Saturday, May 9, 2009

Sahabat Cinta-Inikah Akhirnya?

“Kenapa kau pandang aku macam tu?” Sergah Hakimi.. Terkejut aku. Hisy Hakimi ni kacau betullah. aku baru nak berangan. Bila di fikir kembali... Sahabat Cinta? Sahabat... Ya... Cinta?...No way... Tak sanggup.
“Tak ada pape… Aku dah lapar sangat ni, Nampak kau pun dah macam ayam golek dah. Hehehehe.” Saja aku cover. Malu lah kalau dia tahu aku tengah fikirkan dia.
“Hmm yelah. Jom pergi makan. Kang tak pasal-pasal hilang tangan aku sebelah kau makan kang. Itupun kalau cukup” Balas Hakimi. Nak kutuk akulah. Mentang-mentang aku buruk lantak.

Aku dan Hakimi masuk ke Restoren Saujana. Well sedaya upaya aku cover muka ku yang ter’cedera’ ini. Kalau ikut aku, nak je aku beli KFC lepas tu bawa balik tapi itulah Hakimi ni cerewet sangat. Nak-nak dia tahu aku tak makan nasi lagi satu hari ni. Tu yang dia paksa aku makan nasi. Orang petang-petang macam ni cari kuih. Rasanya kitaorang je kot yang makan nasi pukul 5.30 petang macam ni. Kami berdua memesan Nasi Goreng Cendawan dan air tembikai.

Dalam menunggu pesanan tu kami berbual. Sehingga terkeluar soal Syamil sepupunya. Kenangan kembali terlayar semula di fikiranku. Tak mungkinku lupa nama itu. Nama lelaki yang membuat aku tersedar dari mimpi panjang. Dulu aku impikan seorang lelaki yang boleh menerima aku seadanya, menerima buruk baikku dan keluargaku. Syahmil telah mengajarku bahawa di dunia ini masih ada darjat.

Hanya kerana aku tiada kelulusan setaraf dengannya, aku hanya di permainkan. Cintaku di anggap murah. Dia berpaling pada rakan sekuliahnya. Pasti keluarganya gembira sebab saat dia bersamaku dulu. Keluarganya kurang merestui. Mana taknya, anak mereka seorang mahasiswa namun bercinta dengan seorang gadis yang baru lepasan SPM yang hanya berkerja di stesen minyak. Masa tu bukan aku tak dapat menyambung pelajaran cuma minat ku tiada untuk belajar.

Namun aku bersyukur kerana kejadian itu aku tekad mengambil STPM dan menyambung pelajaranku ke Universiti dalam bidang sumber manusia yang membolehkan aku menjadi eksekutif kanan sumber manusia di Neraca Holding sekarang. Dulu kisahku dan Syahmil adalah sejarah silam yang aku rahsiakan dari semua orang dan Hakimi pun hanya tahu setahun selepas kami menjadi kawan baik.

Hakimi pun tahu tanpa di sengajakan. Itupun kerana kami terserempak dengan Syahmil dan tunangnya di Mid valley ketika meraikan graduasi Hakimi sehinggakan cerita dulu terbongkar. Namun pada Hakimi sempat aku titipkan bahawa jangan pernah beritahu yang aku ni sambung belajar dan satu universiti dengan Hakimi. TAPP...

”Oh mak kau.” Terkejut aku apabila Hakimi tiba-tiba menepuk tanganku di yang berada atas meja.
”Hish kau ni tak reti beri salam ke?” Marahku pada Hakimi.
”Aku tak reti beri salam ke ko berkhayal tak sedar dunia. Dari tadi aku panggil kau. Tak menjawab. Makanan sampai pun tak sedar. Relaxlah. Kata dah lupakan dia. Ni dengar je nama dia terus berkhayal.” Memang tak sayang mulut betullah si KIMI ni. Aku cepuk juga budak ni karang.
”Tak ada apalah. Hmm sambunglah cerita kau. Kenapa dengan mamat tu?” Aku tanya konon-konon berminat. Hish dalam hati aku ni... Lantak r dia... nak duduk ke nak berdiri ke... nak tunggang langgang ke... Nak apa ke... Aku peduli apa.
”Dia balik awal bulan depan.” Hakimi memulakan cerita. Hai aku dah cuak ni. Macam ada sesuatu je. Macam ada cendawan di dalam Nasi Goreng Cendawan je ni.
“Balik dari mana?” Tanyaku sambil menyuap nasi ke dalam... mulutlah of couse... Tak kan hidung kot... kan... kan...kan?
“Dari Sabah. Dia dah dapat kena transfer kat sini.”
“So?”
“Mak dia nak buat majlis sikit. Jadi aku kenalah balik kampung?”
“Jadi?” Aku bertanya lagi setelah dia ni tergagap-gagap nak bercakap. Pelik kalau peguam tergagap nak bercakap ni.
“Mak aku suruh ajak kau balik sama. Dia kata kau tak pernah lagi ke kampung aku. Lagipun dia dah rindu kat kau.” Patutlah tergagap-gagap. Ada request katanya. Hmm... kalau ikutkan hati ni memang tak nak pergi. Tapi bila fikirkan Cikgu Kalsom, mak si Hakimi ni tak sampai hati pula nak menolak. Tak pelah demi orang tua yang dah banyak mengajar aku untuk tabah dan ambik berat tentang aku tu. Aku pergilah.
“ Hmm tengoklah. Nanti aku apply cuti. Kalau dapat aku pergi dengan kau. Nak pergi berapa lama ni? Bila? Kampung kau kat Johor kan?” Aku bertanya. memang aku tahu kampun dia kat Johor tapi saja je aku ni tanya.
“Yelah. Mana lagi kampung aku. Nanti aku bagitahu tarikhnya. Betul ni kau nak ikut?” Hakimi macam tak percaya je aku nak ikut.
“Betullah. Kata mak kau rindu kat aku.” Saja je aku kenakan dia. Hakimi hanya tersengih.

Aku bukan apa. Aku rasa tak sedap pula tolak permintaan mak dia. Aku kenal mak Hakimi ni. Parents dia, dua-dua cikgu. Baik orangnya. Kalau diaorang datang melawat Hakimi di sini waktu cuti sekolah mesti tak lupa jemput aku datang rumah untuk makan. Pernah juga ibubapa Hakimi bermalam kat rumah aku. Kata mak Hakimi, aku ni dah macam anak dia dah. Itu yang tak sedap nak menolak tu. Pasal Syahmil? Biarkanlah dia.



Aku hanya memandang Hakimi membayar makanan di kaunter dari pintu restoren. Saja je. Malas nak menyibuk kat situ. Hmm lama pula mamat ni bayar. Jual minyak ke?

“Hai, Maira. Buat apa kat sini?” Tiba-tiba aku di tegur seseorang. Ku toleh ke tepi. Zafril, ketua jurutera di syarikat ku.
“Zafril. Hmm saja je kat sini. Berenang.”Gurauku.
“Hmm pandai pula you berenang kat restoren. Mana belajar ni? Nak juga.” dia ni memang peramah orangnya.
“Hish ada-ada je you ni. Alisya mana?” Aku tanyakan isterinya. Mereka ni ada kisah cinta yang menarik. Kahwin kerana keadaan. Terpisah. Bertemu kembali selepas beberapa tahun di tempat kerja yang sama. Cabaran demi cabaran mendatang namun syukur akhirnya mereka bersama jua dan sekarang mereka sedang menantikan kelahiran anak sulung mereka.
“Dia ada dalam kereta. Risau dia kat you pasal tadi. Pergilah jumpa dia.” Menurut cerita Zafril ni mesti kisah tadi dah heboh dah. Alisya tu dulu teman serumah aku sebelum dia pindah ke rumah Zafril. Jadi kami sangat rapat. Hakimi pun mengenali dia.
“Mai.” Seronok berbual dengan Zafril sampai tak sedar Hakimi dah ada di sebelah. Mukanya nampak macam semacam. Mengenali dia bertahun lama membuatkan aku tahu sifatnya walau bagaimana Hakimi cuba control sekalipun.
“Kimi. Kenalkan ini Zafril, ketua jurutera kat tempat aku. Zafril, ini kawan I. Hakimi.” Aku memperkenalkan kedua-duanya dan mereka bersalaman. Zafril meminta diri setelah bertukar kad dengan Hakimi.
“Seronok berbual.” Kenapa aku rasa tersindir. Nada suara tu memang menyakitkan.

“Hmm... Jap aku nak jumpa Alisya jap.” Aku melangkah ke kereta Zafril. Aku nampak mak buyung tu kat situ. Hakimi pula bergerak ke keretanya. Macam merajuk je budak tu.
“Alie. Amboi bertambah bulat ko. Ubat appa ko makan ni. Kalah weight gain seh.” Saje aku usik si mak buyung ni. Bukan apa kejap lagi mesti dia geram.
“Hisy ko ni. Well aku ni tembam-tembam pun comel and vogue gitu. Ubat ubat aku tak makanlah. Ini semula jadi. Ko okay ke pasal tadi?” Alisya ni memang gila-gila sikit. Tu yang best melepak dengan dia. Satu kepala.
“Aku okay je. Wei bila ko nak datang rumah aku ni? Boring la aku sorang-sorang kat rumah tu. Azy ko tahulah macam mana. Asyik hilang je.” Aku memang bosan kalau tak ada Alisya di rumah tu. Azy teman serumah aku lagi sorang tu memang tak masuk dengan aku.
“Oh ko windu-winduan kat aku. Aku tak tahu lah Maira. Sekarang ni peraturan kat rumah aku tu ketat sikir. Zafril tu bukannya bagi aku bergerak sangat. Rindu aku kat site tau tak. Tengok r sekrang pun aku nak keluar ikut die beli kuih kat dalam tu pun payah. Suruh duduk je 24 jam.” Adu Alisya. Aku memang dari dulu menjadi kaunter pengaduan dia ni. Dan pada dialah aku adukan apa-apa yang tak boleh aku adukan pada Hakimi.
“Untung r ko. Lagipun suami mana tak sayang isteri oi. Okaylah Alie, aku nak balik dulu. Hakimi dah tunggu tu. Macam merajuk je mamat tu.” Aku minta diri sebaik nampak Zafril menghampiri kami. Aku bersalaman dengan Alisya. Sempat mengangkat tangan pada Zafril.



Suasana di dalam kereta sunyi membuat aku pelik. Selalunya tak sesunyi ini. Hakimi bagai hilang dengan dunia sendiri. Macam pelik je. Memang peliklah rasanya. Selalunya kecoh je kalau diaorang bersama. Aku dapat rasakan bagai ada sesuatu yang tak kena daripada balik dari restoren tadi.

Bagi Hakimi, entah kenapa hatinya tak sedap. Sungguh hatinya membara apabila apabila melihat Umairah mesra berbual dengan Zafril dulu. Selama ini sejak dari perkenalan mereka, seingat dia Umairah tak pernah lagi rapat dengan mana-mana lelaki melainkan dia. Hanya dia, lelaki ajnabi yang ada dalam hidup Umairah. Dulu ada juga yang cuba nasib memikat Umairah tapi tak di layan. Tadi adalah kali pertama dia melihat Umairah mesra sangat dengan lelaki selainnya. Hatinya rasa macam di panggang terbakar. Rasa macam ringan je mulut dia nak sound Zafril untuk menjauhi Umairah. Oppss.. Dia cemburu ke? Tapi Kenapa?

“Rapat aku tengok kau dengan Zafril tu?” Tak boleh menahan perasaan, Akhirnya terbuka mulut Hakimi bertanya. Aku nyatalah terkejutkan. Pelik je soalan ni. Tak pernah pula Hakimi ni menyentuh hal-hal sebegini.
“Dah satu office. Lagipun si Zafril tu kan suaminya Alisya. Ala kan dulu aku pernah cerita kisah cinta Alisya kat kau. Yang aku kata kalau jodoh tu tak kemana. Cinta sejati akan bertahan selamanya.” Aku pun jawab je soalan Hakimi ni. Walaupun pelik.
“Oh... Suami Alie.” Aku nampak Hakimi macam lega semacam je. Lepas tu terus senyum sorang-sorang. Dah mereng ke apa budak ni.

Entah apa yang terjadi. Lepas jawab soalan tu terus je Hakimi ni ceria semacam. Kecoh pula mulut die... Agaknya makanan tadi belum terhadam kot... Bila terhadam jadilah macam ni.. Macam beruk kena belacan pun ada... Hisy tak baik aku cakap dia beruk... Kalau dia beruk aku pun beruk... Dah kitaorang ni sama-sama satu spesis manusia yang merupakan ciptaan tuhan...hehehe


“Yes Zue. Ada apa? Awak tak nampak ke saya ada meeting ni?” Hakimi kurang selesa apabila setiausahanya masuk menyerbu ke dalam. Baru sebentar tadi s/u nya itu interkom dia. Tapi dia awal-awal lagi katakan dia ada meeting. Tak faham bahasa betulah.
“Penting Encik Kimi. Pasal Cik Umairah.” Zue nampak takut-takut bercerita.
“Kenapa dengan Umairah?” Hakimi nyata terkejut. Wajahnya mula cuak dan cemas. Mungkin terikut Zuhijjah setiausahanya itu.
“Tadi. Encik Zafril dari Neraca Holding call. Dia kata Cik Umairah dalam bahaya. Dia suruh Encik Kimi datang sana segera.” Mendengar ungkapan itu. hakimi mencapai handphonenya. Bergegar tangannya membuka dompet mencari kad nama Zafril. Membuat panggilan.
“Ada jadi Zafril?” Tanpa salan Hakimi terus menyergah.
“Hakimi ke? Pejabat kita orang kena masuk oleh maniac. Maira jadi tebusan.” Suara Zafril kedengaran cemas. Aduii...
“What? Sekejap laghi aku sampai.” Memang tak menyempatlah Hakimi. Lupa pada klien besar di hadapannya.
“Maaf, Dato. Maira dalam bahaya. Saya kena pergi dulu. Aris kau tolong handle ye.” Tergesa-gesa Hakimi berlalu. Berlari. Mendapatkan keretanya. Nasib baik hari ini dia meeting dengan Haris anak buahnya sekali.

Kebetulan jalan yang tak sesak sangat jadi dalam lebih kurang 15 minit hakimi dah sampai di tempat kejadian. Sampai-sampai je ke pintu hadapan pejabat Umairah di tingkat 10 bangunan itu, Hakimi di tahan daripada masuk oleh dua orang anggota polis.

“Maaf Encik, Encik tak boleh masuk ni.” Salah seorang anggota polis menahannya dari masuk berkata.
“Kenapa pula? Saya kenal tebusan tu.” Hakimi membangkang. Suara meledak naik. Dahlah dia risaukan Umairah.
“Bukan apa Encik. Kami hanya mengikut arahan.” Pegawai polis tu masih ingin menenangkannya.
“Aku tak kira. Aku nak masuk juga.” Hakimi cuba merempuh masuk. Mungkin terdengar bunyi bising di hadapan. Seorang anggota polis berpakaian biasa bertanya.
“Kenapa ni? Eh Kimi. Kenapa ni?” Syukurlah inspektor polis tu Inspektor Johari, kenalan rapat Hakimi di dalam jabatan polis. Yelah peguam sepertinya perlu banyak networking kan.
“Aku nak masuk. Aku kenal Umairah tebusan tu.” Hakimi memberitahu Johari. Memohon kebenaran.
“Biarkan dia masuk. Dia ni suami Cik Umairah.” Johan memberi arahan pada anakbuahnya. Hakimi di benarkan masuk. Saat beriringan dengan Johari sempat Johari berbisik padanya.

“Sorrylah Kimi. kami sebenarnya hanya membenarkan ahli keluarga mangsa je masuk. Itu yang aku kata kau suami Umairah.” Beritahu Johari.
“Thanks Joe. Aku terhutang budi kat kau. Umairah bakal tunang aku. Risau aku tadi.” Hakimi sungguh berterima kasih.
Saat samapi di satu ruangan pejabat. Hampir meleleh air mata lelakinya melihat penjahat itu memulaskan tangan Umairah ke berlakang dan meletakkan pisau rambo di leher Umairah. Menoleh ke sebelah. Kelihatan Zafril dengan muka risau menunggu. Wajahnya cemas. Tapi kenapa?

“Zafril. Kau?” Tanya Hakimi. Tak faham kenapa Zafril cemas sebegitu.
“Jika Umairah nyawa kau. Alisya isteri aku nyawaku. Dia orang kat dalam. Maaflah Kimi. Tadi Umairah menawarkan diri jadi tebusan kerana kesian melihat isteri aku berdiri dengan pisau di leher. Aku dah tawarkan diri tadi tapi penyagak tu tak mahu sebab aku lelaki. Dia tahu aku boleh melawan. Lepas tu Maira pujuk dia ambik Maira asalkan biarkan Alisya duduk. Alisya tengah mengandung 6 bulan. Tak larat sangat. Kami terhutang budi pada Maira.” Panjang lebar cerita Zafril. Hakimi tak kesal Umairah membantu Alisya kerana dia tahu Umairah mesti lebih menyesal kalau tak membantu.
“Mai akan lebih kesal kalau tak membantu Zaf. Joe aku nak cuba psiko dia.” Hakimi meminta kebenaran.

“Itulah aku tunggu-tunggu.” Johari percaya pada Hakimi. Kerana peguam seperti Hakimi yang bijak berkata-kata itu pernah membuat seorang pesalah mengaku dan menceritakan di mana dia menyembunyikan mayat-mayat mangsanya hanya kerana pikologi Hakimi.
Ketika Hakimi merapati tempat penjenayah itu menjerit supaya Hakimi tidak mendekatinya. Namun Hakimi melangkah beberapa tapak lagi.

“Jangan Dekat. Kalau tak...” Serentak itu dia menekankan sikit mata pisau di kulit leher Umairah sehingga terluka sedikit. Hakimi berhenti bergeak saat melihat beberapa titisan darah Umairah jatuh ke tudungnya. Dia menggengam penumbuknya. Saat itu dia rasa macam nak bunuh je penjenayah itu. Namun dia harus pandai mengawal emosi.

2 comments:

dOUblEH said...

bersambung ke?????

Hamba Allah said...

cepat sambung.
suspen aje.