye.” Nadilla ligat memiat telinga gajah itu. Adi mengaduh kesakitan.
“Sakitlah kak. Lepaslah.” Adi meminta di lepaskan.
“Tahupun sakit. Lepas ni nak bebel akak lagi tak?” Gertak Nadilla. Telinga Adi masih didalam genggamannya.
“Tak. Tak. Lepas ni Adi tak buat lagi. Lepaslah kak.” Ujar Adi sambil memegang tangan Nadilla yang berada di telinganya.
“Tahu pun. Ingat orang mungkir janji itu sebahagian perangai orang munafik.” Pesan Nadilla sambil melepaskan telinga Adi. Nadilla seronok dapat mengenakan adiknya itu. Adi menarik muka asam kecut pada Nadilla.

**********

Nadilla sopan melangkah menuju ke ruang tamu. Dia dengan penuh bersimpuh duduk di sebelah sofa satu yang dihuni oleh ibunya. Sungguh manis pada mata yang memandang. Kali ini Nadilla dapat memerhatikan siapa yang hadir. Yang dia kenali adalah Tuan Haji, majikannya, seorang wanita di sebelah Tuan Haji semestinya isteri Tuan Haji dan nenek Taufiq yang memang cukup dia kenali.
“Dilla apa khabar?” Nek Piah, nenek kepada Taufiq bertanya. Memang dari mula lagi dia dah berkenan sangat dengan Nadilla ni. Sejak kali pertama Taufiq membawa Nadilla pulang ke rumahnya dulu.
“Sihat nek. Nenek sihat?” Nadilla berbahasa pada Nek Piah.
“Sihat macam nilah. Tapi kalau hajat kami bersambut lagi nenek jadi sihat.” Sempat saja Nek Piah berkias. Nadilla hanya tersenyum hambar. Faham sangat apa yang di maksudkan dalam kiasan itu.
“Dilla, ini ibu nak kepastian dari Dilla. Mereka ini datang berhajat. Hajat nak meminang Dilla untuk Taufiq. Kata Tuan Haji Dilla dah setuju dengan peminangan ini, Dilla setuju depan Tuan Haji lagi. Ibu tak nak buat keputusan terburu-buru. Sekarang ibu nak Nadilla yang buat keputusan hidup Nadilla ini. Ibu nak tanya Nadilla sekali ini saja. Betul ke Nadilla setuju bertunang dengan Taufiq?” Terus tepat kepada topik persoalan Puan Nasiha, ibu Nadilla bertanya. Hush brutal juga dia tentang hal ini.
Nadilla pula semakin resah gelisah. Tidak tahu untuk menjawab apa. Aduh satu kes pula dia nak mencerna jawapan menolak di hadapan semua orang. Sudahlah ibunya bertanya di hadapan yang berharap. Macam manalah dia nak menolak ini?
“Macam mana Nadilla? Hari tu awak dah setuju di hadapan saya kan. Saya dah tunaikan janji untuk turun padang pinangkan awak untuk Taufiq ni.” Suara Tuan Haji mencelah pada kedinginan Nadilla. Bertapa resah Nadilla dibuatnya.
“Dilla serahkan pada Ibu. Kalau baik pada fikiran Ibu, baiklah pada fikiran Dilla.” Hanya itu yang mampu Nadilla jadikan jawapan. Dia tak mampu nak menolak pinangan yang membawa harapan yang besar buat keluarga di sana. Namun hati dia juga tidak mampu nak menerima pinangan ini. Lalu Nadilla serahkan pada takdir. Jika memang tersurat dia dan Taufiq bertunang, jawapannya adalah atas restu ibunya dan abahnya.
“Macam inilah Tuan Haji, Hajjah. Beri saya tempoh sampai esok hari. Kalau ikut saya, memang hati ini terbuka nak terima pinangan ini. Tapi biarlah saya berbincang dulu dengan abahnya. Abahnya pun baru malam ini baru balik dari Perak. Itulah saya segan pula pada keluarga Tuan Haji, datang-datang abahnya tak ada. Itu kurang, ini kurang. Itulah budak-budak ni tak beritahu yang keluarga sebelah sana nak datang. Tak sempat yang kami di sini nak sedia apa-apa. Maaflah ye, Haji, Hajjah.” Sungguh Puan Nasiha kesal. Macam tak beradap pula mereka pada tetamu yang hadir.
“Tak mengapa lah Siha, kami faham. Budak-budak ni bukan nak beritahupun apa-apa pada kita. Nadilla tadipun rasanya macam tak tahu je kami ni nak datang. Salah si Taufiqlah tu.  Kami ni pun baru tahu hari rabu tu. Dia balik rumah bawa barang hantaran katanya, suruh meminang si Dilla. Tak menyempat-nyempat. Dah tak sabar sangat lah tu. Kemaruk sangat nak beristeri.” Cerita wanita bergelar Hajjah itu. Teburai ketawa semua yang ada di situ mendengar cerita orang kemaruk berbini.
“Budak-budak sekarang ni memang macam tu Hajjah. Di suruh kahwin liat. Kalau sekali rasa nak kahwin itu, tak menyempat-nyempat. Anak sulung saya, abang Si Dilla ini dulu macam tulah. Bertahun-tahun saya dok membebel suruh dia kahwin, dia buat masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja. Sekali berkenan, langsung tak sabar. Selagi kita ni tak keluar minta, selagi itu kita ini di gesanya. Nasib baik dia setuju nak bertunang. Kalau tidak, boleh pening di buatnya. Tunang setegah tahun terus sibuk nak nikah. Dia orang ingat kerja nikah kahwin ni senang agaknya.” Ibunya sudah mula berkongsi cerita.
Nadilla membiarkan saja mereka ini berkongsi cerita dan pendapat. Dia tidak larat nak masuk korum perbincangan. Sekarang dia perlu fikirkan bagaimana untuk menghalang pertunangan ini dari terjadi tanpa menyakiti hati sesiapa. Harapannya pada abahnya seorang saja selepas ini. Ibunya awal-awal sudah menetapkan hatinya setuju akan pertunangan ini jadi sekarang hanya pada keputusan abahnya saja yang boleh Nadilla sandarkan harapan. 

3 comments:

Cutiesgurl said...

bestnyer...skali sampai 2 n3 msk..huhuhu...good job la...sweet jer nadilla dgn taufiq nie..

nursya said...

camner nie...
nk ke si nadilla time si taufik nie...
huhuhu...

Anonymous said...

cerita ni best tapi tiada kesudahannya .....so bila akan ada kesudahaannya...tapi you dah mula cerita baru pulak.....sementara cupid kecil tu tak nampak kesudahan...to much hanging..........