Sunday, August 30, 2009

CUTI BUAT SEMENTARA

Iman cuti sementara... Iman baru je melalui pembedahan untuk membuang appendix... Iman akan bercuti dari menulis... memang dugaanlah puasa kali ini... Moga ada rahmat dan keinsafan buat iman...

Wednesday, August 26, 2009

JODOH ATAU CINTA 30

“Assalamualaikum.” Keempat-empat mereka menoleh apabila mendengar salam yang di hulurkan. Kelihatan tubuh tegap Tengku Farid berdiri di hujung ruangan itu.
Farhan dan Iman bangkit dari sofa tempat mereka duduk sadari tadi. Keduanya kelihatan tegang. Mata mereka berlaga kemarahan.

“Apa yang Tengku cuba buat disini? Memaksa kami datang. Apa yang Tengku nak lagi?” Farhan terus bertepik kuat. Hilang perkataan hormatnya pada lelaki di hadapannya sekarang yang bergelar ayah padanya. Iman di berlakang abangnya pun turut mempamerkan rasa tidak puas hati.

“ Boleh kita duduk berbincang dulu kan? Papa rasa tak salah papa panggil anak menantu papa balik. Makan malam bersama.” Tengku Farid dengan selamba melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi mewah di situ.
Farhan tidak mengendahkan Tengku Farid. Begitu juga Iman adiknya. Entah hati mereka cukup keras menerima lelaki yang banyak membuat hidup mereka menderita. Farhan mahupun Iman, masing masing langsung tidak nampak sebab musahabab kenapa Tengku Farid perlu wujud lagi di dalam di hidup mereka. Setelah berpuluh tahun lamanya. Tak kan Tengku Farid tak terasa sudah terlambat untuk semua ini.

“Papa? Kami tak ada papa sejak ibu kami kena tinggal macam tu je Tengku. Kami tak ada papa sejak kami ni hidup macam anak yatim piatu, menumpang kasih pada keluarga orang. Kami tak ada papa apabila seorang suami tega melepaskan isterinya tanpa sebab. Apabila seorang lelaki tak pun hadir di hari pengebumian bekas isterinya. Apabila seorang ayah lagi rela biarkan anak-anaknya tinggal dengan orang asing dan tak pernah sekalipun nak ambil peduli.” Iman dengan senyuman sinisnya bebas mengkritik. Dia nampak tabah meluahkannya tapi saat itu hatinya bagai di tumbuk hancur lumat. Matanya menceritakan segalanya. Danish bak memahami. Dia bangkit dari duduknya yang kaku tadi. Berdiri di sisi Iman. Merangkul bahu Iman sambil mengusap lembut bahu isteri kesayangannya itu. Ingin menyalurkan semangat buat Iman.

“Duduk Iman. Iman tahu kan apa yang papa boleh buat? Tentu sekali Iman tak terfikir yang Iman boleh keluar dari sini dengan mudah tanpa kebenaran papa. Sekarang duduk. Both of you.” Tegas suara Tengku Farid memberi arahan. Sakit hati anak-anaknya. Pedih lagi hati dia. Hancur hati permatanya berdua itu. Lumat lagi hatinya. Perit hatinya mendengar luahan Iman.

Iman dan Farhan memang cukup faham apa yang di katakan oleh Tengku Farid. Mereka terlalu faham apa yang Tengku Farid boleh lakukan sebenarnya. Siapa yang tak kenal Tengku Farid yang ramai pengikut yang mampu melakukan apa sahaja. Kalau tak masakan dengan mudah Tengku Farid boleh mengheret mereka kembali ke rumah ini. Lantas itu mereka tiada pilihan lain selain duduk menurut apa yang di perintahkan.

“Kenapa dengan muka Farhan tu?” Melihat anak-anaknya mengalah. Tengku Farid berlembut. Dari tadi dia tertanya-tanya kenapa dengan wajah anak terunanya itu. Siapa yang sebegitu berani menyentuh anaknya?

“Jangan pura-pura lah Tengku. Ini kan kerja anak buah Tengku. Agaknya selagi kami berdua ni tak pergi dari dunia ni. Selagi itu Tengku tak puas hati kan?” Farhan rasa nak tergelak sahaja mendengar soalan yang cukup tak rasional itu. Pura-pura tak tahu konon. Keadaan bukan semakin sejuk malah semakin hangat rupanya.

“Farhan!!! Bukan salah papa tapi mama yang suruh mereka buat macam tu. Kalau tidak, Farhan dengan Iman mesti tak sampai sini kan? Farid, I yang suruh orang-orang you paksa mereka ke sini. I memang dah agak jadi macam ni.” Entah dari mana, Suhana muncul. Farhan dan Iman terkejut melihat Mama Sue mereka di situ.

“Mama...” Terkeluar perkataan itu dari mulut mereka. Masing-masing dalam keadaan yang jantung mereka bagai baru lepas kena hentaman yang kuat. Nampaknya suasana akan semakin membahang selepas ini.

“Sue? Kenapa you buat anak-anak I macam ni?” Tengku Faris tak sangka Suhana boleh menyuruh orang-orangnya berlaku kasar dengan kedua warisnya itu.

“Kenapa? Sebab I kenal anak-anak you ni. Mereka ni sebiji macam you. Degil ego. You ingat kalau muka mereka tak lebam-lebam macam tu, mereka nak datang sini ke? Jangan berangan lah Farid. I yang jaga mereka. I tahu sangat otak anak-anak you ni. Betulkan cakap mama? Abang? Adik?” Suhana mengambil tempat di kerusi kosong berjiran dengan kerusi yang di duduki Tengku Farid. Tengku Farid terdiam. Mengakui kebenarannya. Farhan dan Iman hanya tertunduk.

Terasuh dengan cukup baik dan terdidik dengan cukup beradab. Farhan mahupun Iman bangkit mencium tangan Suhana. Di ikuti Intan dan Danish masing-masing di berlakang mereka. Bertapa sedihnya hati Tengku Farid melihat keadaan itu. Suhana di sambut penuh hormat oleh anak-anaknya sedangkan dia? Bertapa kala itu dia teringin tangannya di salam dan dicium hormat oleh kekasih-kekasih hatinya. Bertapa waktu itu dia ingin menarik mereka dalam pelukkannya. Meleraikan rindunya yang berkurun lama. Tapi tengku Farid sedar semua itu tidak mungkin untuk masa ini.

“Kenapa kami ke sini mama?” Farhan bertanya setelah balik duduk di tempatnya tadi. Semua mata yang ada melihat Suhana.

“Nantilah kita cerita. Jom kita makan dulu. Mama dah masakkan makanan kesukaan anak-anak mama. Rasanya Khalis dah hidangkan tu.” Suhana bangkit mempelawa mereka semua.

“You masak ke Sue? Kenapa tak biarkan Khalis je masak?” Tengku Farid tak menyangka Suhana memasak. Di rumah ini selepas arwah Khadijah, ibu kepada anak-anaknya itu berpisah dengannya, belum pernah ada perempuan lain lagi yang masak di dapur itu kecuali Khalis tukang masak yang di gaji khas.

“Anak-anak balik Farid. Apa salahnya I masak.” Hanya itu jawapan Suhana.





Sunyi dan sepi menyelebungi meja makan itu. Hanya kedengaran bunyi pinggan sesekali berlaga dengan sudu. Entah apa yang sebenarnya berlaku. Adakah makanan itu terlalu menyelerakan sehingga masing-masing leka menikmatinya atau mereka berkhayal?

“Sedap. Dah lama tak makan macam ni Sue. Sejak...” Tengku Farid memecah kesunyian tadi. Belum sempat menghabiskan kata, Farhan segera memotong.

“Usah dikenang pada yang di buang. Tengku sendiri yang membuang ibu dari hidup Tengku jadi dengan segala hormatnya Tengku tak ada hak nak menyebut nama ibu lagi.” Sinis ayat itu keluar dari mulut Farhan. Tanpa rasa ralat pun. Iman memang dari tadi menyokong abangnya itu.

“Farhan. Watch your word?” Tegas benar suara Suhana menegur. Dia tak suka anaknya berkasar dengan papanya sendiri.

“Abang Han betul mama. Dia memang tak ada hak. Kenapa mama nak tegakkan dia? Lelaki yang dah lukakan hati arwah ibu?” Iman pula bersuara. Rasanya mereks perlu tegas dengan Suhana yang bertapa mereka memang berdendam dengan lelaki bernama Tengku Farid itu.

“Sebab mama tahu hal sebenarnya. Sebab papa kamu tak bersalah....” Suhana hampir membuka rahsia yang terimpan selama ini

“Sue.” Tegas suara Tengku Farid menegah Suhana dari terus berkata-kata. Tengku Farid memberi gelengan pada Suhana.

Dia tak mahu anak-anaknya tahu kisahnya dulu. Dia tak mahu anak-anaknya rasa bersalah. Paling dia tak sanggup kalau anak-anaknya berdendam nanti dan ada hasrat melunaskannya. Biar hanya dia yang menghadapi semuanya. Lebih baik anak-anaknya tak tahu daripada mereka tahu. Apa yang penting sekarang anak-anaknya selamat.

“Sampai bila you nak simpan Farid? Samapi bila you nak mereka salah faham? Mereka patut tahu. Biar mereka sedar diri sikit.” Suhana tak puas hati namun dia terlanjur berjanji. Kalau ikutkan hatinya biarkan semua terbongkar. Biar Farhan dan Iman tahu Tengku Farid dan Khadijah itu mangsa keadaan. Entah untuk apa Tengku Farid membiarkan segalanya. Sanggup membiarkan anak-anaknya terus memboikot diri sendiri.

“No Sue. Biarkan saja. You pernah berjanji dengan I. Cuma yang penting mereka selamat dan terus selamat.” Tengku Farid semakin tegas. Mengingatkan Suhana tujuan mereka sebenar.

“Apa berlaku sebenarnya? Salah faham apa?” Suara Iman tegang bertanya. Terlalu jelas nampak, banyak rahsia antara Tengku Farid dan Suhana yang membuat dai semakin cuak.

“Iman.” Danish yang sedari tadi memerhati mengenggam dan meramas lembut tangan Iman di atas meja. Menenangkan Iman yang nyata berubah auranya. Hati Danish turut terkesan dari setiap yang berlaku. Dia tak pernah tahu hal ini hingga sekarang, tapi dia mengerti luka di hati Iman itu cukup dalam.

“Ini kisah lampau Iman. Iman tak perlu tahu. Papa tak mahu Iman dan Farhan tahu. Jadi kamu tak perlu susah-susah fikirkan. Sekarang keselamatan kamu berdua yang utama.” Keegoan Tengku Farid memang tak berubah malah semakin jelas.

“Kami ada hak nak tahu. Lagipun sejak bila hal keselamatan kami jadi urusan Tengku? Selama ini tanpa Tengku sekalipun, hidup kami selamat je.” Semakin panas apabila Farhan juga mengeluarkan aura egonya. Bapa borek anak rintik.

“Sejak dari dulu lagi urusan kamu berdua adalah urusan papa. Benar kamu selamat selama ini, sebab itu papa tak masuk campur dalam hidup kamu. Tapi jangan ingat kamu jauh dari papa. Papa tak tahu apa yang jadi. Semua kisah kamu berdua, papa tahu. Macam rumah Farhan kena ceroboh semalam pun papa tahu. Sekarang papa tahu kamu berdua dalam bahaya dan mula hari ini adalah urusan papa lindungi kamu berdua.” Tengku Farid bercekap seolah mudah sahaja pekara itu di lakukan. Tak terasa kekok ke untuk dia tiba-tiba muncul dalam hidup anak-anaknya macam ni?

“Kami dah dewasa. Kami tak perlukan perlindungan dari Tengku. Tengku tak terasa dah terlambat untuk Tengku berbuat macam tu? Dulu saat kami perlukan Tengku. Tengku di mana? Saya boleh lindungi diri saya sendiri dan Iman pun dah ada Danish untuk melindunginya.” Farhan ingin membuka mata Tengku Farid. Tak mudah untuk dia dan Iman, tiba-tiba menerima kehadiran seorang papa setelah berpuluh tahun tempat itu kosong dalam hidup mereka. Kenapa sekarang? Kenapa setelah mereka sudah boleh berdikari.

“ Terlambat atau tidak itu bukan urusannya. Papa tak mahu nanti kamu hilang di dunia ni tanpa sebarang kesanpun. Papa tak mahu apa-apa terjadi pada kamu berdua. Percayalah pengaruh mereka terlalu kuat untuk kamu lawan.” Tengku Farid mengerling Suhana. Ingin meminta bantuan.

“Betul kata papa kamu. Farhan, Iman. Mama sendiri tak rasa kamu boleh melawan mereka. Percayalah apa yang nak buat adalah untuk kebaikan kamu berdua juga. Sekarang ni ikut je apa yang papa kamu katakan. Kamu tak kenal mereka seperti mana kami kenal mereka.” Suhana menyokong Tengku Farid. Sejak tahu hal ini. Tak sesaat pun dia terlepas dari berfikir keselamatan dua anak angkat kesayangannya itu.

“Hebat sangat ke mereka tu? Kenapa rasanya kami tak pernah usik siapa-siapa. Tak ada sebab untuk mereka ganggu kami.” Farhan memang layak di gelar peguam. Memang kuat membantah.

“Mereka musuh papa. Selama ini mereka tak ganggu kamu sebab mereka tak tahu papa ada anak ataupun mereka tak tahu mana nak cari kamu berdua. Sekarang mereka dah jumpa Iman dan Han. Percaya cakap papa. Mereka tak akan teragak-agak nak hapuskan kamu berdua. Kalau itu yang mereka tahu dapat buat papa menderita dna kamu tak akan tahu takat mana mereka mampu lakukan. Mereka sangat kejam. I don’t want anything happen to both of you. Papa dapat tahu mereka yang ceroboh rumah kamu semalam dan kemungkinan besar mereka yang aturkan kemalangan Iman dulu. Kamu tak hairan ke Farhan. Rumah kena pecah tapi tak ada barang hilang. Tahu kenapa? Kerana target mereka adalah kamu. Mereka tu datang nak hapuskan kamu.” Tengku Farid cuba meyakinkan keduanya. Nampaknya suntikkannya berjaya. Farhan dan Iman terdiam. Berfikir agaknya.

“Okay. Sekarang nyawa kami dalam bahaya. So? Apa yang Tengku cuba cadangkan?” Farhan nampak mula bertolak ansur untuk itu. Kalau sudah melibatkan nyawa dia dan adiknya, rasanya dia perlu mempertimbangkan lagi. Ini soal berat. Soal hidup mati. Ego mereka perlu di ketepikan. Kalau benar kata Tengku Farid. Mereka tak akan boleh melawan selagi tak tahu siapa mueuh mereka.

Tengku Farid mengerling ke arah Suhana. Dia perlukan Suhana untuk berbincang lebih lanjut tentang hal ini dengan anak-anaknya. Suhana memahami. Dia menarik nafas sebelum memulakan cerita. Bagai sesuatu yang sukar untuk di laksanakan sahaja tanggungjawab itu.

“Papa, dan mama dah berbincang. Mama minta Iman dan Farhan ikut mama ke London buat sementara, papa dan mama dah siapkan tempat. Tempat yang mereka tak akan dapat kesan.” Suhana yang memahami menerangkan segalanya pada Iman dan Farhan.
“Mama, kami ada hidup sendiri. Takkan kami nak tinggalkan segalanya.” Farhan tak setuju. Mereka memang ada hidup sendiri. Tak mungkin dia tinggalkan kejayanya. Lebih tak mungkin untuk dia tinggalkan Intan.

“Betul tu. Iman tak boleh tinggalkan kehidupan Iman sekarang. I cannot just walk out and leave everything.” Iman menyokong. Dia juga tak mudah untuk tinggalkan segala-galanya di sini. Iman sendiri dapat merasakan keresahan Danish yang duduk di sebelahnya. Sesuatu yang mustahil untuk Danish lepaskan dia pergi. Iman pasti itu.

“ Papa tahu, tapi buat masa sekarang itu yang terbaik.” Tengku Farid tahu tak mudah untuk Iman dan Farhan lakukan. Lagi-lagi mereka di kemuncak dalam kejaya masing-masing.

“Tak. Mesti ada cara lain... Hmmm... Okay... Apa kata kalau Farhan pasang bodyguard. Itu yang terbaik Farhan boleh buat. Kalau cara lain yang menuntut Farhan tinggalkan kejaya Farhan dan Intan kat sini tak mungkin. Iman pun, Dia ada kejaya dia sendiri. Ada suami dia. Ada kehidupan dia sendiri disini. Farhan tak rasa Danish akan benarkan Iman ke London. Kami ada kehidupan kami.” Farhan mencuba nasib memberi jalan penyelesaian yang lain dan itu yang terbaik dia boleh fikirkan.

“Memang saya tak akan benarkan Iman ke London. Tak semudah itu saya biarkan dia jauh dari saya. Lagi-lagi sekarang saya tahu dia dalam bahaya. Saya boleh upahkan bodyguard untuk dia” Danish tak mungkin setuju kalau Iman jauh darinya. Sedangkan ketika dia tahu Iman selamat pun sukar untuk dia berjauhan. Inikan sekarang saat dia tahu yang Iman dalam bahaya.

“Tak benarkan? Siapa kamu nak halang saya bawa anak saya sendiri ke London?” Pertanyaan yang tak terduga dari Tengku Farid. Lupakah Tengku Farid saat-saat dia menikahkan anak gadisnya dengan Danish dulu.

“Dia isteri saya. Saya ada hak.” Danish sedikit baran apabila haknya terhadap Iman di persoalkan. Itu memang pantangnya. Danish tak suka orang mempersoalkan Iman dengannya walaupun bapa mertuanya sendiri. Kini dari soal keselamatan sudah beralih arah ke soal hubungan Danish dan Iman.

“Isteri? Sah ke?” Sinis benar suara Tengku Farid. Nadanya bagai memberitahu dia tak sukakan Danish dan Danish itu adalah rivalnya.

“Apa maksud Tengku?” Danish menjadi semakin panas. Apa niat bapa mertuanya menyoal begitu. Spontan tindakbalas Danish. Dia berdiri di tempatnya. Matanya menentang mata Tengku Farid.

“Nikah kontrak itu nikah muta’ah dan nikah muta’ah tu haram di sisi agama. Bukan kahwin kamu berdua ni terikat kontrak ke? Kamu berdua terasuh dengan didikan agama. Berpelajaran tinggi. Tapi bertapa kecewanya papa apabila kamu boleh pandang remeh hal nikah kahwin ni. Tak tahu hukum halal haram nikah kontrak.” Memang aura Tengku Farid ketika itu penuh kekecewaan. Dia benar-benar tak sangka pekara itu terjadi. Paling dia kecewa dia baru tahu siang tadi dari laporan penyiasat persendiriannya. Kalau tak kerana dia mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat siapa yang pecah masuk ke rumah Farhan dan menyiasat kemalangan Iman dulu. Pasti dia tak akan tahu.

Kenyataan itu menyentak Iman dan Danish. Memang mereka nikah kontrak. Memang nikah mereka di sertai kontrak tapi Danish dah hampir lupa tentang itu malah Danish anggap kontrak itu dah lama terhapus. Benar ke nikah mereka tidak sah? Ya Allah di saat hubungan mereka begitu bergolak sekarang, kenapa pekara ini boleh keluar?

“Papa dah cakap. Papa jauh tak bermakna papa tak tahu. Papa tahu apa yang terjadi dan kamu Danish. Saat papa nikahkan kamu dengan Iman. Papa berharap sangat kamu mampu menjaga dia tapi apa kamu buat. Boleh kamu buat kontrak bodoh dengan Iman. Kamu tinggalkan Iman. Masa arwah atuk kamu dulu meninggal, kamu di mana? Keluarga kamu pun kamu biarkan macam tu je. Kamu nak kami percaya yang kamu boleh jaga Iman. Terus terang papa kata kalau papa tahu dari dulu lagi tentang kontrak tu. Tak mungkin papa setuju dengan penikahan kamu berdua. Mungkin dah lama papa minta kamu lepaskan Iman.” Luah Tengku Farid. Iman dan Danish berpandangan sesama sendiri. Terkelu. Terpaku. Tak tahu menjawab apa. Mereka sendiri tak tahu status mereka sekarang.

“Macam mana Iman? Iman sanggup ke terus hidup bersama Danish? Iman dah tahukan wasiat arwah atuk tu? Iman rasa betul ke Danish sayangkan Iman.” Satu pertanyaan yang terlalu sukar untuk di duga. Pada saat sekarang hubungan mereka bergolak Pada masa emosi Iman pada Danish terganggu. Tambahan Tengku Farid sengaja mengungkit hal wasiat itu.

“Iman, abang tak tahupun hal wasiat tu. Tengku, tolong jangan nak menambah masalah kami. Iman please...” Danish benar-benar cuak. Apakah keputusan Iman. Danish sedar buat masa sekarang terlalu terbuka peluang untuk Iman pergi meinggalkan dia begitu sahaja.

“Iman, abang Han rasa Iman tak perlu fikir yang bukan-bukan. Tengku sebagai papa sepatutnya menyelesaikan masalah bukan menambahkan masalah macam ni.” Farhan tak mahu adiknya membuat keputusan yang salah. Dia tahu perasaan Danish sekarang. Pasti dia sendiri gila kalau Intan meninggalkannya.

“Ini bukan keputusan papa, Han. Iman yang akan buat keputusan. So Iman? Tinggal di sini bersama Danish yang belum tentu sayangkan Iman atau ikut mama Sue ke London?” Duga Tengku Farid lagi.

Iman terdiam. Berfikir. Apakah keputusannya nanti? Benar kata Tengku Farid, Danish belum tentu ikhlas menyintainya yang tentu-tentu sudah terlalu banyak melukakannya. Berada di London dia akan jauh dari Danish bererti jauh dari kelukaan. Masalahnya sekarang sanggup ke dia jauh daripada Danish? Apa keputusannya nanti?
Danish risau dengan keadaan Iman yang membisu. Apa yang Iman fikirkan? Sanggup ke Iman meninggalkan dia? Apa akan terjadi dengan hidupnya nanti? Tanpa Iman bolehkah dia hidup? Danish berpaling pada Iman.

“Sayang...” Danish memanggil Iman lembut namun tak sedikitpun Iman mendongak memandangnya.

“Sayang... Tolong jangan buat abang macam ni. Jangan tinggalkan abang ya.” Danish meletakkan kedua belah tangannya di pipi Iman dan menarik wajah Iman memandangnya.
Mata bertemu mata. Hatipun berbicara. Danish melihat kekosongan dan kekeliruan di mata itu. Walaupun terbias sinar cinta yang tersisa namun ada keraguan. Itu yang merisaukan Danish.

“Give me time. Biar Iman berfikir dahulu.” Itu jawapan Iman. Jawapan yang terkeluar dari bibir comel Iman. Jawapan yang membuatkan jantung Danish berhenti berdenyut. Terlurut tangan Danish di pipi Iman. Danish terduduk di tempatnya.

YA. ALLAH, apa yang akan terjadi sekarang? Apa keputusan Iman nanti? Ikutkah Iman kemahuan papanya? Sanggupkah Iman meninggalkannya? Dalam keadaan mereka yang terlalu bermasalah dan banyak salah faham ini, Di tambah lagi status mereka sekarang tak tahu hujung pangkalnya. Danish tak mahu Iman melihat itu sebagai salah satu jalan keluar. Yang pasti Danish tak akan biarkan Iman jauh darinya. Soal status mereka dia akan selesaikan secepat mungkin, sebelum Iman boleh melangkah setapak pun darinya. Itu tekad Danish? Bagaimana Iman? Bukankan untuk melakukan itu semua perlukan kerjasama dari Iman?

p/s apa keputusan iman nanti... Tinggalkan Danish dan mulakan hidup baru? Atau berikan Danish peluang untuk buktikan cintanya? Perlukah Iman Dan Danish bersama? Atau ada insan lain yang lebih sayangkan Iman dan lebih membahagiakannya?
berilah keputusan... mungkin akan menentukan akhir cerita ini... Ini post terakhir JAC sebelum di bukukan.

CINTA? PENTING KE?10

Zarul dah sedia menunggu Dannia di bawah kediaman gadis itu tepat pukul lapan. Zarul tak mahu ada sebarang kesilapan pada perjumpaan mereka kali ini. Zarul melihat kembali penampilannya di cermin. Mengemaskan kembali apa yang di rasakan serabut. Bibirnya asyik tersenyum. Dia gembira sebab malam ini tertunai niatnya untuk mengajak Dannia keluar. Dia akan memikat Dannia habis-habisan malam ini.

Kala melihat Dannia berjalan menuju ke arah keretanya, Zarul terus keluar. Dia menunggu Dannia sampai sambil membuka pintu di bahagian pemandu kepada Dannia. Wajahnya ikhlas memberi senyuman. Dannia hanya membalas senyuman itu. Entah kenapa hati Dannia tak segembira seperti dia keluar dengan Adam. Kalau tak mengenangkan dia sudah berjanji pasti dia tak ingin keluar malam ini.

“Malam ini Zarul nak ajak Dannia pergi ke satu tempat.” Zarul membuka bicara. Suaranya cukup ceria.

“Hmm okay.” Dannia menjawab mcam hendak tak hendak je. Hatinya memang tiada di sini untuk keluar dengan Zarul.

“Zarul tahu Dannia pasti suka. By the way, you look beautiful tonight.” Puji Zarul. Sejujurnya, saban kali dia melihat Dannia kini, dia kan rasa jatuh cinta. Gadis itu cantik dan menawan di matanya. Sederhana tapi cukup manis.

“Terima kasih.” Dannia tak ingin berkurang ajar. Dia perlu berterima kasih juga.

“Sama-sama kasih.” Zarul sedikit pun tidak perasan apa yang bergolak di hati Dannia. Yang dia tahu Dannia sudi keluar dengannya. Tambahan lagi Dannia cukup menawan malam ini dengan jubah moden dan tudung yang senada warnanya.

Zarul membawa Dannia makan di sebuah kelab mewah. Mereka di tunjukkan ke sebuah meja untuk berdua. Nampaknya Zarul cukup berusaha untuk malam ini. Suasana yang cukup romantik. Entah kenapa hati Dannia bagai di usik kenangan lama. Ini lah tempatnya. Tempat ini pernah melakar kenangan antara dia dan Adam. Tempat yang sama Adam membawanya untuk mkan malam dulu. Berada di situ, Dannia teringatkan Adam.

Suatu ketika dulu Adam pernah membawanya ke sini. Dannia yang ketika itu hanya memakai jeans dan T-shirt tak mahu masuk. Hampir saja Dannia dan Adam berbalah di hadapan pintu. Akhirnya dia bersetuju untuk masuk. Dia sendiri hairan bagaimana dia boleh di benarkan masuk. Namun di sebabkan tidak selesa dengan pandangan orang Dannia memaksa Adam untuk keluar. Hasilnya mereka hanya makan malam dengan burger di kaki jalan. Tersenyum sendiri Dannia teringatkan wajah Adam ketika itu. Dengan penuh elegan Adam yang kemas memakai kot, makan burger di kaki jalan.

“Dannia?” Zarul menegur Dannia apabila melihat Dannia hilang dalam dunianya sendiri.

“Ya...” Dannia kelihatan terpinga-pinga.

“Kenapa ni?” Zarul bertanya lagi. Takut Dannia tak selesa dengannya di sini.

“Tak ada apa-apa. I nak g ladies jap.”

“Nak I tunjukkan jalan?”

“Tak perlu. I tahu kat mana.”

“You tahu?”

“I pernah datang sini dengan Adam.” Kenyataan Dannia itu membuat Zarul sedikit terpanggah. Tak sangka dia.

Ingin mengukir kenangan dengan Dannia di sini tapi rupanya dia terlambat. Ada lelaki lain yang lebih cepat. Zarul hanya melihat Dannia bangkit berjalan ke ladies. Tak lama kemudian, telefon bimbit Dannia yang tertinggal bersama beg tangannya berbunyi. Mulanya Zarul ingin membiarkan sahaja tapi melihat nama pada skrin kecil itu, dia terus menyambut panggilan khas buat Dannia. Panggilan dari Adam.





Entah kenapa hati Adam rasa ada sesuatu yang akan berlaku. Dia gelisah dan resah sedari tadi. Hatinya bagai di usik sesuatu. Dia mengerti rasa itu. Dia faham perasaan ini. Dia teringatkan Dannia sekarang. Dia rindukan suara gadis itu. Seharian dia tak bercakap dengan Dannia. Rindu menjenguknya. Adam mengambil telefon bimbitnya lalu menekan nombor 1 yang terus ke speed dail nombor Dannia. Agak lama Adam menunggu. Sebelum panggilannya di sambut.

“Assalamualaikum.” Adam memberi salam.

“Waalaikumsalam.” Suara yang Adam tak duga akan menjawab. Suara seorang lelaki. Dia bagai kenal akan suara itu tapi dia tak pasti.

“Siapa ni?” Adam bertanya sopan walau ketika itu percikan amarah sudah membara di hatinya.

“I ni Zarul, Adam. Dannia tak ada. Dia pergi ladies sekejap. Kami tengah dinner.” Nada Zarul terasa sinis di telinga Adam.

“Hmm kalau macam tu okayla. Nanti suruh Nia call I balik.” Adam meninggalkan pesan sebelum memutuskan talian.

“ARGhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh” Adam menjerit dari tingkat lapan hotel Niaga Singapura di Kota Singa itu. Dia sangat geram... Malah terlalu geram. Adam tidak boleh terima Dannia keluar dengan Zarul. Bukan hanya dengan Zarul tapi dengan mana-mana lelaki pun. Adam tak akan boleh terima Dannia keluar dengan mereka yang bergelar lelaki kecuali dirinya dan Ashraf.





“Dannia macam tak gembira je keluar dengan Zarul.” Zarul sedikit mengeluh. Dia sedar hanya tubuh Dannia saja yang keluar makan dengannya malam ini bukan hati gadis itu.

“Tak ada la Zarul. I penat sikit je.” Dannia mengelak.

“Tak ada ke lagi peluang untuk Zarul?” Entah kenapa saat pertanyaan itu keluar dari mulut Zarul tak ada secebis rasa pun buat Zarul lagi di hati Dannia. Kini Dannia yakin. Hatinya bukan lagi milik Zarul.

“Kita dah lama tak ada apa-apa Zarul. Semuanya dah berlalu. Tak perlulah you mengharap lagi. Antara kita sudah terlalu jauh untuk di kejar. Hargailah Intan. I tak nak Intan rasa seperti I rasa dulu, Zarul.” Dannia tak mahu orang mengharapkannya. Sedangkan kala ini Dannia sendiri tak tahu hatinya di mana. Pada siapa? Masihkah miliknya atau sudah beralih pada insan lain.

“Kalau Intan tak ada? Adakah ada peluang lagi buat Zarul?” Zarul masih tak berputus asa.

“Tak tahulah Zarul tapi pada I, antara kita bagaikan tak mungkin untuk berlaku lagi. I balik dulu. Assalamualaikum” Dannia memberi satu kata putus sambil dia membuka pintu kereta. Zarul faham apa ertinya. Dari mata Dannia sendiri dai dapat membaca hati gadis itu sudah menjadi milik orang.

“You tak sayangkan I lagi?” Zarul bertanya pada Dannia yang sudah melangkah keluar.

“Sayang tapi hanya sebagai kawan. Rasa itu dah tak sama macam dulu lagi Zarul.” Itu jawapan Dannia.

“Zarul tahu kenapa Dannia. Sebab hati Dannia sudah ada pada orang lain. Mungkin pada Adam kan? Tapi Zarul takkan putus asa. Selagi ada rasa sayang itu buat Zarul, masih ada peluang lagi. Kalau perlu bersaing, Zarul akan bersaing. Bersaing secara sihat. Oh ya tadi Adam telefon. Waalaikumsalam.” Itu kata-kata terakhir dari Zarul sebelum dia melangkah keluar. Dannia terpaku berdiri di tempatnya sedari dia melangkah keluar dari kereta tadi.





Dannia berbaring di atas katilnya. Dia sangat gelisah. Lagaknya macam cacing kepanasan. Sekejap-kejap dia mengiring ke kiri dan sekejap lagi ke kanan. Dia mencapai telefon bimbitnya. Sudah beberapa kali dia berhajat menelefon Adam tapi dia takut. Lagipun jam sekarang dah pukul 2 pagi. Akhirnya telefon sebesar tapak tangan budak dua tahun itu berbunyi.

‘Hanya ingin kau tahu besarnya cintaku, tingginya khayalan ku bersama mu’
Tak perlu bertanya, Dannia tahu siapa yang menghubunginya. Lagu repvblik-‘Hanya Ingin Kau Tahu’ memang khas buat Adam. Dia menukarnya sebentar tadi. Tak teragak-agak Dannia terus menekan butang hijau.

“Assalamualaikum.” Dannia memberi salam.

“Waalaikumsalam. Tak tidur lagi?” Kedengaran suara Adam menjawab salam dan bertanya.

“Belum. Tengah baring. Buat apa tu?” Buat pertama kalinya Dannia rasa kekok untuk berbual. Dia terfikir dengan perkataan apa bagi dia membahasakan diri dan bahasakan Adam?

“Tak boleh tidur? I pun tengah baring-baring ni.” Nada Adam kaku sahaja di hujung talian. Sememangnya Adam tak juga tak mampu lelapkan mata. Sejak tadi asyik bergolek ke kiri dan ke kanan di atas tilam tapi matanya tak ingin lelap. Mungkin kerana mindanya asyik teringatkan seseorang.

“Hmm.. You pun tak boleh tidur ke?” Dannia mengiakan. Dia agak terasa. Tapi apabila berfikir untuk apa dia fikirkan kata ganti nama buat mereka sedangkan Adam lagi selesa ber’I’ dan ‘you’ je.

“Tak nak lelap pula mata ni. Tadi you keluar makan dengan Zarul ke?” Walaupun perit Adam tetap ingin bertanya. Inginkan jawapan yang pasti.

“Ya... You pula dah makan ke belum tadi?” Dannia ingin berbasa basi. Sedangkan dia pasti Adam pasti sudah makan. Mungkin dengan Tasya lagi. Tiba-tiba hatinya pedih memikirkan kemungkinan itu.

“Dah. Makan dengan Tasya tadi. So keluar tadi buat apa je?” Entah kenapa Adam terasa bagai di cabar untuk berkata demikian.
Dannia sudah terdiam mendengar kenyataan itu. Tanpa sedar air matanya menitis setitik di pipi. Hatinya seolah-olah sebuah pasu yang di campak dari tingkat 10. Tersentak lalu berderai pecah.

“Dannia? Dengar tak apa yang I tanya? You all bual apa je tadi?” Adam menyoal lagi. Dannia menarik nafas panjang.

“Tak bual apa pun. Zarul, dia tanya adakah lagi peluang buat dia? Dia nak kembali pada I.” Tanpa berselindung Dannia menceritakan segalanya. Kali ini giliran Adam yang terdiam.

“You jawab apa?” Setelah lama berdiam diri, Adam bertanya lagi. Dalam itu dia berdoa, di kuatkanlah hatinya.

“ I kata antara kami dah terlalu jauh. I kata tak mungkin untuk I lukakan Intan. Kesimpulannya antara kami dah tak mungkin untuk bercinta lagi. Entahlah Adam. I tak tahu hati I. Yang pasti I yakin bahawa I dah tak sayangkan dia macam dulu lagi. Rasa itu dah tak ada.” Luah Dannia. Tiada perlu dia bersembunyi. Dia ingin jujur.
Adam yang mendengar di hujung sana bagaikan di siram dengan air sejuk. Rasa itu cukup tenang dan damai. Hatinya seolah-olah di landa musim bunga. Terlalu gembira. Sekurang-kurangnya dia yakin Dannia tidak lagi hidup di dalam bayangan Zarul. Sekurang-kurangnya dia tahu selepas ini tak perlu untuk dia cemburu lagi.

“Itu yang terbaik buat you.” Sebaris ayat itu selaras dengan dengan segaris senyuman di bibir Adam.

“Hmm. I memang patut melangkah dan mulakan hidup baru. Macam you buat sekarang. I doakan you dengan Tasya. Cepat-cepatlah pujuk dia.” Dannia ingin menangis ketika itu. Apa perlu dia menagis sedangkan sejak awal lagi dia sedar Adam milik Tasya. Sekarang dia hanya boleh berdoa. Tapi matanya cukup degil. Titisan demi titisan mula jatuh.

“Dannia...” Belum sempat Adam berkata-kata, Dannia dulu memotong. Dia takut dia tak boleh bertahan lagi. Air suci dari matanya sudah semakin lebat. Sekejap lagi pasti suaranya berubah.

“Okaylah Adam. I nak tidur dulu. Esok nak kerja. Bye. I doakan you dapat pujuk Tasya. Semoga bahagia. Assalamualaikum.” Dannia pantas mematikan talian. Sesaat kemudian kedengaran tangisan bergema.

Tuesday, August 25, 2009

Tajuk Baru JAC...

Iman nak tukar tajuk JAC... kerana Iman ingin tajuk untuk JAC tu lebih menarik dan cute... Iman ada beberapa pilihan...

a)CINTA KITA
b)HATI KITA
c)TAKDIR INI

tlg tgklah nama mana yang sedap?... Hmmm kalau ada cadangan lain tolongla bagi tahu... komen je kat bawah pun tak pe...

Sunday, August 9, 2009

CINTA? PENTING KE?9

Adam hanya senyap sepanjang perjalanan ke tempat pakir. Dannia mengikut langkah Adam dari berlakang. Sampai ke dalam kereta pun Adam tetap senyap. Pecutan Adam pula laju daripada biasa.

“Kerja? Itu ke kerja? You janji nak call Ashraf tapi you tak call. Kalau I tak pergi pejabat you tadi, mesti sampai sekarang you tak balik lagi kan?” Suara Adam tiba-tiba melengking kuat. Dannia di sebelahnya hanya terkejut. Memang pantang Dannia sekarang kalau orang itu menengkingnya begini. Nampaknya bunga-bunga pergaduhan semakin nampak.

“You ni kenapa? Nak tengking-tengking I pula. I bukannya buat apa-apa dengan Zarul. Apa masalahnya pun kalau I bercakap dengan dia?” Bagai menyimbah minyak ke api. Dannia membalas. Dia penat. Satu hari di pejabat kemudian balik di tengking.

“Masalah? You tanya I apa masalahnya? You sanggup tipu I. Kata banyak kerja lah. Apalah. Tapi sebenarnya you saja je nak menggatal dengan dia kan?” Dannia betul-betul tersentap. Dia di gelar penipu. Tak boleh terima itu.

“I menipu? Suka hati I la. I nak berkerja ke berbual ke?. Kalau I bercinta pun dengan Zarul tu tak ade masalah la. Tak ada kena mengena dengan you.” Kata-kata Dannia membuat Adam menyinga.

Dengan bahaya dia membelok ke tepi lalu berhenti. Adam keluar dari kereta itu lalu membuka pintu Dannia. Dia menarik Dannia keluar. Mereka berdiri berhadapan. Tangan Adam mencengkam kuat lengan Dannia. Sungguh dia di amuk marah. Benarlah kini Dannia tak perlukan dia lagi. Mungkin benar juga Dannia dah kembali bersama Zarul.

“So betul la you dah balik semula dengan budak tu?”Nada Adam tegas lebih kepada cemburu.

“Kalau I kembali pada dia kenapa? Adam lepaskan. Sakitlah.” Dannia menambah lagi kemarahan Adam. Dia meronta-ronta untuk di lepaskan oleh Adam.

“You...Arghhhh...”Tanpa Dannia sangka Adam menjerit. Sesaat itu Adam melepaskan lengannya lalu menumbuk atas kereta itu. Bagai meluahkan kemarahan yang teramat sangat. Dia sangat marah tapi untuk menyakiti Dannia, itu tak mungkin terjadi. Biarlah dia lebam sana sini melepaskan amarah tapi untuk menjentik Dannia dia tak sanggup. Takkan di biarkan tubuh itu menanggung apa-apa kesakitan sekalipun.

“You ni kenapa?” Dannia bertanya lembut. Dia mula takut. Reaksi Adam begini tak pernah lagi di lihatnya.

“You tanya I kenapa? You tanya diri you sendiri. Mana maruah you? Senang senang je you nak terima balik lelaki yang dah lukakan you macam tu. I tak akan hairanlah kalau satu hari nanti dia tinggalkan you tepi jalan. Lelaki macam tu langsung tak ada tanggungjawab. Tiba-tiba I rasa menyesal. Menyesal mengajar you. Orang macam you ni terlalu naif hanya boleh di buat mainan untuk orang seperti Zarul.” Tanpa Adam sedar dia sebenarnya telah melukai hati Dannia. Dannia tak sangka begitu hina dia sekarang di mata Adam. Di mana maruah dia? Dia hanya mainan? Adam memang dah melampau.

“Ya perempuan macam I ni hanya layak jadi mainan lelaki kan. Betul tu Adam. Betul sangat. So apa you peduli? Apa hak you nak halang I? Apa hak you?” Dannia di amuk rasa. Dia menunjuk berani pada dada Adam.

“You tanya apa hak I?” Adam memang pantang kalau benda yang dia rasa haknya di persoalkan.

“Ya apa hak you? You bukan sesiapa? You bukan ayah I, bukan abang I, bukan tunang I jauh sekali suami I. Hidup ini milik I dan you tak da hak nak mempersoalkan hidup I. I akan ingat perghinaan ypu ni sampai bila-bila. Kalaupun you tahu sejahat-jahat Zarul pun dia tak pernah hina I seperti yang you buat hari ni.” Dannia melihat Adam hanya terpaku di situ. Dia mengambil beg tangannya. Dia akan balik sendiri.

Adam terpaku mendengar kata-kata Dannia. Ya baru dia sedar yang dia memperlekehkan Dannia sekaligus menghina gadis itu. Kali ini dia benar-benar tersilap langkah. Memang dia tak ada hak untuk menghalang Dannia. Adam hanya melihat Dannia berlalu dari keretanya. Saat gadis itu menahan teksi, Adam ingin menghalang namun tak terbuka mulutnya. Akhirnya Adam hanya membiarkan sahaja.




Dannia mengambil langkah balik ke rumah papa nya di Damansara. Terkejut Dr Arif melihat anak gadisnya tiba-tiba muncul di depan pintu dengan wajahnya muram dan penuh kesedihan.

“Adik kenapa ni?” Tanya Dr. Arif sebaik anak daranya itu bersalaman dengannya. Dari wajah Dannia itu, Dr Arif sudah dapat membaca ada sesuatu yang melukakan hati puterinya.

“Tak ada apa-apalah papa. Adik penat sikit je. Adik naik dulu ye.” Dannia meminta diri. Sekejap je dia hilang menaiki tangga ke biliknya. Langsung tak di hiraukan papa dan abangnya yang menonton. Menegur abangnya pun tidak. Itu tandanya masalah besar.

Dannia masuk ke biliknya. Dia menutup pintu biliknya dan tersandar di balik pinu itu. Leka melayan hati yang hebat terluka Dannia terduduk di situ. Air matanya ingin mengalir tapi dia takut akan membenci Adam.

Perlahan-lahan Dannia bangkit menuju ke arah bilik air. Dia ingin mandi membersihkan diri sekaligus untuk menyejukkan hatinya. Menghilangkan rasa penat pada badan dan jiwanya. Di biarkan sahaja deruan air membasahi tubuhnya. Kesejukan itu menyenangkannya. Hilang sedikit masalahnya. Namun bersama deruan air itu terbit beberapa titisan air mata di tubir matanya lalu jatuh ke pipi. Teringat kambali kata-kata Adam tentang maruahnya? Pendiriannya? Adam menyesal... itu yang paling melukakan.





Adam mematikan talian. Dia baru habis berbual dengan Ashraf. Ashraf memaklumkan tentang Dannia di rumah keluarga mereka dan balik dalam keadaan yang sedih. Tanpa Ashraf memberitahunya pun, Adam tahu Dannia kembali ke rumah papanya kerana dia mengikuti teksi yang di naiki oleh Dannia tadi. Dia ingin memastikan keselamatan Dannia.

Kemudian apabila Ashraf bertanya padanya tentang kesedihan Dannia, Adam lebih mudah berbohong menyatakan dia tak tahu. Bukan niatnya untuk menipu, cuma dia tak mahu menambahkan lagi masalah antara dia dan Dannia. Kalau Dannia tidak membuka cerita itu pada orang lain. Kenapa perlu dia bercerita?

“hhhhuuuhhhh...” Ini keluhan ke berapa entah yang keluar dari mulut Adam. Sungguh dia tak tahu apa yang dia rasakan sekarang. Marah... Cemburu dan rasa bersalah. Semuanya satu.

Hatinya kini nyata sudah milik Dannia. Bertapa tadi dirinya di amuk cemburu. Hanya rasa rasional yang tinggal bersisa menyebabkan dia boleh bersabar ketika melihat Dannia bergelak tawa dengan. Kalau ikutkan hatinya sudah pasti Zarul makan sebiji penumbuknya. Tapi yang menjadi mangsanya pula Dannia. Tanpa dia sedar dia telah menyakiti Dannia dengan ayat setajam sembilu. Kalau dia di tempat Dannia pasti esok-esok tak kan ada peluang lagi buat dia sebagai lelaki yang pernah menghina.

Ya Allah bagaimanalah hubungannya dengan Dannia selepas ini? Janganlah jadi apa-apa. Adam boleh membayangkan hidupnya tanpa Tasya kerana dia sudah terbiasa sendiri tanpa Tasya tapi Dannia? Adam tak boleh bayangkan bertapa sunyinya kerana sejak mereka berkenalan hampir setiap hari mereka berjumpa. Adam sudah terlalu biasa dengan kehadiran Dannia.

Adam yakin hatinya kini buat Dannia dan terlalu indah tempat itu buat Dannia sampai Adam tahu hatinya tak akan berpaling pada insan lain kerana saat ini Adam sudah sedia menjadi nahkoda hidup Dannia, Bertahun lamanya dia bersama dengan Tasya tapi belum sekalipun dia rasa ingin melanjutkan hubungan itu ke peringkat penikahan, hidup seperti suami isteri. Namun belum setahun dia bersama dengan Dannia, hatinya sudah yakin untuk menikahi Dannia dan mengikat hati gadis itu pada hatinya. Adam tahu dia perlu berbuat sesuatu. Adam yakin dia perlu selesaikan pekara ini secepat mungkin.





“Adik gaduh dengan Adam ye?” Pertanyaan Ashraf itu mengejutkan Dannia dari lamunannya. Hari ini dia menumpang Ashraf ke pejabat. Hari ini dia turun awal sikit ke pejabat kerana pukul sepuluh nanti dia kena menghantar kontrak semalam pada kliennya.

“Mana ada. Semalam adik penat sangat je. Kak Balqis apa khabar?” Tanya Dannia menukar topik. Dengan sendirinya wajah Ashraf berubah ceria. Orang sedang di lamun cinta lah katakan.

“Dia sihat. Along ingat hujung bulan ni nak suruh papa masuk merisik.” Dannia terkejut dengan penyataan itu. Nyata abangnya kini serius untuk bersama dengan Balqis. Sehinggakan dalam waktu sesingkat ini abangnya sudah boleh membuat keputusan yang drastik untuk berkahwin.

“Cepatnya? Along serius ke?” Dannia teruja.

“Hmm... Along serius. Cepat atau tidak. Along rasa along dah bersedia. Bila kita dah jumpa orang yang sesuai walaupun hanya selepas sejam berjumpa hati kita akan yakin yang dia orangnya yang kita inginkan untuk hidup bersama. Selagi kita tak berjumpa dengan orang yang betul walau bertahun lamanya kita bercinta tak kan ada rasa ingin menikahinya.” Kenyataan Ashraf buat Dannia berfikir. Saat ini fikirannya melayang pada Adam. Adakah Adam orang yang sesuai buatnya kerana dia terfikirkan lelaki itu saat soal nikah kahwin di persoalkan? Ah... Dannia perlu sedar Adam itu milik orang.






Adam ke pejabat kakaknya, Anisya. Sekejap lagi dia akan berangkat ke Singapura, ada urusan sedikit di sana. Inipun sengaja dia membuat kejutan untuk berjumpa kakaknya di situ. Sudah terlalu lama rasanya dia tak berjumpa dengan kakaknya.
Saat dia melangkah masuk ke pejabat korprat tempat pejabat Anisya. Tanpa Adam sangka dia berjumpa dengan Dannia di situ. Ketika itu Dannia baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat bersama kakaknya. Dannia tengah berbual dengan kakaknya. Mungkin ada urusan kerja.

Untuk seketika Adam terpaku. Dannia yang juga sedar akan kehadiran Adam merenung pada Adam kembali. Mereka hanya saling berpandangan langsung tak bersuara. Buat pertama kalinya mereka merasakan kedinginan mebalut mereka. Buat pertama kalinya mereka hanya berdiri tanpa bersuara. Buat pertama kalinya rasa kekok itu hadir dalam diri mereka.

“Shall we? Kita dah lambat ni Dannia.” Zarul menjernihkan suasana. Dia mengajak Dannia balik. Dannia hanya mengangguk. Dengan penuh yakin dia melintasi Adam tanpa menoleh ke arah lelaki itu pun. Adam dapat merasakan kesedihan Dannia saat tubuh mereka berselisih tadi. Tapi Adam terlalu ego untuk meminta maaf apatah lagi cemburunya kembali memuncak melihat Dannia di situ bersama Zarul.


“Gaduh?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Anisya. Dia dapat melihat kedinginan dari mata keduanya tadi. Adam hanya tersenyum lalu duduk di hadapan Anisya malas mengulas lebih lanjut.

“Adam datang ni sebab nak cakap kat sis yang Adam nak berangkat ke Singapura petang ni. Ada hal sikit. So sebelum tu ingat nak ajak lunch sama-sama.” Adam memberitahu tujuannya.

“Oh... Okay juga tu. Tak nak ajak Nia ke? Akak rasa tentu dia penat. Yelah baru semalam akak suruh dia tukar kontrak, hari ni dah siap. She and her team very good in their work. Tapi akak rasa bersalah pula. Mesti semalam dia sibuk tak menang tangan sebabkan akak.” Pengakuan Anisya membuat Adam di landa bersalah yang teramat. Batullah semalam Dannia sibuk kerana kerjanya bukan kerana Zarul. Ya Allah berdosanya dia menuduh Dannia sebarangan.Kerana cemburunya dia mungkin kehilangan Dannia. Kesalnya memang tak sudah. Wajahnya kini dirundung cahaya yang cukup malap.

“Tak apelah sis. Hari ni nak lunch dengan sis je.” Adam menolak menjemput Dannia sekali. Lagipun dia masih di rasa bersalah. Dia perlu menyelesaikan hal ini sebelum berlagak tiada benda yang terjadi antara mereka. Dia tak mahu ini akan menjadi titik hitam dalam hubungan mereka nanti.





“Adam tahu, bonda ada tanya Kak Anis malam semalam. Dia kata Dato Arif jumpa Adam dengan seorang gadis. I guess she must be Dannia right?” Dengan sopan Anisya bertanya sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.

“Yup. Bonda tanya apa je?” Adam berminat. Nampaknya rancangan dia hampir berjaya. Memang tepat dia membawa Dannia ke sana kemarin. Tapi dia ingin tahu apa reaksi bondanya.

“Bonda tanya sama ada kak Anis tahu tak siapa? Melangit Dato Arif puji Dannia depan bonda. Semalam balik je makan malam amal tu terus bonda cari akak. Akak nampak bonda macam gembira je. So apa rancangan sekarang?” Pertanyaan itu buat Adam terdiam. Dia gembira bondanya dapat menerima berita tentang dia dan Dannia. Sekurang-kurangnya dia tahu bondanya bukan tegas menjodohkan dia dengan sepupunya hanya inginkan dia kahwin walau dengan sesiapa pun.

“Entah buat masa sekarang biarkanlah dulu. Yang penting Adam nak ke Singapura dulu hari ini. Yang lain, selesaikan kemudian.” Adam ingin memudahkan fikirannya yang kian serabut dengan masalah. Hanya kerana Dannia cukup membuat hidupnya serabut.

“Akak rasa Adam tak pergi Singapura atas urusan kerja tapi nak jumpa Tasya kan? Nak pujuk dia?” Anisya serkap jarang. Adam hanya tersenyum tanpa jawapan. Dia ada jawapan untuk itu tapi biarlah hanya dia yang tahu.






I pergi Singapura untuk beberapa hari



Dannia membaca sms dari Adam. Hmm... Entahlah kenapa dia tak sedap hati Adam ke Singapura. Adam langsung tak menghubunginya seperti selalu. Hanya sms sahaja. Kalau selalu Adam akan berjumpa dengannya dahulu sebelum pergi tapi kali ini? Benarlah di mata Adam dia bukan sesiapa. Mungkin Adam ke Singapura pun untuk memujuk Tasya buah hatinya. Supaya Tasya cepat kembali ke Malaysia jadi Adam tak perlulah untuk melayannya lagi.

“Dannia, kenapa ni?” Entah dari mana, Zarul muncul di hadapan Dannia. Dia menegur Dannia yang nampak leka termenung dari tadi.

“Tak ada apa. Kenapa cari I kat bilik ni? Ada masalah pada tender ke? Atau you nak maklumat untuk you bentang tu sekarang?” Dannia cuba untuk ceria. Dia tak mahu sesiapa yang tahu isi hatinya.

“Bukanlah. Dannia ni kenapa asyik nak cakap pasal kerja je dengan Zarul. Zarul datang ni nak ajak Dannia dinner dengan Zarul malam ni. Boleh?” Itu niat Zarul datang ke pejabat Dannia. Dia tekad mendapatkan kembali sekeping hati Dannia yang cantik. Apatah lagi sekarang Dannia bukan sahaja cantik di dalam juga cantik di luar.

“Hmm Zarul, I tak nak ada masalah. Nanti Intan?” Dannia cuba menolak. Sungguh dia tak mahu masalah dengan Intan.

“Kita keluar sebagai kawan je Dannia. Zarul tak rasa Intan akan kisah. Tambahan sekarang dia tengah sibuk mengejar cinta anak jutawan. Entahlah Zarul sendiri tak tahu macam mana hala tuju hubungan kami.” Luah Zarul. Sungguh dia tak menipu itu yang terjadi pada hubungannya dengan Intan kini. Oleh itu dia mula sedar yang mana permata dan yang mana kaca. Jadi tak salah rasanya dia cuba mendapatkan permata di hadapannya kini.

“Hmm nanti I fikirkan.” Elak Dannia.

“Alah, Dannia please.” Rayu Zarul lagi. Kali ini Dannia mengalah. Dia mengangguk setuju.

Apalah salahnya Dannia berkawan dengan Zarul jika lelaki itu ikhlas. Sekurang-kurangnya apabila Adam kembali bersama Tasya nanti, dia ada teman untuk menghiburkannya. Memikirkan Adam bersama dengan Tasya meneybabkan jantung Dannia terasa sakit. Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu ini.

“Okay kalau macam tu, Zarul jemput Dannia pukul 8 malam ni kat kondo Dannia. Okay tak?” Sekali lagi Dannia mengangguk setuju pada saranan Zarul. Zarul berlalu dengan gembira. Terasa terbuka peluangnya dan pastinya dia hargai peluang ini sebaiknya. Inilah peluangnya mendapatkan hati Dannia kembali padanya. Tentu tidak sukar kerana hati itu pernah di tawannya.

Monday, August 3, 2009

JODOH ATAU CINTA 30

Episode jodoh atau cinta 30 telah di postkan di penulisan2U... kepada peminat JAC sila baca di sana... dan ... komen lah... JAC 30... adalah satu titik perubahan dalam hidup Danish dan Iman...Click Jodoh Atau Cinta 30 di bawah...
http://penulisan2u.blogspot.com/2009/08/novel-jodoh-atau-cinta-30.html

Saturday, August 1, 2009

have been tagged... Thanks for the award.- itu iman sebenarnya-



a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

~yeay~ dah copy!!

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Daripada tdummie... Kembar tak ada surat beranak orang...My buddy... Orangnya baik, sensitif dan ala-ala ibu sedikit. Ayu? bolehlah... Matang... yup in certain issue...Dialah guru yang mengajarku menjadi seorang gadis yang ada rasa... Hope she all the happiness with Cik TAMIM

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

1) Seorang gadis biasa.Pelajar UTHM. Pelajar yang agak malas dan suka melanggar etika pakaian universiti. Iman lebih suka pakai T-shirt, Jeans dan selipar ke kelas. (bukan selipar jepun eh)

2) Tak sensitif, Hati beku dan gadis yang pelik. Tak suka menangis. Tak suka ambil hati... Jarang berdendam tapi paling kejam kalau berdendam... Setakat ini belum pernah membalas dendam. (member yang selalu cakap)

3)Iman tak suka berhias. Iman sempoi. Tak memilih soal pakaian. Soal makeup (tak reti pun) Selamba je. Tak pilih kawan. Semuapun Iman kawan. Kuat menyakat.Kena tahanlah kalau kawan dengan Iman. Dengan lecturer-lecturer pun Iman menyakat.

4) Iman suka makan. Apa-apa makanan pun asalkan halal. Iman suka coklat, main games, lagu ballad and jiwang. Iman paling suka budak-budak.Iman suka bau baby bangun tidur.

5) Hobi Iman, berkhayal dan berangan. Suka membaca. Travelling dan menulis.Jaga budak-budak.

6)Iman tak suka terkongkong. Iman tak suka mengongkong. Iman suka orang yang hormatkan hak orang lain tanpa mempertikaikan keputusannya.

7) Tekad Iman untuk mendapatkan lesen juruterbang satu hari nanti dan publishkan karya Iman satu hari nanti.

8) Iman nak lelaki yang romantik dan jatuh cinta pada iman di saat wajah Iman paling hodoh. Iman nak lelaki yang boleh jadi imam kepada Iman.

9)Iman masih single. Sekarang Iman tengah mencari part time boyfriend. (boleh lak macam tu kan? jangan percaya eh...)

10) Iman masih single dan tengah mencari calon. Lelaki idaman Iman adalah lelaki yang boleh hafaz dengan baik dan boleh memahami dengan baik surah yassin, surah luqman dan surah yusuf.

*p/s percaya ke tak? Serius ke tak? hehehe... Iman memang tak betullah.


d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda
* awang
* Fazrina
* Ilah
* Sofea
* Diana

CINTA? PENTING KE?8

“Nak pergi mana ni?” Dannia bertanya pada Adam yang tenang memandu di sebelahnya. Selalunya mereka lunch berdekatan dengan pejabat Dannia je tapi hari ini jauh pula.

“Kalau kita hendak mulakan rancangan kita. Kita perlu pergi ke tempat kawan-kawan bon... mama dan papa pergi. Jadi cepatlah hal kita tersebar.” Adam seolah tak ada berperasaan.

“Okay.” Selepas balasan Dannia. Masing-masing lebih gemar berdiam diri. Entah apa yang di fikirkan, biarkan hati bersendiri.



Adam berhenti di hadapan hotel Hilton. Dannia nampak agak terkejut. Namun dia hanya menurut apabila Adam keluar. Saat itu Adam menunggu Dannia. Adam menghulurkan tangannya buat Dannia.

“Kenapa?” Dannia tidak faham.

“Kita kan sekarang couple. So be one.” Adam bersuara romantik. Dia mengelipkan matanya memujuk. Hati Dannia bagaikan terpujuk lalu menyambut tangan Adam. Mereka beriringan masuk ke hotel itu.

Saat mereka masuk. Dannia perasan ada mata yang melihat mereka. Ada juga yang tertoleh. Mungkin kerana ketampanan Adam menarik mereka. Tentu hairan sekali kan? Yang kacak seperti dia mendapat gadis yang sederhana seperti Dannia. Dannia terasa rendah diri. Ingin dia menarik kembali tangannya di genggaman Adam tapi Adam mengeratkan lagi genggaman itu. Malah menarik Dannia merapati dirinya.

“Tenang. Semua akan okay.” Bisik Adam lembut di telinga Dannia. Dannia saat itu percaya Adam akan menjadi pelindungnya.

Adam mengambil tempat duduk yang agak jauh dari pelanggan lain tapi agak terbuka. Memang niatnya membuat kontroversi. Dari dia masuk tadi dia sudah nampak beberapa orang kawan keluarganya. Memang dia memilih tempat yang betul untuk memulakan langkah. Mereka memesan makanan ala carte je untuk tengah hari itu.

“Kita memang pilih tempat yang betul. Petang ni temankan I masuk track. I nak kenalkan you dengan kawan-kawan I pula.” Ajak Adam sebaik makanan mereka sampai. Adam betul-betul mengatur setiap apa yang boleh menyebabkan kisah mereka ini heboh secepatnya. Segalanya untuk rancangan mereka.

“Masuk track? I busy sikitlah petang ni Adam.” Dannia betul-betul tidak boleh petang ini. Yelah dia terlalu banyak kerja sekarang.

“Hmm... okay. Kalau macam tu tak pe lah. You nak I jemput ke nanti?” Adam tetap bertanya walau selama ini itulah tugasnya.

“ Tek perlulah. I balik naik teksi je kot atau I minta abang ashraf jemput. Lagipun, you kan nak masuk track?” Dannia menolak. Dia rasa segan pula untuk selalu menyusahkan Adam.

“Kalau Ashraf yang jemput, tak apa. Tapi kalau bukan Ashraf yang jemput. Cakap kat I. Jangan naik teksi tau.” Adam tak mungkin lepaskan Dannia naik teksi sorang-sorang. Malam pula tu.

“Yes bos.”Gurau Dannia. Adam hanya tersenyum. Dannia merenung senyuman itu. Senyuman yang ikhlas di matanya.

“Adam, kalau I tanya sesuatu, you jangan marah ya?” Dannia bagai berat untuk bertanya.

“Sejak bila you minta kebenaran untuk bertanya ni? Tanyalah. I tak akan marah selagi soalan itu tak melampau.” Akui Adam. Dia tak boleh berjanji biarpun perit tapi itu kenyataannya. Kita tak boleh terlalu mudah berjanji.

“Hmm... Dah lama I nak tanya. I tak menyusahkan you ke Adam?” Dannia beranikan diri bertanya. Menguatkan hati untuk menerima jawapannya.

“I pernah merungut ke? Kenapa you tanya macam tu?” Adam nampak tak senang. Soalan itu menampakkan bagai dirinya tak penting buat Dannia.

“You memang tak pernah merungut. Tapi Adam, I rasa I dah terlalu menyusahkan you. Datang berjemput balik berhantar.” Segaris rasa bersalah memang muncul di wajahnya.

“Kalau I rasa menyusahkan, I tak kan buat Nia. Dah lah tak payah fikir lagi. Habiskan cepat makanan tu.” Dengan senyuman Adam melegakan hati Dannia. Dannia membalas senyuman itu lalu menghabiskan makanannya.


“Adam. Kebetulan pula kita jumpa di sini ye. How are you?” Mereka di tegur oleh seorang lelaki yang sudah berumur. Mungkin dalam separuh abad. Adam dan Dannia segera berdiri hormat.

“Dato. Baik, sihat je. Dato macam mana?” Adam nampak ramah dengan lelaki yang di panggil Dato itu.

“I sihat. Well kita ni kena pandai jaga kesihatan. Berteman nampaknya.” Dato itu mengerling ke arah Dannia. Dannia menghadiahkan senyuman manis. Tanda hormat. Menjaga muka Adam.

“Kenalkan Dato. Ini Dannia. Dannia, ini Dato Arif, kawan papa I.” Adam memperkenalkan kedua-duanya. Sekali lagi Dannia tersenyum lalu mengangguk hormat.

“Hmm Dannia. Manis nama itu semanis orang nya. Hai lepas ni tak perlulah bonda you risaukan you lagi ya Adam. Okaylah uncle minta diri dulu.” Sempat Dato itu mengusik sebelum memohon diri. Dia bersalaman dengan Adam.

“Bonda?” Tanya Dannia.

“Mereka memang panggil mama macam tu. Jom kita balik.” Adam mengajak Dannia pulang. Dannia tanpa ragu menerima sahaja alasan Adam.



Dannia tergelak mendengar cerita Zarul. Dia dan Zarul sedang berbincang tentang kontrak klien mereka bersama. Ada beberapa orang kerani lain yang turut berada di pejabat itu sedang bersiap-siap untuk pulang. Dia pun engah berkemas. Cuma mereka terpisah kerana mereka berada di pejabat Dannia. Dalam-dalam tertekan selepas penat memerah otak begitu, Zarul membuat lawak menceritakan kisah klien mereka ini bergaduh dengan isterinya di khayalak ramai. Pernah juga terdengar gossip tu tapi tak tahu pula kisahnya macam ni sekali.

“Betul ke macam tu sekali?” Dannia bertanya dalam tawanya yang bersisa. Zarul hanya memerhati Dannia ketawa. Nampak cantik sangat Dannia ketika itu. Terlalu cantik hingga dia teralit sebentar. Dannia sedar Zarul yang leka memerhatinya itu, dengan sendiri terhenti ketawanya.

“Cantiknya Dannia gelak. Dah lama kan kita tak macam ni?” Zarul masih ralit merenung Dannia.

“Hmm... Benda dah berlalu Zarul.” Dannia cuba mengelak berbicara soal itu.

“ Dannia masih sayangkan Zarul tak?” Pertanyaan itu membuatkan Dannia dengan sendiri membalas renungan Zarul.



“Assalamualaikum.” Salam itu menyelamatkan Dannia. Dannia menjawab salam itu lalu menyuruh pemberi salam itu masuk. Kedengaran pintu pejabat Dannia yang memang terbuka sedikit itu di tolak dari luar. Wajah Adam muncul di depan pintu dengan sekotak piza di tangannya. Wajahnya sedikit tegang ketika itu.

“Adam. Kata nak masuk track malam ni.”Tanya Dannia manja. Saja melunakkan suaranya. Dannia kedengaran gembira.

“Hai. Adam tak jadi masuk track. Takkan nak biarkan Nia tak makan. Ni Adam bawakan pizza untuk Nia. Hai Zarul.” Adam meletakkan pizza itu di atas meja Dannia sambil menegur Zarul.

“Hai.” Zarul membalas lembut sapaan itu. Senyuman sinis di berikan melihat wajah Adam yang agak tegang itu.

“Lama lagi ke nak siap kerja ni?” Tanya Adam.

“Dah siap dah. Nia memang tengah mengemas ni. Kenapa datang? Kan Nia kata tak payah jemput.” Tanya Dannia. Teringat tengahhari tadi dia menolak Adam menjemputnya. Mengenangkan Zarul ada di hadapan mereka. Kata ganti nama pun dah berganti kepada Adam dan Nia

“Adam call Ashraf. Dia kata Nia tak call pun minta jemput sebab tu Adam datang. Nak makan kat sini ke?” Adam bertanya sambil melihat pizza di atas meja itu.

“Ikut Adam jelah.” Putus Dannia untuk mengikut keputusan Adam. Saat itu dia sudah siap berkemas.

“Kita baliklah. Okay, Zarul, kami pergi dulu. Pizza tu you ambiklah.” Adam menghulurkan salamnya pada Zarul dan Zarul menyambutnya.

“Cuba hormatkan hak orang.” Amaran Adam dalam nada yang tegas sebelum melepaskan tangan Zarul. Zarul tersenyum sinis. Dia faham maksud Adam. Dannia terkejut tak sangka.



Adam hanya senyap sepanjang perjalanan ke tempat pakir. Dannia mengikut langkah Adam dari berlakang. Sampai ke dalam kereta pun Adam tetap senyap. Pecutan Adam pula laju daripada biasa.

“Kerja? Itu ke kerja? You janji nak call Ashraf tapi you tak call. Kalau I tak pergi pejabat you tadi, mesti sampai sekarang you tak balik lagi kan?” Suara Adam tiba-tiba melengking kuat.

Dannia di sebelahnya hanya terkejut. Memang pantang Dannia sekarang kalau orang itu menengkingnya begini. Nampaknya bunga-bunga pergaduhan semakin nampak.

Ketika cinta bertasbih

Terpikat dan tertawan
lagu Ketika cinta bertasbih.
membuaikan hatiku
Sungguh Iman rasa tertawan.
Lagu itu mengusik jiwaku
aku terkhayal sendiri mendengarnya.
Tersenyum... Termenung
Bait kata yang mudah
tersusun indah
menampakkan bertapa indahnya cinta...
Tapi wujudkah keindahan rasa itu di dunia ini?
Ah... tak perlu ku fikirkan...
cukup ku biarkan rasa indah ini membuaiku..