Monday, February 22, 2010

Privating Blog...

Salam....Iman nak mendengar suara pembaca... Mcm hati iman kata - kau kena dgr suara mereka- (skema tak skema)... Iman nak tahu perlu ke tak perlu Iman nak privatekan blog...

 Tujuan Iman nak privatekan blog sebab nanti Iman akan masukkan ntry yg bertajuk Rama-Rama hatiku... ' Ruangan rama-rama hatiku' adalah novel kehidupan Iman sendiri... Tentang kisah Iman yg sebenar...Iman tak mampu nak uruskan dua blog... tak cukup masa sebab itu Iman nak privatekan blog ini untuk iman boleh jadikan tempat ini tempat santai Iman dan pembaca2 tetap Iman saja... Pembaca yang Iman dah angggap teman2 Iman sendiri..

Masalahnya sekarang.... Perlu ke tak Perlu Iman privatekan blog Iman? 


Tolonglah Iman minta berhenti tinggalkan email sebab Iman penatlah nak salin satu2 email ke diary Iman... Huhu... korang jawab je kat poll sebelah okay... Wlaupun Iman boleh agak jawapannya tpi tak apalah demokrasilah kan... and please tak usahlah tinggal email.. cian kat Iman kena salin...

Thursday, February 18, 2010

CInta? Penting ke? 15 - Akhirnya kisah mereka-

Adam mungkin tak selembab yang Tasha sangkakan. Usai Tasha memutuskan talian. Tangannya pantas menelefon Dannia. Tak lama dia menunggu selepas deringan suara Dannia memberi salam menyapa. Adam menjawab. Lama talian itu di biarkan sepi dengan kata-kata. Hanya nafas mereka yang kedengaran.

“Nia” Suara Adam lembut menyebut sepotong nama itu. Hati Dannia terusik bila namanya di sebut sebegitu lembut. Indah di pendengarannya.

“Ya.” Dannia membalas dengan nada yang sama. Kenapa perbualan mereka hari ini terasa lain. Terasa bak ada pari-pari hati.

“Tasha ada jumpa Nia tadi?” Adam bertanya perlahan. Hatinya menahan debaran menunggu jawapan Dannia.

“Ada.” Dannia menjawab malu.

“Tasha kata dia ada cerita pada Nia pasal Adam. Betul ke?” Bertambah lagi debaran yang Adam rasakan.

“ Tasha memang ada cerita pada Nia soal Adam. Nia tak pasti...” Ayat Dannia tak sempat habis apabila Adam memotong.

“Nia tunggu Adam kat pejabat ya. Sekejap lagi Adam sampai. Ada benda Adam nak berterus terang pada Nia. Tungg Adam ya Nia.” Ayat terakhir Adam itu penuh erti buat Dannia. Wajah Dannia merona merah menahan malu. Tak sangka Adam sedrastik ini. Mana Adam yang lembab di katakan oleh Tasha tadi?

“Nia akan tunggu Adam.” Dannia membalas yakin. Mereka berbicara seiringan. Kala itu hanya senyuman yang hadir di bibir mereka. Mereka masing-masing sama menganyam rasa bahagia.




Wajah Adam bersinar ketika tiba di hadapan pejabat Dannia. Ketika Adam sampai, Dannia sedang mengemas segala hartanya. Dia sudah mohon cuti setengah hari yang walaupun hanya tinggal suku dari waktu kerjanya.

Dannia tahu tak mungkin untuk dia dan Adam berbicara disini malah Dannia sendiri tidak mahu mereka berbincang di tempat ini jadi lebih baik dia mengambil langkah awal ambil cuti dan mereka pergi ke mana-mana untuk berbincang.

“Nia siap nak ke mana ni?” Adam bertanya lembut. Entah kenapa getaran di hati itu tak sama seperti hari-hari yang lepas.

“Keluar dengan Adam lah. Kita bincang kat luar ya.” Dannia menjawab sopan sambil tangannya sudah mencapai beg tangan dan beg kerja miliknya. Adam mengangguk, menunggu Dannia di muka pintu. Beg kerja Dannia di ambil. Kesian pula pada Dannia.

“Mari.” Adam mengajak Dannia beredar. Di laluan ke pintu besar perjabat mereka terserempak dengan Zarul. Adam awal-awal lagi dah memaut rapat tubuh Dannia ke arahnya. Matanya memberi syarat. Dannia milikku. Jauhi dia.

“Nia. You nak ke mana ni?” Zarul tidak mengendahkan padangan maut dari Adam. Dia bertanya seolah-olah Adam tiada di situ.

“I nak keluar dengan Adam.” Dannia menjawab tulus. Tak terniat pun nak membuatkan Zarul cemburu walau sememangnya itu terjadi.

“Kami pergi dulu. Jom Nia.” Adam selamba mencapai jari jemari Dannia lalu memimpin kekasih hatinya itu keluar.

Zarul melihat pasangan itu pergi. Entah kenapa hatinya terasa tewas dan putus asa. Mungkin ini akhirnya dia dan Dannia. Dia perlu terima ini sebagai satu takdir buat mereka berdua.




Adam membawa Dannia ke tempat pertama mereka mula-mula berjumpa dulu. Bukit Cerakah yang menyimpan banya cerita tentang pertemuan mereka. Adam ingin jadikan tempat ini tempat akan juga akan menyaksikan saat indah dia dan Dannia menjadi seorang kekasih. Biarlah tempat ini terus menjadi tempat mereka mengukir bahagia.

“Ini tempat kita mula-mula jumpa kan Nia. Di sini Adam kenali Dannia. Sebelum kita kenal, lama Adam perhatikan Nia. Adam perhatikan cara Nia. Gelagat Nia dan wajah Nia. Mungkin takdir Allah, hari itu hujan dan hati Adam terbuka untuk mengajak Nia naik kereta Adam. Kenali Nia buat Adam kenal dunia di sebalik dunia Adam.” Luah Adam. Mereka waktu itu sama-sama bersandar di kereta Adam memandang ke arah Bukit cerakah.

“Adam dah banyak tolong Nia, Adam. Dannia di hadapan Adam ini adalah Dannia yang Adam telah bantu untuk dapatkan hidup. Waktu Adam jumpa Nia dulu, Nia umpama ikan yang tak ada air. Sekarang Nia menjadi ikan yang bebas berenang di lautan.” Dannia turut bersama-sama mengimbau kenangan bersama Adam.

“Hati Adam dah terpikat Nia. Hati Adam dah jumpa perlabuhannya. Hati Adam dah terpaut pada Nia. Adam bukan seorang yang pandai bermadah. Selama ini Adam ingat Nia boleh baca hati Adam. Rupanya Adam tersilap kira hingga macam-macam berlaku pada hubungan kita. Sekarang Adam tak ingin pekara itu berulang. Adam cintakan Nia.” Luah Adam dengan satu nafas panjang. Dannia terpaku tak sangka Adam akan meluahkan perasaannya begitu sekali. Merah wajahnya menahan malu.
Lama Adam menunggu tindak balas dari Dannia. Namun Dannia hanya bisu membeku. Adam memaling tubuhnya agar berhadapan dengan Dannia. Tangannya mengunci bahu Dannia. Kini wajah bertentang wajah. Mata menusuk ke mata.

“Adam cintakan Dannia. Sudi ke Dannia Arrisya menjadi suri hati Adam?” Adam bertanya terus ke wajah Dannia. Wajah gadis idamannya itu semakin merah.

“Dannia pun cintakan Adam.” Dannia menjawab berani sambil matanya menentang sinar cinta di mata Adam. Sesaat dua mereka saling berpandangan sebelum Dannia menunduk malu.

Adam bagai menang seluruh alam. Hatinya terlalu gembira. Senyumannya bertambah lebar. Jawapan Dannia cukup ringkas dan padat. Jawapan pada segala persoalannya selepas ini. Adam memaut dagu Dannia dengan jarinya. Sekali lagi membuat Dannia memandang ke arahnya. Bibirnya mendekati dahi Dannia. Dekat semakin dekat sehingga membuatkan Dannia memejam mata tak mampu memandang wajah Adam. Hanya tinggal seinci dari dahi Dannia, Adam berhenti. Wajahnya di sinari dengan senyuman.

“Adam simpan ciuman ini untuk saat pertama Dannia Arrisya sah menjadi isteri Adam Ammar.” Ujar Adam sambil mengusap lembut dahi Dannia. Dannia tersenyum malu.




Adam menghantar Dannia di hadapan pejabat Dannia. Mereka perlu mengambil kereta Dannia dulu di sana. Wajah kedua-duanya menunjukkan betapa indahnya percintaan mereka. Tadi sebelum mereka ke mari bersiar-siar dulu di sekitar Bukit Cerakah.

“Betul ni nak Adam tunggu bie kat sini je? Tak nak Adam temankan bie?” Adam bertanya pada Dannia. Panggilan manja Dannia telah di ubah pada Bie.

“Betul. Janganlah risau. Bie bukan nak pergi mana pun.” Dannia memberi senyuman selesa buat Adam.

Dannia keluar dari CRV milik Adam. Baru selangkah dia menjejakkan kakinya di tangga pintu gerbang ke pejabatnya. Dannia di serbu oleh sekumpulan manusia. Tiba-tiba dirinya terasa seperti artis. Dannia terus terpinga-pinga dibuatnya. Adam yang melihat terus merapati Dannia. Dia nyata terkejut seperti Dannia.

“Tengku, betul ke gadis ini gadis misteri pilihan Tengku?” Ada suara yang bertanya. Satu demi satu soalan yang sampai di telinga mereka.

Adam tidak menjawab, dia hanya menarik Dannia yang terpaku rapat ke tubuhnya. Adam memimpin Dannia kembali ke keretanya. Adam rasa ini bukan masa dan tempatnya untuk mereka berada di sini. Mereka berada di tempat yang salah sekarang.

“Adam, bie pening.” Dannia mengadu apabila dia sudah selesa di tempat duduk sebelah Adam yang baru menghidupkan kereta.

“Bie? Bie okay tak ni?” Adam bertanya pada Dannia. Wajahnya risau. Wajahnya bimbang. Dannia cuba tersenyum namun dia tak mampu. Akhirnya pandangannya kabur dan dia hilang dari dunia.




Saat Dannia membuka matanya. Wajah bimbang Adam, Ashraf dan Doktor Arif menyapa pandangannya. Dia kini terlantar di katil wad dengan tangannya di masukkan air. Nasib baik dia tak sedar ketika jarum itu mencucuk ke kulitnya kalau tak, mahu dia menjerit tak mahu.

“Nia dah sedar?” Doktor Arif merapati anaknya itu. Adam dah berdiri di sebelahnya. Dannia hanya mengangguk.

“Nia kenapa papa?” Dannia cuba untuk bangun. Adam membantu Dannia duduk di atas katilnya. Bersandar.

“ Nia terkejut je. Tak ada apa-apa pun.” Doktor Arif memberi senyuman mesra buat anak gadisnya itu.

“ Nia pengsan macam ni pun, ada orang tu risau macam nak rak.” Ashraf menyindir Adam. Adam hanya tersenyum.

“Hmmm Orang sayang tu along. Nia, papa dengan along keluar dulu. Adam ada pekara nak bincang dengan Nia.” Doktor Arif meminta diri sambil mengheret sekali anak bujangnya bersama. Ashraf yang nakal sempat mengeyitkan matanya buat Adam.

“Adam nak bincang apa dengan Nia?” Dannia bertanya lembut sambil memandang wajah kekasih hati.

“Bukan Nia, tapi Bie.” Adam membetulkan panggilan diri Dannia.

“Ya bie. Sekarang Adam nak bincang apa dengan bie?” Dannia cuba menyembunyikan senyumannya.

“Adam nak bincang dengan bie tentang wartawan. Adam nak ajak bie untuk berhadapan dengan wartawan. Adam dah bincang dengan papa. Papa pun setuju itu cara yang terbaik buat kita bie.” Adam mengenggam lembut tangan kekasih hati.

“Papa bie ke papa Adam?” Dannia sempat bertanya soalan yang tak berapa nak relevan itu.

“Papa bie lah. Boleh tak ni?” Adam bertanya lagi pada Dannia. Dannia berfikir sebentar. Wajahnya jelas menunjukkan dia menimbang segala kemungkinan.

“Bie ikut jelah Adam. Kalau papa kata okay. Okaylah.” Dannia tiada pilihan lain. Apa yang boleh dia lakukan lagi. Kalau dah ini cara yang terbaik.




“Dannia Arrisya memang gadis pilihan saya. Dia bakal tunang saya jadi saya harap lepas ini tak ada isu tentang ini lagi. Kami akan bertunang. Terus terang saya katakan saya dan Dannia tak suka hal kami di heboh-hebohkan. Saya dan Dannia bukan selebriti kami cuma orang biasa. Jadi saya mohon semua supaya tak menganggu lagi hubungan kami.” Adam berkata-kata sopan di depan wartawan yang hadir. Selepas seminggu Dannia keluar hospital satu perjumpaan dengan wartawan di adakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

“Kami cuma mencari berita Tengku. Agak-agaknya bila tarikh majlisnya itu tengku?” Salah seorang wartawan bertanya lagi.

“Tarikh tu kami tak bincangkan lagi. Kami tak akan maklumkan pada anda. Kami tak mahu apa-apa liputan majlis kami. Kami nak selepas ini tiada liputan tentang kami lagi. Kami harap semua faham.” Kali ini jelas Adam tak mahu ada apa-apa liputan tentang mereka.

Dannia tersenyum di sisi Adam. Nampaknya Adam tahu apa yang mereka perlukan dalam hubungan mereka. Sememangnya hidup seperti ini bukan keinginan Dannia mahupun Adam. Duduk di hadapan wartawan begini membuatkan Dannia rimas. Ini bukan dunia mereka. Bersyukurlah Adam memahami perasaannya dan telah awal-awal memberi pertanda hubungan mereka hanya milik mereka bukan umum.

Selepas ini segala yang terjadi pada mereka bukan lagi untuk tulisan di mana-mana. Di sini Adam dan Dannia akan pergi meninggalkan para pembaca mereka yang setia. Hanya yang mereka di pinta agar semua berdoa hubungan mereka akan mengapai bahagia dan restu yang tulus ikhlas dari semua pihak.

Wednesday, February 10, 2010

Pengganti Cinta? Penting ke?

Makluman kepada semua pembaca (skema la pula.) Iman nak inform, CPK akan tamata tak lama lagi. Tinggal satu episode je lagi. Mungkin esok lusa siaplah. So ini adalah pengganti CPK. Tajuknya Benci Itu Cinta. Iman dah pernah postkan tiga yang awal tp tak ada sambutan sangat. Jadi iman buat sedikit perubahan kat sana sini. Harap semua akan sokong. Hari ini Iman bagi sinopsis dulu untuk korang nilai. huhu... silalah komen ye sayang-sayangku.

Sinopsis Cupid Kecil



Iskandar dan Hanni, dua watak yang cukup berbeza. Terlalu banyak perbezaan sehinggakan mereka mempunyai persamaan yang ketara. Apa yang sama tentang mereka adalah kekerasan, keegoan dan besar kepala. Persamaan yang membuatkan mereka berbeza. Perbezaan itu juga yang membuatkan mereka serupa.

Jika Iskandar bertemu Hanni umpama kilat dan guruh. Umpama gedang dan pemukul. Umpama anjing dan kucing. Mereka tak boleh bertemu. Mereka tak boleh bersua muka. Bertemu maksudnya bertengkar, bersua muka maksudnya bertekak.
BERBAIK?    Ohh... perkataan itu tak pernah wujud dalam diri mereka dan  tak akan pernah wujud dalam hidup mereka.

HANNI:          Hish mawas ni menyemak je. Manusia macam kau ni dah hilang rasa malu dah hilang adab. Aku pun tak tahu apalah yang Sara tu tengok sangat kat kau. Kesian kawan baik aku tu dapak balak macam kau. Jangan kau tukar kawan baik aku tu jadi mawas macam kau sudah.

ISKANDAR:  Apa kau panggil aku? Mawas? Eh anak singa, kau ingat kau tu cantik sangat. Eh perempuan macam kau ni bersepah tau. Dahlah kolot, kasar, keras kepala. Kesian aku tengok boyfriend kau tu. Aku pun tak tahu kenapa Sara itu boleh berkawan baik dengan kau. Macam langit dan bumi.

            Hanni memang keras kepala. Iskandar memang ego. Mereka memang besar kepala. Tapi hati mereka mempunyai naluri yang sama. Hati yang keras, ego dan kepala batu itu mempunyai nilai yang cukup mulia.  Mereka tak sedar mereka ada nilai yang sama itu sehingga mereka bertemu Balqis.

Balqis, anak kecil yang mempunyai masalah sumbing itu menarik jiwa mereka. Balqis anak kecil berumur tiga tahun itu mempunyai masalah sumbing. Masalah sumbing yang tidak di rawat sejak lahir. Bukan kerana masalah kewangan yang menghalang anak ini di rawat tapi kerana masalah psikologi ibu bapanya yang tak boleh menerima keadaannya begini sejak lahir.

            Iskandar, sebagai bapa saudara cuba untuk menegakkan kembali hak Balqis. Cukuplah selama ini dia sudah mengabaikan tanggungjawabnya ke atas anak kecil itu. Selama ini dia tidak mahu masuk campur hal rumah tangga abangnya namun apabila terjadi sesuatu peristiwa sehingga dia tahu nasib anak buahnya teraniaya, Iskandar tak mampu lagi berpeluk tubuh. Balqis perlu di bantu.
           
            Polosnya wajah Balqis menarik naluri keibuan Hanni. Melihat kepayahan Iskandar untuk menjaga gadis kecil itu membuatkan Hanni tersentuh. Hanni lupakan sengketa lalu. Seikhlas hati dia hulurkan tangan untuk membantu. Hanni menjadi ibu pada si kecil. Hanni membantu untuk menjaga dan mengembalikan keyakinan pada diri si kecil. Menolong untuk memulihkan trauma si kecil.

            Melalui Balqis, Hanni mengenali hati setulus Iskandar di sebalik mulut celupar lelaki itu. Waktu bersama Balqis, Hanni nampak ciri-ciri seorang lelaki yang penyayang, perihatin dan baik pada Iskandar. Berat untuk Hanni akui; Iskandar, lelaki yang mempunyai ego setinggi KLCC itu akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik satu hari nanti.

            Melihat dari padangan mata  Balqis, Iskandar tahu Hanni boleh menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Melalui kaca matanya, penilaiannya pada Hanni berubah. Gadis yang dulu dia katakan mempunyai hati sekeras kerikil, kini adalah gadis berhati mulia dan waja. Gadis yang bisa menjadi permaisuri terbaik buatnya.

            Kerana Balqis, hati mereka bersatu. Kebencian mereka bertukar kasih sayang pada anak kecil tanpa perhatian itu. Kekerasan yang ada pada mereka menjadi kelembutan yang membelai jiwa anak kecil itu. Balqis penghubung pada mereka. Balqis mengikat hati mereka untuk saling mengenali. Mungkinkah kerana seorang anak kecil yang malang itu adalah pari-pari hati mereka? Mungkinkan Benci Itu Cinta

Tuesday, February 9, 2010

CInta? Penting ke? 14

Telefon kecil milik Dannia mengeluarkan bunyi. Ada panggilan masuk namun Dannia tak kenali sebaris nombor yang terpapar itu. Siapa agaknya? Lambat-lambat, Dannia terus menjawab panggilan itu.

“Hello, Dannia bercakap.” Dannia memperkenalkan diri pada si pemanggil.

“Nia, Tasha ni.” Dannia terkejut apabila si pemanggil memperkenalkan dirinya. Tasha? Perlu apa Tasha mencarinya.

“Nia?” Panggilan Tasha menyedarkan Dannia dari terus mengelamun.

“Ya Tasha. Ada apa ye?” Dannia bertanya lembut pada Tasha. Nasib baik Tasha tak di hadapannya kini. Kalau tidak pasti Tasha dapat melihat wajahnya yang terpinga-pinga.

“Tak ada. Tasha ingat nak ajak Nia keluar makan. Jom. Tasha tunggu Nia kat Sri Gading.” Kelembutan suara Tasha membuat sukar bagi Dannia untuk menolak.

“Baik. Bagi Nia setengah jam. Nia sampai.” Dannia menerima tawaran itu. Tak ada salahnya kalau dia keluar dengan Tasha sekalipun.




“ I ajak you keluar ni sebab nak bicangkan soal Adam.” Tasha memulakan bicara setelah makanan mereka sampai. Hampir saja tersembur suapan pertama Dannia.

“ Adam, kenapa dengan Adam? Tasha, you jangan salah faham I dan Adam kawan baik je.” Dannia takut kalau-kalau Tasha salah faham soal hubungannya dan Adam. Lebih yang Dannia tak mahu kalau hubungan Adam dan Tasha berantakkan kerana dia.

“Nia, wait. You bercakap sebijik macam Adam. Kawan, kawan, kawan. I peliklah kenapa you all berdua susah sangat nak akui.” Wajah Tasha selamba. Malah tersenyum manis. Macam geli hati.

“Akui apa?” Tanya Dannia tak faham.

“Akui yang you all berdua saling suka menyukai. Saling mencintai.” Tenang sungguh Tasha meluahkan. Dannia pula yang jadi kalut mendengar.

“Tasha. I...” Dannia tak tahu nak menjawab apa. Wajahnya jelas rasa bersalah. Tasha dapat membaca hatinya.

“Dont worry Nia. I tak marah pun. I tak ada hak nak marah. Sekarang I dan Adam hanya kawan. I balik Malaysia pun sebab nak uruskan pertunangan I. Bakal tunang I orang Singapura. I dan Adam dah officially break up couple month ago. Masa Adam datang Singapura. Masa dia datang jumpa I, I tahu hati dia bukan lagi pada I tapi pada orang lain.” Dannia kagum betul dengan tenangan Tasha.

“Orang lain? Setahu I, Adam hanya cintakan you.” Dannia cuba mengorek. Dia sukar mempercayai kalau Adam berlaku curang pada Tasha.

“Adam datang ke Singapura untuk berbincang dengan I. You tahu lima tahun kami berkawan dan itu kali pertama dia ambil langkah untuk pergi berbincang dengan I. Selama lima tahun kami berkawan, Adam tak pernah dahulukan I. Macam mana I dahulukan kejaya I berbanding dia. Begitu juga dia. Dia juga lebih memilih kerjaya dia berbanding I. Mungkin sebab kami tak pernah saling cinta. Yang ada pada kami ialah perasaan memahami. Kami tersalah anggap perasaan memahami itu sebagai cinta sebab itu kami lebih sesuai jadi kawan macam sekarang. You tahu Nia, apa yang I nampak pada Adam masa dia jumpa I di sana?” Tasha sengaja mengumpan Dannia dengan soalan provokasi begitu.

“Nampak? Nampak apa?” Dannia sedikit sebanyak termakan dengan jerat Tasha.

“I nampak cinta kat mata dia. Cinta yang I tak pernah nampak masa I kawan dengan dia. Sejak tu I tahu hati dia bukan pada I lagi. Yang peliknya Nia, I langsung tak rasa apa-apa. I baru sedar hati I pun bukan ada pada dia. Malah I happy dia dah jumpa kebahagiaan dia. Kami berkawan cukup lama Nia, tapi kami tak pernah terfikir soal kahwin. Percaya atau tak, Adam dah rancang nak jadikan you suri dia. Dia pernah cakap kat I dia nak jadikan you isteri dia. You jangan salah faham. Masa dia cakap tu kami hanya kawan biasa saja. Tapi bohonglah kalau I katakan yang I tak cemburu. Ada cemburu sikit di hati I. Mana taknya bertahun I kawan dengan dia, tak pernah pun dia biaca soalan ini tapi dengan you belum setahun you berdua berkenalan tapi dia dah rasa nak jadikan you isteri.” Ketulusan dan keikhlasan nampak di matanya.

“Kenapa you beritahu ini semua pada I Tasha?” Dannia bertanya lembut. Dia mahu tahu apa niat Tasha.

“Sebab I nak you dan Adam bahagia. You jangan salah sangka. Adam tak suruh I pun. Cuma I nak beritahu you, jangan anggap Adam macam lelaki lain. Adam bukan jenis lelaki yang mudah luahkan isi hatinya. You sendiri kena pandai baca isyarat yang dia hantar. You pun jenis macam tu kan? Sebab tu I nak tolong you all. Lagipun tak adil rasanya I bahagia dengan tunang I nanti kalau kawan-kawan I masing-masing masih bermain tarik tali.” Tasha menerangkan dengan senyuman. Betul Dannia belum bertemu lagi dengan gadis sebegini baik. Dia belum lagi berjumpa dengan wanita yang sebegini murni hatinya. Bertuah sungguh tunang Tasha.

“Terima kasih Tasha. Cuma I seganlah nak mulakan. Biarlah Adam dulu yang menarik simpulan tali ini.” Dannia tersenyum bahagia.

“Dan you akan sama-sama leraikan.” Tasha juga tersenyum gembira. Tahu kalau Adam mulakan pasti Dannia akan terima dengan senang hati.
Hari ini satu lagi ikatan silaturahim di eratkan dengan rasa keikhlasan dan ketulusan. Pasti ikatan ini tak akan terlerai selagi rasa tulus dan ikhlas itu masih ada dalam diri mereka.




Tasha duduk menelefon Adam. Di sebelahnya ada Aidil, bakal tunangnya. Sesekali Tasha memandang Aidil, bakal tunangnya yang duduk di sebelah sambil menunggu panggilannya di jawab. Bakal tunangnya juga pereka fesyen sepertinya. Dua tahun mereka berkenalan tak sangka Aidil menyimpan rasa padanya. Sebaik dia mengumumkan dirinya bersendirian, Aidil terus melamarnya menjadi isteri dan dia sendiri gembira menerima tawaran itu kerana rupanya hatinya juga telah lama terpikat pada si jejaka.

“Hello, Tasha.” Suara Adam kedengaran menjawab panggilannya.

“Hello Adam. You jangan cakap apa-apa. Dengar apa yang I nak katakan.” Tasha awal-awal lagi memberi amaran. Adam hanya membisu. Tasha tersenyum sebelum menyambung balik hujahnya.

“I dah bagitahu Dannia tentang kita. I dah terus terang dengan dia, yang kita hanya kawan dan I dah nak bertunang dengan orang lain. I juga bagitahu dia yang you sayangkan dia. Dia hanya tunggu you bertindak Adam. Nia kata kalau you bertindak, dia akan terima you. For that you should thank me.” Suara Tasha sedikit nakal. Aidil yang memasang telinga di sebelah pun tersenyum dengan kenal mendengar kenakalan bakal tunangnya itu.

“What Tasha? Ohh thanks Tasha.” Suara Adam kenyataan gembira sekali. Happy benar dia. Lebih-lebih lagi mengingatkan Dannia sudi membahagiakan dia.

“Memang you patut terima kasih kat I. You baik cepat bertindak sebab I juga beritahu Nia, yang dia rampas you dari I. Kalau you all masih tak nak bersama I akan rampas you balik dari dia. So break a leg. I got to go. I tengah date dengan Aidil ni. You tu bertindak. Jangan lembab sangat.” Tasha cepat memutuskan talian/ Di bibirnya keluar gelak kecil. Terlepas perasaannya untuk mengatakan Adam lembab. Dah lama dia simpan perkataan itu untuk Adam. Baru hari ini terlepas.

“ Tak baik sayang cakap Adam macam tu.” Aidil menegur sikap bakal tunangnya tadi.

“I cakap je. I dah lama geram nak cakap dia lembab. Dah memang dia lembab lah sayang. Lagipun sayang tak payahlah risau. Dia tu tengah happy, tengah angau. Dia tak akan kisahlah.” Tasha tersenyum manja pada Aidil.

Aidil cukup bersyukurlah di dunia ini masih ada wanita yang suci hatinya dan dia akan memiliki hati itu. Cinta bukan bermakna kita memiliki. Bukan bermakna kita menguasai tapi lebih bahagia kalau kita redha dan menerima segalanya. Tak guna terlalu memaksa kadang kala kita perlu lepaskan juga.

P/s Tasha telah membuka ruang buat Adam. Bagaimanakah Adam bertindak? Atau persoalannya Adakah Adam akan bertindak?... Tentukan akhirnya...

Monday, February 8, 2010

CInta? Penting ke? 13

Dannia melilau mencari bayangan abangnya dalam restaurent sri Gading itu. Dannia telah berjanji dengan Ashraf untuk keluar makan pada hari ini. Semalam dia baru kembali daripada kampung. Namun belum sempat bertemu dengan abangnya kerana Ashraf tengah bertugas. Sebelum balik kampung pun dia tak sempat berjumpa dengan abangnya itu. Baru hari ini dia berkesempatan makan bersama dengan abangnya.

“Lama ke along tunggu?” Dannia pantas bertanya sambil melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Ashraf.

“Boleh lah tahan. Kenapa lambat sangat? Along dah orderkan untuk adik dah.” Ashraf membuat muka toyanya. Tak puas hati Dannia datang lambat.

“ Banyak kerjalah along. Ada apa along nak jumpa Nia ni?” Dannia cepat bertanya. Muskil pula dia apabila Ashraf mengajaknya keluar.

“Saja. Tak kan tak boleh ajak adik sendiri keluar kot?” Asraf mengenakan adiknya. Dannia hanya tersengih mendengar sindiran itu.

Mereka kemudiannya berbual tentang hal masing masing. Sedikit menyentuh juga hal Balqis dan Adam. Cuba mengikut kembali perkembangan masing-masing. Rancak perbualan mereka sebelum mata Ashraf ternampak pasangan yang baru masuk ke restaurant itu.

“Adik, itu Adam kan?”Ashraf bertanya pada Dannia. Pertanyaan itu membuat Dannia berpaling. Terbeliak matanya. Sememangnya pasangan mesra itu Adam.

“ Adam” Ashraf melambai-lambai ke arah Adam. Dannia hanya membeku sambil minum. Berdoa Adam tak akan menghampiri mereka. Namun doanya tak termakbul apabila dalam sekejap saja Adam sudah berada di tepi meja mereka.

“Ash, Nia. Kebetulan pula.” Adam menegur sambil bersalaman dengan Ashraf. Mahu tak mahu Dannia terpaksa bermanis muka dengan pasangan Adam. Siapalah gadis tinggi lampai di sebelah Adam ini?

“Tasha, mari I kenalkan you, ini Ashraf dan Dannia. Ash, kenalkan Tasha, kawan aku.” Adam memperkenalkan kedua-dua pihak.. Dannia memerhati sambil bersalaman dengan Tasha.. Inilah Tasha kekasih Adam. Betapa kerdilnya dia berbanding Tasha. Gadis anggun dan cantik.

“Jomlah join kami. Come.” Ashraf mengajak Adam menyertai mereka. Mulanya Dannia fikir Adam akan menolak tapi rupanya tidak. Malah selamba Adam duduk di sebelah Dannia.

Mereka berbual. Namun Dannia lebih banyak mendiamkan diri. Dalam diam Dannia memerhatikan Tasha nampaknya ramah dan baik hati. Sesuai benar dengan Adam. Patutlah Adam sangat menyayangi Tasha. Gadis sebaik dan semesra ini pasti memikat setiap mata yang memandang. Siapalah Dannia berbanding Tasha.

Mereka berpisah di hadapan restauran itu. Dannia cuba tersenyum menyembunyikan rasa hatinya. Hatinya rasa macam di lenyek oleh penggolek jalan. Sakit. Cemburukah dirinya? Iyalah agaknya kot. Namun apa yang dia boleh lakukan. Sememangnya sejak mula lagi dia tahu Adam adalah milik Tasha.




“She jelous of us.” Tasha tiba-tiba berkata-kata. Adam termanggu sendirian. Dia tak boleh nak mengagak apa yang Tasha cuba katakan.

“What?” Adam bertanya kembali.

“Nia, dia jeles dengan dia. You tak perasan ke?” Tasha mengulang kembali ayatnya. Hanya menambah sedikit buat Adam faham.

“Nia jeles? You bergurau ke Tasha. Nia tak akan jeles la. Dia anggap I kawan je.” Adam tak mudah percaya. Teringat lagi kata-kata Dannia di saat buat kali terakhir mereka keluar.

‘Kita hanya kawan. Macam along katakan, ‘buat apa Nia nak terasa hati, itu hak Adam untuk memberitahu Nia atau tak. Kalau betul-betul Nia kawan Adam, Nia tak kan terasa hati’. Betul kata along, buat apa Nia nak terasa hati. Itu hak Adam. Nia kawan Adam je.’

Kenyataan yang membuatkan Adam terasa hati pada Dannia. Terasa hingga hancur setiap lubuk hatinya.

“I perempuan Adam. I tahulah dia cemburukan kita. You tak bagi tahu ke hal sebenarnya pada dia?” Tasha masih menegakkan apa yang dia fikirkan. Tak mungkin naluri wanitanya menipu.

“Belum lagi.” Hanya itu jawapan daripada Adam.

“I harap you cepat beritahu dia. I tak nak ada yang terluka nanti.” Bukan niat Tasha untuk menggesa namun dia tak mahu ada sesiapa yang makan hati dengan hubungannya dan Adam.

“I akan beritahu dia. I cuma perlukan masa.” Adam tak mahu lagi memanjangkan bicara ini. Sengaja dia menguatkan radio supaya Tasha tak aakn terus menggesa.




Menyesal Dannia menerima petolongan Zarul. Tadi keretanya rosak, lalu Zarul yang kebetulan ada di situ menawarkan untuk menhantarnya pulang. Dari terus menghantarnya pulang, Zarul membawanya untuk membeli belah pula. Apa kes betul mamat ni. Dahlah tengah hari tadi hatinya sakit menahan cemburu melihat Adam dan Tasha. Kini Zarul pula mencabar kesabarannya.

“Kita nak pergi mana ni Zarul? You nak beli apa senbenarnya?” Dannia bertanya bosan. Puas berpusing di tempat cenderamata itu namun satupun tak menarik minat mereka.

“Kita jalan-jalan Nia. Nia kan tak pernah keluar berjalan dengan Zarul. Apa salahnya kalau kita jalan-jalan.” Zarul sengaja mencuri perhatian Dannia.

Dannia ingin menjawab namun sepasang mata miliknya terpanah pada sepasang mata lain. Mata yang tajam merenung dirinya dari luar kedai itu. Matanya bertembung dengan mata Adam. Tiba-tiba Dannia rasa tak enak. Namun melihat adanya Tasha di sebelah Adam membuatkan rasa itu hilang.



“Adam kenapa ni?” Tasha bertanya pada Adam sementelah mata Adam tajam merenung ke satu arah. Tasha turut memandang. Dia melihat Dannia bersama dengan seorang lelaki.

“Jom kita tegur mereka.” Tasha pantas menarik lengan Adam. Membawa Adam masuk dan merapati Dannia. Senyuman manis di hadiahkan pada Dannia.

“Nia. Hai, tak sangka kita jumpa lagi. Siapa tu? Boyfriend you ke?” Tasha menghulurkan salam pada Dannia. Dannia menyambut salam itu dengan senyuman manis.

“Hai. I pun tak sangka kita jumpa lagi. Kenalkan ini Zarul. Zarul ini Tasha.” Dannia memperkenalkan kedua-duanya. Namun dia tak memperkenalkan Tasha sebagai teman wanita Adam. Hanya memperkenalkan nama saja. Tak sanggup rasanya memperkenalkan Tasha dengan gelaran wanita istimewa Adam.

“Hai Zarul. You all shopping juga ke?” Tasha cuba beramah mesra dengan Zarul. Memang sesuai dengan sikapnya yang friendly.

“Haah. I minta Nia temankan I belikan hadiah untuk my parent.” Jawapan Zarul mengundang kerutan di dahi Dannia. Tadi tak ada pula Zarul kata begitu.

Bukan saja kerutan di dahi Zarul kelihatan, asap cemburu turut keluar di kepala Adam. Sakit hatinya melihat Dannia bersama dengan Zarul di situ. Hilang moodnya untuk berjalan-jalan.

“Kalau macam tu, kami taknak la kacau. See you all soon. Bye” Hanya suara Tasha kedengaran meminta diri. Adam hanya senyap membeku apabila tanganya di tarik mesra oleh Tasha. Kali ini asap cemburu keluar dari telinga Dannia pula. Sakit hatinya melihat kemesraan pasangan itu.

“Zarul, hantar I balik.” Pinta Dannia dengan nada tegas.

“Balik? Kita tak beli apa-apa lagi.” Zarul cuba menahan Dannia.

“Kalau you nak shopping. You shoppinglah sorang. I balik naik cab.” Dannia berkata keras sambil melangkah. Zarul cepat menahan.

“Okay. Zarul hantar Nia balik.” Zarul tak ada pilihan lain selain daripada mengalah saja.



Ketika Zarul menghantar Dannia di lobi kondominium milik Dannia, Adam sudah menanti di situ. Cepat benar Adam sampai dari mereka (Mana tidaknya kalau Zarul bawa kereta mengalahkan kura-kura). Tapi untuk apa Adam di situ? Bukankah dia tengah syok masyuk berdating dengan Tasha tadi.

“Nia nak Zarul temankan?” Zarul bertanya lembut pada Dannia. Dia dapat merasakan sesuatu akan terjadi.

“Tak pe. Terima kasih kerana hantar I balik.” Dannia menolak tawaran itu lalu keluar. Tanpa menghiraukan Adam dia berjalan menuju ke lift.

Adam hanya mengikut rentak Dannia. Mereka menaiki lift yang sama namun kotak besi itu sepi dari sebarang suara. Apabila sampai di hadapan pintu kondo Dannia, barulah Adam bersuara.

“Kita perlu berbincang, Nia.” Suara Adam tiba-tiba kedengaran. Dannia di sebelahnya hanya termanggu. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

“Tak ada benda nak di bincangkan Adam.” Dannia membalas. Dia penat. Satu hari dia penat menahan sakit hati. Sekarang dia malas untuk berfikir.

“Tak ada benda? Banyak benda yang perlu kita bincangkan. Terutamanya bila you keluar dengan Zarul.” Suara Adam tertahan dari melengking. Dannia betul-betul tersentap. Apa masalah Adam ni?

“Apa masalahnya I keluar dengan Zarul? I tak nampak ada masalah.” Kata-kata Dannia membuat Adam menyinga.

Adam menarik Dannia berhadapan dengannya. Mereka berdiri berhadapan. Tangan Adam mencengkam kuat lengan Dannia. Sungguh dia di amuk marah. Benarlah kini Dannia tak perlukan dia lagi. Mungkin benar juga Dannia dah kembali bersama Zarul.

“Tak ada masalah? You tahu I tak suka you keluar dengan dia, tapi you keluar juga dan itu you kata tak ada masalah?”Nada Adam tegas lebih kepada cemburu.

“Kalau I keluar dengan dia. Kenapa? You pun keluar dengan Tasha juga. Ada I marah. Tak ada kan. Yang you nak marah ni kenapa? Adam lepaskan. Sakitlah.” Dannia menambah lagi kemarahan Adam. Dia meronta-ronta untuk di lepaskan oleh Adam.

“I dengan Tasha lain Nia. I tak suka you keluar dengan Zarul. Malah I tak suka you keluar berpoya-poya dengan mana-mana lelaki pun. You faham tak?” Suara Adam keras dan tegas. Amat menakutkan.

“You ni kenapa?” Dannia bertanya lembut. Dia mula takut. Ini kali kedua dia melihat reaksi Adam begini.

“You tanya I kenapa? You tanya diri you. You ada jawapannya. You milik I, Nia. I tak suka berkongsi dengan orang lain. Mula hari ini you tak boleh keluar dengan Zarul atau lelaki lain sekalipun.” Tanpa Adam sedar dia sebenarnya telah melukai hati Dannia. Dannia tak sangka begitu hina dia sekarang di mata Adam. Kata-kata Adam seolah-olah dia kekasih Adam, tapi ternyata dia bukan kekasih Adam. Tasha kekasih Adam. Lalu siapa dia? Adakah Adam menganggapnya perempuan simpanan? Ya. Kata-kata Adam membayangkan itu semua. Adam memang dah melampau.

“Kenapa I tak boleh keluar dengan lelaki lain Adam? I bukan milik you. I bukan kekasih you. Tasha kekasih you. Siapa I di mata you sampai you berkata macam tu pada I? I rasa macam I perempuan simpanan you je.” Dannia di amuk rasa. Dia menunjuk betapa dia terluka dengan Adam.

“I...” Adam terputus bicara. Dia tak tahu nak berkata apa. Melihat kelukan di mata Dannia, hatinya turut terluka.

“I bukan kekasih you Adam. I mampu tengok you bahagia dengan Tasha. I juga ingin bahagia Adam. Biarlah I cari bahagia I sendiri. Kita cuma kawan. Jangan sampai kita jauh kerana sikap you ni. Lepaskan I.” Luah Dannia. Dannia melihat Adam hanya terpaku di situ. Adam telah melepaskan tangannya dan pantas Dannia menghilangkan diri ke dalam kondonya..

Adam terpaku mendengar kata-kata Dannia. Ya baru dia sedar yang dia sekali lagi melukakan hati itu. Memang dia tak ada hak untuk menghalang Dannia bahagia. Adam hanya melihat Dannia berlalu masuk. Tak ada daya menahan. Akhirnya Adam hanya membiarkan sahaja dan berlalu dari situ.

Sunday, February 7, 2010

CInta? Penting ke? 12

Dannia masuk ke pejabat hari ini hanya dengan satu niat saja. Menyelesaikan segala tugasnya dan kemudian memohon untuk bercuti panjang. Dia perlu pulang ke kampung bagi menenangkan fikirannya yang cukup berserabut ini. Dia tahu Adam akan mencarinya. Biarkan lah lelaki itu mencarinya. Dia tak kisah. Macam nasihat Balqis padanya ketika telefon semalam. Jangan tahu lelaki saja yang ada ego. Perempuan pun adalah dan dia akan tunjukkan itu pada Adam.

“Cik Dannia, ada panggilan dari Encik Adam. Nak saya sambungkan ke?” Suara Grace terniang di interkom.

“Tak perlu. Katakan saya sibuk. Lepas ni I tak mahu di ganggu Grace.” Iman telah memberi syarat yang dia tak mahu di ganggu.

“Baik Cik Dannia.” Grace hanya menurut perintah. Dia tak tahu apa yang merasuk ketuanya itu. Dannia yang ramah dengan senyuman dulu kini hilang serinya. Pasti bergaduh dengan Encik Adam.

Di dalam pejabatnya Dannia berusaha menumpukan sepenuh perhatiannya pada kerjanya. Berat untuk dia lakukan sebenarnya apabila kepalanya penuh dengan bayangan Adam. Kini Dannia terfikir kata-kata Ashraf. Kenapalah dia nak terasa sangat Adam menyembunyikan identitinya kalau betul dia dan Adam hanya kawan? Ahhh.... Dannia tahu walau macam manapun dia nak menafikan semua ini. Kenyataannya sangat mudah, hatinya pada Adam bukanlah sebagai seorang kawan tapi lebih daripada itu.




Adam tertekan. Dannia tak menjawab panggilannya. SMS di biarkan sepi tanpa balasan. Kini Dannia menolak dia mentah-mentah di talian pejabat. Adam perlu cepat bertindak. Dia harus memikirkan sesuatu. Harus memikirkan bagaimana untuk mendapatkan Dannia kembali. Adam telah lama sedar, malah sebelum dia ke singapura lagi yang hatinya memang milik Dannia. Tak mungkin untuk Adam melepaskan Dannia sendirian jauh darinya. Kala ini cintanya dan hatinya hanya untuk Dannia. Dia akui itu semua. Kini dia perlu berhadapan dengan Dannia.




Adam merapati pejabat Dannia. Dia harus bersemuka dengan Dannia. Harus menerangkan segalanya supaya mereka boleh jadi seperti dulu lagi. Adam memberi senyuman manis pada Grace. Dia mengenali Grace dan dia tahu Grace tak akan menghalang dia masuk.

Lama Grace merenung muka Adam dan Adam pasti itu semua kerana berita yang hangat kini. Malah sejak dari dia melangkah masuk tadi. Banyak mata-mata yang mencuri pandangan padanya. Ada juga yang berbisik-bisik. Adam tak kisah. Dia sudah lali dengan kehidupan itu.

Adam berdiri di permukaan pintu pejabat Danni yang sedikit terbuka. Dia terdengar suara Dannia sedang bercakap dengan seseorang dan Adam pasti orang itu adalah Zarul.

“Mestilah I tahu siapa Adam. Antara kami tak ada rahsia. Memang kami nak rahsiakan hal ini tapi tak sangka pula media boleh tahu.” Kedengaran suara Dannia bagai cuba untuk menafikan kenyataan Zarul yang bagai ingin menuduh Adam telah menipu Dannia.

“Come on lah Nia. Nia tak blh nak menipu Zarul. Zarul kenal sangat Nia. Adam tak patut buat Nia begitu.” Zarul menolak kenyataan Dannia. Dia boleh nampak Dannia menipu dari sudut mata Dannia. Telah lama dia kenal jati diri Dannia. Walaupun Dannia makin berubah tapi Dannia yang lama tetap ada di dalam diri itu.

“I tak pernah bohong pada Dannia, Zarul danapa yang Dannia bagitahu you tu memang betul. So what kalau I ni kerabat? I rasa I tak ganggu you dan Dannia juga tak menyusahkan you kan.” Adam tak memberi peluang untuk Zarul terus mencucuk. Dia segera masuk dan menyampuk. Tak ketuk pintu pun.

“Adam.” Dannia terkejut dengan kehadiran Adam yang ala-ala hero of the day itu. Wajah Dannia menggelabah apabila mengenangkan Adam telah mendengar perbualannya dengan Zarul.

“Adam datang nak jemput Nia lunch tapi tak sangka pula boleh terdengar semua ini.” Adam berbuat selamba. Dia menghampiri tempat Dannia duduk. Berdiri di tepi keursi Dannia sambil tangannya di letakkan pada kerusi Dannia.

“Zarul, I nak bagitahu you yang you tak perlu risaukan Nia. I tak pernah menipu dia. Apapun terjadi antara kami tak ada kena mengena dengan you. You dan Nia adalah kisah silam. Kini Nia bersama I dan I harap you jangan ganggu hidup kami.” Keras suara Adam memberi amaran. Kali bukan secara kiasan namun amaran yang jelas buat Zarul. Zarul hanya tersenyum hambar.

“Okay Nia, Zarul pergi dulu. Nnati kita jumpa lagi.” Zarul meminta diri. Dia keluar dari bilik yang kian panas itu.

“I banyak kerja. Kalau you nak pergi lunch. You lunchlah sendiri.” Dannia bersuara dingin tanpa hati dan perasaan.

“Jom kita pergi makan. Kita ada banyak benda perlu di bincangkan Nia.” Adam tanpa segan silu. Manarik tangan Dannia. Dia memaksa Dannia berdiri dan mengikut langkahnya.

“Adam. Please.” Mulanya Dannia meronta tak mahu. Tapi apabila Adam berpaling dan merenung tajam padanya. Dannia tahu dia tak ada pilihan lain lagi. Sememangnya Dannia selalu saja kalah dengan Adam.


“Apa yang perlu sangat kita bincangkan sekarang?” Dannia buat muka bosannya di depan Adam. Kali ini Adam memilih untuk makan di gerai saja. Pastilah di gerai yang penuh dengan orang menjamu selera untuk mekan tengah hari begini, Dannia tak akan berbuat yang tidak-tidak. Lagi-lagi di gerai ini banyak budak pejabat Dannia yang datang makan tengah hari.

“Tunggu sekejap. Adam nak ambik makanan. Jangan nak lari pula. Kat sini ramai budak pejabat Nia. Nanti Nia juga yang malu.” Adam dulu yang memberi peringatan. Takut benar dia kalau Dannia pergi.

“Hmm...” Dannia hanya mengiakan.

“ Sekarang kita nak bincang apa?” Sekali lagi Dannia bertanya apabila Adam dah duduk kembali ke meja mereka. Adam kembali dengan dua pinggan nasi. Adam tak menjawab terus. Dia membiarkan pelayan menghantar minuman yang dia pesan tadi.

“Tak menyabar betul Nia ni. Mari kita makan dulu. Orang kata berperng biarlah dengan perut yang penuh.” Adam masih bermain dengan masa. Dannia rela dalam terpaksa menurut juga. Adam memang pandai menjerat dia. Membawa dia kesini, Adam tahu dia tak akan bertindak di tempat orang ramai. Adam terlalu memahaminya.

“Kenyang?” Adam ertanya lembut. Berharap kelembutannya akan mecairkan hati Dannia yang dingin beku.

“Dah. Sekarang aoa yang penting sangat sampai you heret I ke mari?” Dannia kembali ke pokok cerita. Tak mahu menunggu lama.

“Adam nak ceritakan pada Nia apa yang belaku sebenarnya. Adam akui memang Adam sembunyikan identiti Adam dari Nia. Tapi tak bermaksud pun untuk Adam untuk berbohong atau menipu Nia. Selama ini pun kita jarang berbicara tentang keluarga kita kan. Adam memang nak bagi tahu Nia Cuma Adam tak tahu nak menceritakan bagaimana. Jadi Adam tunggu masa yang sesuai.” Adam cubakan menegakkan kebenaran dirinya. Dannia tersenyum sinis.

“Sampaikan Nia tahu dari orang lain? Itu masa yang sesuai.” Dannia bernada sinis jelas-jelas menunjukkan dia sakit hati.

“Dannia, I didn’t not mean that.” Adam bagai ingin menjelaskan lagi. Dannia mengangkat tangan tanda stop. Cepat dia menahan Adam dari terus berkata-kata.

“I know. Cukuplah Adam, Nia tak terasa pun. Siapalah Nia dalam hidup Adam. Kita hanya kawan. Macam along katakan, ‘buat apa Nia nak terasa hati, itu hak Adam untuk memberitahu Nia atau tak. Kalau betul-betul Nia kawan Adam, Nia tak kan terasa hati’. Betul kata along, buat apa Nia nak terasa hati. Itu hak Adam. Nia kawan Adam je. Lainlah Tasha, dia baru kekasih Adam. Adam tak perlulah terangkan lagi. Jom kita balik.” Ego Dannia melambung tinggi. Dannia tak memberi sedikit pun peluang buat Adam bercakap. Dia pantas bangun. Adam mengeluh. Melihat Dannia masih berdiri menunggunya, Adam tak ada pilihan lain selain bangun dan beriringan pergi dengan Dannia.


p/s tak tahulah best atau tak... Iman dah hilang rentak ketika menulis.. Berilah komen eh... supaya Iman dapat balik rentak itu...kisah ini tak lama lagi tamatlah.

Monday, February 1, 2010

Manuskrip JAC.

Alhamdullilah, Iman dah hantar final JAC pada penerbit... Iman tak tahu berapa lama proses akan di ambil untuk terbitan itu tapi Insya Allah dalam tahun ini jugalah... Maaf kerana dah lama menunggu. Selepas ini Iman akan tumpukan pada CPK dan BIC... huhu lega sangat dah habis satu novel... Thanks semua kerana menyokong selama ini