Saturday, February 7, 2009

Jodoh atau Cinta 11

Hari ini pertama kali Iman menemani Danish keluar berjumpa pelanggan. Dia terpaksa menaiki satu kereta dengan Danish waktu pergi tadi dan sekarang Danish berkeras menghantarnya balik. Ini rasanya sudah hampir setiap hari Danish menghantarnya pulang. Sejak bergelar P.A kepada Danish ini Iman dapat merasakan Danish seakan-akan tidak mungkin melepaskan dia jauh.

Mana tidaknya sekarang Danish menganggunya untuk makan tengahhari dan makan malam bersama. Entah dari mana mamat itu tahu dia ada gastrik. Rasanya dia tidak pernah memberitahu Danish dan dia pun tak pernah sakit di hadapan Danish setakat ini. Tetapi di mana Danish megetahuinya sehingga lelaki itu seakan-akan betul-betul menjaga makan minumnya.
Danish juga seakan mula mengawal gerak gerinya.

Setiap kali dia hilang di mata pasti Danish mencarinya. Setiap langkahnya di tanya. Iman mula rasa terkongkong sebenarnya. Tambahan pula baru semalam Danish memulakan satu polisi baru di mana pekerja lelaki dan perempuan tidak dibenarkan pergi kerja luar daerah bersama kecuali yang mempunyai status suami isteri. Malah Danish juga berharap tiada temu janji waktu malam dilakukan kecuali benar-benar penting. Kepada Iman di titipkan nota. Nota yang lebih kepada amaran sebenarnya. Iman di’perintah’kan hanya boleh keluar berkerja dengan Danish seorang sahaja. Adakah patut?

Tadi pun ketika Danish memperkenalkan dia kepada pelanggan Jepun. Selamba badak je Danish itu memperkenalkan dirinya sebagai isteri. Siap Danish memerluk erat pinggangnya. Terpaksa Iman menerangkan semula kenyataan itu. Kepada pelanggan jepun itu Iman katakan Danish hanya bergurau dan Iman memberitahu yang dia hanya personal assistant Danish. Waktu itu Iman sedar wajah Danish berubah merah dan perlukan itu terus terlerai.

“Termenung?” Teguran itu menyedarkan Iman. Dia memandang Danish yang memandu di sebelah. Sekarang mereka sudah masuk ke kawasan kondo Iman.
“Kenapa you tak mengaku I ni suami you tadi?” Tanya Danish geram. Sakit hatinya apabila Iman menidakkan kenyataan itu di hadapan pelanggan Jepun tadi.
“Entah.” Jawapan itu mengundang amarah Danish. Sedangkan sejak dia terasa tadi dia berharap Iman memujuknya. Menerangkan kepadanya kenapa?
“Boleh tak you jawab I elok-elok.” Tegas Danish. Dia memakirkan keretanya berhanpiran dengan pintu masuk ke lobi kondo mewah itu.
Iman tak menjawab malah mencapai beg tangannya dan dan melepaskan cengkaman tadli pinggang keledar. Iman sudah membuka pintu kereta apabila Danish mencapai lengannya. Iman terpaksa menutup balik pintu keretanya.
“Okay. Sekarang apa lagi yang you nak cakap?” Tanya Iman dengan nada bosan.
“I nak tahu kenapa you menidakkan yang you isteri I? Hina sangat ke jadi isteri I?” Tanya Danish dengan nada jauh hati.
““Pertama perkahwinan ini adalah atas kehendak keluarga dan Iman Umairah tidak berhak ke atas harta Danish Aiman walau sesen pun. Kedua, masing-masing tidak berhak mencampuri urusan peribadi diri pasangannya. Ketiga, Danish Aiman membenarkan Iman Umairah bebas melakukan apa sahaja yang dia inginkan tanpa perlu memberitahu kepada Danish Aiman dahulu dan bergitu juga Danish Aiman bebas melakukan apa saja tanpa sebarang rasa terikat. Keempat, mereka hanya akan berpisah apabila Danish Aiman melafaskan talak, atas erti kata lain Iman Umairah tidak berhak meminta cerai. Iman adalah I dan Danish adalah you. I ke yang tak mengakui perkahwinan ini atau you yang sejak mula mencampakkan jauh erti ikatan kita Danish? Sekarang you cakap salahkah I tak mengakui perkahwinan kita semata-mata menjaga sisa maruah I yang pernah you lambung dulu? Terima kasih hantar I balik.” Iman pantas keluar dari kereta CRV itu. Kali Ini Danish tidak lagi menahan. Tetapi sempat telinga Iman mendengar kata-kata akhir Danish sebelum dia menutup pintu.
“ Walau apapun yang pernah terjadi dan akan terjadi. Awak tetap isteri saya dan saya boleh mengumumkan kepada semua orang tentang itu.” Kedengaran suara Danish menakutkan di bibir telinga Iman. Iman tergamam dan mula berdoa Danish tidak membuat apa-apa tindakan bodoh.

Sebaik Iman menutup pintu kereta CRV itu. Danish segera melepaskan brek dan meluncur laju. Langsung tidak menegur mahupun menoleh lagi. Iman benar-benar hilang kata-kata.

***************************
Bulan ini berlalu dengan pelbagai cerita. Danish bahagia kerana akhirnya dapat mengawal Iman. Kini Iman sudah mula terpaksa mengikut telunjuknya. Setiap pegerakan Iman di ambil tahu. Danish tahu yang Iman tak suka dia mengambil tahu hal gadis itu namun Iman terpaksa kerana mereka berdua perlu menyelaras masa bersama. Dengan itu baru Iman ada waktu menemaninya berjumpa pembekal atau pemaju di samping masih menjalankan tugas sebagai penganalisis operasi. Sebulan ini senyuman Danish cukup lebar. Danish sedar yang Iman mula berlembut dengannya. Ini pun keraa dia yang berlembut dengan Iman dulu.

Iman... sebaliknya. Iman terasa tertekan. Setiap detik waktunya bagai di ganggu oleh Danish. Ada sahaja yang Danish mahukan dari dirinya. Temankan ke bank lah. Jumpa orang ini. Jumpa orang itu. Ahh... tension Iman di buatnya. Setiap waktu bagai terlalu lama untuk berlalu. Apatah lagi sekarang waktu di luar perjabat juga perlu di laporkan kepada Danish. Kononnya senang Danish nak cari dia kalau tiba-tiba ada perkara penting. Walau agak tidak logik namun Iman turutkan juga. Mahu atau tidak kini dirinya sedikit sebanyak berjaya di kuasai oleh Danish. Sakit juga hatinya. Makin dia cuba menjauhkan diri dan semakin itu dia dekat dengan Danish. Tak apa ada empat bulan lebih saja lagi.
“Iman dah siap ke?” Tanpa ketukan Danish sudah muncul di hadapan pintu Iman. Kini pejabat mereka bersebelahan memudahkan Danish mengawasi gerak geri Iman.
Danish juga sudah mengupah pereka dalaman untuk membuat ubah suai sesuasana pejabat itu dan salah satu syarat adalah Danish nak dinding batu yang memisah biliknya dan bilik Iman di tukarkan dengan dinding kaca. Biar 24 jam dia dapat memandang wajah Iman. Hehehe...
“Hmm...” Iman dengan malas bangkit menuju ke arah Danish. Satu wajah itu penuh manisnya senyuman dan satu lagi wajah penuh perasaan bosan dan meluat.
“Zahlia. Saya dan Iman tak masuk office lagi petang ini. Kami cuti setengah hari. Kalau ada yang penting sangat baru awak call. Kalau tak K.I.V untuk saya dulu.” Danish memberi arahan pada Zahlia. Zahlia hanya mengangguk.
Zahlia sebenarnya tak faham apa yang berlaku. Sejak pergaduhan sebulan lalu Iman dilihatnya senyap sahaja. Senyum pun payah. Bos barunya pula tak habis murah hati dengan senyuman. Pada hari isnin itu baru mereka tahu kenapa apabila tiba-tiba Iman bertukar bilik ke sebelah bilik C.E.O muda itu. Tahulah mereka yang Danish menang pertaruhan. Iman terpaksa menurut arahan Danish. Sejak itu jer asyik berkepit. Danish lah nampak keterlaluan kalau boleh nak pindah masuk je dalam bilik Iman. Sekejap-kejap Iman. Kesian Iman.

Ketika pasangan yang hangat digosipkan kini di syarikat itu melangkah keluar dari pejabat Natrah menyambut tetamu datang menemui Iman dengan senyuman sambil membawa sejambak bunga ros putih.
“Ada apa Nat?”Tanya Iman.
“Ini ada bunga untuk cik Iman. Saya pergi dulu ye.” Natrah menyerahkan sejambak bunga itu pada Iman. Iman menyambutnya dengan senyuman. Di samping Iman, Danish sudah berubah wajah. Sakit hatinya. Di hadapan dia, Iman menerima bunga dari lelaki lain.
“ Dari siapa?” Danish bertanya pada Iman apabila melihat Iman tersenyum memandang kad yang diselitkan bersama dengan ros putih itu.

8 comments:

LeaQistina said...

siapa agaknya ya?

bulan bintang capricorn said...

hehe..
danish jeles..ske2..
agk2 spe yg anta bunge ek..secret admire iman kott..xpown ex-boy iman..hahaha..
padan mke danish 2..lmbt sgt..gtw je arr kt bini awk 2 yg awk da jatoh chenta kat dier..ngee..

p/s to writer :
cpt smbg ek..xsaba lak..hehe

MaY_LiN said...

lalala..
iman..jgn la sktkn ati danish lg..
danish ni pon..cptla..
lmbt ar danish nie..

Anonymous said...

hehehhee sape ek???
cpat2 la smbung..

Anonymous said...

waa..makin syiok...teruskan berkarya....chayok2..cepat post n3 baru..xsabo nak tahu cita iman+danish('-')

haruhi said...

x sbr nk tggu smbgn die..hehe

misz nana said...

sape la yang bagi bunga tu agaknya?
iman iman~ nak lagi.. hehe..

hasnah said...

danish tuelah..x nak ckp cepat2, nanti kena rampas iman tue baru tahu..tapi sapa yg bagi bunga tue ya? abang dia atau dr yg ms kat episod 1 tue??x sabar nak tunggu!!